Thursday, December 23, 2010

Guru Laku di DUN Tenang


DUN Tenang di Johor akan mengadakan PRK setelah kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, Jumaat lepas.

Dua orang bekas guru besar disebut-sebut menjadi calon. Mereka ialah Cikgu Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian  Labis dan Cikgu Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.

Kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian tidak lama lagi selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok.

Cikgu Jaim dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi. Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.

Manakala Cikgu Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Kedua-duanya orang tempatan.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

UMNO dijangka berhadapan dengan PAS di DUN Tenang.

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14, 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu, 38.24% Cina dan 12.07% India.

Parlimen Labis merupakan kubu kuat kepada Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan kini disandang anaknya iaitu Chua Tee Yong.

Pada Pilihanraya Umum ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan pertembungan calon UMNO, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menentang calon PAS yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Labis ketika itu, Mohd Saim Siran. Berikut adalah keputusan rasmi pilihanraya bagi Dun tersebut pada tahun 2008:


Jika trend ini menular ke parlimen dan DUN-DUN di Jerantut maka WZWH merasakan ada harapanlah Cikgu Pian Kasim, Cikgu Zali Mezah, Cikgu Nasa dan Cikgu Encu Nazari menjadi calon PRU 13 nanti itu pun kalau DS Najib dan DSD Adnan Yaakob menghargai karisma seorang guru. Kalau di parlimen Pekan tempat DS Najib sendiri dua orang guru menjadi ADUN. Kita lihat siapa cikgu yang bertuah nanti!

Foto Saya

Cikgu Mohd Sopian Mohd Kasim, Jawatan Kuasa UMNO Bhg Jerantut, calon potensi harapan guru-guru di Jerantut pada PRU 13 nanti. Beliau aktif dalam UMNO dan seorang blogger yang semakin dikenali ramai dengan blog Laksamana Jebat. Klik sini.

3 comments:

chenerong ular said...

hai takan cg pian harjerq yang layaknya, apa kurangnya cigu WZWH ?,

blogenstarz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aok nk kata aok layokla, and aokla hork bertuah, adoi sakit perut makan sambal, WZWH gila nak jadi calon, gila nak jadi Tok Muda n gila nak bersanding, eh, bertanding...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024