Nuffnang Ads

Pages

Sunday, February 5, 2017

Ahli Parlimen Jerantut Berminat Bertanding Di DUN Pulau Tawar?

Ahli parlimen Jerantut turun padang ke Kg Bukit Rang Pulau Tawar mendengar permasalahan orang kampung tradisional Pulau Tawar berkenaan permohonan tanah di DUN Pulau Tawar pada 31 Januari 2017.

Persoalannya kenapa dalam majlis perjumpaan itu tidak dijemput ADUN Pulau Tawar dan semua JKKK kampung bagi menghalusi permasalahan permohonan tanah dan rasional peserta-peserta dipilih adalah menjadi misteri isu permohonan tanah-tanah lot di Kg Bukit Rang.

Di Negeri Pahang, ADUN yakni YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail berkuasa penuh mempunyai local standi punya otoriti bersama sokongan dari Tok Empat, Penghulu dan Pegawai Daerah Jerantut serta kelulusan dari MMK (EXCO Kerajaan Negeri Pahang).

Adakah ahli parlimen Jerantut tidak percaya kepada hasil kerja ADUN Pulau Tawar? Tidaklah diketahui apa yang tersurat dan tersirat.

WZWH copy n paste posting dari BLOG Pahang Daily Online...



JERANTUT: Rata-rata penduduk Pulau Tawar yang memohon tanah lot di Bukit Rang dekat sini kecewa dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tergamak mengagihkan sebahagian daripada tanah terbabit kepada "orang luar" bukan anak jati kampung tersebut.





Demikian diluahkan oleh mereka dalam sesi pertemuan dan dialog khas dengan Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Haji Idris di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman dan juga Zulfaker Mat Sood (Ustaz Ngah) selaku Pengerusi Majlis dan jawatankuasa bertindak yang menguruskan lot-lot tanah fasa 1,2 dan 3 yang mencetuskan kontroversi itu.




Pertemuan yang diadakan di Masjid Pulau Tawar itu agak panas bila ada pemohon yang marah akibat tindakan khianat serta tidak telus dalam pembahagian lot-lot tanah berkenaan.




"Bayangkan selepas membayar RM100 dan menunggu begitu lama, tiba-tiba orang luar pula yang dapat.. ini tidak adil. Kami anak jati Pulau Tawar", kata Mohd Asri Yusof, salah seorang pemohon yang ditolak. Beliau seringkali mencelah ketika Pengerusi Majlis memulakan acara pada petang itu. 





Rata-rata penduduk menggesa nama-nama penerima lot tanah fasa 1,2 dan 3 dipamerkan. Namun perkara itu ditolak, mungkin demi menjaga nama-nama pihak tertentu.  "Jika didedahkan nama-nama, sudah pasti akan terbongkar segalanya.. Pasti kita tau siapa yang bolot tanah-tanah terbabit dan nama-nama orang luar yang mendapat tanah tersebut. Tapi anehnya, pihak terbabit tidak berani.. malah pejabat tanah Jerantut langsung tidak menghantar wakil mereka.. walhal Ahli Parlimen hadir bersama", kata Asri lagi.




Difahamkan, kelulusan tanah lot untuk Fasa 1,2 dan 3 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar,  Dato' Dr. Ahmad Shukri Haji Ismail (foto) sebelum ini. Ramai pemohon yang kecewa nama mereka dipadamkan dan digantikan dengan nama-nama lain yang tiada kaitan dengan kampung terbabit. 





Malah ada isu, borang permohonan telah diagihkan kepada guru-guru di sebuah sekolah di bandar Jerrantut oleh pihak terbabit. Ramai guru-guru mendapat tanah sedangkan mereka orang luar. Sebaliknya hak anak-anak tempatan dinafikan. 




Sementara itu, Ahmad Azzuddin Mohd Syarif pula bertanya kenapa ada kasta dalam agihan tanah di Pulau Tawar. "Fasa 1, seperti semua orang dah tau.. ada orang mendapat bahagian tanah dia 1/4 dan ada orang mendapat bahagian tanah 1/8.. kenapa ada sistem kasta di negara Malaysia ini?. Seperti mana yang kita tahu kasta ada di India... Apakah kami ni kasta rendah ker?. Mengapa ada orang yang duduk di kasta atasan?. 


"Sepatutnya JKKK perlu ada didepan kita nih.. supaya senang kita meluahkan apa yang terkilan... Tentang fasa 1,2 dan 3 nih.. kita tak payah fikirkan sangat.. sebab syuarga dan neraka dia tiada kuota sapa-sapa.. untuk fasa 4 dan 5 ni, saya harap sangat ketelusan pihak-pihak tertentu"




"Supaya mengagihkan pembahagian lot-lot tanah tersebut secara telus, tulus, jujur.. kalau boleh.. kuota tu dikebelakangkanlah... tak perlu.. bila sebab ada kuota ni lah yang menyebabkan rama anak-anak watan tempatan yang tak dapat.."




"JKKK boleh kata semua ahli keluarga dapat... saya dulu nak mintak borang pada Tok Empat (Meran) pun susah.. saya ingat dia kata satu rumah satu borang...  bila berdebat. kesudahan dia kalah.. dia bagi borang ke saya... bila orang kampung Tok Empat kata satu rumah satu borang.. sedangkan keluarga Tok Empat habis semua dibagi borang.."




"Bukan saja pasal tanah, saham pun macam tu jugak.. ramai orang kampung yang susah tak dapat saham.. saya dah lama memendam ayat-ayat nih..  terima kasih kepada Dato' Nazlan (Ahli Parlimen Jerantut) beri peluang kepada kami.. kerana kami nak memperjuangkan hak-hak kami... jadi saya harap kepada Dato' Nazlan yang kami percaya setakat nih... "




"Sebab ramai sangat dah anak watan warga Pulau Tawar ni dah ditindas.. dah ditipu..  dengan helah-helah Tok Empat ke apa ker dan sebagainya... terutamanya JKKK. Jadi saya mewakili anak jadi Pulau Tawar, mintak sangat Dato' Nazlan.. supaya untuk pemohon-pemohon fasa 4 dan 5 yang nama dah tersenarai tu.. diangkat dan diluluskan.. kami sebenarnya itu jer yang kami memohon sebab kami tak ada harta.. jadi kami mintak sangat jasa baik dan prihatin supaya nama-nama yang dah tersenarai tolonglah dikekalkan dan diluluskan", katanya.



Ketika sesi dialog berjalan, pihak urusetia turut mengagihkan semula wang RM100 yang dibayar sebagai "upah merintis tapak" untuk lot tanah fasa 1,2 dan 3. Wang dipulangkan semula atas alasan menunggu proses seterusnya untuk fasa 4 dan 5 pula.

Sementara itu, Dato' Nazlan berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik atas kemelut yang melanda pada penduduk Pulau Tawar itu. Beliau akan memastikan pengangihan untuk fasa 4 dan 5 dibuat secara telus dan adil kepada anak-anak tempatan. Laporan selanjutnya menyusul. 

4 comments:

amir nasriq said...

Bkn isu x jemput.tp dr sukri sndiri x dtg.

Anonymous said...

Patut la ramai org ckp blog ni sampah

amir nasriq said...

Hahaha..pandai menabur fitnah walhal hj nazlan dtg utk bg penjelasan selaku org tengah je...knp tajuk kne pusing? Knp berkait dgn ahli prlimen berminat jd dun? Ade Wakil rakyat buat gini? Knp bile djmput x dtg? Ajk, jkkk lain2 xdtg? Isu sbnrnye nk kan ketelusan pmbahagian tanah. Jd mintk blogger jgn sebar fitnah.

Anonymous said...

Apa yg ahli parlimen boleh buat? Dia bukan ada kuasa pemutus.dia federal sdgkn isu ini di bawah kuasa kerajaan negeri!last2 kerajaan negeri juga yg kena buat keputusan!