Saturday, July 10, 2010

Impian Dr Hamzah "MENGKELANTANKAN" Parlimen Jerantut

Dr Hamzah bin Jaafar, 44, graduan Al Azhar adalah Yang Dipertua PAS Jerantut. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Pesuruhjaya PAS Pahang adalah saudara dan sekampung dengan Dr Hamzah iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dari Kampung Batu Balai, Jerantut.

Dr Hamzah adalah calon Parlimen PAS Jerantut dalam PRU 11 dan 12. Berikut ialah prestasi Dr Hamzah:

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

Manakala Abang kepada Dr Hamzah iaitu Mohd Nor bin Jaafar bertanding di Dun Damak atas tiket PKR pada PRU 12 tewas ditangan BN. Mohd Nor Jaafar PKR 5165, Dato' Lau Lee BN 5674 dan Koh Boon Heng Bebas 3295.

Pada WZWH strategi politik dua-beradik ini untuk "MENGKELANTANKAN" Parlimen Jerantut dan Dun Damak hampir berjaya.

Pada 12 Jun 2010 di Muktamar PAS Kota Bharu, Dr Hamzah mendesak kepimpinan PAS memikat pengundi Melayu yang membentuk asas parti disamping merapatkan PAS dengan pengundi Cina jangan lupa Melayu. Melayu patut jadi sasaran utama PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan orang Cina dan India yang menjadi penyokong kita...Kita harap PAS memenangi semua kerusi Melayu dalam PRU 13 dan mengantikan UMNO", itulah cita-cita Dr Hamzah Jaafar. YB Husam Musa amat rapat dengan Dr Hamzah dan Husam Musa sangat suka kerana Dr Hamzah menyokong rancangan Husam Musa "ekonomist" PAS dengan dana RM200 juta untuk menyapu bersih 65 kerusi parlimen UMNO di Semenanjung Malaysia.

Dr Hamzah menjanjikan kemenangan mudah parlimen Jerantut ke tangan PAS yang menjadikan peransang kuat memotivasikan Husam Musa. Bertambah yakinlah Husam Musa dengan rancangan "PAS ke Putrajaya PRU 13".

Dr Hamzah mengkaji bahawa UMNO sabotaj usaha PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dengan undi Felda. Ada 40 kerusi parlimen di kawasan Felda dan semuanya dimiliki UMNO.

Isu Felda bangkrap oleh Mazlan Aliman AJK PAS Pusat ialah satu usaha bersama idea Dr Hamzah dan Pakatan Rakyat melemahkan sokongan UMNO di kalangan peneroka.

Berjayakah nanti usaha Dr Hamzah "MENGKELANTANKAN" parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti? Jawapan itu ada pada 23,000 ahli UMNO Jerantut, ada pada cucu-cicit Pawang Nong di Ulu Cheka, ada pada cucu-cicit Mat Kilau di Pulau Tawar, ada pada cucu cicit keturunan Bendahara di Tembeling dan ribuan peneroka di 16 kawasan Felda Jerantut yang masih mengenang budi Tun Razak dan anakandanya YAB DS Najib PM!

3 comments:

one one no belen said...

Salam.Pas kalah dulu kerana calon yang diletakkan bukanlah calon berasal dari jerantut.Jika mereka meletakkan calon dari jerantut saya rasa kemungkinan besar mereka berjaya mengalahkan calon UMNO.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Menyegar,
Apa bezanya dengan calon UMNO...ekekekekeke.

Anonymous said...

wz, repost bahan ni, bagi sedar sikit anak pahang di parlimen jerantut

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024