Thursday, April 21, 2011

Berapa Besar Undi Cina? Orang Cina Akan Kerugian Akhirnya!


PRN Sarawak telah selesai. Majoriti tidak undi Pakatan Rakyat. Apa akan terjadi pada DUN yang dimenangi DAP dan PKR? Sarawak boleh membangun tanpa mereka.

Perhati betul-betul kepada siapa yang undi DAP dan PKR. Agenda mereka bukan untuk servis rakyat. Mereka tidak memperjuangkan kepentingan rakyat.

Apa orang Cina dapat dari ucapan politik DAP membakar api perkauman menentang Melanau dan Bumiputera Sarawak? Yang paling rugi pada PRN Sarawak ialah orang Cina. Mereka memenangkan DAP, memberikan kelebihan kepada DAP di DUN tapi mereka hilang sokongan dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak. Tidakkah mereka di dalam kerugian?

Berapa besar undi Cina sebenarnya? Tidaklah besar sangat. Mereka orang Cina yang mengundi DAP gagal menyedari dalam politik anda bergerak dalam kumpulan besar. Tiada guna anda bergerak ke kiri tapi majoriti kumpulan bergerak ke kanan!

Orang Cina bukanlah majoriti di Malaysia. Data terkini menunjukkan populasi Cina hanyalah 25%. Lain-lain bangsa seperti Melayu, India, Melanau, Iban, Kadazan membenarkan orang Cina makmur dalan negara ini. Orang Cina dibenarkan bersekolah berpendidikan Cina dan suratkhabar Cina. Orang Cina dibenarkan berpolitik kumpulan mewakili kaum Cina.

BN tidak minta orang Cina undi UMNO. Anda undilah wakil Cina anda dalam BN seperti MCA, Gerakan, SUPP. Pemimpin-pemimpin ini telah belajar dari kesilapan dan pengalaman PRU 2008. UMNO sangat murah hati untuk berkongsi kuasa dengan lain bangsa sehinggakan orang Cina boleh nampak bahawa kemakmuran yang mereka miliki mengawal 80% ekonomi Malaysia.

Mari kita lihat adakah lebih beruntung jika undi orang Cina tidak mengundi BN dan mengundi DAP yang boleh mengurus Pulau Pinang sebab mereka tiada wang. Kepada pengundi Cina, apa yang DAP telah servis di DUN anda? Bersikap realistiklah. Tanpa sokongan Kerajaan Pusat, DAP tidak mampu dan boleh buat apa-apa. Tidak cukup orang Cina jika dikumpulkan di seluruh Malaysia untuk mengambilalih kerajaan pusat. Orang Cina perlukan undi orang Melayu dan orang India dari PKR dan PAS untuk mencapai kejayaan menjatuhkan Kerajaan Pusat. Keputusan PRN Sarawak menunjukkan lain-lain kaum di Sarawak menyedari kebodohan PKR. DAP tidak boleh berbuat apa-apa jika PKR dan PAS hilang pengaruhnya.

Gelagat politik Anwar Ibrahim telah menyedarkan orang Melayu dan Bumiputera tentang lakonan wayang opera Cinanya. Orang India telah sedar dari awal Anwar Ibrahim hanya pandai memutarkan kata-kata seperti NATO-No Action Talk Only.

Berapa besar undi orang Cina? Lihat analisis ini...

Malaysia's  States Seat 
Party %State
UMNO41.00%
MCA+Gerakan6.50%
MIC1.00%
Sabah / Sarawak15.00%
DAP15.00%
PAS14.00%
PKR7.00%
Independent0.50%



Jika kita lihat sedalamnya analisis di atas, ini ialah keputusan DUN PRU 2008 dan PRN Sarawak yang terbaru.

UMNO masih berkuasa mengawal 41% DUN dalam Malaysia. Kerusi DUN ini membentuk penguasaan UMNO dalam parlimen dimana kerusi parlimen biasanya ada lebih dari satu DUN.

Orang Cina kesemuanya jika mereka diwakili DAP hanya ada 15% kawalan dari semua DUN di Malaysia. Tanpa sokongan PKR dan PAS, undi DAP tidak beri apa-apa makna. Adalah satu kesilapan besar bergantung kepada PKR dan PAS setelah sokongan PAS dan PKR dikalangan orang Melayu dan India semakin merudum bila pendedahan gelagat politik dan peribadi Anwar Ibrahim susah untuk diurus.

MCA dan Gerakan sebaliknya dapat sokongan dari Kerajaan Pusat. Kedua parti telah kalah besar pada PRU 2008 tidak dapat sokongan komuniti Cina namun MCA, Gerakan dan parti Cina lain di Sabah dan Sarawak boleh "deliver" kepada orang Cina. Orang Cina memerlukan sokongan dari Kerajaan Pusat untuk bergerak lebih maju. Tidak ada gunanya memberi 15% undi anda kepada DAP jika PKR dan PAS tidak boleh diharap. Orang Melayu dan orang India telah sedar permainan drama Anwar Ibrahim. Malah PAS sudah mula menggeletar!

Jika UMNO bersatu dengan PAS, ini boleh memberi kehancuran kepada pengundi Cina. Kesemua suara orang Cina hanyalah 21.5% (MCA + Gerakan + DAP) dalam kerusi DUN dengan 15% DAP dan baki 6.5% dikongsi MCA dan Gerakan.

Apa guna dan faedah beri 15% kerusi DUN kepada DAP? Tiada berbaloi. Malah di Pulau Pinang di mana DAP memerintah, DAP tidak buat apa-apa. DAP tidak mampu mengecat dan membaikpulih beberapa flat di Pulau Pinang. Bagaimana mengharapkan sumbangan DAP ke seluruh Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman seperti di Ulu Tembeling, Jerantut. Ini ialah realiti yang orang Cina perlu sedar.

Bila berlaku rusuhan kaum di Malaysia, orang Cina akan kerugian lebih besar. Berfikirlah dengan waras Jangan mencipta bencana dalam komuniti Cina anda dengan berkonfrantasi menidakkan sokongan kepada MCA, Gerakan dan SUPP. Tidak cukup banyak orang Cina, Melayu dan India dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMNO yang merupakan tunjang kuasa dalam BN.

Rakyat telah menyampaikan mesej dalam PRU 2008. BN telah belajar dari kesilapan masa lalu dan juga UMNO telah belajar dari kesilapan yang menyumbang kepada prestasi buruk PRU 2008. UMNO memaksa Presidennya supaya meletak jawatan dan telah memperbaiki parti. MCA juga memperbaiki parti. Gerakan juga mahu berubah ke arah penambahbaikan dengan pelan baru. MIC sudah punya Presiden baru yang mahu dan boleh bekerjasama dengan semua pihak.

BN ada segala-galanya walaupun tidak sempurna untuk menawarkan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat tiada apa mahu ditawarkan. DAP akan mencipta dan menyuburkan ketegangan kaum seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. PKR berjuang untuk mengambilalih Putrajaya hanya untuk membebaskan Anwar ibrahim dari tohmahan dan tuduhan-tuduhan civil ke atas beliau. Anwar menjadikan kita rakyat Malaysia sebagai alat politik semata-mata tidak lebih dari itu. PAS tidak boleh mentadbir dan mengurus Kelantan sebaiknya walaupun sudah 20 tahun berkuasa. Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk ditawar kepada rakyat Malaysia.

Perbandingan keseluruhan antara BN dan PR di DUN seluruh Malaysia.

Malaysia's  States Seat 
BN63.50%
PR36.00%
Independent0.50%


Berapa besar undi Cina? hanya 21.5%....orang Cina kena banyak berfikir ke mana hendak tunjuk kuasa mereka 21.5%. Orang Cina akan mendapat kebaikan dan faedah jika mereka undi BN. Dengan Sarawak dibawah BN, PRU 13 akan datang tentu kemenangan yang pasti kepada BN. Persoalannya sekarang SIAPA akan kerugian lebih besar dalam PRU 13? 21.5% undi Cina boleh mengubah kerugian besar itu. Masih kesemua orang Cina melabur 25.5% undi mereka kepada DAP, mereka orang Cina tetap akan rugi.

Peribahasa Melayu mengatakan....Menang jadi arang, kalah jadi abu! Nombor 13 ialah nombor sial bagi orang Cina.

7 comments:

Anonymous said...

baguslah tu kan, orang cina makin berkurangan. sekarang ni dah 25% 10 tahun kemudian jadilah 13% nombor sial tu. ketegangan kaum memang dah ada, eh mana you tinggal ah? tak payah DAP tolong. Cina hancur? cina takan hancur hanya akan berkurangan. tapi tak apa, saya agak inilah aspirasi sebenar umno. sejak dulu lagi cina tak berharap kepada kerajaan. Yang berharap hanyalah beberapa mmamat cina kroni mahathir tu yang kaya gila, adalh lagi pornstar tu dan sebagainya. lain semua kena kerja. Betul tak guna umno ni tak tahu tadbir asyik hentam orang cina je yang salah. yang you asyik cakap kelantan je kenapa, cakaplah sikit tentang pahang dan trengganu yang tengah membangun dengan pesat tu!!!

Anonymous said...

Brader,

Kenapa masih bodoh sombong walaupun berpendidikan tinggi gunung?

Undian popular di Semenanjung pada 2008 PRU12 sudah 51% anti-BN. Dengan peningkatan pengundi baru & pendaftaran pengundi Cina yang tinggi pasca-2008, keadaan BN amat genting nanti.

Jadi kalau engkau terus gertak orang Cina lagi sampai sokongan ke PR meningkat ke 90% pada PRU13 nanti, banyak lagi kerusi UMNO akan jatuh...
Terutamanya kerusi2 dengan 20-40% pengundi bukan-Melayu.

Fikir-fikirlah.
Kalau nak jadi penganalisis, jadilah baik2.
Kalau nak jadi ahli politik, janganlah berlagak penganalisis konon...

~ Anak Pahang pasca 2008

cucu pahang pasca 2011 said...

salam anak pahang pasca 2008..kenapa awak ni bodoh banggang sangat.Umno MENANG.apa yang awak tak puas hatinya.dah cina nak undi cina awak nak buat apa.cuba awak bagi fomula macam mana nak dapat kan sokongan daripada pengundi cina.itu baru betul.apa yang ditulis oleh wzwh tu dah nyata betul nya.apa lah awak ni....tak pandai berpolitik betul !!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

ha ha ha, kalah bedebat wzwh akan pakai anon hentam org. Anon 10:27 tu samada wzwh atau pak sedara dia atau kroni dompok.....

berenti la tulis blog wzwh, lagi teruk reputasi awk sejak berblog ni. Lepas tu tuduh group gerila nk dajal dia, asal ada org kritik jer, group gerila mcm la dia hebat sgt, hey org luar pun tau awk bodoh bila baca blog awk ni, x semestinya org jerantut

brandal lokajaya said...

beg plastik...kosong...

Anonymous said...

memang bodoh dia ne, tengok dan baca posting terbaru dia, ada kah patut dia suruh pindah aje loji lynas ke jerantut, apa ke jadahnya, jepun pun negara termaju tak boleh nak meramalkan meramalkan ketahanan sturktur loji nuklier yang di bina mereka ,ini kan pula pakar dari malaysia yang nok mengaut laba dari prujek yang di usahasama dengan mb, lihat saya stdium kuala trenggnum sepatut tak boleh runtut, apa berlaku, semua pakar, termasuk yang nok buat atau menghabiskan duit rakyat pun pakar juga.

dobit127 said...

Kenapa WZWH masih bersemangat untuk bercerita tentang kepentingan undi kaum Cina terutamanyadi Jerantut ini?..
Sudah ditulis mereka akan mengundi DAP jugak buat masa ini...agak heran...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...