Tuesday, December 7, 2010

Senator Jambatan Hubungan Rakyat Jerantut


YH Dato' Azizan Yaakob mantan tokoh pemuda UMNO Malaysia semasa zaman Tun Mahathir. Beliau merupakan mantan ADUN Pulau Tawar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Beliau kini aktif dalam NGO. Beliau menjadi pengerusi kepada 10 NGO Jerantut. Masih memegang jawatan Ketua UMNO cawangan Berau, Ulu Cheka.
WZWH lihat dalam sejarah politik UMNO Jerantut sejak dari zaman politik era Pahang Barat 53 tahun dulu tidak ada senator yang dilantik dari Jerantut. WZWH berpendapat selain dari ahli parlimen dan ADUN, senator juga boleh berperanan memajukan Jerantut dan dengan kapasitinya yang rapat dengan Perdana Menteri boleh memberikan sumbangan.

Jerantut perlu seorang senator yang dilantik oleh samada dipilih oleh negeri atau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan senator yang diluluskan oleh kerajaan pusat sedikit sebanyak boleh membantu Jerantut.

WZWH dapati di Jerantut ada beberapa tokoh yang layak dipertimbangkan. WZWH mohon kepada DS Najib agar Jerantut diperuntukkan seorang senator kali ini berilah kepada Jerantut.

Calon-calon yang layak dipertimbangkan dari segi pengalaman dalam parti dan kerajaan ialah mengikut kekananan;
  • YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed
  • Tuan Haji Kamaruzaman bin Baria
  • YH Dato' Azizan bin Yaakob
  • YH Dato' Sharif bin Shamsuddin
Diharap jika DS Najib berkenan menasihat Yang di-Pertuan Agong melantik senator dari Jerantut ini akan menjadi jambatan hubungan rakyat Jerantut dengan kerajaan Pusat. Jerantut akan lebih bertambah maju dan makmur dan rakyatnya hidup sejahtera.

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 69 ahli Dewan Negara atau senator dimana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 43 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi (Orang Asli).

Setiap daripada perhimpunan legislatif 13 negeri memilih 2 Senator. Tempoh jawatan adalah 3 tahun dan senator-senator hanya boleh dipilih sekali sahaja, berturut-turut atau pun tidak. Yang Di-Pertuan Agong melantik dua senator bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu lagi pada Wilayah Persekutuan Labuan di bawah nasihat Perdana Menteri. 40 Senator yang lain, tidak merujuk kepada negeri, dilantik oleh Sultan, juga atas nasihat Perdana Menteri.

Untuk kelayakan, calon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Persekutuan, mesti tidak muflis menurut perintah kepada sebarang negeri luar, mesti tidak menerima hukuman penjara selama setahun atau lebih, dan mesti tidak disaman RM2,000 atau lebih. Pemegang dari posisi pembuat-faedah masa penuh dalam khidmat awam juga tidak layak. Terdapat tiada keperluan untuk tergolong kepada parti politik. Parlimen dibenarkan untuk menambah bilangan Senator kepada tiga per negeri, mengurangi bilangan, atau menghapuskan jawatan Senator untuk khusus negeri keseluruhan. Proses perlantikan telah ditetapkan dalam Artikel 45 dari Perlembagaan.

Ahli Senat tidak merasa sebarang kesan pilihanraya sepertimana rumah lebih rendah iaitu Dewan Rakyat, dan mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk suatu pilihanraya.

Senat mengundi satu Presiden untuk mempengerusikan atas kedudukan Senat, memastikan pemerhatian dari peraturan rumah, dan mentafsir Arahan Berdiri dari rumah patut mereka dipertikaikan. Patut Presiden tidak hadir, Timbalannya mengambilalih tempatnya.

Senat mungkin memulakan legislasi, kecuali bagi perkara-perkara fiskal dan kewangan. Ia mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan. Apa-apa cadangan legislasi mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kemudian, ia dihadapkan ke Dewan Negara dalam tiga bacaan. Pada permulaannya, pencadang legislasi akan menghadapkannya ke perhimpunan. Kali keduanya, rang undang-undang atau bill akan didebatkan. Kali ketiga, satu undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan. Dewan Negara mungkin tidak akan menolak rang undang-undang secara rasmi; ia hanya dibenarkan untuk melewatkan petikan mereka selama satu bulan, atau hingga ke satu tahun di bawah keadaan tertentu. Selepas rang undang0undang itu diluluskan atau tempoh keperluam itu tamat, ia akan dihadapkan ke Yang diPertuan Agong bagi persetujuan diraja. Sekiranya Raja bersetuju dengn tidak membantah atau 30 hari tanpa persetujuan diraja, rang undang0undang tadi dihantarkan kembali ke Parliament dengan satu senarai pemindaan yang dicadangkan. Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen. Sekiranya Agong masih lagi tidak memberikan persetujua baginda 30 hari selepas rang undang-undang itu dihadapkan kepada baginda, rang undang-undang itu tadi akan menjadi undang-undang secara automatik. Ia tidak memberikan kesan, walau bagaimanapun , sehingga ia diterbitkan dalam gazet kerajaan.

Walaupun ahli-ahli Parliamen biasanya mempunyai kekebalan undang-undang, akan tetapi apabila bercakap mengenai kebebasan bersuara, di bawah Akta Hasutan perbincangan mengenai artikel Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti Artikel 153 adalah menyalahi undang-undang.

15 comments:

Ri-Banir said...

Inilah entry yg menarik yg pernah ditulis oleh WZWH,berdasarkan fakta dan tidak ada spekulasi? Harap akan terus menulis begini dengan tidak terlalu memikirkan rating. Apalah ertinya walaupun ada lebih dari 1K visitors tetapi isi tulisan tidak membawa apa-apa pemikiran kreatif dari minda yg besar. Apa moralnya sebagai penulis ilmiah dengan 4-5 entry dan lebih 1K visitor tetapi isinya hanyalah; Kah! Kah! Kah!

chenerong ular said...

Salam, layak doh Doto tu di lantik senator, ada gaya ada kelas tersendiri, apa lebih ezam jika di bandingkan dengan Dato Azizan.

Kalau teringat jaman muda dulu tengok Dato berehat kat kerusi, baru jer gayanya main band, penat mat gamoknya, tu duluq ?.................

Anonymous said...

layak kalau di berikan kepada dato azizan gelaran senator kerana menberi perhormatan kepadanye .banyak sudah jasa dan pengorbanan yang di curahkan kepada masyarakat khususnye di daerah jerantut dan parti umno baik di peringkat bahagian jerantu mahu pun nasional dan masih aktif dengan NGO.semangat juang dato azizan ini harus di ikut generasi muda.

Anonymous said...

Dato' Azizan adalah orang yang dikenali PM di Jerantut. Beliau bukan setakat senator saja seperti yang dicadangkan oleh WZWH. Dato' Azizan layak bertanding ahli parlimen Jerantut dengan pengalaman dan kebijaksanaan. Memang layak dan sesuai.

yang melihat kekuatan said...

kalu digandingkan dato azizan, dato wan amizan, dan dato hj nadzri akan menjadikan satu kekuatan untuk memajukan jerantut.
satu kombonasi yg amat kuat. adun damak di bawah kawalan dato azizan, dun tahan di bawah kawalan dato wan amizan, dan disebelah felda dan dun p.tawar di bawah kawalan dato hj nadzri.`jadi kekuatan umno di jerantut akan kuat. cuba fikir apa yg saya pendapatkan ini.
lau lee buang jer,dpt kuata umno di situ. menyusahkan org melayu jer cina tu

yang gembira said...

Memang zaman datuk tu dah, angkatan deme belaka bukan jerantut saja malah seluruh Pahang,dan Malaysia sebaya deme belaka zaman pemuda dulu jadi pemimpin. Patut dah WZWH cadang tu.

zaim, pensyarah Sains sosial UUM said...

Tak apa tulislah apa saja wzwh, betul kata Ri-Banir tu. Jangan fikir rating sangat. Yang penting mesej yang hendak disampaikan. Ada orang ambil bahagian menulis sebagai pemberita. Ada sebagai pengulas berita. Ada dalam bentuk artikel ilmiah, rencana, penulisan kreatif. Apa yang penting sesuatu isu itu pembaca mahu tahu apa view penulis. sokong atau sokong atau nuteral. kalu sokong apa hujahnya, begitulah sebaliknya.

Soal rating jika wzwh ada 200 pembaca tetap, kalau 5 pos 1000 apa susah sangat. Yang penting ada pembaca tetap. Tetapi tidak semua 200 itu akan baca.

Jika pilih penulis berita kena berkejar sama repoter. Pengulas berita apa-apa berita pun boleh. Kalau tulis ilmiah kena banyak membaca buku, majalah, journal dill yang berbentuk ilmiah. Sasaranya pula golongan tertentu sahaja.
Penulisan rencana agak bebas seprti apa yang WZWH tulis itu. Kalu pilih penulisan kreatif macam cerita sang kelembai, puteri gung tahan, puisi, cerpen kena banyak imaginasi. Jadi pilihlah yang mana2rasa sesuai.
pembaca pula dalam laman blog ini ramai muda-muda. gererasi baru, kena sesuaikan. masukan unsur-unsur yang menarik minat generasi itu. Kalau terlalu serius dan berat pun mereka tak baca juga.

apa yang penting bila kedai itu ramai orang makan mungkin rasanya rasi, servisnya ok,murah, mudah, kenyang, suka, boleh makan bila-bila masa.touke nya tidak loket senyum, happy dan ceria.

Rasi bukan penuh maknanya sedap. ada orang rasa masak tempoyak sedap, tapi ada pula tak selera. Dia selera kari macam kami diutara ini.

Datuk Azizan itu pelajar saya dicity campus UUMKL, saya kenal dia presiden pelajar luar kampus.

apa yang penting kita menghargai karya seseorang . itu saja mesejnya .Teruskan menulis, saya selalu follow tulisan wzwh

Kamal said...

saya merngenali Dato Azizan sejak berada di asrama putra SMj 1967 persahabatan hingga kini . Semasa saya sebagai Penyiar Radio ketika Dato sebagai ADUN banyak blue print social belia kami dokumentasikan dan ada di antaranya Datok implimentasikan di kawasannya Tidak keterlaluan kalau saya katakan Dato is a Champion Public Representative Kewibawaan nya tidak luntur Perjuanganya really Hard Core I m not suprise Kalau beliau diseneraikan dalam wish list.

Anonymous said...

memang patut dah Dato Azizan menjadi ahli parlimen di jerantut tu. sb beliau ramai pengikut muda2 yg berani lagi lantang. dia sangat digeruni di jerantut kerana politik beliau sangat tinggi.
sesuai nya beliau ada kerana beliau memang rapat dgn PM tu sendiri

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Terima kasih kerana memberikan komen di blog picisan WZWH ini.

oRang kAmpong said...

Waa pon sokong Dato Azizan.

woit!! said...

kah kah kah!

Anonymous said...

yang penting apa yang ada dalam kepala otak Datuk azizan itu. Orang melayu boleh gantung harap ke?. Kalau ramai kata boleh apa salahnya.

Anonymous said...

Salam Bro WZWH,

Lain macam je posting kali ni bro...
Jerantut nak minta kuota senator?
kalau MP Jerantut dapat ke pembangkang di PRU13 boleh la minta wakil senator di parlimen...hehehe

Anonymous said...

carilah orang lain kalau setiap daerah ada kuata senator. lidah orang politik ni berb..............

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...