Thursday, November 17, 2016

Sejarah Bagaimana Negeri Pahang Mendapat Nama




Tiada siapa yang tahu bila negeri WZWH ini yang bernama Pahang Darul Makmur ini mendapat nama dan bagaimana. Apa yang WZWH tahu nama itu dari tradisi oral mulut orang tua-tua lama.

Kenapa jadi begitu kerana kita tiada budaya menulis dan mencatat. Kemungkinan hanya pendeta dan ilmuan Istana yang tahu. Tapi generasi emas ini sudah lama hilang. Tiada lagi untuk bercerita kepada kita.

Sedikit maklumat yang kita tahu dulu negeri ini digelar Inderapura.  Kotanya bernama Pura (sekarang Pekan). Lalu dipanggil orang negeri ini Inderapura.

Inderapura ini akhirnya dipanggil Pahang sejak ratusan tahun dulu yang hampir keseluruhan Selatan Semenanjung Melayu.

Semasa Empayar Majapahit berkuasa di Asia Tenggara selepas Empayar Srivijaya, seluruh Semenanjung di panggil Pahang oleh orang Jawa Majapahit. Bahkan Sumpah Palapa Patih Gajah Mada untuk terus berpuasa selagi tidak dapat menawan Pahang ada disebut.

Beribu tahun Pahang adalah pengeluar emas yang menjadi rebutan banyak empayar. Begitu banyak kuasa besar mahu menjarah Pahang demi emasnya dan lain-lain galian.

Ini menyebabkan banyak berlaku peperangan menyebabkan pemerintahnya dibunuh dan ramai rakyat Pahang lari berhijrah ke negeri-negeri lain.

Menurut cerita orang tua-tua Pahang mendapat nama mempunyai dua versi:

Versi pertama nama Pahang berasal dari sejenis pokok iaitu pokok Mahang (Sulalatus Salatin@ Sejarah Melayu ada menyatakan sewaktu Maharaja Dewa Sura pemerintah Siam lari dari diburu oleh Angkatan Melaka semasa era Sultan Mansor Shah.)

Versi ini tidaklah menyatakan bahawa nama Pahang itu diberi nama dari nama pokok Mahang semasa peristiwa Maharaja Dewa Sura diburu cuma menyatakan bagaimana Pahang mendapat nama.

Adapun rumah perempuan tua itu dekat sebuah anak sungai kecil, ada sepohon kayu mahang, maka dinamai anak sungai itu Pahang, sungai Batang Pahang. Maka disebut oranglah negeri Indera Pura itu negeri Pahang. Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada Seri Bija Diraja, maka lalu dibawanya hilir, dipersembahkannya kepada Bendahara Paduka Raja.

Versi ke dua menyatakan Pahang adalah dari bahasa orang Siam Asli yang mendiami di negeri ini yang sudah punya peradaban melombong emas dan timah yang bermaksud galian bijih timah terutama di sepanjang Sungai Tembeling orang Siam Asli ini melombong bijih timah.

Perlu diingat orang Siam Asli bukanlah orang suku Thai yang datang berhijrah ke Thailand dari Selatan China. Orang Siam Asli adalah orang Melayu yang beragama Buddha berasal dari Segenting Kra- terutama Chaiya semasa era Srivijaya dipanggil Darmaraja dan Ligor Kerajaan Tambralingga.

Melalui pedagang-pedagang juga boleh memberi pengetahuan apabila pedagang China sebelum tahun 1225 mengelar negeri Pahang ini dengan bermacam gelaran: Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan Peng-Keng.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang da.

Selepas itu negeri ini juga dipanggil Pahang Inderapura.

Selain Pemerintah Siam, Pemerintah Pahang dari Dinasti Melaka/Siam memerintah negeri ini selama lebih 171 tahun.

Kemudian Pemerintah Johor Dinasti Melaka memerintah Pahang selama 73 tahun.

Akhir Keluarga Bendahara Johor menjadi Pemerintah Pahang sejak tahun 1688 hingga sekarang.

Selepas tahun 1802 Pahang sudah menjadi bebas dari Johor dan menjadi warisan turun temurun Keluarga Bendahara dan membentuk Kesultanan sendiri sejak tahun 1882 hingga kini.

WZWH tulis petikan Sulalatus Salatin@ Sejarah Melayu yang mengambarkan negeri Pahang pada era zaman Melaka...


Adapun ini suatu riwayat diceriterakan oleh yang empunya ceritera: ada sebuah negeri, Indera Pura namanya; air sungai­nya tohor, lagi dengan rantau pasir sepanjangnya, dalam sungai itu terlalu banyak pulau, dalamnya aimya tawar sampai ke kuala. Musim utara gelora muaranya; kelian emas di hulu­nya, banyak padang luas-luas di sana. lsi hutannya gajah, badak, harimau, seladang dan sekalian perburuan. Adalah di­ceriterakan orang, daging seladang itu kurang sepemanggang­an daripada daging gajah. Dahulukalanya Indera Pura itu takluk ke benua Siam, nama rajanya Maharaja Dewa Sura, keluarga juga pada Paduka Bubunnya.

1 comment:

Admin said...

sangat menarik.. ada tak jurnal2 atau rujukan utk mendalami lagi

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024