Tuesday, February 26, 2013

Genius DS Najib Menangani Isu Lahat Datu




















Bendera Kesultanan Sulu dikibarkan di Kampung Tanduao, Lahat Datu Sabah.

Anwar Ibrahim kata Kerajaan Malaysia terlalu lembut menangani isu pencerobohan Lahat Datu. Itu bermakna kalau Anwar Ibrahim jadi PM sudah tentu 2 bot penceroboh Sulu Filipina itu terus ditembak sebelum sampai ke perairan Malaysia.

Anwar Ibrahim pergi lebih jauh dengan mengatakan Najib lah yang sponsor pencerobohan ini bagi menjadikan isu untuk menang PRU 13.

Walaupun laporan awal Reuters memetik sumber Filipina menyatakan Anwar Ibrahim terlibat namun Anwar Ibrahim menafikannya dengan keras.

Begitu juga laporan berita dari negara jiran dan luar negara banyak memperlekehkan Malaysia sebagai negara lemah dan hilang kedaulatan serta tidak berupaya mempertahankan Sabah.

Ada juga rakyat Malaysia yang mempersoalkan apakah Menteri Pertahanan dan Menteri KDN tidak berfungsi dalam menangani isu Lahat Datu.

Bila membicarakan isu ini WZWH lebih memandang kepentingan negara lebih di atas dari kepentingan BN atau Pakatan Rakyat. 

Sudah tentu Zahid Hamidi telah ditaklimat oleh tentera dan perisik Malaysia bahawa penceroboh cuba memasuki perairan Malaysia.

Sudah tentu Hishammudin sudah dibrief oleh polis bahawa penceroboh telah memasuki Lahat Datu.

Protokolnya jelas Zahid Hamidi dan Hishamuddin tentu sudah memberi arahan tembak kepada penceroboh TAPI WZWH percaya DS Najib tidak bersetuju kerana geniusnya DS Najib menangani isu Lahad Datu.

Kita bercakap tentang 180 anggota penceroboh kalau ikut sumber perisikan Filipina. kalau ikut Sultan Kiram pula 400 orang lengkap bersenjata.

Jika polis atau tentera Malaysia menembak habis mati kesemua penceroboh ini akan mengakibatkan tindakan balas dendam  dan serangan gerila berterusan dari pejuang Tausug Sulu dan Tawi-Tawi.

Ini akan dijadikan alasan oleh pejuang Tausug dari kepulauan Sulu dan Tawi-Tawi memceroboh perairan Sabah.

Sepertiga penduduk Sabah adalah terdiri dari kaum Tausug yang mungkin tidak suka kalau cara kekerasan diambil oleh kerajaan Malaysia. Ini boleh mengakibatkan pemberontakan samada di peti-peti undi PRU 13 tidak menyokong BN atau bekerjasama dengan gerila Tausug Sulu.

Imej DS Najib sendiri sebagai tokoh pendamai persengketaan 40 tahun MILF dan kerajaan Filipina akan tercalar jika pertumpahan darah berlaku di Lahat Datu.

Walau nampak pendekatan kerajaan Malaysia ini lemah di mata negara jiran dan dunia namun itulah pilihan terbaik.

Pembangkang menjadikan isu ini sebagai alasan terbaik bahawa kerajaan gagal menjaga keselamatan Sabah.

Jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana maka Sabah akan menjadi tidak stabil dan aman serta senario yang lebih teruk membolehkan campurtangan asing yang akhirnya Malaysia akan kehilangan Sabah.

Tentera Malaysia boleh terus menembak bot-bot pejuang Tausug itu tapi sengaja membiarkan tentera Diraja Sultan Kiram masuk ke pantai Lahat Datu berkampung di Tanduao kerana mahu tahu siapa sebenarnya yang mengarahkan mereka dengan kawasan dikepung 300 meter parameter oleh polis.

Yang penting siapakah yang membiayai operasi pencerobohan tentera Diraja Sultan Sulu ini?

Siapa lagi kuasa besar yang terlibat dan apa motif operasi ini?

Adakah ini satu cara untuk mengulingkan kerajaan BN yang paling lama memerintah dalam dunia?

Menurut Sultan Kiram, pencerobohan itu bukan berniat mahu mencetuskan peperangan cuma rundingan negosiasi bagi kepentingan bersama yang gerombolan itu diketuai oleh adik Sultan Kiram sendiri.

Mengikut undang-undang negara dan antarabangsa tindakan tentera Sultan Kiram itu salah tapi Sultan Kiram kata rakyatnya hanya melawat tanah pusaka nenek moyang Kesultanan Sulu!

Rakyat Malaysia tidak akan faham alasan ini hanya golongan feudal faham. 

Yang sebenarnya Sultan Kiram ini tahu DS Najib faham sangat kehendaknya...sewa setahun kerajaan Malaysia bayar kepada waris Kesultanan Sulu ialah sebanyak RM6000 ( USD1500 ) setahun!

Yang Malaysia bayar itu ialah 'cession money' bagi wilayah Sabah yang terlepas kepada Malaysia.

Malaysia kena bayar lebih. Malaysia perlu bangun dan majukan Kepulauan Sulu,Tawi-Tawi, Basilan, Palawan dan Zamboanga

Kalau dibagi pilihan Sultan Kiram ini mahu jadi Sultan Sabah dan masuk Persekutuan Malaysia tapi Filipina akan menjerit tidak mahu Kepulauan Sulu dan Tawi-Tawi masuk Malaysia bimbang pulau Mindanao pun mahu masuk Malaysia!

Negosiasinya mudah kerajaan Malaysia kena bayar sewa tahunan banyak sikit kepada Sultan Sulu. Tapi soalnya kepada Sultan Sulu yang mana? Ada banyak waris Kesultanan Sulu.

Permasalahan di Lahad Datu mesti diselesaikan secara 'tarik rambut dalam tepung...rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan". Andainya tepung berselerakan, maka haruslah kita semua bersedia untuk berhadapan dengan musuh-musuh yang sekarang ini mengharap sangat terjadinya huru-hara bermula di Lahad Datu ini yang boleh merebak ke keseluruhan nusantara ini.

Espresi Anak Muda Jerantut Melalui Muzik....



Megat Khairul Nizam, tokoh pengerak muzik anak-anak muda Jerantut duduk di sebelah Dato' Wan Amizan. Dato' Abu Jimi Ketua Pemuda UMNO Pahang duduk ditengah sekali hadir memberi sokongan.

Agak 'touching' juga bila WZWH baca satu komen dari pembaca blog WZWH respon kepada posting sila klik sini.

Anonymous said...

Kami tumpang sama gembira atas kejayaan kanival di Jerantut. Acara battle of the bands gempak bergema hidup diudara.

Ratusan belia muda hadir sama sama menjayakan kanival itu telah disambut bersama dengan penuh keceriaan. Satu kenangan gembira yang tidak boleh dilupakan dan akan membawa ketenangan kepada belia muda ke saat akhir pada hari mengundi nanti.

Persembahan musik dari kumpulan belia muda tempatan sungguh menkagumkan lagi mehiburkan. Sumbangan suara mereka melalui melody digegar dalam aliran rentak yang rancak, disulam pula dengan ketrampilan petikan guitar utama bersama kekukuhan pukulan permain drum yang padat, diiring sesama bunyian gitar bass memberi keteguhan rhythm dalam lagu, mengeratkan lagi keharmonian musik, kesepakatan irama berulangan bagi pendengar dan telah mengegarkan jiwa rakan belia muda di Jerantut.

Yang perlu diambil kira dalam acara sebegini dapat mengumpul dan mengeratkan silaturahirahim antara belia belia muda dalam mengespresikan diri mereka melalui musik.

WZWH suka pada ayat...Satu kenangan gembira yang tidak boleh dilupakan dan akan membawa ketenangan kepada belia muda ke saat akhir pada hari mengundi nanti.

Muzik adalah seni espresi yang indah didengar mengetar jiwa. Jiwa boleh tenang. Tidak sangka juga anak-anak muda Jerantut ramai yang berbakat perlu digilap hingga ke persada nasional.

Satu penganjuran besar-besaran persembahan oleh pemuzik hebat negara bakal diadakan di Jerantut bagi memberi kepuasan dan dimensi baru kepada anak-anak muda Jerantut.

WZWH lihat anak-anak muda Jerantut bawah umur 30 tahun suka kepada genre alternatif, underground dan raggae selain pop dan rock.

Apa-apa pun WZWH ucapkan terimakasih kepada saudara Megat Khairul Nizam dan AJKnya kerana bertungkus lumus menjayakan Program Battle of the Band.

WZWH berharap anak-anak muda Jerantut terutama 'first time voters' berjumlah 9000 orang dalam parlimen Jerantut menyokong usaha-usaha matlamat Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen Jerantut dengan tagline Kas Sayang Jerantut.

Monday, February 25, 2013

Kayuhan Sihat 1Malaysia Karnival Parlimen Jerantut



Bonda WZWH-Wan Rohani Wan Mohd Hashim ialah Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Pahang. Selalu bonda bertanya kepada WZWH boleh tidak Persatuan Lumba Basikal Jerantut melalui Kelab Berbasikal Jerantut mahu menyertai aktiviti Karnival Parlimen Jerantut. 

Pada pagi Ahad 24 Februari Program 2013-02 Kayuhan Sihat Sempena Karnival Rakyat 1 Malaysia Jerantut dijalankan sejauh 30km.

Seramai hampir 400 peserta mengambil bahagian baik kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. WZWH suka program ini melibatkan ramai orang Cina dan Melayu serta India menyertainya. 

Dengan sebahagian peserta memakai baju t-shirt merah 1 Love PM menunggang basikal mengelilingi bandar Jerantut satu pemandangan yang indah.


Pendaftaran peserta Kayuhan Sihat 1Malaysia.



Tarian kipas dari Persatuan Tai Chi Cina Jerantut.


Persembahan Persatuan Tai Chi Cina Jerantut



Bonda WZWH-Wan Rohani, 65 sebelum bersara dulu adalah Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut. Beliau amat rapat dengan komuniti Cina Jerantut. Bonda masih aktif sebagai AJK Wanita UMNO Bahagian Jerantut dan NGO seperti Pemadam.


Anak-anak remaja tidak sabar mahu memulakan perlumbaan.


Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan baru memulakan perlumbaan Kayuhan Sihat.


Anak-anak remaja mengayuh basikal menuju perlumbaan.


Kayuhan basikal kanak-kanak remaja dengan t-shirt I Love PM mengelilingi sekitar bandar Jerantut.


Ada bapa-bapa yang membawa anak-anak kecil membonceng basikal kayuhan sihat. Ini riadah bersama merapatkan hubungan keluarga.


Peserta melepasi 'gate KTM'.


Peserta melalui Taman ICT. Taman ini sering dikunjungi warga Jerantut terutama di hujung minggu.



Peserta Kayuhan Sihat menaiki bukit.


Sebahagian peserta dewasa menaiki bukit.


Ini dia bakal pemimpin muda BN Jerantut terdiri dari pelbagai bangsa.


Bonda Wan Rohani menyampaikan cenderamata kepada orang kuat Kelab Berbasikal Jerantut.


Dato' Lau Lee ADUN Damak bersama Urusetia Kayuhan Sihat 1Malaysia Karnival Parlimen Jerantut.

Layar Bestari Membangkitkan Nostalgia Wayang Pacak

WZWH masih ingat lagi waktu zaman kanak-kanak pada awal 1970an bagaimana kerajaan via Jabatan Penerangan berkempen guna kaedah wayang pacak.

Sebuah van bergerak ke seluruh kampung dan kampung sebelah menghebahkan malam ini ada wayang pacak cerita wayang menarik.

Bukan sahaja Penerangan bahkan pihak swasta pun dalam mempromosi produk mereka guna wayang pacak.

Ketika TV masih belum lagi ramai orang kampung miliki maka kaedah wayang pacak berkesan menarik ramai orang kampung keluar dengan keluarga masing-masing membawa tikar. bantal dsb.

WZWH rasa mungkin kaedah wayang pacak ini bermula pada awal 1960an.

Hari ini WZWH lihat di kedai mamak ada 'big screen' bila musim pertandingan bola , liga antarabangsa dan dalam negeri ramai anak-anak muda menonton.

PAS pun guna layar besar , guna powerpoint buat penceramah berkempen, berceramah dsbnya. Kadang CD-CD ucapan pemimpin besar PAS ditayangkan kepada ahli dan orang ramai yang berkumpul.

Juga CD-CD propaganda kecuali CD China Doll AB ditembak kepada 'big screeen'. Tidak perlulah penceramah PAS bercakap bila "besi' berceramah....!



















Bagi membangkitkan nostalgia wayang pacak, sebuah layar besar dipacak di Dataran MDJ. Dato' Wan Amizan sedang berceramah kepada orang Jerantut di bandar Jerantut.

Beliau ini ADUN Tahan sebuah kawasan pedalaman di Jerantut. Maka bila diberi peluang bercakap sepanjang Karnival Rakyat 1Malaysia yang bermula pada 19 Januari hingga 24 Februari 2013, beliau telah berucap setiap hari di bandar Jerantut.

Walaupun Karnival ini sudah habis tempoh namun program-program dalam pakej yang sama tetap diteruskan sehinggalah DS Najib buka mulut umum pembubaran parlimen dan serentak DUN.

Karnival Parlimen Jerantut ini akan diserap turun ke DUN Tahan, DUN Damak dan DUN Pulau Tawar ke kampung-kampung tradisional dan Felda-Felda dalam skala yang kecil sehingga tiba pilihanraya. Jadual seperti berikut:

  • 2 Mac 2013 di Kuala Tahan Taman Negara DUN Tahan.
  • 9 Mac 2013 di DUN Damak.
  • 16 Mac 2013 di DUN Pulau Tawar

Dengan tagline Kas Sayang Jerantut.



















Itulah Dato' Wan Amizan tetap berucap memberitahu vision politik beliau kepada para hadirin orang Jerantut baik yang di bandar, di kampung tradisional dan di Felda.



















Layar pacak membangkitkan nostalgia wayang pacak. 

WZWH mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Jerantut tidak kira dari DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak yang memberi sokongan, penglibatan dan galakan bagi menjayakan Karnival Rakyat 1Malaysia Parlimen 81 Jerantut sepanjang 19 Januari hingga 24 Februari 2013.

Terima kasih kepada pihak kerajaan dan swasta serta NGO-NGO yang terlibat.

Terima kasih juga kepada jentera-jentera tentera semut BN yang majoriti terdiri dari golongan orang muda Jerantut yang menjadi tulang belakang bagi menjayakan karnival ini.

Akhir kalam kepada penyokong PAS, PKR dan DAP dan golongan atas pagar yang juga teruja dengan karnival ini.

Photo: PANAS! Gambar Bikin Sakit Mata... Dari mata turun ke hati. Jangan sakit hati, okay~ :P http://nblo.gs/IEkzc

Sunday, February 24, 2013

Malam 'Happening' Goger Bandar Jerantut

Malam tadi malam 'happening' goger bandar Jerantut. Battle of the band dan persembahan 2 buah band diundang dari KL begitu menghiburkan orang muda Jerantut.

Mari kita lihat ramai orang Jerantut datang menonton...


Apa yang orang muda Jerantut mahu...kita penuhi kemahuan mereka orang muda.


Ramai sungguh orang Jerantut malam tadi.


Orang muda Jerantut memenuhi ruang-ruang di Dataran MDJ.


Apa yang buat ramai orang Jerantut berkumpul?


Apa yang goger bandar Jerantut malam tadi?


Apa yang buat ramai orang Jerantut terutama anak-anak muda berkumpul?


Pidato ahli politik mana memukau mereka?


Dato' Wan Amizan ahli politik Jerantut muda yang boleh buat beribu orang Jerantut mendengar ucapan beliau sampai tengah malam!


Malam 'happening' menguja anak-anak muda Jerantut.


Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Dato' Abu Jimi Ketua Pemuda UMNO Pahang bersama pemenang-pemenang berbagai kategori.

Saturday, February 23, 2013

Karnival Pendidikan Parlimen Jerantut

Dato' Wan Amizan Wan Razak bakal calon popular parlimen Jerantut percaya agenda pendidikan adalah elemen fundamental mentransformasi tahap rakyat Jerantut kepada standard of living yang lebih baik.

WZWH sebagai Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Jerantut telah menyokong penuh usaha Dato' Wan Amizan.

Karnival Pendidikan Jerantut adalah satu medium pendedahan kepada anak-anak muda Jerantut dengan kerjasama dan penglibatan Kolej Komuniti Jerantut, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, PPD Jerantut, agensi kerajaan, dan swasta serta NGO.

Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Sempena Karnival Kas Sayang Jerantut Yang Bertempat di Perkarangan Kolej Komuniti Jerantut  Berlangsung Pada Jam 10.30 pagi dan Dirasmikan Oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia...Moh Kita Weh, Banyak Maklumat Kita Boleh Dapat Di Sini...!!



Dato' Wan Amizan tokoh politik yang gigih memperjuangkan Kolej Komuniti dan ADTEC di Jerantut. Beliau juga sedang memperjuangkan sebuah politeknik dan universiti didirikan di Jerantut.


Ucapan teks Menteri Pengajian Tinggi dibaca oleh Ketua Pengarah Pengajian Tinggi. Dato' Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi menjanjikan satu karnival pendidikan yang lebih besar akan di adakan di Jerantut dengan lebih awal dirancang bersama.

Pada sama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalan kempen "Moh Gi Universiti" di setiap zon seluruh negara. KPT juga merancang Kempen "Moh Gi Universiti" di Kuantan Pahang pada bulan Mac 2013.

Tapi... Jerantut sudah buat dulu karnival pendidikan selama 3 hari.


Para hadirin yang datang. Perhatikan booth-booth pameran di belakang.


Para hadirin yang hadir.


Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan Jerantut.


WZWH berharap lebih ramai anak-anak muda Jerantut berjaya belajar ke universiti baik di dalam dan luar negara dengan memilih bidang dan kerjaya yang sesuai.

Biar lebih ramai anak-anak muda Jerantut menjadi orang yang berguna dan berjasa kepada negara.

Malam Suara Jiwa Orang Muda Karnival Parlimen Jerantut



Malam Suara Jiwa Orang Muda Jerantut mendapat sambutan dan sokongan dari anak-anak muda parlimen Jerantut.



Puisi, sajak, syair, gurindam, lagu adalah elemen kesusteraan mengajak anak-anak muda mencari jalan menuju keestetika kehidupan.



Anak-anak muda parlimen Jerantut yang perlu diberi jati diri baru...




Anak-anak muda yang boleh bebas bersuara dengan kebebasan diruang lingkup norma dan nilai serta mematuhi undang-undang.



Sambutan dari golongan masyarakat muda parlimen Jerantut.



Anak-anak muda Jerantut yang kembali ceria dan bersemangat kini....

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...