Saturday, September 10, 2016

Pilihan Politik Melayu Menghadapi Perpecahan 5 Parti Rujuklah Kitab, Manuskrip, Teks Melayu Lama Sebagai Panduan




Dulu orang Melayu tidak ada budaya berparti. Yang ada Raja. Melayu ikut Raja. Raja mentadbir negeri dengan Pembesar-Pembesarnya macam-macam gelaran. Paling bawah pembesar digelar Penghulu itu pun sudah cukup berpengaruh.

Melayu yang tidak ada Raja cepat-cepat cari Raja atau Putera-Putera Raja kalau tidak ada malu dipanggil Sakai. Sakai pun ada Tok Batin sebagai ketua. Tok Batin bekerjasama dengan Penghulu.

Secara politi mudah Tok Batin dan Penghulu hidup bersama. Penghulu minta bantuan Tok Batin kalau mahu barang hasil hutan. Begitu juga Tok Batin minta bantuan Penghulu kalau mahu barangan groceri runcit.

Sedikit masalah anak buah diadili dengan hukuman yang setimpal. Jika berat jenayah itu maka dirujuk kepada Pembesar-Pembesar hingga Raja.

Begitulah kehidupan politi orang Melayu. Tidak ada masalah tentang kos sara hidup. Ekonomi sara hidup orang Melayu mencukupi makan minum. Usahakan buka tanah kampung. Tanam padi, berhuma, berdusun, tanam sayur, bela kerbau kambing ayam itik, tangkap ikan disungai, paya, bendang, tasik dan laut.

Tanam pokok kelapa, pokok durian. belimbing dsb. Makan minum cukup. Mahu garam dan kain tukarlah barang-barang, stok padi, ternakan.

Cukai ada bayar dan beri kepada Pembesar-Pembesar yang menjaga kawasan pegangan dan rayauan. Raja tax PembesarPembesar. Bila Perang, Raja kerah Pembesar-Pembesar cari rakyat jadi askar dan buruh.

Yang paling orang Melayu takut ialah kerap berlaku perang lebih-lebih lagi perang saudara, susah mahu hidup. Musuh yang menyerang suka merampas properti dan harta benda rakyat. Nyawa boleh melayang. Isteri dan anak dara boleh diambil musuh.

Bila begitu berpindah randahlah orang Melayu berhijrah. Kalau mahu tinggal kampung mesti pandai mengikut dan sokong Pembesar-Pembesar yang menyokong Raja yang kuat dan berpengaruh dan bijaksana.

Begitulah sedikit sketsa politi simple orang Melayu dulu.

Orang Melayu sekarang hidup di zaman politi yang moden lebih canggih tamadun. Lebih kompleks dan mencabar.

Negara ini sudah jadi rakyat majmuk berbilang bangsa sudah jadi warganegara ada hak dalam perlembagaan.

WZWH ringkaskan posting ini PRU 14 nanti pilihan politik orang Melayu menghadapi perpecahan kerana menyokong 5 parti:

UMNO
PAS
PKR
PAN
PPBM-Bersatu.

Conggak sifir matematik mudah bila berlaku pilihanraya sudah tentu kuasa pengundi Melayu berpecah kepada lima.

Mudah orang lain mahu menang.

Mahathir dan Anwar mahu pembangkang bertanding satu kawasan hanya satu calun pembangkang berdepan calun BN kerajaan.

Pilihan politik Melayu menghadapi perpecahan 5 parti ini apa panduan dan pedoman meskipun orang Melayu hari ini lebih well educated, lebih purchasing power ekonomi dsb.

Majoriti orang Melayu hari ini terpingga-pingga mahu mencari panduan dan pedoman.

Mahu rujuk siapa. Siapa pendeta-pendeta Melayu sekarang?

Orang Melayu perlu merujuk kitab-kitab lama Melayu, rujuk manuskrip-manuskrip lama, rujuk teks-teks lama Melayu. Rajinlah sikit membaca, berfikir dan menghalusi.

Jangan percaya kepada Bangsa Sikitol.

Jangan percaya kepada Bangsa Raja Mandeliar.

Ini bangsa yang suka memecahkan kekuatan politik orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kalah dan Tewas serta pupus Raja-Raja Melayu maka bercempera hilang semua orang Melayu melarikan diri ke pelusuk alam.

Carilah pemimpin Bangsa Melaka.

Carilah pemimpin Bangsa Johor.

Carilah pemimpin Bangsa Perak.

Carilah pemimpin Bangsa Pahang.

Carilah pemimpin Bangsa Kedah jati.

Jangan cari pemimpin Bangsa Sikitol dan Bangsa Raja Mandeliar yang politik berbelit-belit macam ular, lidah pun bercabang macam ular.

5 comments:

Anonymous said...

Komen aku mudah...
Mahdey hanya nak bekas2 musuhnya menjadi keldai dan anjeng penyalak bagi memenuhi impiannya yg terkubur setelah 22tahun berkuasa.
Jelas tiada keikhlasan....

Unknown said...

Kesianlah kamu ni WZWH.
Dengan si kitol yang tua tu pun kamu takut!
Ayoyoooo WZWH.........kitol dah berusia hampir 92 tahun.
Baling gelas pun tak pecah kata ketua Samseng Negara.
Mustahil boelh kalahkan Penyamun Bugis.....????
Penyamun Bugis, penyamun handalan.
Sekali samun berbilyawan.
Si Kitol tak mampu lawan.
Sudahlah tua, tiada berkawan.
Apa nak takut, teruslah lawan.

LAWAN TETAP lawan kata Penyamun Bugis.
Dalam melawan kita songlapan.
RM650 Juta dalam gengaman
Tanam pokok dua tiga bulan
Pelan-pelan duit itu kita serapkan.
Kemudian kita ENJOY sakan.......
HAHAHAHA.

Anonymous said...

Alaa...klu setakat manusia bertopeng mcm mahdey n peliwat tua tu..rakyat dh boleh mghakimi gelagat mrk...minah oiii.
Nak takut apa...mahdey bukan tuhan.Dia pon manusia biasa jer minah oiii.Lambat laun pon ke liang lahad jugak.Mgkin kekuatan dia ialah bijak berkata2 dan mencipta spekulasi yg menakutkan rakyat spt cik minah.Hehehe...sejak dia benci najib...berkali2 dia kata negara semakin hancur dan bangkrap.Tak nampak pon...malah bank dunia tabik dgn perkembangan ekonomi negara.Biasalah...nak cari pengaruh...fitnah sikit2 tu dh mainan org tua tu sejak azali.Patut pon hujung hayatnya semakin hina mgkin dh puas kena sumpahan manusia yg pernah ditindas suatu kita dulu.Dipanjangkan umur utk melihat pghinaan ke atas dirinya....rasa2nya benar sumpahan tersebut.
Mahdey menyamun selama 22tahun tak pernah pon ko bising.Setakat kencing sr n wsj ko telan bulat2 gitu....hehehehe.Klu cerita dpd mulut puak fuckaTun tanpa bukti...tuduhan songlap tu sukar diterimalah minah.Hanya puak korang jer yg gila meroyan tanpa hujung pangkal.
Minah...ko nasihatlah sikitol tu...anak2 dan para kroni dah kaya raya.7 keturunan pon tak habis harta mrk.Baik enjoy dan diam jer dpd memekak konon2 nya nak selamatkan negara.Nak selamatkan negara ker atau nak selamatkan lubuk emas dan anak yg bakal didakwa...
Ntah sapa yg bakal mendakwa???Klu didakwa..ntah berapa tahun klu kena jel....
Hehehehehe...

Anonymous said...

Dgr kabar...berbilion2 juga dana utk parti the store nie.Maklumlah anak dan kroni kaya raya.Tak kan mrk lupa jasa org yg pernah mengkayakan mrk.Pelaburan utk masa depan.Dah kaya...nak kaya lagi...

Anonymous said...

Ha ha ha..Cik Wan...

Si Kitol dan Raja Mandalier banyak dah dalam kerajaan wehh..tak soh nak bertaki la ...

Dari dalam Bank Negara, KSU, Tabung Hajie..semua dema ada...mana nak nak cakak tak mengikut deme.. Aok tenggok si Kitul yang di luo, tapi Si kitol di dalam tak nampok... ha ha ha .. mapuih ler kite wehhhh..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024