Friday, July 30, 2010

Dr Hamzah Ahli Parlimen Jerantut PRU 13?

Sun Tzu, pakar strategi China purba telah mengarang sebuah buku bertajuk "The Art of War". Dalam buku itu, Sun Tzu menyaran kepada sesiapa yang ingin memenangi sesuatu peperangan perlu kenal siapa musuhnya.

Maka WZWH ingin mengenali Dr Hamzah, 44, graduan Al Azhar adalah Yang Dipertua PAS Jerantut. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Pesuruhjaya PAS Pahang adalah saudara dan sekampung dengan Dr Hamzah iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dari Kampung Batu Balai, Jerantut.

Dr Hamzah adalah calon Parlimen PAS Jerantut dalam PRU 11 dan 12. Berikut ialah prestasi Dr Hamzah:

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Berikut kita lihat usaha gigih Dr Hamzah mendekati pengundi-pengundi Ulu Tembeling di parlimen Jerantut...

LAWATAN KERJA YDP KE ULU TEMBELING



Pada 18.3.2010 PAS Kawasan Jerantut telah menghantar YDP dan Setiausahanya ke kawasan Ulu Tembeling bagi bertemu dengan penduduk yang berada di kawasan tersebut. Kawasan tersebut meliputi beberapa buah kampung tradisional yang terdiri daripada Kg. Pagi, Kg. Sat, Kg Bantal, Kg. Bukit Mat Darling dan Gusai. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah 2 orang AJK termasuk Ustaz Zakuan.


(Dr. Hamzah sedang menyampaikan sedikit bantuan berupa barang makanan kepada salah seorang dari penduduk Kg. Mat Darling selepas menyampaikan kuliah maghribnya)

Dalam lawatan tersebut, YDP Pas Kawasan Jerantut, Dr. Hamzah Jaaffar telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah maghribnya di Masjid Kg. Mat Darling. Turut hadir dalam kuliah tersebut ialah Ketua Kampung Kg. Mat Darling. Dalam kuliah, Dr. Hamzah hanya menekankan betapa perlunya kita memiliki sifat taqwa dalam diri masing-masing agar hidup manusia akan lebih aman dan damai samada di dunia maupun akhirat. Untuk mendapatkan sifat taqwa maka majlis-majlis ilmu samada kuliah atau ceramah agama hendaklah diperbanyakkan teutamanya di masjid. Kesan dari sifat taqwa akan menyebabkan anak isteri akan bahagia hidup mereka kerana mempunyai ayah dan suami yang bertanggungjawab yang terhasil dari sifat taqwa. Rakyat pula akan hidup aman damai kerana dijagai oleh pemimpin yang bertanggungjawab lantaran bertaqwa kepada Allah swt. Begitulah antara penekanan dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr. Hamzah tanpa menyentuh secara langsung hal-hal yang berkaitan dengan politik. (YDP PAS Jerantut sedang menyampaikan kuliah maghrib yang dipengerusikan oleh Ustaz Zakuan, AJK PAS Jerantut)

Ketika ditanya mengenai lawatan tersebut, Dr. Hamzah menjelaskan bahawa lawatan kali ini adalah untuk meninjau sejauh mana Kerajaan UMNO/BN menunaikan janji mereka untuk membina jalanraya yang menghubungkan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling. Beliau dan rakan-rakannya sengaja memilih melalui ‘jalan darat’ tidak ‘jalan air’.
(Jalan untuk laluan 'darat' ke Ulu Tembeling. Penduduknya menderita lebih 50 Tahun. Amat menyeksa badan jika melalui jalan ini yang memakan masa selama hampir 4 jam sedangkan jika jalanraya dibina,ianya hanya memerlukan masa 45 minit untuk sampai ke Ulu Tembeling)

Sepanjang melalui jalan tersebut, badan terasa sakit kerana jalannya berlopak-lopak dan banyak yang rosak kerana digunakan untuk mengeluarkan kayu balak yang terdapat di sekitar kawasan Ulu Tembelang.

‘Apa yang saya dapat dari lawatan ini ialah rupa-rupanya terdapat 4 buah jambatan kukuh yang terbina semasa PAS memenangi DUN Tahan pada Tahun 1999. Pada waktu itu, DUN Tahan diwakili oleh Allahyarham YB Abdul Malek Yusof. Pada zamannyalah, penduduk Ulu Tembeling mendapat kemudahan letrik sedangkan sebelum itu lebih 40 tahun lamanya, penduduk di sana tidak mendapat bekalan letrik dan tiada jambatan yang merentangi anak-anak sungai yang terdapat sepanjang laluan ‘darat’. Ini bermakna PAS telah berjaya membina 4 buah jambatan untuk rakyat di Ulu Tembeling sepanjang lebih kurang 4 tahun iaitu dari 1999-2004. Dengan sebab itu, saya yakin kalaulah DUN Tahan diwakili oleh wakil rakyat PAS, Insya Allah masalah jalan mungkin dapat diselesaikan lebih-lebih lagi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang.’Ujar beliau ketika ditanya mengenai lawatan PAS Kawasan Jerantut.(Jambatan ini dibina hasil perjuangan Allahyarham YB Abd. Malek Yusof, Wakil rakyat PAS pada Tahun 19999-2004)

Untuk makluman, sehingga kini penduduk di Ulu Tembeling masih menggunakan jalan air sebagai jalan utama mereka sekiranya mereka ingin ke Kuala Tahan atau ke Bandar Jerantut. Namun ada kalanya jalan air amat menyeksakan mereka sekiranya air sungai didapati cetek seperti musim sekarang. Air yang cetek menyebabkan mereka terpaksa menolak perahu atau bot mereka apabila sampai di tempat yang airnya’cetek/tohor’.
(lihatlah sendiri air sungai ini yang terlalu amat cetek. Bayangkan betapa seksanya penduduk kerana mereka terpaksa menolak perahu mereka apabila bertembung dengan air yang cetek ini)

Semasa perjalanan pergi, Dr. Hamzah dan rombongan pacuan 4 rodanya telah singgah di Kg. Pagi dan Kg. Sat. Mereka pulang keesokan harinya iaitu Hari Jumaat. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat singgah di Kg. Bantal dan bertemu dengan penduduk yang datang ke pekan sehari.
(Salah seorang AJK yang menyertai lawatan terpaksa menolak perahu dengan menggunakan kayu yang telah disediakan untuk menyeberang ke Kg. Bantal)

Penduduk di sana mengharapkan agar PAS handaklah memperbanyakkan lawatan ke Ulu Tembeling dan mereka meminta agar diadakan kuliah di masjid mereka. Bagi mereka, mereka tidak takut lagi untuk berdampingan dengan pemimpin PAS kerana mereka telah banyak kali ditipu oleh pemimpin UMNO/BN terutamanya dalam isu pembinaan jalanraya yang sehingga kini, lebih 50 tahun lamanya masih belum dimulakan pembinaannya. Yang telah dibina ialah papan tanda yang tidak bertarikh sebagai penyejuk hati.
(Lihat dan perhatikan betul-betul, papan tanda ini telah lama dipacak di permulaan jalan menuju ke Ulu Tembeling. Tetapi sayangnya tiada tarikh mula dan tiada pula tarikh bilakah ianya akan siap.Sekadar untuk menghiburkan hati penduduk. Insya Allah dekat pilihanraya ke 13 nanti, akan diletakkan jentolak dan sedikit tar untuk terus menghibur hati penduduk agar rakyat terus undi BN)
Ini jambatan khas untuk mengeluarkan balak sehingga menyusahkan
penduduk yang berulang alik melalui jalan air kerana jambatannya terlalu rendah.
Maklumlah untuk balak.

Mula-mula masuk ke jalan darat, anda akan lihat lautan balak tersusun rapi.
Sebab itulah selagi balak di Ulu Tembeling tak habis, selagi itulah jalanraya tidak akan dibina.
Maklumlah susah nak keluarkan balak.Nanti rosak pulak jalan tar.

Adui sedapnya masakan orang ulu ni. masak kampung katakan.
Ikan sungai asli, bukannya sangkar tau...!!

Bergambar kenangan dengan Ketua Kampung Kg. Mat Darling, berbaju kelabu.

Walaupun belum memerintah namun PAS Jerantut masih mampu menyampaikan
sumbangan seadanya untuk masjid dan diterima oleh Ketua Kampung Kg. Mat Darling

4 comments:

consigliereijat said...

haha.orang pas memerintah 1 pengal je boleh buat jambatan.orang umno memerintah dun tahan lebih 53 tahun sejak merdeka jalan on tak boleh buat.tak guna.makan duit rakyat je tau.ade adun pon,rupanya sekolah tak tinggi mana,menipu rakyat setiap masa,makan duit rakyat,patut perut boroi.haha.tak guna betul manusia species macam ni.pru13 silalah blah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Mrbabysteps,
Jangan cepat terpedaya dengan dakyah PAS di Dun Tahan. Itu propaganda PAS. Hakikatnya PAS tidak boleh buat apa-apa. Adun Tahan sekarang banyak membawa perunyukan ke Dun Tahan, setakat ini berjumlah RM260 juta. Persepsi negatif Mrbabysteps terhadap Adun Tahan itu tidak benar. Rakyat Dun Tahan sangat suka dan sayang kepada YB Adunnya.

consigliereijat said...

saya berumur 23 tahun dan saya tak la jahil sangat tentang politik ni.hehe.don't judge a book by it's cover.cuba buat survey dikalangan orang muda semua kaum.majoriti cina india semua sokong pakatan.tingga golongan melayu muda macam saya ni semuanya lebih ke arah pakatan.buat la survey kat ipta.jangat terkejut.sebut umno je rata-rata orang akan meluat.dan saya anak jati jerantut,tinggal di jerantut.pru13 nanti saya pangkah pakatan.tak kisah siapa.i'm not gonna vote the corrupted, incompetent, cronyism,iron fist,idiot and classless today's government.

Anonymous said...

ADUN TAHAN sekarang dah buat pembangunan dan sediakan kemudahan di DUN Tahan sebanyak RM260 juta???
Kome tak mengaji ekonomi weh.Tapi kalau RM260 juta rasa kome kalau beli lembu yang berharga RM2000 seekor, tentu dah dapat 125,000 ekor. Nescaya DUN Tahan akan kelihatan saujana mata memandang, penuh dengan lembu.Kalau buat sekolah bernilai RM10juta setiap kampung nescaya dapat 26 buah sekolah. Kalau buat jalan 2 lorong bernilai RM100j dari K. Tahan ke Trengganu nescaya boleh buat 4 lorong.Ehh banyak lagi boleh buat dengan duit RM260j tu. Tapi heran juga ye, ke mana pergi duit tu ye. Jangan2 masuk poket .... (lu fikir la sendiri.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024