Nuffnang Ads

Pages

Thursday, November 3, 2016

Ekonomi Menyelamatkan Penduduk Pendalaman Ulu Tembeling: Solusi Praktikal




WZWH kira ekonomi menyelamatkan Negeri Pahang dan Pantai Timur bolehlah dianggap sudah selesai bila Projek Keretapi Pantai Timur new route East Coast Rail Line sudah termeterai MOU antara MOF melalui ECERDC dengan sebuah syarikat China.

Implementasi projek itu yang penting dan financial model yang viable perlu difikirkan yang paling penting. Tidak seperti kenyataan yang dibuat di media tidak mengambarkan cara yang lebih bijak mengendali projek mega ini.

Pembangunan di Pantai Timur beberapa Port pelabuhan Oil n Gas, Supply Marine Bases, Tankers farm, maintenance dll bila diintegrated dan disyncronised dengan Projek ECRL ini akan memberi impak ekonomi yang besar kepada ekonomi Pantai Timur termasuk Pengerang Johor.

Sekarang untuk memikirkan bagaimana solusi praktikal ekonomi menyelamatkan penduduk Ulu Tembeling. Penduduknya tidak ramai kerana ramai telah berhijrah keluar. Tanahnya luas dan subur. Masih banyak hutan, gunung bukit dan sungai-sungai.

Salah satu indikator kurang penduduk bila sesebuah sekolah di kampung itu sudah masuk kategori SKM-sekolah kurang murid. Bila murid kurang dari 10 orang, lebih banyak guru dari murid  itu tanda sekolah itu akan ditutup oleh Kementerian Pelajaran.

Bagaimana mahu memanggil pulang penduduk yang berasal dari pendalaman Ulu Tembeling ke kampung-kampung halaman untuk meramai lagi populasi? Perlu disediakan ekonomi menyelamat.

Yang pertama pokoknya Projek Infrastruktur Jalanraya Ulu Tembeling yang mana sekarang ini berjalan lancar mengikut fasa diharap membantu ekonomi. Barang-barang keluaran pertanian dan hasil hutan boleh dikeluarkan dan dihantar ke pasarannya dengan selesa kerana kemudahan pengangkutan.

Banyaknya sungai-sungai di Ulu Tembeling ini boleh diselesaikan dengan pembinaan beberapa jambatan besar dan kecil menambah mudah lagi transportasi perhubungan. Beberapa jalinan baru jalan raya dari Terengganu dan Kuala Lipis boleh terus dihubungi menambah lagi kemudahan aksessibiliti.

Apa produk setiap kampung yang unik membantu pendapatan ekonomi penduduk? Secara simple mudah boleh dikenalpasti:

  • Kg Pagi- Umbut bayan
  • Kg Kuala Sat-Siput Sungai
  • Kg Gusai- Penternakan Kerbau spesis Gusai / Akuakultur/ Ladang Gaharu
  • Kg Bantal-pusat pentadbiran dengan penyediaan Agropolitan dan perumahan
  • Kg Mat Daling- Penternakan Kerbau spesis Gusai/Akuakultur/ Kelapa Matap


Pertanian Jelapang Desa dibangunkan di setiap kampung. Terdapat banyak paya padi yang boleh diusahakan tanaman padi berteknologi tinggi di Paya Poh, Paya Gusai, Paya Peling, Paya Darat Chenih, dll. Beri tanah 10 ekar seorang sebagai peserta. Import pekerja luar tanam padi.

GLC-GLC yang mengusahakan berpuluh ribu ekar ladang getah dan kelapa sawit di Ulu Tembeling perlu menunaikan janji untuk mengagihkan 30% keuntungan operasi tahunan kepada penduduk Ulu Tembeling dalam bentuk saham.

Selain sektor pelancongan dimajukan dengan produk-produk pelancongan menarik dan membuka beberapa gateaway Taman Negara yang baharu.

Diharap beberapa cadangan-cadangan ini boleh memberi input ekonomi menyelamatkan penduduk pendalaman Ulu Tembeling solusi praktikal.

Dari segi political will adalah diharap selepas PRU 14 nanti bakal ahli parlimen Jerantut perlu diberi peluang menjadi Menteri/Timbalan Menteri terutama Kementerian Luar Bandar/Pertanian/Felda. Juga bakal ADUN Tahan dilantik sebagai EXCO untuk memudah cara.

1 comment:

Anonymous said...

Idea2 yg. sungguh BERNAS WZWH! Ulu Tembeling tu pun memang CANTIK lagipun! Kemukakan terus pd. YAB PM - sbb. IDEA2 ni banyak yg. amat UNIK dan begitu PRIHATIN pd. Rakyat dr. KAMPUNG; termasuk SAHAM 30% kpd. penduduk kpg Tembeling! Juga harapnya YAB PM akan terima idea BERNAS ni utk. bagi 10 ekar utk. PESAWAH PADI mcm. FELDA!

Nek Tempoyak.