Sunday, September 18, 2016

Bolehkah Politik MONYET, KERA, CIKAH, BERUK, LOTONG, SIAMANG, ORANG UTAN, MAWAS, DAN UNGKA BERSATU?






Beruk tua dan pengikut-pengikutnya.

Manusia bila gila politik sepanjang masa tanpa had dikata 'political animal'. Memang manusia ini hampir dekat kejadian pada 'ape'. 'Ape' boleh lah dikatakan beruk. 

Kitab Taurat dan Al-Quran ada menceritakan sekumpulan nelayan mencari ikan yang diharamkan pada hari Sabtu akhirnya disumpah laknat menjadi kumpulan beruk.

Bila sasterawan menulis luahan emosi lebih dari intelektual maka terhasillah karya satira. Samada diupah atau taksub kepartian juga marah serta mahu kritik atau mungkin berniat jahat maka lahirlah novel atau ceritera satira yang membantai pemimpin.

Maka lahir karya satira politik yang mengaitkan dengan beruk seperti "Maharaja Beruk dan Beruk-Beruk Lainnya" 1988.

"Beruk Tua" 2013.

Sasterawan purba pun ada menghasilkan "Hikayat Seri Rama" yang menceritakan Strategi Menggunakan Rakyat Berok, Ungka, Cikah, Siamang, Kera dan Lotong digunakan bagi membina tambak dan juga berperang untuk menawan negeri.


Strategi menggunakan bala tentera rakyat dari berok, ungka, cikah, siamang, kera, lontong dan lain-lain adalah" idea penulis hikayat ini yang genius ".


Nabi Sulaiman AS mempunyai rakyatnya yang terdiri dari manusia, binatang, burung, awan, jin dan syaitan.Umpamanya dalam al-Quran,Surah al-Naml,ayat 20-21 yang ertinya seperti berikut:-

" Dan dia (Nabi Sulaiman AS) memeriksa burung-burung kemudian dia berkata,"Mengapakah aku tidak nampak burung Hud-hud ? Apakah dia tidak hadhir hari ini ? Sesungguhnya aku benar-benar akan mengenakannya dengan siksa yang pedih atau aku akan menyembelihnya atau (untuk dia lepas dari siksa itu hendaklah) dia datang dengan membawa alasan yang tepat dan jelas ".

Ape yang kita biasa sejak kecil dipanggil monyet. Monyet dipecah kepada kera dan beruk. Kita boleh bezakan kera ada ekor panjang manakala beruk tiada ekor.

Kat kampung kita tahu beruk boleh tolong orang panjat pokok kelapa. Kera tidak boleh sebab kurang intelligence. Memusnahkan tanaman dan buah-buahan boleh lah.

Kita dulu masa kecil baca cerita teladan lama umpamanya 'Hikayat Sitenggang" yang merupakan anak Orang Asli. Kemudian bila merantau jadi kaya kerana berkahwin dengan anak saudagar orang kaya.  

Bila belayar singgah di kampung, ibu Sitenggang bawalah cikah dan lotong sedap mahu bagi kepada SiTenggang. Tak mahu Sitenggang sudahlah tidak mahu mengaku ibu kandung sendiri. Akhirnya jadi batu dimakan sumpah ibu kandung.

Memang kalau kita tanya mana sedap makan cikah dan lotong banding dengan makan ayam. Orang Asli akan jawab sedap lagi makan cikah dan lotong sebab cikah dan lotong makan buah-buah duduk atas pokok. Ayam makan tahi atas tanah. Logik Orang Asli ayam itu kotor!

Kita juga tahu konkang itu sangat pemalu. Dalam politik tidak boleh jadi macam konkang. Kena berani dan confident yakin.

Siamang, wak-wak, senekah dan ungka itu spesis yang sama, warna mungkin hitam atau perang. Sangat lembut bila bergayut dari pokok ke pokok. Mengeluarkan bunyi yang berotoriti dihutan.

Orang utan sangat gentle dan penyayang. Macam orang. Pernah berlaku lelaki yang kesepian sering mengerja orang utan betina dalam hutan. Binawe betul!

Mawas ini sering orang tua-tua cerita. Sangat tinggi berbulu lebat dan hitam. Takut pada hujan dan boleh jadi violent garang. Boleh bunuh atau makan orang. Selalu orang tua cerita perihal tulang mawas.

Dalam budaya Melayu kita tidak sentuh baboon, chimpanze, bonobo, gorilla apatah lagi legenda mistik yeti, bigfoot dan sasquatch.

Bolehkah politik Monyet, Kera, Cikah, Beruk, Lotong, Siamang, Orang Utan, Mawas dan Ungka itu BERSATU?

Mereka percaya Maharaja Beruk boleh buat mereka semua BERSATU walaupun Maharaja Beruk itu sudah tua!

Kita juga percaya selagi Monyet, Kera, Cikah, Beruk, Lotong, Siamang, Orang Utan, Mawas dan Ungka makan pisang susah juga Maharaja Beruk itu mahu mengawalnya tabiat dan gelagat pengikut-pengikutnya yang bermacam ragam.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024