Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, February 8, 2017

Apa Perbezaan Skandal Bank Negara FOREX BMF ERA Mahathir Dengan IMDB ERA Najib?


Image result for forex bmf scandal


Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan FOREX pada tahun 1991 hingga 1994. Ianya dilaporkan sebagai kerugian yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.


Dalam skandal BMF 1983, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang.


Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa)


1MDB adalah masalah aliran tunai sementara skandal FOREX Bank Negara melibatkan wang hilang entah ke mana. 1MDB adalah mangsa sabotaj manakala skandal FOREX Bank Negara melibatkan menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada Parlimen.


1MDB sedang disusun semula dan sedang dalam pemulihan manakala kerugian FOREX Bank Negara adalah wang hanyut ke dalam longkang dan hilang selama-lamanya. Setakat ini RM30 bilion telah diperolehi daripada 1MDB dan banyak lagi akan diperolehi di masa depan manakala tidak ada apa-apa yang dapat kembali dari kerugian FOREX Bank Negara.


Satu laporan pasukan petugas khas, laporan AG , laporan PAC, siasatan SPRM, siasatan PDRM, dan sebagainya, telah dijalankan ke atas 1MDB tetapi tidak berlaku perkara tersebut telah dilakukan mengenai kerugian FOREX Bank Negara. Kerugian FOREX Bank Negara telah dinafikan dan secara senyap-senyap ‘disapu di bawah karpet’ seolah-olah ia tidak pernah berlaku manakala 1MDB adalah sebuah kes yang terbuka.


Tiada apa manfaat yang dapat daripada kerugian FOREX Bank Negara manakala 1MDB menghasilkan lapan pengkalan tentera, TRX, Bandar Malaysia dan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang akan berlangsung sepanjang 20 tahun akan datang.


Setelah perniagaan 1MDB telah matang sepenuhnya syarikat itu akan menunjukkan keuntungan. Tambahan pula, 1MDB menjana tunai sendiri daripada pinjaman bank manakala kerugian FOREX Bank Negara melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan.

2 comments:

Cik Minah said...

1MDB bersaksi kelutut.
MBF & FOREX mahu dibuat Surahanjaya diraja.
Ini pun kamu tak tahu nak beza.
Bangang betul.

Anonymous said...

Siapa yg hidup dlm era skandal forex mamak kerala...tiada apa2 suruhanjaya diwujudkan.
Suruhanjaya Mahataik mgkin ada..hehehe
Punyelah kit sial nak selongkar skandal tersebut sampai menerbit 2 siri buku....hehehe
Yang pasti wang rakyat billion2 hilang percuma.Klu semua skandal dikumpulkan dan dinilai dgn nilai skrg spt kata rpk bersamaan dgn rm560billion.Bayangkan apa yg dpt dilakukan dgn wang sebanyak itu.
Yang pasti mamak kerala ada 8 buah rmh dan yg paling murah rm4juta dan termahal rm22juta serata negara dan dunia.Anak2 ada syarikat berpuluh2 dan beratus2 buah dgn nilai jutaan n billion rm.
Yang hebat juga...cucu mamak kerala mampu pakai beg tangan jenama luar dgn nilai rm berharga rm460k.Beg tangan sama nilai dgn rmh tak mampu milik...hehehe.
Minah...ko ado beg tangan rega mcm tu????Mampu jilat jer minah ye...hehehe