Monday, November 21, 2016

Pembentangan Bajet Negeri Pahang 2017





Ringkasan:

KUANTAN: Bajet Pahang 2017 mencatatkan lebihan RM1.22 juta, dengan fokus terarah kepada usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan mencari sumber pendapatan baharu. Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha mensejahterakan rakyat serta memperkasa agenda Bumiputera dan mengurus pembangunan modal insan menerusi pengukuhan pendidikan. Katanya, Bajet Pahang 2017 menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM739.28 juta, manakala RM738.06 juta untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan. "Bajet kali ini juga menyediakan peruntukan pembangunan dengan anggaran berjumlah RM194.83 juta," katanya ketika membentangkan Bajet Pahang 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil berjumlah RM739.28 juta dengan hasil tanah dan galian sebanyak RM343.18 juta; hasil perhutanan (RM100 juta); hasil air (RM5.5 juta); pemberian geran yang akan diterima daripada kerajaan Persekutuan (RM105.3 juta) dan lain-lain hasil (RM185.3juta). Perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM738.06 juta terdiri daripada RM545.32 juta (batas perbelanjaan jabatan), RM23.14 juta (dasar baharu iaitu emolumen dan lain-lain seperti kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan pekeliling terbaru) dan RM169.6 juta untuk bajet 'one-off'.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024