Nuffnang Ads

Pages

Friday, February 10, 2017

Sang Kelembai Dan Naga Penjaga Hutan Dan Sungai Pahang




Sang Kelembai penjaga Hutan, Gunung, Bukit dan hutan belantara Negeri Pahang. Rakyat Pahang mahu Sang Kelembai bangkit betulkan yang tidak betul beri panduan kepada pemimpin.

Oleh kerana rakyat Pahang generasi Y dan X sudah tidak kenal lagi Sang Kelembai Penjaga Hutan Pahang turun temurun sejak zaman berzaman maka SILA KLIK SINI.




Naga adalah penjaga sungai-sungai Pahang. Ada banyak Naga di Pahang ini. Rakyat Pahang mahu naga-naga ini kembali menjaga sungai-sungai di Pahang.

Oleh kerana rakyat Pahang generasi Y dan X tidak faham konsep mitos ini maka SILA KLIK SINI.


Sang Kelembai dan Naga adalah penjaga hutan dan sungai Pahang. Jangan sampai Sang Kelembai dan Naga menyumpah sangat tidak baik kepada Negeri Pahang.

Rakyat Pahang akan menjadi tidak keruan dan Pemimpin Pahang akan menjadi hilang kewarasan tidak tahu matlamat dan tujuan hidup.

Rakyat Pahang tidak akan menghormati pemimpin Pahang dan Pemimpin Pahang tidak akan memperduli nasib rakyat Pahang bila ini terjadi ini lah sumpahan Sang Kelembai dan Naga Pahang.

Contoh Sumpahan Sang Kelembai di Jerantut.

Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.

Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.

Begitulah mitos cerita Sang Kelembai.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. 14 kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk.

"Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu"

Banyak hutan-hutan di Jerantut telah ditebang. Bunyi bising jentera-jentera berat menebang balak-balak di hutan Jerantut samada secara berlesen atau haram telah membuatkan Sang Kelembai marah kerana kehidupan amannya telah diganggu. Ini menyebabkan Sang Kelembai menyumpah kepada orang-orang politik Jerantut kerana gagal mempertahankan kehidupan ekosistemnya.

Maka sumpahan Sang Kelembai kepada orang-orang politik Jerantut seperti berikut:

  • Ahli parlimen tidak boleh menjadi Timbalan Menteri dan Menteri Penuh 
  • Ahli parlimen hanya sepenggal
  • ADUN yang ada jawatan EXCO Pahang dilucutkan 
  • ADUN ramai yang sepenggal sahaja 
  • ADUN tidak berpeluang menjadi EXCO Pahang

Bilakah akan berakhirnya sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini? Bagaimanakah cara untuk menamatkannya?

Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar. Bila kita berjiwa kecil kita sebenarnya mengecil dan memandang rendah potensi kita. Akhirnya Jerantut yang rugi.

Ahli politik Jerantut baik ahli parlimen dan ADUN mesti bercita-cita tinggi. Jika kita bercita-cita tinggi, kita pasang strategi-strategi mencapai impian dan mimpi. Jika kita mencapainya, kita boleh majukan Jerantut. Kita boleh menyenangkan Jerantut.

Sampai bila ahli politik Jerantut mahu sentiasa menjadi pengikut dan menjadi bahan percaturan politik negeri dan nasional. "We cannot be acting like slave all the time, we need to become a master of our own right".

WZWH mahu ahli politik Jerantut mencatur politik negeri Pahang ini. Sudah sampai masanya.

Jerantut ada kekuatan yang tersendiri yang kita buta tidak mahu mengilapnya. Kita bersih dan gilapkan permata-permata kita yang duduk berlumpur dalam selut selama ini. Serlahkan permata-permata kita!

WZWH mahu ahli politik-ahli politik Jerantut tamatkan sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini semoga berakhir demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

No comments: