Saturday, December 11, 2010

Memahami Sosio Politik Orang Kelantan Jerantut


Persembahan Dikir Barat oleh orang Kelantan Jerantut.


Gadis Kelantan Jerantut yang menawan hati WZWH.

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 755,771.93 Hektar. Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. 14 kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk.

Jumlah pengundi parlimen Jerantut ialah 48,000 . Terdapat 3 DUN iaitu DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Pada PRU 12, BN menyapu bersih parlimen dan 3 DUN tersebut.

Sejarah pilihanraya Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. Di mana BN hilang undi sebanyak 6511 undi ini?

Pengundi yang keluar mengundi pada PRU 12 berjumlah 38,000. Dalam posting kali ini, WZWH ingin bicara sosio politik orang Kelantan Jerantut. WZWH tidak tahu jumlah tepat bilangan orang Kelantan Jerantut. Dari data PRU 12, jumlah orang Kelantan Jerantut yang berdaftar ialah 7500 orang.

Ini menunjukkan pengundi orang Kelantan Jerantut sama penting dengan jumlah pengundi orang Cina yang berjumlah hampir 9000 orang. Betapa sokongan orang Kelantan Jerantut amat penting bagi menjamin kemenangan BN baik parlimen mahu pun 3 DUN.

Sejarah penghijrahan orang Kelantan ke Jerantut telah berlaku sejak tahun 1950an dan 1960an. Jerantut yang mempunyai jalinan kereta api memudahkan penghijrahan orang Kelantan ke Jerantut. Mereka mencari penghidupan yang lebih baik di Jerantut. Mereka mempunyai impian dan harapan.

Negeri Pahang yang mempunyai "Dasar Langit Terbuka" membuka peluang yang seluas-luas kepada orang Kelantan untuk mencari rezeki di negeri Pahang. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Taburan penduduk orang kelantan Jerantut berdasarkan kampung-kampung adalah seperti berikut:
  • Kampung Tanjung Betong
  • Kampung Gajah Mati
  • Kampung Air Hitam/Pasir Sia
  • Kampung Besul
  • Kampung Paya Embun
  • Kampung Anak Gajah
  • Kampung Conggo
  • Kampung Batu Balai
  • Kampung Paya Rajin
  • Kampung Paya Gunung
  • Kampung Pisang
Orang Kelantan Jerantut berhijrah ke Jerantut mahu mencari penghidupan yang lebih baik. Mereka adalah petani yang rajin bekerja mengusahakan kebun dan ladang. Mereka rajin bekerja. Boleh dikatakan mereka semua ada tanah di Jerantut. Ada yang punya tanah 50 ekar, 30 ekar, 10 ekar dsb. Bila mereka ada duit mereka beli tanah dari orang Melayu Jerantut.

Orang Kelantan Jerantut boleh dikatakan suka penghidupan cara hidup beragama Islam yang lebih. Mereka lebih percaya ulamak dari pemimpin. Jika pemimpin itu bersifat ulamak mereka akan memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Orang Kelantan Jerantut bekerjasama dengan pemimpin tempatan jika untuk kebaikan penghidupan mereka. Orang Kelantan Jerantut mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Majoriti anak-anak mereka sudah mendapat status kad pengenalan 06 iaitu rakyat tetap Pahang. Mereka sebenarnya sudah jadi anak jati rakyat Pahang walaupun budaya Kelantan masih ada.

Oleh kerana parti PAS itu terutama ikon TG Nik Aziz lebih membuatkan parti PAS seolah-olah parti identiti orang Kelantan maka sudah tentu sokongan mereka padu menyokong parti PAS. Kini orang Kelantan Jerantut melalui pendidikan dan pergaulan dengan orang Melayu Jerantut menyedari bahawa untuk kebaikan bersama yang berpanjangan  menyokong kerajaan BN di Pahang lebih menjamin masa depan.

Kalau ditanya kepada WZWH dari 7500 orang Kelantan Jerantut berapa ramai yang menyokong UMNO atau PAS maka WZWH jawab 70-30. Itu terpulang bagaimana calon parlimen dan 3 DUN itu mengenali, menyelami, bergaul, memahami kehendak dan cuba menyelesaikan masalah orang Kelantan Jerantut.

WZWH cakap sokongan orang Kelantan Jerantut amat diperlukan oleh BN di Jerantut. BN baik UMNO mahu pun MCA perlukan sokongan orang Kelantan Jerantut. Hargailah mereka dan selesaikan kehendak dan permasalahan mereka. Kenali dan bergaul dengan mereka. Cuba faham dan belajar dialek bahasa dan budaya mereka. 

WZWH percaya dan yakin orang Kelantan Jerantut adalah orang Melayu yang bijak dan rajin dan mereka juga mengharapkan pemimpin-pemimpin BN menjaga kebajikan dan masa depan mereka. Orang Kelantan Jerantut mahukan peluang. Berikan peluang itu kepada mereka pasti mereka akan capai impian dan harapan mereka seperti mana nenek moyang mereka datang berhijrah ke Jerantut mencari penghidupan yang lebih baik dari kehidupan di kampung asal mereka di Kelantan.

14 comments:

Anonymous said...

WZWH .... bagus betul keturunan orang Kelantan Jerantut ni ye ... rajin berusaha dan sekarang ni banyak perniagaan dan perladangan dipunyai oleh mereka ini .... WZWH bagaimana pula dengan keturunan orang Johor Jerantut mereka ini malas-malas je tak macam orang Kelatan Jerantut ... orang Kelatan Jerantut asyikbeli tanah ... orang Johor Jerantut asyik nak jual tanah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:54,
Memang orang Kelantan Jerantut rajin berusaha membina dan memajukan perniagaan dan ladang. Semangat keusahawanan itu patut diikuti oleh orang Johor Jerantut. Orang Johor Jerantut dari anak buah hingga ke pemimpin suka jual tanah kepada bangsa asing. Nasib baik ada orang Kelantan Jerantut beli. Orang Johor Jerantut kemaruk dengan saham FELCRA seolah-olah itu jaminan hidup utama mereka. Pemimpin orang Johor Jerantut perlu perbetulkan sikap dan budaya negatif anak-anak buahnya.

abengmey.Bt balair said...

Apo yang dibanggoken, semua pemipin Pas Jeratut oghe Kelate. Peheng pom. Hok tu oghe jeratut dengen Peheng tok leh. Dulu ado arwoh Malek. Lo Ni taadok ho bebakatt. Dungu.. belako-lako. Guono. Takdok ko hok molek skit mucul, minak nok pipin pah?. Demo tu dok kiro caghi duik jo, apo? pulitik uweng. Pas ado jugok doh menateng tu. Tapi kecik, boleh ok lg. Timo kasih wen, dok kecek skit hak kito nih.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Abengmey,
Terima kasih memberi pandangan.

Anonymous said...

Ambo tok sir pah tok sir omno, ambo berahi pompuan gambor ke duo tu...he he he

Unknown said...

Salam WZWH ...

Minta izin dari saudara untuk linkkan bersama blog saudara bersama blog kami. Wasalam.

Salam Perjuangan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam GWM,
Terima kasih atas link bersama.

SPU said...

Tahniah WZWH, SPU harap blog ini akan terus melonjakkan nama Jerantut dalam perkembangan media sosial yang semakin mendapat tempat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam SPU,
Terima kasih SPU.

Anonymous said...

WZWH : " Gadis Kelantan Jerantut yang menawan hati WZWH. "

Anon Dec 12, 2010 1:31AM : " ambo berahi pompuan gambor ke duo tu...he he he "

Ha ha ha ha ha ha !

http://jomkekatil.blogspot.com/2010/06/intan-scandal.html?zx=cbe2b5850201dd47

Maafkan saya, adakah kedua2 kenyataan di atas satu sarcasm ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

halau

suhana said...
This comment has been removed by the author.
suhana said...

Best

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024