Tuesday, August 7, 2018

Masa Depan UMNO

Related image



PRU 14, PH menang DUN Sg Kandis majoriti 12,480 tapi PRK 3 bulan selepas itu PH menang dengan majoriti yang sangat menurun sehingga 5842.

Prestasi UMNO yang meningkat di PRK Sg Kandis tidak boleh dipandang enteng. Kekuatan UMNO dan BN mula teserlah baru 3 bulan selepas PRU 14 hilang kuasa.

PRU 14 UMNO tidak jangka pengaruh Mahathir dikalangan pengundi Melayu masih meluas di Pantai Barat walau tidak ketara di Pantai Timur.

Kajian sikap pengundi muda yang boleh berubah bergantung kepada keberkesanan kempen parti yang bertanding.

PH telah mampu menarik kira-kira lebih 20% undi Melayu di negeri-negeri lain di Semenanjung. BN tidak menyedari hakikat ini ataupun menyedarinya tetapi tidak mampu menepis pengaruh Mahathir.

Puratanya seramai 46.29% daripada keseluruhan pengundi Melayu telah mengundi BN, yang tertinggi di Negeri Sembilan dan Johor melebihi 65% dan Terendah di Selangor, 34%. Purata bagi Semenanjung Malaysia.

Peratusan undi Melayu telah menurun 17 mata dan undi kaum India juga jatuh 17 mata ( berbanding dengan PRU 13). Ini adalah sebab utama kekalahan BN kali ini.

Sungguhpun sokongan pengundi Melayu untuk BN telah menurun dengan mendadak, ia tidak cukup untuk PPBM menembusi kawasan kubu kuat UMNO. 

Ini menyebabkan kegagalan PPBM yang hanya mampu memenangi 12 kerusi . Analisis menunjukkan hampir kesemua kemenangan calon Melayu PH hanya diperolehi di kawasan campuran dengan undi Cina 20% keatas, kecuali di Selangor dimana pengaruh PKR lebih meluas.

Dengan keadaan demikian, tidaklah menghairankan Kerajaan Persekutuan dibawah PH dibentuk oleh sebilangan minoriti 58 wakil rakyat Melayu/Islam berbanding 63 yang lain.

Untuk menambah wakil rakyat Melayu/Islam PH memerlukan kerjasama daripada mereka seagama daripada parti parti lain. Agak pasti mereka akan cuba seterusnya merampas kerusi-kerusi UMNO, PAS dan parti-parti BN yang lain dalam PRU akan datang dan sebaliknya BN akan cuba merampas kembali kerusi-kerusi yang hilang. 

Siapa yang akan berjaya nanti masih terlalu awal hendak diramal kerana di kawasan kubu kuat UMNO, PAS dan PBB, ahli- ahlinya terbukti amat setia dengan parti masing-masing. Ia akan juga bergantung kepada kemampuan UMNO merapatkan barisan dibelakang kepimpinan baru yang mantap. 

Bagi PH pula ia punyai satu kelebihan sebagai parti yang memegang tampok kerajaan Persekutuan.

BN kalah besar PRU 14 buat keyakinan orang Melayu kepada UMNO makin menurun jatuh. Penyokong BN menjadi lemah jiwa dan kejutan besar bagi orang Melayu.

Kawasan FELDA membentuk kubu kuat UMNO. Terdapat 54 kerusi parlimen di kawasan Felda yang separuh daripadanya mempunyai 80% pengundi Melayu secara tradisi sukar ditembus oleh parti lawan kerana ini base kekuatan UMNO.

Mahathir berjaya menjadi PM yang ke 7 tapi gagal memenangi cukup kerusi parlimen untuk parti PBBM hanya menang 12 kerusi parlimen sangat sedikit berbanding dengan banyak kerusi parlimen dimenangi oleh PKR dan DAP.

Ini kerana PBBM terpaksa bertembung dengan UMNO di kawasan kuat UMNO.

Di kawasan FELDA, UMNO menang 26 kerusi, PAS 6, PBBM 5 (kesemua PH menang 22), jika tidak kerana sokongan jitu pengundi Cina di kerusi bercampur, PH hanya mampu menang tidak lebih dari 10 kerusi di kawasan FELDA.

Pada PRU 13, BN menang 46 dari 54 kerusi parlimen di kawasan FELDA.

PRU 14 walau UMNO hilang kuasa tapi terbukti UMNO cukup kuat untuk dikalahkan di kawasan Felda dan kawasan kuatnya masih boleh menang 47 kerusi parlimen di Semenanjung dengan mendapat sokongan 46.2% pengundi Melayu.

Boleh dibuat perbandingan PH dapat sokongan 25% pengundi Melayu dan PAS 28%.

Sokongan pengundi Melayu kepada BN di kawasan FELDA
PRU 2004.            .     59.1%
PRU 2008.            .     58.1%
PRU 2013.              .    60.7%
PRU 2018.               .   46.2%

Ini bukti UMNO masih kuat di kawasan FELDA walau pun diserang teruk dan hebat oleh Mahathir.

UMNO masih boleh mempertahankan 26 kerusi majoriti kawasan Melayu di kawasan FELDA. Kerusi yang kalah hanya di kawasan bercampur banyak dimenangi oleh PKR dan sedikit DAP.

Adalah menyedihkan ramai ahli UMNO gagal melihat kekuatan ini . Mereka menjadi lemah jiwa dan mula menyoal kelansungan masa depan parti dan ada yang mahu mencadangkan UMNO perlu jadi parti berbilang bangsa.

Ini membolehkan PAS dan PBBM menarik lebih ramai pengundi Melayu jika UMNO mahu ubah tradisi keahlian parti buka kepada ahli bukan Melayu.

PRU 14 UMNO dan BN diserang hebat oleh Mahathir guna isu 1MDB. Tidak cukup dengan itu isu Pengurusan FELDA menjadi duri dalam daging di kawasan FELDA. Ini membuatkan pengundi Melayu terutama anak-anak muda menjadi keliru dan disoriented.

Ahli-ahli UMNO jangan mudah hilang arah dan keyakinan. Kekuatan UMNO masih ada. UMNO masih boleh mengaum dan menghembur pada PRU 15.

Pemimpin-pemimpin baru UMNO wajib menanam keyakinan kepada penyokong, pengikut dan ahli-ahli UMNO.

Lagi Syantik Cover By Vera...

Wednesday, May 23, 2018

Apa Rakyat Berharap Kepada Kerajaan Pakatan Harapan?


Image result for pakatan harapan
Kemenangan PH adalah datangnya daripada rakyat tanpa jentera parti.



PH baru lahir pada  tahun 2017 dengan penyertaan PPBM beserta Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Kekuatan PH pula bergantung pada parti-parti anggotanya yang bilangan keahlian mereka masih tidak boleh menandingi BN. 

Parti tertua ialah DAP tetapi politik mereka tidak berbentuk keahlian massa seperti MCA. Mereka tertumpu di bandar dan mengamalkan sistem perkaderan.

PKR yang ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai Parti Keadilan Nasional juga tidak mempunyai keahlian yang menyeluruh di semua tempat di Semenanjung. Malah pada awal penubuhannya, ia banyak bergantung pada aktivis PAS.

Amanah, ditubuhkan 3 tahun lalu yang terdiri daripada bekas anggota PAS tidak mempunyai keahlian sebesar parti lamanya. 

Apatah lagi PPBM ditubuhkan setahun lalu yang tidak dapat menarik cukup banyak ahli UMNO sebelum pilihan raya itu.

Maka dapat dirasakan kelemahan jentera parti-parti PH ini dalam pilihan raya baru-baru ini. Untuk mencari calon pun suatu perkara sukar. Apatah lagi untuk mencari aktivis bagi menggerakkan kempen.

Kemenangan PH adalah datangnya daripada rakyat tanpa jentera parti.

Apa rakyat berharap kepada Kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah fahaman politik PPBM, PKR, DAP dan Amanah?

Apabila rakyat telah memilih kerajaan baru, jadi rakyat tidak boleh cepat melatah, jangan fikir benda boleh diputuskan cepat, ia semua perlukan perbincangan dan memerlukan beberapa proses sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kesepakatan amat penting dalam memperkukuhkan sesuatu dalam organisasi. Untuk menggerakkan kerajaan pun bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi buatlah kerja dengan amanah. Mereka harus sepakat dalam menjalankan tanggungjawab.

Bukan senang nak jadi senang, ia semua perlukan masa untuk memulihkan dan untuk memahami setiap sudut tugasan yang akan dibuat agar tidak dipertikaikan kelak.

Pemilihan baru ini mempunyai muka-muka baru, jadi banyak yang perlu mereka pelajari, rakyat kena lebih memahami, sama seperti kita yang masuk kerja barukan.

Kan ada pepatah, biar lambat asal selamat, itu la yang patut dilakukan sekarang, tak perlu nak berkejar-kejar, yang penting, buat tugasan dengan betul dan lebih cermat.

Untuk memperkukuhkan sesebuah parti atau kerajaan bukanlah kerja yang mudah. Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan integriti dan mewujudkan tadbir urus yang baik untuk masa depan rakyat dan Negara.

Rakyat sekarang lebih memahami, rakyat membuat pilihan jadi rakyat juga perlu faham situasi pemimpin terbaru.

Rakyat sudah tunaikan janji jadi buktikan kepada kami 100 hari manifesto insyaallah kami akan sokong anda lagi...

Bermula dari bawah, banyak lagi masa untuk memahami setiap sudut tugasan yang akan dibuat, rakyat perlu lebih memahami mereka pemimpin kita, berikan mereka masa.

Rakyat telah memilih, jadi tidak perlu pertikaikan kewibawaan mereka. Pemimpin-pemimpin PH tahu apa yang perlu mereka lakukan bagi menjadi kerajaan yang lebih baik sebelum ini.

Banyak yang perlu dilakukan oleh PH lebih-lebih lagi mereka baru sahaja membina kerajaan baharu. Disamping itu mereka juga perlu menunaikan 10 janji yang mereka wajib tunaikan dalam masa 100 hari. Jadi sebagai rakyat yg memilih PH perlu mempercayai mereka mampu melaksanakannya dan menjadi kerajaan yang lebih baik sebelum ini. Tidak perlu pertikaikan kewibawaan mereka kerana rakyat telah memilih.

Kerjasama perlu ada dikalangan mereka walaupun ada yang tidak mempunyai pengalaman. Jangan berikan alasan tidak tahu apabila belum mencuba. Kukuhkan pakatan anda untuk rakyat. Anda harus yakinkan rakyat supaya boleh pegang tampuk pemerintahan.

Semoga dengan adanya kerajaan baru dapat menaikan lagi ekonomi negara ini ketahap yang lebih baik...wish you all good luck from rakyat Malaysia.

PH baru pertama kali menjadi kerajaan. Selama ini mereka banyak mempertikaikan cara kerajaan terdahulu memerintah. Demi membuktikan yang kerajaan baharu oleh PH mampu memimpin negara lebih baik daripada kerajaan dahulu, PH perlu bekerja keras dalam memastikan apa yang dijanjikan kepad rakyat dapat ditunaikan. Semoga kerajaan baharu ini menjadi kerajaan yang lebih baik di masa akan datang.

Pada pandangan saya apa yang patut perlu dilakukan barisan kerajaan sekarang menunaikan janji 100 hari biar rakyat nampak anda patuh pada janji anda.

Ini merupakan kali pertama kerajaan baru mentadbir negara. Banyak isu atau hal yang perlu dipandang serius. Untuk memperkukuhkan sesebuah parti bukanlah kerja yang mudah. Kita nak tubuhkan kerajaan baru walaupun itu kerja susah, tapi ini merupakan satu perjuangan yang perlu diselesaikan.

PH memang harus perkuatan Pakatan ini demi rakyat. Walaupun BN/Umno sudah tewas tapi mereka masih ada banyak sumber yang boleh digunakan untuk bangkit semula.

Saturday, May 19, 2018

Era post Najib : UMNO dan BN Perlu Bangkit Semula

BN gagal kerana enggan akui wujudnya masalah - Khairy Jamaluddin



Salah satu sebab utama kenapa BN kecundang di PRU14 berpunca daripada kelemahan dan ketandusan ide KJ sebagai Ketua Pemuda BN. Dia asyik saja kejar glamer dan mengangkat profil peribadi tetapi kurang manjalankan usaha-usaha politik yang berkesan mahupun bermakna.
Sebenarnya UMNO masih mengekalkan tahap sokongan yang cukup mantap.
Very true. KJ was popular with the youths but it was for self glory. He was able to attract the youths to him but not to UMNO. He is an elitist.

A netizen once commented following the Tahfiz Children School arson case, there’s something terribly wrong with our youth. Unfortunately, our ex-minister of sports and youth seems to glorify and concern himself with sports and completely forgot about youth.


That opinion holds true in all aspects concerning youth ranging from akhlak, education, love for the country, nation building, the underprivileged youth of rural area etc etc..with the exception of sports I guess, even that, the glory actually belongs to the hardworking sportsmen and women.

KJ yang sekarang mengaku," Saya silap dan saya akan ingat sampai bila-bila", Sila Klik Sini.



BN gagal kerana enggan akui wujudnya masalah, Sila Klik Sini.

With UMNO now on the brink of total annihilation, there are no one good and clean enough to lead UMNO. Even though I despice UMNO during the Najib ass-licking era, now I want them to succeed. Lead by a new and fresh face. We need a strong UMNO and BN to put PH in check. With brader Anwar being cut loose, it won’t be long before PH start to crumble. He’s just too power hungry. So please UMNO and BN, wake up!!

Friday, May 18, 2018

Tsunami Orang Muda Tumbangkan BN

Related image


PRU 14 menyerlahkan 'Youth Tsunami' atau Tsunami Orang Muda faktor besar buat Kerajaan BN tumbang setelah 60 tahun.

Selain faktor Tun Mahathir, 93 pemimpin tua yang boleh buat pengundi muda percaya.

Demograpi penduduk Malaysia:

17% populasi berumur 15 ke 24
41% populasi berumur 25-54
15% populasi berumur 55 ke atas
Populasi berumur bawah 14 kurang 30%

Kesilapan UMNO dan BN tidak mengerakkan mobiliti orang muda dan first time voter melalui Pemuda beri kesan maut!

Kegagalan Sosial Media BN menjawab serangan PH buat pengundi orang muda terpengaruh.

Akhirnya setelah 60 tahun memerintah UMNO dan BN tumbang menjejaki parti Congress di India, LDP di Jepun dan KMT di Taiwan. Begitu juga jejak Golkar di Indonesia.

Adakah ini bukti UMNO dan BN sudah tidak relevan atau obselete dalam politik kontemporari Malaysia?


The youth are a big factor......
And they supported the 
93 years old as their leader. 
Why? 
The so call hearsay about
Alleged Corruption never get
satisfied answers.
The youth today wants good
governance, transparent, and
Clean,

Thursday, March 22, 2018

Majlis Pelancaran JENTERA PRU 14 4-0 BARISAN NASIONAL JERANTUT

Image may contain: 2 people, including Pahang Daily, people smiling, text


SEMUA AHLI-AHLI UMNO DAN KOMPONEN BN JERANTUT DIJEMPUT HADIR.



Tarikh: 23 Mac 2017 Jumaat

Masa: 7:45 Malam

Tempat:Dewan Utama, Majlis Daerah Jerantut

Monday, March 12, 2018

Kota Gelanggi Mahkota Alam





Ada dua pintu gerbang yang seperti foto di atas untuk memasuki Kota Gelangggi @ Kota Batu Hitam.


Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)


Selama lebih 1,200 tahun Kota Gelanggi menjadi lagenda kota purba yang kaya dengan harta karun timbunan emas dan permata menjadi rebutan ramai Raja-Raja sejak dari zaman berzaman.


Kota Gelanggi dikatakan salah satu 'city state' merupakan antara bandar pentadbiran Empayar Srivijaya sejak tahun 775.


Kota Gelanggi dikatakan terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dibawah Kerajaan Ligor satu Kingdom Melayu Siam di Segenting Kra. Pada masa itu Siam belum lagi didatangi oleh bangsa Thai dari Selatan China.


Srivijaya mengelarkan Kingdom Ligor ini sebagai Sri Dharmaraja.


Pada akhir abad ke 12, Ligor ini bebas dari Srivijaya menjadi kerajaan Tambralinga.


Tambralinga meningkat kekuasaan dari abad ke 13 hingga awal abad ke 14. Pada masa ini Tambralinga telah menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu.


Pada akhir abad ke 14, Tambralinga menjadi sebahagian dari Siam (Thai).


Tambralinga setelah lama memberontak dari Siam akhirnya menjadi negara Siam sepenuhnya pada penghujung abad ke 19.


Klang Kio atau Kota Gelanggi ini juga orang Melayu panggil Gelanggui, Ganggayu, dan Linggui.


Rekod Jepun menyatakan Putera Mahkota Jepun, Putera Takaoka, Shinnyo Hosshinno (780-856) mati di Kota Gelanggi kerana diserang oleh harimau dalam perjalanan ke India. Orang Jepun merujuk Kota Gelanggi sebagai Lo-Yue.


Pada tahun 1025, Raja Rajendra Cola dari Selatan India telah menyerang Kerajaan Gangga Negara (Beruas, Perak). Raja Rajendra Cola ini dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang digelar Raja Suran kemudian menyerang Kota Gelanggi mengalahkan Raja Chulan.


Sejarah Melayu mengisahkan...

Setelah Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun melompat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah leherya, putus kepalanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga namanya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.



Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya Perbendaharaan Permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya. Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun berperanglah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datanglah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya.



Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali. Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kudanya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang berlembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang bertetakan pedangnya. Maka rupa segala senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu berperang itu. Mana yang mengamuk diamuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk-amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang dimana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur. Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah kebaluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati.



Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuhnya. Maka segala rakyat keling pun· masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri.


Dimana sebenarnya lokasi Kota Gelanggi ini?

Ramai ahli sejarah sejak dari zaman kolonial Inggeris hingga sekarang berselisih pendapat berkenaan di mana lokasi sebenar Kota Gelanggi ini.

Mereka percaya lokasi Kota Gelanggi ini terletak samada di Hulu Sungai Johor dan Kota Gelanggi dalam gua-gua di Jerantut.

Sewaktu Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang, Negeri Pahang berada dibawah kekuasaan Johor. Hulu Sungai Johor memberi berbagai tafsiran.

Almarhum Tun Abdul Razak semasa merasmikan PPPTR Tun Razak pada tahun 1971 ada mengambarkan kepada pemberita bahawa di Kota Gelanggi Jerantut dulu di zaman purba ada mempunyai Kerajaan yang besar dan bertamadun.


Seorang pemerintah besar seperti Sultan Ahmad pertama Pahang sendiri amat tertarik dengan legenda gua Kota Gelanggi yang kononnya tempat tinggal seorang puteri, hinggakan beliau pernah menghantar orang-orangnya mencari puteri itu pada tahun 1872.


Tok Gajah dan beratus-ratus pengikut telah dititah oleh Sultan Ahmad meninjau dan memeriksa Kota Gelanggi.


Dalam tahun 1882, Sultan Ahmad telah berangkat melawat ke merata tempat dalam negeri Pahang. Dalam lawatan inilah Sultan Ahmad telah melawat sebuah gua yang ajaib lagi masyhur bernama Kota Gelanggi, yang terletak tidak berapa jauh dari Pulau Tawar, Jerantut.


Tapi tidak ada harta karun, emas dan perbendaharaan permata dijumpai.


Kota Gelanggi Mahkota Alam bakal membangun seiring dengan pembangunan moden, lebih menarik dengan perancangan pembangunan infrastruktur pelancungan dengan produk-produk parawisata yang bakal menarik para pengunjung seperti mana ribuan tahun dulu untuk mengembalikan kegemilanganya.

Tuesday, March 6, 2018

Empat Puteri Terhebat Pahang Sepanjang Millennia





Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan...


Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? 


Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi dibawah Kerajaan Ligor Tambralingga yang juga di panggil Klang Kio (Gelanggui) atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.





Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Ligor, Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.


Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 


Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan pertama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.






Tun Teja Ratna Benggala puteri Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja Pahang yang kecantikannya diperkatakan oleh pedagang-pedagang yang berdagang di Pahang telah dicolek dan diguna-guna oleh Hang tuah pada tahun 1490 untuk memuas kehendak Sultan Mahmud iaitu Sultan terakhir Melaka walaupun ketika itu Tun Teja Ratna Benggala adalah tunangan Sultan Ahmad Shah iaitu Sultan Pahang.





Sewaktu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam iaitu Sultan Acheh menakluki Pahang pada tahun 1617. Baginda telah membawa pulang 10,000 orang Pahang ke Acheh termasuk seorang puteri Pahang yang bernama Puteri Kamaliah. Tertarik dengan kecantikan dan kebijaksanaan Puteri Kamaliah maka Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah memperisterikannya.


Puteri Kamaliah sangat mashor dan cerdas menasihat suaminya dalam pemerintahan. Rakyat Acheh memanggilnya Putroe Phang. Seperti kata pepatah Acheh:


Adat bak Poe Teumeureuhom
Hukom bak Syiah Kuala
Qanun bak Putroe Phang
Reusam bak Laksamana


Ertinya:


Adat pada Marhum Mahkota Alam
Hukum pada Syiah Kuala
Kanun pada Puteri Pahang
Resam pada Laksamana


Puteri Kamaliah selalu rindu pada negerinya Pahang. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah membina sebuah taman yang ada model banjaran gunung dipanggil Gunongan dan Putroe Phang suka dengan taman itu bermain-main dengan dayang-dayangnya memanjat Gunongan. Kalau anda pergi melawat Acheh, anda akan melihat taman itu masih ada dan dijaga rakyat Acheh. Taman itu dinamakan Taman Putroe Phang dan Gunongan.


Demikianlah kehebatan 4 orang puteri Pahang dari zaman berzaman. Mereka wanita jelita menawan, cantik paras rupawan, cerdik, pandai, bijaksana bikin hati Raja dan Sultan cair hati lalu sanggup menghunus senjata menakluki negara.

Wednesday, February 28, 2018

Empat Emas Walau Kemudahan Aquatik Primitif Lagi Dhaif Murid-Murid Ulu Tembeling Sangat Membanggakan Jerantut

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature



Latihan guna kemudahan aquatik papan anjal paling primitif dan dhaif hasil gotong royong orang kampung Gusai Ulu Tembeling dan Kg Chebong Tembeling Tengah membolehkan murid-murid pendalaman Ulu Tembeling dan Tembeling tengah menghasilkan 4 pingat emas dalam Kejohanan Aquatik MSS Pahang 2018 Bawah 12, 15 dan 18 tahun pada 25 hingga 28 Februari 2018 di Kolam Renang MPK Kuantan.

Sungguh mengharukan WZWH walau kemudahan begitu dhaif dan primitif tapi murid-murid SR Kg Gusai Ulu Tembeling dan SR Chebong Tembeling Tengah membuktikan bahawa semangat jitu mahu bersaing yang tinggi dengan lawan dari sekolah-sekolah di kota dan bandar besar yang punyai kemudahan aquatik yang lebih moden dan canggih tetap bangga berdiri sama tinggi dan handal dengan membolot 4 emas.

Kejayaan yang begitu 'touching' dan menyentuh perasaan serta melorong pencapaian imaginasi yang lebih futuristik memberi motivasi kepada semua murid-murid di Lembah Tembeling.

Image may contain: 1 person, standing


Tahniah, Adik Nur Imanina Insyirah binti Khairul Amin murid tahun 4 SR Kg Gusai Ulu Tembeling capai 2 emas Acara Terjun Papan Anjal Kejohanan Aquatik MSS Pahang 2018 walaupun latihan guna kemudahan dhaif dan primitif. Murid SR Chebong juga dapat 2 emas. Ini satu kebanggaan kejayaan murid-murid di Lembah Tembeling. Hebat, Terbaik dan Tahniah.

Image may contain: 8 people, including Ahmad Hafizee Mohamad, people smiling, people standing and shoes

No automatic alt text available.

Pasukan Aquatik MSS Jerantut semuanya terdiri dari murid-murid Alur Tembeling dari SK Gusai, SK Kuala Sat, dan SK Chebong.

Empat Emas Walau Kemudahan Aquatik Primitif Lagi Dhaif Murid-Murid Ulu Tembeling Sangat Membanggakan Jerantut

Monday, February 5, 2018

Revolusi Pembangunan Jerantut Gelombang ke 2


Image may contain: 6 people, people standing, sky, outdoor and nature




























Projek Jalan Lingkaran Jerantut dengan 3 Flyover bakal menjadikan Jerantut bandar paling lestari dalam Negeri Pahang Darul Makmur tersusun pembangunan pinggir bandar

Lawatan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri ke Daerah Jerantut Pahang Darul Makmur

Tarikh: 1-3 Februari 2018 (Khamis-Sabtu)

Tempat: Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur


ROME WAS NOT BUILT IN ONE DAY

 Pribahasa English bermaksud


  • admirable results always take time
  • to take a long time to complete something that is good and important
  • big achievement comes late with time
  • great thing requires more time


Allah mencipta Alam Semesta ini termasuk bumi dan 7 petala langit pun dalam masa 6 hari

Begitulah pembangunan Daerah Jerantut yang merupakan daerah terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur dengan keluasan  7,563.46 km persegi.

Mempunyai 9 mukim terdiri dari pada 231 buah kampung yang ditadbir dibawah 58 JKKK, dan 15 kawasan Felda yang juga dikongsi dengan Daerah Maran.

Jerantut telah mengalami Revolusi Pembangunan Gelombang Pertama seperti apa yang dikatakan oleh YBhg. Dato' Nik Azman bin Nik Abdul Majid Ketua Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri semasa Taklimat Pembukaan bahawa:

"Jerantut setakat hari ini telah mendapat 35 projek dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri bernilai RM2 bilion....ini semua atas usaha dan kerja kuat YB Dato' Sri Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan yang tidak pernah kenal erti jemu...kredit perlu diberi kepada YB Dato' Sri..."


Image may contain: 3 people, people sitting, people eating, table and indoor


WZWH kini lebih berminat dengan hasil Lawatan Ketua Pengarah EPU dan Taklimat Projek-Projek serta Lawatan Tapak dari 1-3 Februari 2018 yang WZWH sifatkan ini adalah merupakan Revolusi Pembangunan Gelombang Kedua.

Berikut Lawatan Tapak dan Projek-Projek yang terlibat:

Taklimat dan Lawatan Tapak Ketua Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri ke Jerantut pada 1-3 Februari 2018.

Ringkasan Senarai projek EPU:
1) Jalan Kg Som ke Kg Berau 10 km RM83.6 juta


2) Jalan Lingkaran Jerantut dan 1 Flyover dari Simpang Sg Lekok ke Tebing Tinggi 12 km RM145 juta

3) Jalan Lingkaran Jerantut dan 2 Flyover Simpang Kg Tampin ke Simpang Kg Padang Saujana 8km RM 232 juta

4)Jalan Kg Baru menghubungi Kawasan Rekreasi Lembah Kiol 8km RM72.3 juta

5) Jalan Simpang Kota Gelanggi-Lepar Utara 10km RM174.2 juta

6) Jalan Jerantut-Maran dari KM55 Simpang Jengka 8 ke KM63 Papan Tanda Projek Terbengkalai 8 km RM138 juta

7) Jalan & Jambatan Gemuncur ke Labu Sentral 31km RM191 juta

8) Jalan Kuala Tembeling ke Kuala Retang melalui Bukit Mentimun 4.8km RM51 juta

9) Jalan Padang Piol -Sg Retang 6.8km selesai masalah terputus di Paya Garok RM114.9 juta

10) Klinik KK3 Kuala Tahan RM15 juta

11) Balai Bomba Kuala Tahan RM3 juta

11 Projek ini TOTAL bernilai RM1.23 bilion


Image may contain: 2 people, people standing, outdoor and nature



Image may contain: 1 person, standing, outdoor and nature



Taklimat Penutup Lawatan Ketua Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri ke Jerantut 1-3 Februari 2018 di Balairaya Kg Labu Tembeling Tengah. Ketua Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri mempengerusi mesyuarat bagi keperluan dan keutamaan projek-projek di Jerantut.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor



Keperluan dan Keutamaan adalah faktor penting menjayakan pelaksanaan projek-projek itu yang bernilai RM1.23 bilion selain dari kekangan Bajet keseluruhan EPU yang bernilai RM46 bilion setahun yang cover seluruh projek pembangunan negara.


Image may contain: 1 person, standing, outdoor and nature


Kita tidak semestinya dapat 100%, mungkin kita berupaya boleh dapat 75% atau mungkin 50%. Yang penting kita mencuba, berusaha kuat menyakinkan Kerajaan dan Pembuat Keputusan .

Kita merancang dengan sabar dan berharap Insyallah kita akan berjaya.

Monday, January 29, 2018

AGENDA Lawatan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Ke Daerah Jerantut Pahang

Image may contain: 16 people, people standing and indoor



Atas inisiatif dan kerja kuat YAB Dato' Sri Hj Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan sokongan jitu YAB Dato' Sri DiRaja Hj Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang telah berjaya bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Lawatan Ketua Pengarah EPU ke Daerah Jerantut dari 1 Februari hingga 3 Februari 2018, Agenda Taklimat dan Lawatan Tapak diringi oleh JKR Malaysia, Negeri, Daerah serta Pegawai Daerah Jerantut.

Taklimat dan Lawatan Tapak bagi 9 Projek Besar dan berimpak tinggi di Daerah Jerantut:

1) Projek Naik Taraf Jalan dari Kg Som ke Kg Burau. Mukim Ulu Cheka Daerah Jerantut

2) Lawatan Tapak Projek Lingkaran dan Flyover Jerantut

3) Projek Naik Taraf Jalan Utama di Laluan Persekutuan FT1524 dari Simpang Kota Gelanggi ke Felda Lepar Utara (Fasa 1, 1A dan 2)

4) Lawatan ke Projek Terbengkalai di Laluan 64 Jerantut-Maran, Fasa 3 Segmen 1, Laluan 64 Benta-Jerantut-Maran

5) Projek Menaik Aras Permukaan serta Jajaran Semula Jalan Persekutuan FT1508 di Laluan Padang Piol ke Sg Retang

6) Projek naik taraf jalan dari Kuala Tembeling ke Kg Kuala Retang melalui Bukit Mentimun

7) Projek Jalan dari Jambatan Gemunchur ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak, Jerantut dan membina sebuah jambatan Kg Labu

8) Lawatan Tapak KU3 Mini Hospital 60 katil Kuala Tahan

9) Lawatan Tapak Balai Bomba Kuala Tahan

WZWH amat berharap Agenda Lawatan Ketua Pengarah EPU dan Pegawai-Pegawai Tinggi JKR dari Pusat, Negeri dan Daerah ini dapat menyegerakan 9 projek berimpak tinggi yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Jerantut khasnya serta boleh meningkat sosio-ekonomi penduduk tempatan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...