Thursday, December 16, 2010

Dewan Baru, Gelanggang Futsal Baru Dan Ponton Baru

Dewan Baru Felda Padang Piol. Kos Projek RM598,000.

Gelanggang Futsal baru Felda Padang Piol. Kos projek RM368,000.


Menaiktaraf "ponton" di jeti Kuala Tembeling. Kos projek RM118,334.

YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Tuan DO Jerantut, Pengurus Felda Padang Piol, Penghulu dan Tok Empat bersama penduduk Felda Padang Piol dalam majlis penyerahan projek.

WZWH hari ini berkesempatan menghadiri majlis penyerahan projek di Dewan orang ramai baru di Felda Padang Piol. Majlis dihadiri oleh YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan, Tuan DO Jerantut, Pengurus Felda Padang Piol, JKKK Felda Padang Piol dan penduduk setempat.

Antara projek-projek yang sudah siap;

  • Dewan orang ramai
  • Gelanggang Futsal
  • Ponton Jeti Kuala Tembeling

Ini ialah projek-projek yang DS Najib telah luluskan untuk Felda Padang Piol. Diharap penduduk Felda Padang Piol menjaga harta kerajaan ini dengan baik dan mengunakan dengan sebaiknya untuk kegunaan masyarakat setempat.

WZWH harap dalam PRU 13 nanti agar pengundi di Felda Padang Piol menyokong kerajaan BN. Banyak lagi berbagai kemudahan untuk rakyat di DUN Tahan akan dilaksanakan.

2 comments:

Anonymous said...

gelanggang futsal tu bila mula bina , ponton tu bila mula bina , dewan tu bila mula bina ..... gelanggang futsal siapa kontraktor ? semua tu najib yang luluskan ke ??? kih kih kih

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:05,
Gelanggang futsal mula dibina pada Ogos 2009 siap Mac 2010, kontraktor Limibina.
Dewan mula bina pada 9/10/2009 siap pada
27/10/2010, kontraktor Perusahaan Binaan Yusof. Ponton naiktaraf mula projek pada 16/9/2010 siap pada 23/11/2010, kontraktor Fawan Enterprise. Semua DS Najib yang luluskan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024