Sunday, September 4, 2016

Bagaimana DS Najib Boleh Meringankan Beban Orang Kampung CASE STUDY: Parlimen Jerantut


Image result for najib visited padang piol

DS Najib Mahu Curah Lebih Dana Pembangunan Luar Bandar Mengurang Beban Orang Kampung


"Orang Kampung sanggup hidup mati kerana UMNO"

"Kerana Orang Kampung UMNO masih mampu berdiri tegak hingga hari ini"

"Jadi kita mesti jaga Orang Kampung kerana mereka adalah penyokong tegar UMNO"


Bagaimana DS Najib Boleh Meringankan Beban Orang Kampung CASE STUDY: Parlimen Jerantut.

Orang kampung tradisional senang faham "ekonomi berpijak di bumi nyata" yang mudah.

Pernah kita dengar pemimpin  Jerantut berkata...

"Pemimpin UMNO...errr...kerajaan akan sentiasa berusaha dalam mengatasi isu kemiskinan dan terus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan".

Setakat dengar saja? Apa tindakan dan susulan?

Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang. Populasi penduduk 91,096 banci 2010.

Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK.

WZWH tidak berminat bicara ekonomi 14 kawasan Felda di Jerantut yang kebajikannya dijaga oleh kerajaan melalui FELDA.

WZWH berminat dengan ekonomi mudah orang kampung tradisional yang terdiri dari 295 kampung di parlimen Jerantut.

KDNK Jerantut 2015 lebih RM2.5 bilion. Dengan sektor pertanian 41% dan sektor perkhidmatan 26% bagaimana mahu diagihkan kepada ekonomi orang kampung tradisional?

Ekonomi Berpendapatan Tinggi tidak sampai kepada ekonomi orang kampung. Apatah lagi pelaburan bernilai tinggi yang bergantung kepada bijak atau bodohnya ahli parlimen Jerantut yang akan dipilih nanti berupaya membawa pelaburan bernilai tinggi.

Sebagai contoh kegagalan dan keributan Projek Sturgeon yang mahu menghasilkan kaviar pertama tropika adalah ekonomi berpendapatan tinggi tetapi belum orang kampung sempat faham telah digagalkan oleh pemimpin Jerantut sendiri.

Ekonomi mudah orang kampung lebih kepada "ekonomi yang berpijak di bumi nyata" mudah orang kampung mahu faham.

Hampir 80% penduduk Jerantut adalah orang Melayu yang ramai tinggal di kampung-kampung tradisional. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 27,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.

Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.

Bagaimana meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin di kampung tradisional?

Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPPGS) dan Projek 1AZAM ( Akhiri Zaman Miskin ) perlu digerakkan, diperhebat, diperluas, digalakkan, dikempen secara agresif kepada orang kampung tradisional.

Pengkalan data eKasih perlu menyenaraikan keluarga yang dikategorikan dalam kelompok miskin tegar dan miskin untuk dibantu melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan sektor pertanian dan agro makanan.

Kebanyakan bantuan yang diberi berjumlah bawah RM10,000. Melibatkan projek-projek seperti berikut:

  • Projek perniagaan makanan dan minuman
  • Projek pemprosesan ayam
  • Projek tanaman padi
  • Projek pembiakan burung peliharaan 
  • Projek pembiakan burung puyuh
  • Projek kios jualan burger
  • Projek ternakan itik penelur
  • Projek ternakan ikan sangkar
  • Projek ternakan ikan keli
  • Projek perusahaan jualan kerisik
  • Projek tanaman sayuran dan tanaman kontan
  • Projek pemprosesan santan segar
  • Projek pemprosesan produk susu soya dan kacang bersalut.
  • Projek pemprosesan makanan sejuk beku
  • Projek penjajaan hasil pertanian
  • Projek gerai makanan
  • Projek pemprosesan makanan-roti canai dan murtabak segera
  • Projek kuih muih
  • Projek penjualan ikan
  • Projek menjual sayur dan ikan di pasar malam.
  • Projek peruasaan kerepek
  • Projek kedai kek dan roti
  • Projek perkhidmatan pertanian dan ternakan kambing dan lembu
  • Projek perniagaan nasi campur
  • Projek pembuatan kuih tradisional
  • Projek madu lebah tualang
  • Projek asam rong biji getah @ perah
  • Projek siput sungai
  • Projek sayur paku pakis tebing sungai

Bila orang kampung tradisional berusaha dengan tekun buat projek-projek ini ianya boleh meningkatkan pendapatan dari RM300-RM500 ke lebih dari RM2500-RM5000 dan ada yang mencecah RM7000 ke atas.

Orang kampung tradisional perlu digalakkan supaya sibuk dengan projek-projek di atas supaya orang kampung tradisional boleh keluar dari belenggu kemiskinan.

Orang kampung tradisional bila sibuk tidak akan buang masa mengetir di kedai kopi, berborak kosong serta tidak lagi mendengar ceramah pandir dari pembangkang dan BERSATU sebab letih bekerja menjayakan projek-projek di siang hari.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu pastikan orang kampung tradisional menumpukan pada mengusahakan projek-projek yang berfaedah dan meningkatkan hasil pendapatan.

Nampak gayanya ekonomi kampung tradisional langsung tidak berkembang kerana proses jual beli hanya berlaku sesama sendiri. 

Sebuah ekonomi yang mapan bukan hanya bergatung kepada pertumbuhan domestik sebaliknya mesti dipacu daripadap kemasukkan pelabur luar dalam semua sektor. Dalam hal ini sektor perkhidmatan seperti pelancungan dan pendidikan peringkat tinggi (mewujudkan kolej dan universiti) mesti dipergiatkan di daerah Jerantut.

Pembangunan ekonomi kampung tradisional perlu dirancang untuk mengimbangi ekonomi Felda yang meningkat. Di Parlimen Jerantut pembangunan ekonomi kampung tradisional boleh dipecah kepada 9 mukim secara mikro.

22 masalah utama yang mana ianya perlu diselesaikan bagi membantu pertumbuhan pembangunan daerah. Antara masalah-masalah yang WZWH kenalpasti adalah seperti berikut:

  1. Sistem perhubungan dan pengangkutan jalan yang tidak menyeluruh 
  2. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan 
  3. Kurang penyediaan infrastruktur 
  4. Fokus pembangunan yang tidak menyeluruh 
  5. Risiko banjir 
  6. Pembangunan industri pelancongan yang tidak optimum 
  7. Pembangunan antara setiap mukim tidak seimbang 
  8. Tiada kemudahsampaian yang sempurna ke kawasan yang tidak membangun 
  9. Penduduk tertumpu di Mukim Pedah dan Pulau Tawar 
  10. Perumahan terancang hanya tertumpu di kawasan tumpuan pembangunan 
  11. Kawasan tanah rendah 
  12. Kurang peluang pekerjaan 
  13. Kurang tumpuan penduduk di kawasan banjir 
  14. Bilangan perumahan menurun 
  15. Kepadatan penduduk rendah 
  16. Penawaran perniagaan melebihi permintaan 
  17. Projek pertanian terbengkalai 
  18. Kurang pasaran dan promosi produk IKS ke luar daerah Jerantut 
  19. Perhubungan antara daerah bersempadan 
  20. Kurang teknologi untuk penghasilan produk 
  21. Kurang guna tenaga mahir 
  22. Sumber yang tidak dimanfaatkan

Strategi Pembangunan Mengikut Mukim dalam Daerah Jerantut yang utama iaitu Mukim Pedah, Mukim Tembeling, Mukim Hulu Cheka dan Mukim Pulau Tawar.


Strategi pembangunan di Mukim Pedah adalah untuk memperkukuhkan Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama khususnya bagi sektor perniagaan, perkhidmatan dan perhubungan yang utama. Cadangan pembangunan‘infill’ digalakkan di Mukim Pedah dalam mengisi kesediaan bangunan-bangunan kosong yang mempunyai fasa bangunan yang masih terpelihara. Pembangunan yang optimum adalah digalakkan di mukim ini berikutan terletaknya Bandar Jerantut sebagai Pusat Pertumbuhan Utama. Strategi pembangunan dalam menjadikan Daerah Jerantut sebagai pusat pelancongan utama juga turut disokong dengan kewujudan Taman Negara Pahang, Taman Warisan Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Selain daripada itu, antara strategi pembangunan sokongan di Mukim Pedah adalah dengan hasil pengeluaran daripada industri-industri terancang di mukim ini. 


Strategi pembangunan di Mukim Tembeling adalah disokong dengan kewujudan Kuala Tahan sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dengan adanya pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang di mukim ini, ia menjadi pusat tumpuan para pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara. Ini dapat menyokong aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di mana secara tidak langsung dapat menjana ekonomi di mukim ini disamping menjana ekonomi mukim berjiran seperti Mukim Pedah. Selain daripada pelancongan, aktiviti pertanian juga berpotensi dalam menjana ekonomi setempat. Jenis pertanian yang terdapat di mukim ini adalah kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. 

Mukim Hulu Cheka dicadangkan sebagai kawasan R&D utama, terutamanya bagi sektor pertanian bagi mengalakkan hasil pengeluaran pertanian. Pengekalan kawasan pertanian di mukim ini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah ini dengan hasil pertanian. Selain daripada itu, kawasan perumahan juga giat dibangunkan di kawasan Damak dan Batu Balai. Ia adalah untuk menampung keperluan perumahan terancang pada masa akan datang di Damak dan Batu Balai serta mukim-mukim lain. Mukim Hulu Cheka juga akan dibangunkan dari segi aktiviti pelancongan iaitu dengan terdapatnya Pusat Perikanan Perlok dan Makam Pawang Nong. Selain itu, aktiviti pembangunan ekonomi di mukim ini juga akan disokong oleh aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan daging salai. 

Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.

4 comments:

Anonymous said...

Harap tak ada puak celaka memperlekehkan usaha kerajaan.

Unknown said...

Najib boleh meringankan bebanan rakyat dg meletak jawatan.

Unknown said...

Najib boleh meringankan bebanan rakyat dg meletak jawatan.

aku said...

one man show???? Begitu punya banyak portfolio menteri kat malaysia ni...!! TQ

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024