Sunday, December 26, 2010

Blog-blog Jerantut Sudah Lesu Tidak Bermaya

WZWH dapati sekarang majoriti blog-blog Jerantut sudah lesu tidak bermaya. Sudah tidak berminat menulis gamoknya. Ini merisaukan WZWH. Blog SPU sudah gagal memotivasikan blog-blog Jerantut. Yang konsisten menulis ialah Laksamana Jebat, SPU, Urag Drrulug, Parlimen 81, Hulu Tembeling. Blog-blog Jerantut lain tidur..

WZWH harap blog-blog Jerantut yang tidur ini bangkit semula tulislah tentang persekitaran kampung anda, Jerantut, atau tentang aktiviti parti masing-masing baik BN atau PR, budaya, ekonomi dan sosial. Rakyat Jerantut yang duduk di Jerantut dan luar Jerantut mahu tahu.

Blog-blog Jerantut perlu berani tulis sebarang topik. Jangan takut dengan kritikan dan pandangan orang. Tulis apa yang dirasa di hati dan fikiran. Terjemahkan fikiran dan pandangan baik dari kaca mata sendiri atau masyarakat setempat. Salah tidak mengapa. Jangan takut buat silap.

Untuk renungan blog-blog Jerantut berikut blog-blog yang perlu bangkit:
Pengguna media baru Jerantut terutama orang-orang muda Jerantut perlukan santapan minda tulisan blog-blog Jerantut. Blogger Jerantut perlu memeriah dan menceriakan suasana cyber maya. Tulis tentang kehidupan, persekitaran, kampung, DUN, parlimen, bandar Jerantut, budaya Jerantut, politik Jerantut, aktiviti-aktiviti Jerantut dsb. Tulis dengan pandangan bebas tanpa terikat dengan sesiapa.

Blog Cawan Tembaga dan Habat Maya yang selalu mengkritik WZWH sudah senyap macam orang bisu barangkali Cawan Tembaga sudah menjadi "Cawan Emas" atau Habat Maya sudah jadi "Berjurus Bersih Maya".

Di mana blog-blog "gerila"? Di mana blog-blog "assassin"? Show WZWH your power! Show WZWH your strengths! Show WZWH your capabilities! Let Jerantut people know your voices.

9 comments:

http://karokmalam said...

maaf wzwh. Karok bukan blog jerantut. Karok adalah blog Penang.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Karok,
Maaf pada persepsi WZWH ingat Karok blog Jerantut. Ok WZWH betulkan kesilapan.

Unknown said...

Salam WZWH ...

Kejutkan sahabat sahabat blogger kita di Jerantut! Bloggers Pro BN memerlukan sahabat sahabat ini untuk berjuang bersama.

Anonymous said...

aku sokong ong wzwh..ong je yang aktif..mula2 buka blog aku pasti g ke blog ong dulu sb aku tahu ong ada cerita baru. aku harap ong terus berkarya. dan rakan lain dalam blog pun ikutlah wzwh. terus berkarya n berjuang. kalau terus sepi dan semakin lama semakin layu, ramai nanti orang jerantut dah tak sambung servis broadbang. rugilah kedai koi.hehe

Anonymous said...

syok sendiri, pembaca kurang, blog picisian jer ni,

UWEKS

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Gelombang Wangsa Maju,
WZWH paut link blog Tuan ke blog WZWH.

Salam Anon 7:12,
Terima kasih memberi sokongan dan galakan.

Salam Anon 9:22,
Terima kasih beri feedback. WZWH harap anon belajar tulis blog dan mula berkarya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bloh gerila dan assasin tu tak wujud, khayalan awak jer, mcm org obsessed dgn teori alien, lepas ngaku kena abduct, mcm tu la awk ni.

dobit127 said...

salam..

Itu sebabnya kawan tidak membuka blog baru berkenaan politik kawasan kita ini.. buat sementara waktu ini bolehlah melihat dan memberi respon..bila tiba awal tahun 2011 mulalah sibuk dengan kerja dengan ditambah tiada line internet...
Apapun semoga berjuang.......

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024