Sunday, September 25, 2016

Badan Perhubungan BERSATU Pahang di Jerantut Apa Kesudahannya?

Image result for muhyiddin yassin BERSATU jerantut

Tak semena-mena Jerantut mendapat perhatian bila geng anti DS Najib menghantar pemimpin-pemimpin besarnya ke Jerantut untuk mengerakkan parti baru BERSATU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia lambang bunga raya.

Maka tertubuhlah Badan Perhubungan BERSATU Pahang berpusat di Jerantut untuk mengembangkan keahlian parti baru ini ke seluruh Pahang.

Maka bergeraklah organisasi parti baru ini mencari keahlian dan publisiti. 

Kenapa Jerantut dipilih sedangkan dinegeri-negeri lain tidak sehangat di Jerantut?

Pertama Jerantut adalah sebuah parlimen di negeri Pahang negeri kelahiran DS Najib, jadi difokus Jerantut untuk menambah aib.

Kedua Jerantut dari segi sejarahnya dulu bila UMNO berpecah Baru dan Semangat 46 pun sambutan Parti semangat 46 pun hangat di Jerantut hingga pada PRU 1990 calon Semangat 46 berjaya mencuri satu DUN.

Ketiga ini parti BERSATU adalah percaturan pemimpin-pemimpin veteran UMNO Jerantut sendiri yang mudah dengan melihat wajah-wajah yang ke depan sudah ketahuan siapa dibelakangnya. Selain dari geng-geng pencen yang banyak masa terluang.

Keempat selagi ada bantuan dana dari pemimpin-pemimpin anti DS Najib itu maka nampak hebohlah kewujudan Parti BERSATU ini.

Kempen-kempen yang dijalankan bila masuk kampung-kampung dan Felda-Felda ialah bila ditanya kenapa perlu kepada parti baru BERSATU. Jawabnya kerana tidak sukakan DS Najib dengan berbagai alasan. Benci ke DS Najib.

Maka Parti BERSATU ini ialah matlamatnya parti benci DS Najib. Itu aje alasannya.

Orang kampung dan Felda serta bandar tahu UMNO dan BN ini walau tidak perfect namun banyak jasa dan usahabudi.

Ini parti BERSATU apa track rekodnya? Apa jasanya?  Nil zero.

Hanya parti yang berteriak bencikan DS Najib, bencikan keluarga DS Najib.

Maka sudah tentu orang kampung, Felda dan bandar tahu ini satu-satunya parti yang tiada matlamat hala tuju.

Parti BERSATU berharap bila Mahathir tubuh BERSATU akan berlaku exodus beramai-ramai ahli UMNO keluar menyokong tapi ini tidak berlaku sama sekali.

Bila Mahathir dan Muhyiddin mahu gencatan senjata dengan DS Najib nanti....apa pula nasib masa depan parti BERSATU ini?  Sudah nampak kelam dan tiada masa depan.

Setakat hari ini UMNO Bahagian Jerantut tidak memperdulikan menganggap Parti BERSATU di Jerantut ini TIDAK WUJUD. Ada baik dan buruknya pendekatan yang diambil oleh UMNO Bahagian Jerantut ini.

Tapi itu bukan hak WZWH untuk mempersoal pendirian UMNO Bahagian Jerantut.

Bolehkah parti BERSATU di Jerantut mengurangkan undi untuk kerusi Parlimen Jerantut PRU 14?

Bolehkan parti BERSATU di Jeantut mengurangkan undi untuk kerusi DUN-DUN di Jerantut PRU 14?

Sejauh mana keahlian parti BERSATU di seluruh Negeri Pahang boleh memberi impak?

Baru petang tadi WZWH berbincang dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Pahang mengenai impak Parti BERSATU ini di Pahang. Mereka Ketua UMNO Bahagian di Pahang tidak merasakan Parti BERSATU boleh memberi impak.

Adakah betul pendapat beberapa Ketua UMNO Bahagian Pahang itu?

Badan Perhubungan BERSATU Pahang di Jerantut apa kesudahannya?

WZWH buka kepada pembaca blog WZWH untuk memberi pendapat.

1 comment:

Anonymous said...

Malangnya PU terlau LEMBAB dgn. "Counter-Attack" terutamanya di secara psikologi di Sosial Media - depa ni sibuk dgn. strategi "Defence" sj! Perang manapun; kedua strategi tu BERSAMA penting! Dan sanggupkah kita serta PEMIMPIN2 BUMIPUTERA Islam/Melayu kita diHINA dgn. amat JIJIK, LUCAH dan KEJI termasuk UGUTAN2 BUNUH/ROGOL oleh puak PENJAJAH; tapi kita kat bawah ni diarahkan pula utk. bersopan-santun! JANGAN jadi BODOH-mcm-KULI termasuk kat UNZionis tu; itulah perang psikologi ZIONIS; yg terus "dis-ARMED" kita untuk "COUNTER-ATTACK"!

Bersopan-santunkah si puak TERORIS KANIBAL IS(IS)rael/Barat bila depa dok MEMBUNUH/MEROMPAK/MEROGOL dgn. amat KEJAM terhadap bangsa BUMIPUTERA Islam/Katolik di DUNIA ISLAM yg. mat KAYA Minyak/gas termasuk di Gaza/Palestin, Syria, Libya, Iraq, Afghanistan; Mali, Somalia dsbnya?! Tengoklah si OIC yg. 'bersopan-santun' tu - HABUK pun TAK DAK; utk. memNBELA nasib Islam/umatnya dr. KEKEJAMAN ini sdgkan ALLAH SWT mmengKURNIAKan DUNIA ISLAM dgn. KEMEWAHAN minyak/gas yg. MELIMPAH?!

Aku juga jumpa ramai ANAK2 MUDA-PERTENGAHAN Bumiputera Islam/Melayu yg. samada TAK peduli lansung POLITIK atau yg. senang TERPENGARUH bila diHASUT; apalagi bila dlm. KEPERITAN hidup dan merasakan SESIAPA pun TAK peduli KESUSAHAN depa! Atau kerana dah hidup MEWAH, TERTIPU atau BONGKAK dgn. POLITIK Liberal-ala ZIONIS yg. ingin mengHAPUSkan HAK dan IDENTITI agama ISLAM, serta bangsa BUMIPUTERA kita - kononnya sbg. politik 'progresiv'!

Bahkan aku sendiri pernah menelefon Wakil2 rakyat dr. UMNO mahupun Pej. UMNO di cwgn/HQ - kalau depa dengaq sj. kita KRITIK depa; terus LETAK telefon, dgn. begitu SOMBONG! Sdgkan aku buat ADUAN2 demi RAKYAT MISKIN/TERTINDAS dan TAK puas hati bila TAK dak pemimpin2 UMNO dipdg! tapi ini BUKAN bermakna kita BENCI pd. UMNO atau nak menJATUHkan UMNO; cuma utk. sama2 TOLONG memPERBAIKInya supaya MUSUH2 tiada PELUANG utk. MENYERANG!

Begitu juga Kem2 amat PENTING spt. KDN, Kem Sumber Manusia & Kem. Pengangkutan - yg. bagi aku amat LEMAH; dan menyebabkan ramai RAKYAT marah sbb. JENAYAH2 termasuk sindiket2 PELACURAN/DADAH/PATI/ROMPAKAN/PEMBUNUHAN serta KEMALANGAN2 jlnraya terutamanya terhadap penunggang MOTOSIKAL MISKIN kita(terutamanya oleh LORI2 BUAS), terus berLELUASA; serta ramai PEKERJA tempatan terutamanya bangsa BUMIPUTERA kita dan ASING (terutamanya PATI) masih diTINDAS dgn. KEJAM mcm. KULI; utk. GAJI yg. RENDAH pula tu! Dan yg. asyik diTANGKAP - siapa?! Selalunya IKAN2 BILIS2!

Dan juga ramai pegawai2 ATASAN VIP kat JP* dr. geng madey - jadi depa jenis spesis BONGKAK dan ELITIS pd. pekerja BAWAHAN mahupun aduan RAKYAT, terutamanya yg. BUMIPUTERA Islam/Melayu; yg. menJATUHkan "spirit" pekerja2 bawahan dan rakyat!

Nek Tempoyak.



EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024