Friday, December 31, 2010

Memandu Laju Politik Jerantut 2011


Tahun 2010 bakal berakhir dan tahun 2011 bakal menjelang. PRU 13 mungkin berlaku awal pada tahun 2011 atau 2012. Mungkin juga  pertengahan 2013.

Yang pasti tahun 2011, politik Jerantut "in full gear" dipandu laju bukan saja di DUN Tahan malah serata pelusuk parlimen Jerantut akan mengalami transformasi politik.

Bermula tahun 2011, program-program politik akan dijalankan secara agresif. Sudah tentu perbelanjaan kosnya banyak dan kasar. Tidak peduli dengan kosnya berapa juta, program dan strategi perlu diimplemenkan bagi memastikan kekuatan parti.

Tidak peduli  samada wakil-wakil rakyat mahu bekerjasama atau tidak program-program tetap diteruskan. Jika perlu program dan aktiviti perlu diswastakan yang penting hati dan minat pengundi-pengundi perlu dijaga persetankan wakil-wakil rakyat yang tidak berminat.

Generasi muda pengundi muda Jerantut tahu apa yang mereka mahu. Generasi pengundi muda ada cita rasa  dan pilihan mereka yang tersendiri. Menjaga hati mereka juga menjaga hati pengundi-pengundi pertengahan dan matang juga sama penting lebih penting dari menjaga hati pemimpin Kuantan dan Putrajaya.

Bajet program-program politik Jerantut perlu dicari sendiri. Tidak perlu bergantung kepada pucuk pimpinan. Ahli politik yang merdeka tidak bergantung kewangan kepada pucuk pimpinan. Bajet pilihanraya pun perlu ada dana sendiri. Jangan biarkan kita berhutang dengan pucuk pimpinan biar Kuantan dan Putrajaya berhutang dengan kita.

Itulah harga diri politik Jerantut. We are free to determine our own politics. Mereka pucuk pimpinan perlu dengar kehendak dan suara kita bukan kita perlu dengar kehendak mereka....kalau mahu menang PRU 13 nanti.


Jemputan Kepada Semua Bloggers Jerantut ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2011


Mesyuarat Pengurusan DUN Tahan.


Majlis makan malam & mesyuarat ketua-ketua kampung dalam Dun Tahan

WZWH on behalf YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan memjemput semua bloggers Jerantut yang beragama Islam ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2011 peringkat DUN Tahan.

PERHATIAN,PERHATIAN,PERHATIAN
Khas Penduduk Dun Tahan
Semua penduduk,pemimpin dan warga DUN Tahan dijemput hadir ke majlis sambutan tahun baru 2011 peringkat DUN Tahan:-

Tarikh: 31 Disember 2010
Tempat : Perkarangan Masjid Felda Padang Piol
Masa : 7.00 pm. Majlis bacaan yassin dan tahlil serta sambutan kemuncak, qiamulail dan diakhiri dengan sholat subuh.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ilmu dan diharap mendapatkan keredhaan Allah Swt demi kebaikan semua penduduk.

Bloggers Jerantut semua dijemput datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2011. YB Dato' Wan Amizan mahu bloggers Jerantut menghasilkan blog-blog Islamik dan keagamaan disamping memantapkan blog-blog  Jerantut yang ada aktif berblog di Jerantut.

Thursday, December 30, 2010

Pemikiran Sempit Dan Jiwa Kecil Blog Pahang-Ku


Dalam posting WZWH yang lalu WZWH telah mengkritik blog Pahang-ku kerana satu posting yang WZWH kira rasis kepada orang Kelantan Pahang, baca sini. Ekoran dari itu blog SPU naik emosi lalu keluar posting mengatakan blog WZWH blog pemfitnah. Itu adalah hak penilaian blog SPU.

Pada WZWH itu terserah kepada pembaca blog WZWH untuk menilainya. Blog SPU adalah blog rujukan utama blog-blog Jerantut. Sebab itu blog Urag Drrulug pun "Waaa" juga naik emosi. Paling menarik dan buat WZWH lebih tergelak ialah blog Pahang-ku.

Oleh kerana blog Pahang-ku lahir dari perjumpaan antara EXCO YB Dato' Sharkar bin Shamsudin (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang) yang disebut bakal pemimpin pelapis MB Pahang dengan bloggers Pahang maka apa-apa posting blog Pahang-ku juga mencerminkan YB Dato' Sharkar secara tidak lansung.

Kalau pembaca blog WZWH dan blog Pahang-ku perasan, sebelum posting WZWH mengkritik blog Pahang-ku, blog WZWH tersenarai dalam "Pejuang Pahang list 2" dalam blog Pahang-ku. Selepas saja WZWH kritik blog Pahang-ku, WZWH dapati blog WZWH terus dibuang dari senarai "Pejuang Pahang list 2"!.

Itu adalah hak mutlak blog Pahang-ku. WZWH menghormatinya. Cuma WZWH hendak beri tahu di Jerantut ada banyak blog-blog mengkritik WZWH. Kalau tidak percaya blog Pahang-ku boleh melayari semua blog Jerantut.

Blog Pahang-ku akan mendapati nama WZWH baik apa-apa isu mendominasi Jerantut cybermaya. WZWH tidak pernah beremosi bahkan semua blog-blog Jerantut WZWH linkkan.

Lihat saja blog SPU dan Urag Drrulug selalu mengkrtitik WZWH. WZWH pun membalas kritikan mereka. Blog  WZWH dan blog SPU serta Urag Drrulug tidak pernah memadam link blog masing-masing.

WZWH faham blog Pahang-ku ada ramai admin. Blog Pahang-ku mencerminkan pemikiran politik YB Dato' Sharkar secara tidak lansung. Kalau ini lah pemikiran blog Pahang-ku yang sempit pemikiran dan berjiwa kecil maka WZWH berpendapat MUNGKIN ini juga pemikiran dan jiwa YB Dato' Sharkar!

Moral of the story yang hendak WZWH sampaikan mesej kepada blog Pahang-ku ialah belajarlah dari budaya perdebatan blog-blog Jerantut. Berfikiran terbuka, berjiwa besar dan yang penting blog Pahang-ku kena belajar "pengurusan emosi". 

Jalan 1KM "Feri Kilat Garok" Reaksi Blog Urag Drrulug


Jika banjir berlaku mungkin "Feri Kilat Garok" yang khas boleh digunakan untuk memunggah mesin-mesin berat  buat projek jalan Kuala Tahan ke Kampung Pagi.

Blog Urag Drrulug dalam posting terbaru baca sini, menceritakan kisah banjir, kesusahan dan harapan rakyat terutama di pedalaman. WZWH CnP sebahagian posting...

Sejak kelmarin hujan turun berterusan, hanya berhenti seketika-seketika sahaja. Langit masih gelap. Memang kita sedang dalam musim tengkujuh. Menurut ramalan cuaca, fenomena hujan berlebihan akan berlaku dan kemungkinan besar kita akan mengalami banjir besar dari biasa dan luar biasa tahun ini.

Kebiasaannya hujan lebat mulai turun sejak november lagi dan menjelang tahun baharu kita sudah bebas dari musim 'pejor', namun kuasa Allah melebihi segalanya.

Apabila berlaku banjir, tentu banyak harta benda dan 'benda-benda' akan menjadi korban dan dikorbankan. Rakyat marhaen yang sentiasa dalam kesusahan akan merasai sengsara yang berlebihan ketika ini. Mereka tidak mampu mencari rezeki seperti biasa, namun Allah yang maha adil memberi mereka juga peluang dan ruang untuk mendapat reseki dari sumber lain juga.

Mungkin menangkap ikan, menggunakan jaring, serta candik akan dapat mendatangkan rezeki. Di Kampong Garok, ada yang mengusahakan 'feri kilat' dengan membina rakit bagi membolehkan orang dan penunggang motosikal menyeberangi banjir yang menghalang perjalanan dari Padang Piol ke Jerantut.

Jalan yang tidak sampai 1KM itu sudah sepatutnya dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun, tetapi demikianlah bila penjawat awak dan pemimpin yang hanya memandang benda-benda besar sahaja dan mengabaikan perkara-perkara yang dianggap remeh sebegini. Penasihat tak resminya pun memang tidak nampak apa-apa kerana dia berkacamata tebal - rabun mata dan rabun hati....

Komen WZWH:
Jalan yang tidak sampai 1km itu akan dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun. Pihak JKR dalam proses merekabentuk (design). Anggaran  kos projek RM6 juta. Itu dalam perhatian WZWH. Terima kasih blog Urag Drrulug kerana bangkitkan  isu ini.

Wednesday, December 29, 2010

Let Us Build This Jerantut City Together We Make It Better...



Posting blog WZWH bertajuk "Greater Jerantut Dan Green Energy" sila klik sini, telah menarik minat seorang pemberi komen yang telah mencadangkan beberapa idea-idea yang WZWH kira menarik untuk kita orang Jerantut majukan demi "Let Us Build This Jerantut City Together We Make It Better...".

WZWH tahu pemberi komen mahu WZWH panjangkan idea-idea ini kepada kepimpinan negeri dan negara. WZWH berjanji WZWH akan buat sedaya upaya. WZWH insyallah akan panjatkan cadangan-cadangan yang baik ini kepada MB dan DS Najib.

Berikut ialah-ialah cadangan bernas, menarik dan menyegar untuk kita orang Jerantut terutama pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut fikirkan bersama. Ahli majlis Daerah Jerantut yang seramai 30 orang itu elok fikirkan juga hal ini sebelum bercuti melancung ke "Malacca" (walaupun dalam negeri, bunyinya macam luar negara!).

Anonymous said...
salam.. sy ade beberapa cdangan..

1- jrantut prlu ade sbuah mini musium mnempatkan sejarah2 jerantut kerana jerantut mmpunyai bnyk sejarah.. ini mmbolehkan pelancong luar mngetahui sejarah jerantut..

2- jerantut juga perlu ade padang khas bandar jerantut yg menampakkan ciri2 bandar jerantut.. 

3- jerantut juga perlu ade taman yg cantik yg dilengkapi dngan kawasan rehat, tempat riadah seperti laluan untuk orang bersenam dan jogging,taman permainan kanak2 dan mini gym serta diserikan dengan kolam atau tasik mini.. ini dpt menarik org2 jerantut beriadah di situ dan menampakkan bandar jerantut lebih cantik..

4- jerantut juga perlu adew malay town, china town dan india town..

5- papan2 tanda yg menunjukkan taman2 perumahan dan kawasan2 tertentu jerantut perlu seperti papan tanda dalam uitm.. ia nampak lebih modern dan bandar jerantut akan nampak lebih tersusun..

6- kawasan di sekitar jambatan feri perlu dinaik taraf dan boleh dijadikan bandar kedua selepas bandar jerantut dan bandar inderapura.. ini kerana kawasan itu cantik jika dinaek taraf dan boleh dijadikan bandar sungai pahang.. seperti di melaka dimana kedua2 belah sungai melaka dipenuhi pembangunan.. selain itu, kawasan itu juga boleh dijadikan sebuah tmpat yg mmpunyai aktiviti2 harian, bulanan, semester atau tahunan seperti memancing, menaiki boat untuk pusing sekitar sungai pahang berhampiran, pertandingan lumba boat kecil kawalan jauh dan sebagainya.. ini dapat menarik lebih ramai pelancong.. 

7- lata meraung perlu dinaik taraf.. ini kerana lata meraung mmpunyai bentuk muka bumi yg cantik.. kawasan itu perlu dijaga dgn baik kerana dgn adenye sampah sarap akn terjadilah indah kabar dari rupa.. selain itu, jalan utk ke sana perlu dinaek taraf dari sehala kpd 2 hala..

8- hub pendidikan atau IPT perlu ade di jerantut.. ini bagi mengumpulkn IPT yg bkal dibina di jerantut dan menampakkan bandar jerantut lebih tersusun.. pembinaan IPT baru boleh dibuat di sekitar ADTEC..

9- nama2 perumahan baru yg bakal dibina di bandar jerantut perlu diletakkan dgn nama yg modern spt tmn2 di sekitar bndar2 besar..

10- jerantut perlu selalu mmbuat promosi atau aktiviti2 semasa bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.. ini dpt mnggalakkan pelabur2 luar utk melabur di jerantut dan pelancong2 luar juga berminat utk menetap di jerantut..

11- jerantut perlu ade zoo mini kerana jerantut belum ade zoo mini kerana lipis dan temerloh sudah ade zoo mini.. zoo mini hendaklah mempunyai konsep tertentu melambangkan jerantut.. jika di taiping, perak night safari, di jerantut boleh menggunakan konsep night jungle.. 

12- bandar jerantut perlu menaik taraf dari majlis daerah jerantut kepada majlis perbandaran jerantut.

13- bandar jerantut perlu mempunyai konsep tertentu bagi menampakkan bandar yg lebih tersusun dan cantik..

tq..

PAS Berceramah Isu Rasis Di Dun Tahan

Pemimpin PAS Jerantut bergambar selepas menghadiri kongregasi sembahyang Kristian di sebuah gereja Kristian Jerantut dan Markas PAS Jerantut telah menjadi seperti "kuil Hindu" bila ramai penganut Hindu Jerantut bersembahyang Hindu. PAS Jerantut sudah "memoden dan mencampuradukkan Islam dengan agama lain" mungkin ini dikatakan agama 1Malaysia yang ingin diterapkan oleh TGNA dan Haji Hadi.

Akhir-akhir ini penceramah PAS telah menggunakan isu rasis bagi menarik minat pendengar di perkampungan orang Kelantan Jerantut dan Felda-felda di DUN Tahan. Isu yang dibawa bahawa kononnya orang UMNO mendakwa PAS mahu MENGKELANTANKAN parlimen Jerantut.

Kebetulan pula ada blog pro UMNO memainkan sentimen rasis orang Kelantan Pahang. Ini yang di ambil kesempatan oleh penceramah-penceramah PAS.

PAS cuba memainkan sentimen pengundi yang berasal dari luar Pahang terutama peneroka Felda dan orang Kelantan Jerantut. Ini adalah kerana PAS tiada isu untuk dilagukan lagi kerana isu pembangunan di DUN Tahan telah diselesaikan oleh YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dengan cemerlang.

PAS mengunakan strategi "infiltrator" dengan memasuki cawangan UMNO, JKKK, PIBG, JK masjid dan surau. Strategi PAS yang dikira boleh mengancam UMNO ialah menduduki barisan AJK UMNO cawangan, dan menyelinap masuk sebagai  AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. 

Mereka ini sebagai "double agent" memberi maklumat kepada PAS. Mereka juga melaporkan apa-apa kegiatan sulit UMNO Bahagian Jerantut kepada PAS. Semasa PRU mereka inilah yang membuat onar membawa bendera PAS dan meraih undi bagi pihak PAS serta memeningkan kepala ketua UMNO cawangan.

PAS sebenarnya cuba memecah perpaduan dikalangan peneroka-peneroka dan menarik sokongan orang Kelantan Jerantut di DUN Tahan. Tetapi WZWH dapati pengundi di DUN Tahan matang. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah propaganda PAS. Mereka tahu parti mana yang intan dan parti mana yang kaca. 

UMNO adalah parti yang pengundi-pengundi di DUN Tahan boleh harapkan untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada pemduduknya. PAS adalah parti yang pandai menabur janji-janji manis dan gula-gula tetapi tidak mampu dan berdaya untuk melaksanakannya.

Rancangan Tanah Kelompok ( RTK ) Saham Felcra Kampung Sepial DUN Tahan


RTK Kampung Sepial DUN Tahan diagihkan kepada 95 peserta. Setiap peserta beroleh sebidang tanah seluas 4 ekar. Kali ini ADUN Tahan bertanggungjawab sepenuhnya memilih 95 peserta. WZWH harap pengagihan RTK Kampung Sepial dipilih secara adil. Yang memohonnya ialah 411 pemohon semuanya telah menghadiri temuduga.

RTK ini diserahkan kepada Felcra dan peserta 95 yang berjaya ini akan menerima saham Felcra.

Blog Urag Drrulug dan Hulu Tembeling sangat vokal dan sensitif bila golongan yang layak memerimanya tidak dapat manakala golongan yang kaya ada kerja tetap bergaji agak tinggi, ada banyak tanah dan harta dapat atau isteri-isteri penghulu, tok empat, guru dapat.

Ini disokong oleh blog SPU. WZWH pun bersetuju dengan pandangan blog Urag Drrulug, Hulu Tembeling dan SPU. RTK perlu diberi kepada orang kampung yang betul-betul susah, daif dan miskin tegar.

Golongan buruh dan pekerja rendah awam pun layak dipertimbangkan. Ini sesuai dengan motto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Bagi kepentingan politik ADUN mungkin tok empat, ketua cawangan UMNO, ketua pemuda cawangan mungkin perlu dipertimbangkan mana yang difikirkan layak.

Peserta yang dipilih adalah dari kampung sekitar seperti Kampung Sepial, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Gemuruh, Kampung Kuala Retang, Kampung Pasir Durian, Kampung Batu Balak, Kampung Doja, Kampung Keluang, Kampung Tanjung Betong.

Adakah pemilihan peserta RTK Kampung Sepial DUN Tahan akan berulang kembali seperti pemilihan peserta saham Felcra Kampung Merting yang buat orang kampung tidak puas hati?

WZWH difahamkan pemilihan kali ini adil. Setelah dipamirkan nanti WZWH harap blogger Urang Drrulug, Hulu Tembeling dan SPU sila pantau dan beri feedback. Mana tahu ada "loophole" atau kesilapan.

Bolehkah kita puaskan hati semua orang? 

Tuesday, December 28, 2010

WZWH Jawap Isu Kampung Pagi Reaksi Kepada Blog Hulu Tembeling



Blog Hulu Tembeling dalam posting bertajuk "Sembang Sembang Petang" sila klik sini  membicarakan isu kampung Pagi. WZWH petik...

mereka mengatakan mereka berasal dari kampung pagi, dan masaalah yang mereka hadapi ialah dan tidak berpuas hati tentang pembinaan jalan memasuki kekampung mereka!, saya terus bertanya lagi jalan yang mana ?, mereka berkata perojek dari kuala tahan ke kampung pagi.

Saya bertanya lagi ingin kan kepastian, mengapa tidak berpuas hati, sedang kan kerajaan telah meluluskan pembinaan jalan tersebut, kata saya lagi " gon ne beruntung dari kami penduduk di kampung belah derulug , gon dah di luluskan jalan bernilai ratusan juta sedangkan kami di rullug masih di takuk lama lagi, ' INI JAWAPAN MEREKA, TENTANG APA SEBAB MEREKA RASA TIDAK BERPUASHATI, DAN MENGATAAKAN BAHAWA PEMBANGUNAN YANG MERUGIKAN MEREKA " :-

Jalan dari Kuala Pengor menghala ke Kampung lentun melalui sekolah mengunakan jalalan lama yang di bina oleh PLB, sepatutnya pihak pemaju menguna jajaran lain untuk memasuki kampung tradisinol tersebut, untuk mengelak kan kerugian kepada pemilik pemilik tanah pertanian setempat, apa yang mereka kesalkan pengambilan balik tanah pertanian yang kebanyakan telah di tanam dengan getah juga kelapa sawit, ini lah yang merugikan mereka, tambah pula di waktu ini harga komoditi tersebut melambung tinggi.

Jalan jalan tersebut dianggarkan tiga km jauhnya, dan ada sesetengah penduduk kampung kehilagan tanah melebehi 1.5 ekar tanah mereka kerana di ambil balik untuk pembangunan tersebut. mereka merasa amat kesal dengan kejadian tersebut, kerana tiada penerangan jelas oleh pehak berkuasa negeri mahu pun pehak berkuasa daerah, berkenaan pengambilan tanah mereka, semuanya seolah olah di serahkan ke tangan kontraktor dan kuncu kuncu mereka sahaja ?. yang mana kata mereka lagi ,perbincangan berbentuk ugutan dari pihak kontraktor yang menyebabkan mereka rela dalam paksa mengizinkan tanah tanah mereka di ambil untuk melebarkan jalan yang telah di bina oleh pehak PLB dahulu. Jika mengikut perancangan asalnya oleh pehak berkuasa negeri dan daerah, pembinaan jalan ke kampung tradisional tersebut tidak melibatkan pengambilan balik tanah tanah orang kampung?, jika ada pun se manima yang mungkin. Mereka juga kesal kerana di kawasan kampung mereka tanah milik tidaklah seluas mana lagi yang tinggalnya.

Masaalah dan rungutan sebegini mungkin ada asasnya, bukan mereka tidak iniginkan pembangunan, tetapi pembangunan yang merugikan pada diri kita dan orang lain memang tidak harus di jalankan, kata mereka, beberapa kemungkinan dan tafsiran yang telah di buat oleh mereka, diantara kemungkinannya ialah sikap lepas tangan pihak berkuasa negeri dan daerah, juga mungkin peranan pihak kontraktor mempengaruhi pehak pehak terbabit, Dari gaya cerita mereka projek melebar dan menebang sedang di jalankan sekarang ini dan antara yang menyembah bumi ialah pokok pokok yang di tanam oleh empunya tanah tersebut. Adakah setimpal jumlah bayaran yang mereka terima dengan kehilangan harta benda dan tanah mereka, soal mereka kepada saya?, saya hanya terdiam tidak berkata apa apa, cuma meberi tahu mereka, bahawa saya memang tidak tahu nilai rm satu ekar tanah tanah di kawasan pendalam tersebut .

Dari air muka dan cara percakapan mereka, mereka masih menaruh harapan agar pehak berkuasa negeri dan daerah campur tangan dalam menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh mereka, malah mereka berkata, ada yang telah menulis surat kepehak atasan juga ke pehak sprm, itu kata mereka ?, tetapi tanpa mendapat maklum balas, mereka tidak mengetahui sebab apa, mungkin kata mereka pehak kontraktor ini KEBAL ?, SAYA MENJAWAB SAYA KURANG ARIF ?. saya pun memohon diri untuk beredar kerana hari sudah senja memasuki waktu maghrib, setalah bersalam dan memberi salam saya beredar meninggalkan mereka. di dalam hati saya cuma berkata, jika benar kata mereka mereka tadi, ianya tidak sepatutnya berlaku, di waktu kita mahu mengambil hatil mereka agar terus menyokong kita dalam pilihanraya akan datang, kerana mereka ini lah pengundi pengundi yang kita harapkan DAN MUNGKIN JUGA MEREKA MEREKA JUGA AKAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BN, FIKIR FIKIRKAN LAH JIKA BENAR KATA MEREKA ?.


Komen dan jawab WZWH
WZWH ucap terima kasih kepada blog Hulu Tembeling kerana mendapat bukti bahawa Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa Pertama dari kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi kos projek sebanyak RM121 juta sedang berjalan. Disahkan oleh penduduk Kampung Pagi melalui perbualan blogger Hulu Tembeling dengan orang Kampung Pagi.

Projek jalan yang dimaksudkan oleh penduduk Kampung Pagi itu yang mengambil tanah-tanah orang Kampung Pagi ialah Projek Jalan tar dalam Kampung Pagi sepanjang 4km termasuk jambatan Pengor kos projek RM12 juta.

Jalan itu dibuat allignment baru hingga ke tepi Sungai Tembeling di Kampung Pagi kerana kerajaan telah meluluskan "Inland port" kos projek RM5 juta. Bila projek Jalan Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi siap nanti dijangka "inland port" Kampung Pagi akan sibuk dikunjungi oleh pelancong dan penduduk Ulu Tembeling.

Berbagai-bagai perancangan pembangunan akan dibangunkan di sepanjang tebing sungai dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi. WZWH tidak mahu cerita lebih pada pada tahap ini. Nanti orang Jerantut cakap WZWH kuat pungkor.

Pelan allignment projek jalan dalam Kampung Pagi telah dilulus dan disahkan oleh Pihak Jabatan Kerajaan yang terlibat. Tiadalah kontraktor memandai-mandai atau menggugut. Dari 38 pemilik tanah terbabit hanya 2 orang menentang. Majoriti menyokong kerana mereka tahu projek pembangunan ini baik untuk kemajuan Kampung Pagi.

Mengenai pampasan walaupun kerajaan belum lagi membayar pampasan, pihak kontraktor telah menguna budi bicara sendiri untuk membayar sedikit sagu hati "in- advance". 

Biasalah dulu tanah orang tua WZWH di Kampung Bantal banyak diambil alih untuk dibuat sekolah kebangsaan Kampung Bantal yang baru. Orang Tua WZWH dengan rela hati menyerah sebidang tanah yang luas juga kepada kerajaan dan menerima pampasan.

Seorang pemilik tanah yang menentang allignment projek jalan dalam Kampung Pagi itu ialah datuk saudara WZWH sendiri. Walaupun beliau seorang bekas Pegawai PTD tapi sengaja buat-buat tidak faham marah tanah emaknya (Moyang WZWH) telah diambil. Dulu beliau juga yang cakap kepada orang Kampung Pagi bahawa Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi tidak akan jadi.

Nah sekarang cucu sudah berjaya bawa projek pembangunan buat jalan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi apa lagi Tok tidak puas hati!

Monday, December 27, 2010

Politik Bola Dari TM, Tuanku, SBY dan Najib Reaksi 3-0 Malaysia Bantai Indonesia

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (c) MSN
Presiden SBY begitu bersemangat dan fanatik menyokong tim bolasepak Indonesia. Manakala Tuanku Sultan Ahmad Shah adalah sumber inspirasi tim bolasepak Malaysia.

Membicarakan style gaya politik pemimpin tidak semestinya kita study gelagat politik mereka sahaja namun keputusan perlawanan bola sepak boleh memberi kesan kepada pemimpin dan apa yang mereka akan katakan untuk menaik moral semangat negara.

Kehadiran lebih 95,000 penonton ke Stadium Bukit Jalil pada perlawanan leg Final pertama AFF Suzuki Cup dengan kibaran puluhan ribu bendera Malaysia dan T-shirt pemain bolasepak negara telah mengharukan TPM Muhyiddin Yassin kerana semangat 1Malaysia begitu ditonjolkan.

Tiga hari sebelum pertandingan, Tengku Mahkota Pahang (TM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah melaungkan kenyataan yang pada WZWH berdaulat bahawa Malaysia boleh memenangi 3-0 ke atas Indonesia. Walaupun WZWH ada juga rasa was-was sebab TM baru keluar dari hospital mungkin kenyataan itu tidak sihat lagi.

Bila WZWH nampak Tuanku Sultan Pahang turun ke padang pada masa separuh ke dua, ekoran insiden protes tembakan laser, WZWH dapat merasakan Daulat Tuanku Sultan sudah mari! Orang nak kata WZWH superstitious ke , moron ke WZWH tidak peduli, WZWH tahu kelebihan Raja WZWH.

Tuanku Sultan Pahang mengingatkan pemain Malaysia semasa main final leg ke-dua di Jakarta nanti perlu main menyerang, skor banyak gol yang boleh, jangan leka...Malaysia boleh 3x dan terimakasih kepada pemain Malaysia dan semangat penonton Malaysia.

Tetapi yang lebih menarik dan mengkagumi WZWH ialah kenyataan Bapak Presiden Indonesia, SBY...

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta para pendukung timnas Indonesia bersikap sportif, tidak seperti pendukung timnas Malaysia yang mengganggu pemain lawan dengan laser.

"Dan kalau jadi suporter jangan seperti Malaysia kita tunjukkan kita bangsa yang sportif," kata Kepala Negara yang menyaksikan pertandingan tersebut dari kediaman pribadinya di Puri Cikeas, Bogor, Minggu malam.

Presiden meminta Indonesia menjadi bangsa yang sportif dan tetap dalam semangat persaudaraan serta gigih berjuang.

"Saya minta suporter Indonesia jangan ikut-ikutan (Malaysia)," katanya. Mengenai kekalahan timnas Indonesia 0-3 oleh Malaysia di putaran pertama final Piala AFF, Presiden meminta para pemain dan publik Indonesia untuk tidak patah semangat.

"Kita tidak boleh putus harapan tidak boleh patah semangat dan jangan saling menyalahkan. Saya yakin timnas kita juga berjuang untuk mencapai kemenangan," katanya.

Menurut Presiden, masih ada pertandingan di Indonesia pada 29 Desember mendatang. "Kekalahan adalah kemenangan yang tertunda," katanya. Presiden meminta agar seluruh rakyat Indonesia tetap berdoa untuk keberhasilan timnas.

Sementara itu selama pertandingan putaran pertama final Indonesia melawan Malaysia beberapa kali laser yang dibawa oleh para penonton Malaysia memang ditujukan ke arah para pemain Indonesia, salah satunya kiper tim nasional Markus Haris.

Sinar tersebut cukup mengganggu pandangan dan konsentrasi para pemain. Timnas Vietnam yang melawan Malaysia di semifinal juga sempat memprotes gangguan laser dari para penonton Malaysia.

WZWH difahamkan DS Najib cukup berhati-hati mengeluarkan kenyataan takut menyinggung perasaan rakan sejawatan akrab negara jiran. Bapak SBY dikatakan menelefon pengurus PSSI di Stadium Bukit Jalil dari kediamannya di Bogor semasa insiden protes laser terhentinya perlawanan selama 6 minit dan memo bantahan dikeluarkan oleh Kementerian Sukan Indonesia.

Apa-apa pun WZWH kagum dengan analisa profesional dari mantan pengurus PSSI...

Kegagalan Timnas Indonesia meraih angka dengan kalah 0-3 atas Malaysia pada pertandingan pertama final AFF Suzuki Cup 2010 di Kuala Lumpur pada Minggu malam sebagai akibat politisasi yang dilakukan pengurus PSSI, kata pengamat sepak bola Eddy Elison.

"Dengan melihat cara Timnas bermain dan juga mental para pemain di final leg pertama itu, jelas kekalahan ini akibat politisasi yang dilakukan pengurus PSSI yang terlalu menaruh harapan besar tanpa melihat kondisi yang sebenarnya," ujar Eddy Elison di Jakarta, Minggu.

Eddy yang mantan pengurus PSSI itu mengatakan pengurus PSSI demikian terlena dengan kemenangan-kemenangan yang telah dicapai Timnas di babak penyisihan grup hingga semifinal dan terlalu banyak mengklaim hal-hal yang hanya bersifat menguntungkan PSSI secara sepihak.

Hal itu juga menyebabkan PSSI banyak membuat acara untuk Timnas seperti acara-acara seremonial dengan mengabaikan pembinaan mental pemain dan tidak memberikan fokus kepada pemain untuk mempersiapkan diri secara maksimal.

Eddy Elison menambahkan para pemain Timnas belum cukup mental untuk menghadapi laga final dan pembinaan mental dan teknis merupakan salah satu kelemahan yang selama ini terjadi di PSSI dalam cara mempersiapkan tim.

"Pemain tidak perlu dibawa-bawa menghadiri berbagai macam acara, terpenting adalah bagaimana menyiapkan mental mereka. Baru saja mendapatkan kerikil kecil oleh gangguan sinar laser seperti sudah tidak berdaya."

"Saya tidak menentang acara pemanjatan doa, saya tidak menentang acara istighosah, dan saya tidak menentang pertemuan pemain dengan pejabat, tapi untuk sebuah Timnas yang jauh lebih penting adalah berikan mereka konsentrasi penuh mempersiapkan teknik dan mental," ujarnya.

Lebih dari itu, aspek politisasi demikian mencolok ketika PSSI menyinggung asal muasal dana yang selama ini `menghidupi` PSSI. Dan di sisi lain, Nurdin mengatakan skuad Timnas yang ada sekarang adalah merupakan hasil dari kompetisi Liga Super Indonesia yang dikelola PSSI sejak beberapa tahun lalu.

Eddy juga menyoroti peranan media-media elektronik (televisi) yang terlalu mengeksploitir para pemain, padahal skuad Timnas belum benar-benar teruji apalagi ketika ditambah pemain baru yang belum mengenal betul karakter dan atmosfer kompetisi di Tanah Air.

Diingatkannya bahwa kemenangan-kemenangan besar yang dicapai di babak penyisihan hingga lolos ke final tidaklah bisa dijadikan ukuran kekuatan Timnas yang sesungguhnya dan sistem pembinaan di PSSI benar-benar harus dirombak total, termasuk kepengurusannya.

"Malaysia, Thailand, maupun Vietnam, mereka baru saja tampil di Asian Games Guangzhou. Mereka sedang kelelahan dan banyak yang cedera, dan Malaysia berhasil melakukan pemulihan."

"Saya kira sudah saatnya Nurdin Halid meletakkan jabatannya karena secara fundamental benar-benar sudah gagal dalam memajukan sepakbola di Tanah Air," kata Eddy Elison.

WZWH kira oleh kerana Bapak SBY begitu bersemangat ini akan membakar semangat juang pemain dan penyokong Indonesia. Oleh kerana Indonesia belum menjuarai lagi sebarang AFF Suzuki Cup maka Indonesia tetap akan mencuba tidak kira apa-apa kos baik dari segi teknikal, mental, wang dan magic! 

WZWH tidak takut kepada magic Indonesia sebab WZWH lebih percaya Daulat Tuanku Sultan Ahmad Shah akan menawarkannya...dengan izin kuasa dan iradat Allah.

Jika Malaysia menang dalam pertandingan final leg ke dua AFF Suzuki Cup di Jakarta dan dinobatkan sebagai juara baru dan pertama kali buat Malaysia, WZWH percaya Tuanku Sultan Pahang akan mengurnia darjah bintang kebesaran Dato' kepada K. Rajagopal coach tim bolasepak Malaysia.

7500 Pengundi Kelantan Jerantut Kesal Blog Pahang ku dan SPU Rasis Kelantan


Ramai orang Kelantan Jerantut call dan sms kepada WZWH bahawa orang Kelantan Jerantut kesal dan kecewa kerana posting blog Pahang ku dan SPU disifatkan rasis kepada orang Kelantan Pahang. Sila baca sini dan juga baca sini.

WZWH semak kad pengenalan calon adik-beradik PAS parlimen Jerantut dan PKR DUN Damak bernombor 06 maksudnya mereka adalah anak jati Pahang walaupun ibu bapa asal dari Kelantan dan menetap di Kampung Batu Balai. Begitu juga Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kad pengenalannya nombor 06 dilahirkan di Kampung Batu Balai. Anak beranak Tuan Guru Nik Aziz ramai menetap di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Naib Presiden PAS pusat. Gelaran darjah bintang kebesaran Dato' itu dikurnia oleh Tuanku Sultan Pahang. Bererti Tuanku mengiktiraf sumbangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun WZWH orang totok UMNO, darah UMNO mengalir sejak dari kandungan ibu. Keluarga WZWH adalah keluarga UMNO dari dulu, kini dan selamanya namun WZWH tidak suka isu rasis Kelantan dimainkan. Dr. Hamzah, Mat Nor, dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah anak Pahang. Anak Jerantut. Mereka menyokong PAS itu hak demokrasi.

Di Jerantut orang Kelantan Jerantut telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan sosial Jerantut. Mereka bekerjasama dengan penduduk asal Jerantut, rajin dan "industrious". Untuk memahami sosio politik orang Kelantan Jerantut sila baca posting WZWH yang terdahulu, sila baca sini.

WZWH telah meninjau ahli-ahli PAS Jerantut kenapa anak Jerantut asal tidak bertanding. Mereka jawab mereka bukan tidak mahu bertanding tapi segan dan malu alah dengan YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak. Sebab itu ramai juga orang PAS asal Jerantut mengundi YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan semasa PRU 12 dulu.

Majoriti undi parlimen merosot kepada 1946 sebab undi orang Cina banyak lari dan berlaku sabotaj politik oleh "Jenderal Gerila" di Ulu Cheka. Ini apa yang SB-SB politik beritahu WZWH.

WZWH sangat bimbang jika blog Pahang ku dan SPU memainkan sentimen rasis orang Kelantan ditakuti 7500 pengundi orang Kelantan Jerantut akan protes maka buang undi kepada PR, PAS, PKR dan DAP kalau bertanding pada PRU 13 nanti.

Dulu masa awal WZWH menulis blog, WZWH ada juga membangkitkan sentimen yang serupa. Kemudian bila WZWH semakin matang dan berkawan dengan ramai orang Kelantan Jerantut maka "view point" WZWH sudah boleh menerima orang Kelantan Jerantut sebagai anak Jerantut.

WZWH harap YB Dato' Haji Sharkar bin Haji Samsudin sebagai EXCO IT Pahang memantau blog-blog pro UMNO yang ada kecenderungan rasis kepada orang Kelantan Pahang.

WZWH Cabar Blog Sangkakala Telanjangkan YB Dato' Wan Amizan


Blog Sangkakala salah seorang pengikut "blog anti ADUN Tahan yang dirancang oleh Jenderal Gerila" telah menulis posting bertajuk "Blog Jerantut Berdiam Diri-Serah kepada WZWH sahaja Jerantut".

Oleh kerana blog Sangkakala tidak diiktiraf oleh SPU-aggregator blog-blog Jerantut maka WZWH ambil promosi blog Sangkakala CnP secara penuh...

Banyak blog-blog Jerantut mendiamkan diri tidak menulis tentang Jerantut malah sangkakala sendiri pun hilang mood menulis kerana bosan, tidak ada isu-isu yang menarik untuk diterbitkan. Cukuplah mendengar puji-pujian WZWH terhadap bossnya yang masih merapu keserata ceruk mencari tanah- tanah untuk dimohonnya. 

Ada orang menceritakan bahawa dia dibayar 100 ringgit untuk menunjukan satu sungai dalam hutan disebelah gunung Benum kononnya mahu dibuat empangan letrik hidero. Oleh kerana dapat rm100 itu dia pergilah tunjukan anak sungai air meleleh seperti air kencing. Letrik hidero apa katanya. Lama-lama baru dia teringat bukan letrik hidero yang dicari tetapi tanah itu yang dicari untuk syarikatnya.

Orang sudah mula harmoy dengan perangai boss WZWH itu. Sebab itulah SPU dan Urag drrulug tidak senang dengan wan Amizan tahu ke??. Apa herannya pembangunan Ulu tembeling itu ?. semuanya sudah dirancang sejak zaman Datuk Wan Bakar lagi. Kebetulan zaman dia sambung saja. Kalau dia tidak ada pun pembangun itu berjalan juga. Hanya kelebihannya sekarang segala projek yang masuk kepoket ADUN Tahan dibaham oleh W. Amizan dan kroni-kroninya sahaja. Nak kami dedahkan?.

Jadi jangan dijoloklah supaya blogger Jerantut menulis. Kalau tulis telanjanglah boss WZWH tuh. Ada banyak lagi dalam fail sangkakala tidak keluar. Jangan dicabar. WZWH cabar boss kami Datuk Dr Shukri buat apa?. Kalau Boss awak sempurna sangat tidak mengapalah. Kes bawak lari anak dara orang itu pun tak selesai lagi. Teroka tanah serata-rata pun masih berjalan. 

Jadi pemimpin semua hendak didahulukan diri sendiri. Rakyat biar mati. Patutkah begitu. Kalau kami diamkan diri itu janganlah dicabar. Kami tidak mahu mengusutkan keadaan. Kalau kami menulis siang malam untuk membetulkan perjuangan UMNO kami akan sebat tidak kira siapa atau benda. 

Kalau WZWH mahu kami buat begitu tunggulah. Soal sakit hati tidak timbul. Apabila disebut perjuangan membujur lalu melintang patah kami kerjakan. Hal itu kami nampak kejam hati . Sebab bagi kami bangsa, agama dan negara kami junjung tinggi.Pemimpin boleh silih berganti.

WZWH cabar blog Sangkakala dan blog-blog sepemikirannya sila telanjangkan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan jika benar apa yang dikatakan dan WZWH syorkan cadangan-cadangan seperti berikut:
  • Hal-hal tanah sila lapor kepada SPRM.
  • Hal-hal kontrak berniaga kroni sila lapor kepada SPRM.
  • Sila juga tulis surat rasmi kepada PM dan MB.
  • Kalau mahu juga sila tulis surat kepada Tuanku.
  • Sila buat laporan polis kalau betul YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak bawa lari anak dara orang. Ikuti contoh Dato' Azizan Yaakob yang buat laporan polis mengatakan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak bawa lari anak dara orang dan Dato' Azizan Yaakob telah mengusung emak mertua (emak anak dara yang YB Dato' Wan Amizan bawa lari itu). Dato' Azizan Yaakob menyamar sebagai Tengku Azizan Yaakob untuk memperdaya emak mertua YB Dato' Wan Amizan (Dulu masa mula kahwin hanya emak mertua tidak suka tapi keluarga lain suka, sekarang emak mertua sudah boleh terima jodoh). Laporan polis ini dibuat oleh Dato' Azizan Yaakob sewaktu beliau berlawan dengan YB Dato' Wan Amizan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Maka WZWH dengan hati yang terbuka mencabar kepada blog Sangkakala dan blog-blog sepemikiran dengannya SILA buat seperti yang WZWH syorkan. WZWH mahu mengingatkan sila kemuka fakta dan bukti yang kukuh jangan buat fitnah jika tidak ianya akan MAKAN TUAN. Kalau boleh blog-blog ini buat press conference nyatakan dan TELANJANGKAN YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak.

WZWH sebagai penasihat politik ADUN Tahan memberi peluang kepada blog-blog pro UMNO supaya "menapis" dan vet ADUN Tahan. Ambillah peluang ini dan jangan lepaskan. WZWH mahu lihat blog-blog ini ada berani ke. Ingat dalam agama pun cakap "berani kena benar" dan "kebenaran akan terserlah jua akhirnya". Sahutlah cabaran WZWH ini.

Sunday, December 26, 2010

Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug ANTI ADUN Tahan?


Kenapa blog SPU dan Urrag Drrulug anti (bersifat prejudice), memperlekeh ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN anak tempatan, anak Tembeling yang sangat cemerlang perkhidmatannya membangun dan menjaga DUN Tahan? Ini soalan yang ramai orang tanya WZWH.

Pada mulanya WZWH tidak mahu jawab. Orang patut tanya kepada blog SPU dan Urag Drrulug sendiri. Dalam fikiran WZWH sudah lama persoalan itu bermain di minda.

Jika Dato' Wan Amizan tidak servis, tidak menjengok kawasan, tidak lansung membawa pembangunan, hanya berkata, "ana hanya berdoa", atau cerita New York, London, Hong Kong, Shanghai kepada orang kampung, atau politik hanya suka berperang sesama UMNO, suka mengadu kepada MB atau PM bahawa ahli parlimen itu tidak servis jaga rakyat atau ADUN itu orang kampung tidak suka maka sudah sewajarnya ADUN Tahan tidak disukai.

Tapi bila ADUN Tahan membawa pembangunan setakat hari ini sudah lebih RM150 juta dan banyak peruntukan mahu masuk bahkan ada peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM16 juta sampai ditolak kerana kononnya pembangunan itu tidak sesuai dan perlu oleh segelintir orang Tembeling yang mempengaruhi titah sang pemerintah. Begitu sekali sedangkan wakil-wakil rakyat lain di Pahang ini menjerit-jerit mahu peruntukan pembangunan dibawa ke kawasan masing-masing.

Adakah YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ini ADUN PR, ADUN PAS, ADUN PKR atau ADUN DAP kepada blog SPU dan Urag Drrulug? Hal-hal yang remeh temeh diperbesar-besarkan kerana kurang kepada maklumat yang betul, tepat dan hanya suka spekulasi.

Blog SPU dan Urag Drrulug menyatakan pihak atasan sudah mengiktiraf blog SPU sebagai suara rakyat khususnya rakyat Jerantut ini. Kalau kurang percaya klik sini, lihat disebelah kanan dimana blog SPU diletakkan. Itulah pengiktirafan yang telah diberikan kerana berani menyuarakan kehendak rakyat. Tidak ada mana-mana blog lain yang mendapat pengikhtirafan begini selama ini. Kerana itulah SPU akan terus berjuang walau sudah beberapa kali bertukar tangan namun mengekalkan prinsip yang sama - berjuang untuk rakyat.

Blog SPU menyatakan lagi telinga PM melalui orang tertentu yang rapat dengannya. Mereka juga sejak dulu sudah memantau blog SPU serta Urag Drrulug kerana isu-isu berkaitan dengan pambangunan dan kepentingan rakyat.

Beritahu PM DS Najib dan MB siapa yang sebenarnya berjuang untuk rakyat di DUN Tahan?

Beritahu lagi sekali kepada PM DS Najib, adakah mahu melihat DUN Tahan itu kalah atau menang dalam PRU 13 nanti? Kita lihat nanti...

Orang Tasauf atau Tarikat cakap ini semua adalah penyakit hati yang tidak senang dengan kejayaan orang lain. Jika kita ada penyakit hati, kita buanglah benda-benda buruk dalam hati dan gantilah dengan benda-benda yang baik hati.

Blog-blog Jerantut Sudah Lesu Tidak Bermaya

WZWH dapati sekarang majoriti blog-blog Jerantut sudah lesu tidak bermaya. Sudah tidak berminat menulis gamoknya. Ini merisaukan WZWH. Blog SPU sudah gagal memotivasikan blog-blog Jerantut. Yang konsisten menulis ialah Laksamana Jebat, SPU, Urag Drrulug, Parlimen 81, Hulu Tembeling. Blog-blog Jerantut lain tidur..

WZWH harap blog-blog Jerantut yang tidur ini bangkit semula tulislah tentang persekitaran kampung anda, Jerantut, atau tentang aktiviti parti masing-masing baik BN atau PR, budaya, ekonomi dan sosial. Rakyat Jerantut yang duduk di Jerantut dan luar Jerantut mahu tahu.

Blog-blog Jerantut perlu berani tulis sebarang topik. Jangan takut dengan kritikan dan pandangan orang. Tulis apa yang dirasa di hati dan fikiran. Terjemahkan fikiran dan pandangan baik dari kaca mata sendiri atau masyarakat setempat. Salah tidak mengapa. Jangan takut buat silap.

Untuk renungan blog-blog Jerantut berikut blog-blog yang perlu bangkit:
Pengguna media baru Jerantut terutama orang-orang muda Jerantut perlukan santapan minda tulisan blog-blog Jerantut. Blogger Jerantut perlu memeriah dan menceriakan suasana cyber maya. Tulis tentang kehidupan, persekitaran, kampung, DUN, parlimen, bandar Jerantut, budaya Jerantut, politik Jerantut, aktiviti-aktiviti Jerantut dsb. Tulis dengan pandangan bebas tanpa terikat dengan sesiapa.

Blog Cawan Tembaga dan Habat Maya yang selalu mengkritik WZWH sudah senyap macam orang bisu barangkali Cawan Tembaga sudah menjadi "Cawan Emas" atau Habat Maya sudah jadi "Berjurus Bersih Maya".

Di mana blog-blog "gerila"? Di mana blog-blog "assassin"? Show WZWH your power! Show WZWH your strengths! Show WZWH your capabilities! Let Jerantut people know your voices.

Saturday, December 25, 2010

Program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut



Program Karnival Juara Rakyat Bulan Kerjaya Dan Bimbingan Parlimen Jerantut sedang diadakan bermula 24-26 Disember 2010 di Dataran MDJ. Pelbagai acara telah, sedang dan akan diadakan. Rakyat Jerantut dijemput hadir memeriahkan program tersebut.

Antara gerai-gerai yang terlibat wakil-wakil Insuran, CIMB, PDRM, Wanita UMNO, TF , Bomba, IPTA dan IPTS-IKIP, PSDC, Shahputra, SPR, KDN, Jabatan-jabatan kerajaan, Korporat perniagaan dsb. Pelbagai acara peraduan memasak, melukis, karoeke, treasure hunt, ceramah perdana diadakan. Ramai orang Jerantut mengujunginya.

YBM DS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut rajin betul buat program sekarang. Tiap-tiap minggu balik Jerantut. Beliau bersama AJK UMNO Bahagian Jerantut terutama Cikgu Nafisah telah bertungkus lumus menjayakan program Karnival Juara Rakyat ini.

Sedikit gambaran aktiviti program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut.

Memahami Aspirasi Juara Rakyat

juara
SEBAGAIMANA yang telah direncanakan mengikut agenda pembaharuan dalam perancangan memastikan UMNO terus kukuh dan teguh, Program UMNO Juara Rakyat telah menjadi realiti selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkannya.
Apa yang pasti, program tersebut bukanlah setakat hangat-hangat tahi ayam atau sekadar melepas batuk di tangga sebaliknya ia adalah agenda yang akan menjadi aspirasi bukan sahaja kepada para pemimpin dan ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya, tanpa mengira peringkat usia, kedudukan atau pangkat apatah lagi perbezaan agama dan bangsa.

Program UMNO Juara Rakyat ini telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan oleh ahli Majlis Tertinggi menerusi mesyuaratnya yang bersidang pada 4 Disember 2009 lalu dengan kesinambungan secara langsung yang akan diteruskan oleh semua peringkat Bahagian melalui skala yang lebih kecil.

Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran program tersebut yang telah berlangsung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan jangkaan seramai lebih 20,000 pengunjung telah turut serta bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan juga melawat gerai-gerai pameran yang dibuka sepanjang tiga hari berlangsungnya acara.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Dengan kata lain, menerusi program ini akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO.

Lantaran itu, program-program yang terkandung di dalam agenda ini tentunya berlandaskan inisiatif berterusan sepanjang masa dengan merangkumi pelbagai jenis bidang khususnya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.

Lantas hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar terus unggul dinombor satu.

Dalam hal ini, program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi kenyataan bersandarkan kepada hakikat bahawa selama ini pun UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan dan kemajuan negara.

Justeru, sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi.

Apa yang pasti, UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN waima golongan pembangkang juga pernah mengakuinya.

Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri dan khalayak umum.

Apa yang perlu difahami, UMNO bukan sahaja berpolitik, UMNO juga telah menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain untuk terus berada di landasannya dengan tujuan demi agama, bangsa dan negara.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara juga akan melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil dengan perancangan yang akan berlangsung selama dua hari satu malam setiap bulan.

Dalam menjayakan program tersebut, tentunya inisiatif dan kesungguhan dilakukan termasuklah dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antara pengisian yang disediakan melalui program tersebut adalah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia termasuklah mendaftarkan diri sebagai pengundi selain mendaftar keahlian UMNO secara terus.

Secara tidak langsung, program ini bertindak sebagai kempen kesedaran di kalangan golongan muda supaya mendaftar sebagai mengundi.

Dalam masa yang sama terdapat sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan, organisasi dan individu persendirian yang terlibat bukan sahaja untuk jualan tetapi juga terlibat dalam pameran pelbagai produk.

Apa yang lebih menarik, golongan pemimpin atasan termasuklah Perdana Menteri, timbalannya serta menteri-menteri kabinet lain juga akan turut serta dalam pelbagai program yang dirancang sebagai alternatif khusus mendekatkan rakyat kepada pemimpin.

Dalam masa yang sama, para pemimpin atasan juga akan dapat menyelami hati nurani masyarakat setempat apabila turut serta turun padang bersama-sama bergerak seiring dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Sesungguhnya perancangan tersebut akan berjaya dan menjadi agenda berterusan parti dalam usaha untuk terus memperteguh dan mempertahankannya sebagai satu survival apabila semua lapisan masyarakat termasuklah pemimpin dan rakyat terus seiring, bersatu dan berpadu!

Jemputan Kepada Suhaimi Said Berdebat Isu Felda di DUN Tahan

Dun Tahan,Jerantut
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan sedang menunggu jawapan Suhaimi Said untuk berdebat Isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan.

Ini ialah Jemputan Kepada Suhaimi Said secara rasmi secara media baru untuk berdebat Isu Felda di DUN Tahan.

Masa: Ikut kesesuaian dan kelapangan Suhaimi Said Ketua PKR Cabang Krau, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal

Tempat : Felda Padang Piol atau Felda Sungai Retang, Jerantut

Pengerusi @ Moderator Majlis Debat : YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut

Jemputan: Kepada semua peneroka-peneroka Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat Jerantut.

Jemputan ini adalah secara media baru melalui blog. Suhaimi Said boleh jawab menerusi email : onetahan@gmail.com atau hubungi urusetia 012-2167676

Mukadimah
Pembangkang sekarang suka bawa isu Felda membabitkan kepentingan peneroka. Suhaimi Said dan Mazlan Aliman sebagai contoh mengatakan kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka.

Saman menyaman berlaku. Pembangkang hasut peneroka menyaman kerajaan. Lawyer pembangkang untung dapat cari makan. Lebih banyak saman lawyer pembangkang lagi suka.

WZWH tidak mahu bicara kelemahan Felda dengan mengambil kesempatan "Legal Loophole" yang boleh ditwist dan spin oleh lawyer pembangkang. WZWH mahu cakap simple facts of life secara bahasa peneroka.

Dulu masa Tun Razak bikin Felda ramai orang Melayu mohon masuk Felda. Kenapa tiada lawyer pembangkang mahu saman Felda?

Ramai orang Pahang yang masuk Felda lari balik kampung masing-masing. Ramai yang menyesal kerana tinggalkan Felda. Lalu Tun Razak atas perkenan Almarhum Sultan Abu Bakar telah jemput orang Melayu dari negeri-negeri lain. Maka datanglah berduyun-duyun orang Melayu dari serata Tanah Melayu datang ke Pahang.

Pahang mengamalkan "dasar pintu langit terbuka". 10 tahun duduk negeri Pahang sudah diiktiraf warga negeri. Kenapa tidak ada lawyer pembangkang saman kerajaan Pahang kerana menidakkan peluang monopoli rakyat asal Pahang dulu?

Bila Felda berjaya ekonomi berbilion-bilion. Ramai orang buka mata, dunia pun buka mata. Peneroka Pahang asal yang lari sangat menyesal. Ada yang sanggup bayar RM30,000, RM40,000 kepada kerajaan Negeri Pahang untuk diberi kebenaran masuk semula Felda tetapi nasi sudah jadi bubur.

Felda mengubah nasib peneroka. Pendidikan telah menjadikan generasi ke dua dan ketiga menjadi profesional seperti doktor, lawyer, akauntan, jurutera, arkitek, bisnesman, politikus dsb. Ada juga anak generasi Felda yang terjerumus dalam gejala negatif sosial.

Sudah tentu Felda yang menghasilkan industri berbilion RM ada sedikit kesilapan maklumlah mengurus ekonomi besar. Kebanyakan pegawai-pegawai Felda terutama di kilang-kilang yang membuat onar menipu pengredan kelapa sawit peneroka adalah pegawai-pegawai yang jiwa pembangkang, mengundi pembangkang mereka sebenar ini "culprit". Mahu tebus dosa dan kesilapan mereka maka masuk PAS, undi PAS bersih segala kesilapan mereka.

Siapa buat Felda? pembangkang? Kenapa pembangkang terutama lawyer pembangkang tidak "highlight" kejayaan Felda yang lebih besar? Kenapa ambil kesempatan. Mana idea sendiri?

Beritahu WZWH, siapa di antara beratus ribu peneroka yang mahu keluar dari Felda? Kalau betul kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka kenapa ratusan ribu peneroka itu masih kekal tinggal di kawasan Felda kenapa tidak pindah beramai-ramai tinggalkan Felda?

Friday, December 24, 2010

Dato' Dr. Shukri Tidak Sahut Cabaran, Dato' Wan Amizan Mahu Cabar Suhaimi Said Debat Isu Felda

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan sahut cabaran terbuka Suhaimi Said (blogger The Spirit of Lubok Kawah) berdebat isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. YBM DS Tengku Azlan  ibni Almarhum Sultan Abu Bakar boleh menjadi Pengerusi Majlis Debat Isu Felda. Kita  boleh lihat nanti The Spirit of Lubok Kawah VS The Spirit of Tembeling.

Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini, Suhaimi Said blogger The Spirit of Lubok Kawah mencabar YB Dato' Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar (parlimen Jerantut) berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di mana-mana venue di DUN Pulau Tawar di hadapan peneroka.

Ini dinyatakan secara terbuka oleh Suhaimi Said mesti baca sini. Oleh kerana Suhaimi Said berani mencabar secara terbuka kepada ahli politik Jerantut maka WZWH merasa tercabar dan Jerantut ialah tanah pahlawan Mat Kilau, Pawang Nong dan keluarga Bendahara.

Oleh itu Jerantut ialah tempatnya revolusi kepimpinan politik klasik kerajaan pemerintahan Bendahara Pahang, WZWH tidak mahu memalukan nenek moyang dan keturunan pahlawan Pahang. Oleh itu WZWH mahu mempelawa secara terhormat bahawa YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan mahu mencabar Suhaimi Said berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. Suhaimi Said boleh pilih tempat samada di Felda Padang Piol atau di Felda Sungai Retang.

Jika Suhaimi Said masih mahu mengadakan debat di DUN Pulau Tawar pun tidak mengapa kerana YB Dato' Wan Amizan adalah Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 12. Felda Jengka 12 terletak dalam DUN Pulau Tawar. Beliau ialah anak peneroka Jengka 12. Arwah bapanya Wan Razak pernah menjadi pemimpin peneroka hingga ke peringkat pusat. 

YB Dato' Wan Amizan ialah orang yang paling layak berdepan dengan Suhaimi Said. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua UMNO cawangan Jengka 12 pantang orang seperti Suhaimi Said memperlekehkan usaha kerajaan BN sejak Tun Razak membina martabat peneroka dan yang penting Suhaimi Said jangan memandang rendah orang Jerantut.

Wahai Suhaimi Said sila datang ke Jerantut, sila datang ke DUN Tahan, Welcome to Tembeling the land of the Bendahara-the Wan  clan. Here you will see the real Pahang warrior, the last defence of Pahang fort of culture, heritage and royalty. Bawa sekali Mazlan Aliman yang gadaikan tanah peneroka 10 ekar ayahnya sendiri  jika Suhaimi Said tidak yakin. Jangan berkokok di Temerloh saja.

My Photo
Ketua Cabang Krau PKR Pahang Dan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal
Tuan Haji Suhaimi bin Said

Thursday, December 23, 2010

Guru Laku di DUN Tenang


DUN Tenang di Johor akan mengadakan PRK setelah kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, Jumaat lepas.

Dua orang bekas guru besar disebut-sebut menjadi calon. Mereka ialah Cikgu Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian  Labis dan Cikgu Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.

Kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian tidak lama lagi selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok.

Cikgu Jaim dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi. Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.

Manakala Cikgu Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Kedua-duanya orang tempatan.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

UMNO dijangka berhadapan dengan PAS di DUN Tenang.

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14, 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu, 38.24% Cina dan 12.07% India.

Parlimen Labis merupakan kubu kuat kepada Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan kini disandang anaknya iaitu Chua Tee Yong.

Pada Pilihanraya Umum ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan pertembungan calon UMNO, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menentang calon PAS yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Labis ketika itu, Mohd Saim Siran. Berikut adalah keputusan rasmi pilihanraya bagi Dun tersebut pada tahun 2008:


Jika trend ini menular ke parlimen dan DUN-DUN di Jerantut maka WZWH merasakan ada harapanlah Cikgu Pian Kasim, Cikgu Zali Mezah, Cikgu Nasa dan Cikgu Encu Nazari menjadi calon PRU 13 nanti itu pun kalau DS Najib dan DSD Adnan Yaakob menghargai karisma seorang guru. Kalau di parlimen Pekan tempat DS Najib sendiri dua orang guru menjadi ADUN. Kita lihat siapa cikgu yang bertuah nanti!

Foto Saya

Cikgu Mohd Sopian Mohd Kasim, Jawatan Kuasa UMNO Bhg Jerantut, calon potensi harapan guru-guru di Jerantut pada PRU 13 nanti. Beliau aktif dalam UMNO dan seorang blogger yang semakin dikenali ramai dengan blog Laksamana Jebat. Klik sini.

Ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar Sahut Cabaran

YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar bersama peneroka-peneroka Felda Jengka. Pemimpin PAS meramalkan beliau akan mengantikan YBM Tengku Azlan sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13.

Cabaran Terbuka kepada Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar- Itu yang dicabar oleh blog The Spirit of Lubok Kawah. Blogger Suhaimi Said ini menulis...

Dr Shukri,

Kamu kena mengetahui bahawa peneroka-peneroka Felda adalah segolongan manusia yang telah memberikan pengorbanan kepada Negara, bahkan Felda melalui pengorbanan peneroka-peneroka menjadi penyumbang kedua kepada pendapatan Negara selepas Petronas.

Cuba pula kamu kaji dengan pemegang-pemegangan jawatan utama didalam Felda yang dikatakan memperolehi RM2 juta setahun, bandingkan dengan peneroka-peneroka Felda yang hanya mendapat RM1500.00 sebulan pendapatan kasar dan dibebankan dengan hutang antara RM60,000.00 hingga RM100,000.00.

90% lebih peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, organisasi Felda sebagai suatu agensi Kerajaan adalah organisasi Melayu, maka kenapakah organisasi Melayu (Felda) sanggup menindas dan menipu peneroka-peneroka yang juga orang Melayu? Ketuanan Melayu ala-UMNO ini adalah penindas kepada masyarakat Melayu.

Akhirnya, saya cabar Dr Shukri untuk diadakan satu debat terbuka diadakan didalam mana-mana rancangan Felda termasuk didalam rancangan-rancangan Felda di Pulau Tawar iaitu kawasan DUN yang diwakili oleh Dr Shukri untuk mendebat isu Felda secara terbuka dan disaksikan oleh peneroka-peneroka Felda!

Dr Shukri,

Tidakkah anda telah dijemput oleh Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 1 di dalam kawasan Pilihanraya anda sendiri untuk menyelesaikan masalah hutang mereka yang sudah menjangkau RM90,000.00. Apakah yang anda buat?

Tidakkah anda diminta menyelesaikan isu geran tanah kepada peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 yang sudah menjelaskan bayaran hutang mereka dan CAC sejak 14 tahun yang lampau tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan geran tanah. Alhamdulillah, pihak saya telah merujuk kepada Felda dan Felda telah memaklumkan bahawa pemprosesan geran sudah dihantar ke Pejabat Tanah Jerantut dan pihak saya sedang membuat follow-up dengan Pejabat Tanah Jerantut.

Harapkan YB kawasan Pulau Tawar? Tidur!

Dr Shukri sepatutnya kena terima cabaran berdebat mengenai isu Felda di hadapan peneroka Jengka.

Dr. Shukri cuma banyak menerima bulat-bulat akan kenyataan yang di buat Pengurusan Felda saja tanpa melihat sendiri masalah sebenar yang di hadapi oleh peneroka.

Sebagai Wakil Rakyat (BN) tentu lah akan cuba menyebelahi Kerajaan.

Tujuan beliau adalah bagi meredakan keadaan peneroka yang sekarang 'naik minyak' dengan kerenah Felda yang tidak cuba menyelesaikan masalah penipuan yang di dakwa peneroka telah menjejaskan pendapatan mereka.

Cara beliau menghina peneroka dengan mengatakan tidak mengenang budi dan sebagainya tidak boleh diterima. 

Siapa yang pernah duduk di rancangan Felda di Kawasan Jengka di tahun 60an tentu akan ingat akan keperitan yang terpaksa di tanggung ketika itu.

WZWH berharap ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar sahut cabaran. YB ADUN Pulau Tawar perlu kembali bangkit dan ceria semula. Jangan biar orang memperbodohkan anda!

MCLM Mahu Ajar PR Politik Ha Ha Ha...

RPK dan Zaid Ibrahim mencetuskan "3rd Force" dalam politik Malaysia.

MCLM ialah Malaysian Civil Liberties Movement. Ditubuhkan dan dilancarkan di London pada 12 Disember 2010 oleh Pengerusinya Raja Petra Kamarudin dan beberapa peguam serta rakyat Malaysia untuk membentuk ketumbukan "3rd Force".

Nafsu MCLM sangat besar mahu membekalkan calon-calon berkualiti, bersih, berpendidikan seramai 18-30 orang kepada PR terutama di kerusi Parlimen bandar.

MCLM tidak puas hati kerana Anwar Ibrahim telah tangkap muat cakon-calon PKR pada PRU 12 lalu yang terdiri dari tukang kebun, tukang gunting, towkay SPA, penarik kereta, kerani, petani dsb. MCLM mempertikaikan calon-calon PKR tidak berkualiti ini. 

MCLM mengunakan alasan "frog festival" bilamana ramai ahli parlimen dan ADUN PR keluar parti dan pro BN. Padahalnya MCLM cemburu kepada "calon-calon tidak berkualiti ini".

MCLM dikritik kerana akan menyebabkan "3 corners fight". MCLM dikatakan tidak adil kepada PR kerana menekan kepimpinan PR supaya calon-calon MCLM diterima.

Jika kepimpinan PR menerima calon-calon MCLM sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati calon-calon inkumben PR yang punyai ramai grassroot di kawasan tertentu lalu "cas keting" berlaku.

Blogger Sakmongkol AK47 telah menyanggah  konsep "3rd Force" MCLM dalam blognya mesti baca sini.

Isu-isu yang dibangkitkan lebih sesuai di bandar. Ini ialah persatuan yang longgar dengan sedikit kefahaman apa itu demokrasi. Rakyat akan bertanya apa agenda dan perancangan sebenar "3rd Force"? Ianya tidak memberi kesan kepada politik negara.

Sakmongkol AK47 menambah lagi MCLM lebih terpengaruh kepada bacaan PRU 12. UMNO dan BN tidak akan dapat menguasai semua kawasan lama tetapi boleh dapat sebahagiannya. "3rd Force" yang sebenar ialah parti-parti politik Sabah dan Sarawak. Mereka boleh menjadi 'kingmaker" politik Malaysia.

WZWH percaya MCLM terpengaruh dengan budaya PR yang suka dan ghairah bertanding dalam PRU akan datang. Politik bukan hanya setakat bertanding dalam pilihanraya. Politik ialah bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat.

Jika PR yang dibantu MCLM terlalu ghairah dan asyik dengan calon-calon pilihanraya maka rakyat akan menolak parti yang begini sifatnya kerana rakyat mahu pendekatan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

UMNO dan BN tidak perlu pertubuhan seperti MCLM ini kerana sudah hampir 53 tahun UMNO dan BN punya mekanisma sendiri bagaimana hendak meletakkan calon baik di bandar atau di kampung.

Wednesday, December 22, 2010

Kekuatan BN Menghadapi PRU 13


DS Najib dijangka akan mengangkat sumpah sekali lagi di hadapan DYMM Yang Dipertuan Agong selepas PRU 13.

Berdasarkan PRU 12, jumlah yang layak menjadi pemilih ialah 15 juta. Jumlah pemilih berdaftar ialah 10.9 juta (72.8%). Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 8.1 juta (54.4%).

Jumlah undi untuk BN ialah 4,081,115 (27%) -140 kerusi.

Jumlah undi untuk PR ialah 3,786,732 (25%) - 82 kerusi.

Rumusan boleh dibuat daripada data di atas:
  • Kerajaan BN kini adalah pilihan 27.2% pengundi;
  • Pakatan Rakyat pula menjadi pilihan 25.3% pengundi;
  • Sejumlah 2.8 juta pemilih yang berdaftar tidak keluar mengundi; dan
  • Lebih kurang 4 juta warga yang layak mendaftar sebagai pemilih belum lagi berbuat demikian. 
Senario PRU 13 akan berubah bila DS Najib mengetuai BN dengan membawa perubahan dan pembaharuan pengurusan urus tadbir negara yang lebih baik dan rakyat bertambah yakin dengan kepimpinannya.

Realitinya ialah hasil PRU13 hanya akan ditentukan oleh 9 juta pemilih daripada 12 juta yang dijangka memiliki status pemilih berdaftar menjelang Januari 2011. Kiraan ini adalah berdasarkan purata nasional 75% yang biasa keluar undi dalam sesuatu pilihan raya.

Perbezaan pemilih yang akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang berbanding PRU12 yang lepas adalah lebih kurang 900,000 orang.

Parti-parti politik bersungguh-sungguh cuba mempengaruhi pemilih baru dan atas pagar. Dalam scenario ini terdapat enam pola perkembangan semasa yang akan mempengaruhi keputusan muktamad PRU13.

i. Peningkatan ketara dalam bilangan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Mengikut kenyataan Menteri Dalam Negeri jumlah anggota Rela telah meningkat daripada 556,286 orang pada bulan April 2009 kepada 2,042,215 orang pada bulan Oktober 2010. Ini bermakna keanggotaan Rela telah bertambah hampir empat kali ganda hanya dalam tempoh 18 bulan! Timbalan Menteri Dalam Negeri pula telah mengumumkan bahawa Rela mensasarkan keanggotaan 2.6 juta sebelum akhir tahun 2010.

Disamping itu, kerajaan juga mengumumkan sasaran Rela untuk melaksanakan program ‘1Platun, 1Kampung, 1Taman’. Sekiranya anggota Rela dibahagikan secara purata kepada 222 kawasan pilihan raya Parlimen, ini bermakna setiap kawasan akan mempunyai hampir 10,000 pengundi anggota Rela. Perkembangan ini memberi kesan kepada ‘equation’ pilihan raya oleh kerana undi sebahagian besar anggota Rela kepada parti kerajaan boleh dianggap sebagai ‘simpanan tetap’. 

Tidak mungkin anggota Rela yang berperanan sebagai “mata dan telinga kerajaan” dan menjalankan tugas “geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut” akan memihak kepada parti pembangkang.

ii. Keputusan kerajaan pada April 13, 2009 untuk menubuhkan batalion Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen, kononnya untuk memantapkan sistem pertahanan negara.6 Setiap platun terdiri daripada 300 orang ahli dan kerajaan mahukan supaya ada sejumlah 600,000 anggota Askar Wataniah secara keselurahannya. Mereka-mereka ini juga boleh dianggap sebagai pengundi simpanan tetap BN.

iii. Pengumuman pihak SPR bahawa hak undi pos akan dihulurkan kepada suami/isteri pasangan anggota tentera dan polis. Berdasarkan rungutan mengenai proses undi pos yang untuk sekian lama tidak telus, pengecualian yang diperkatakan ini barangkali akan juga mempengaruhi keputusan PRU13.

iv. Sudah tentu 90% daripada kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.2 juta akan menyokong kerajaan kerana  kerajaan bayangan PR terutamanya DAP mahu "downsizing civil service" yang 77% terdiri daripada kaum Melayu.

v. 75% daripada 222 kerusi parlimen terletak di luar bandar. Harga getah dan kelapa sawit yang semakin meningkat telah menaikkan ekonomi luar bandar dan di kawasan Felda dan Felcra. Orang kampung dan peneroka sudah tentu mempertahankan kerajaan yang ada.

vi. Majoriti orang Melayu dan Bumiputera sudah tidak percaya kepada DS Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Bayangan kerajaan PR. Orang Melayu tidak mahu nasib mereka diperjudikan oleh DS Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, jelas bahawa golongan terbesar yang tidak akan mempengaruhi hasil PRU13 ialah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih walaupun layak – seramai lebih kurang 4.3 juta warga.

Akan tetapi, satu perkembangan positif adalah sebilangan besar rakyat telah mula sedar bahawa kuasa sebenar adalah di tangan mereka.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...