Tuesday, April 19, 2011

Masa Depan Politik Malaysia


Membicarakan masa depan politik Malaysia mahu tidak mahu kena bicara juga masa depan politik UMNO. Sebabnya UMNO berpengaruh sejak tahun 1946 dan sudah lebih 59 tahun berkuasa menjadi tunjang pemerintahan negara.

Meringkaskan perubahan dan kepimpinan yang UMNO telah memerintah Malaysia ini elok WZWH quote apa yang yang dikatakan oleh  Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton...

AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara iaitu demokrasi hidup subur, kerajaan efektif dan pembangunan ekonomi yang pesat. Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain...

Malaysia dikagumi oleh negara-negara Islam..Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka...

Jika kuasa besar AS dan negara Islam memandang tinggi Malaysia apakah 28 juta rakyat Malaysia berfikir bahawa UMNO yang telah memerintah Malaysia berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen BN telah praktis "Good Governance".

Itulah parti UMNO yang bukan sahaja berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi juga turut menjaga kepentingan lain-lain kaum di Malaysia.

Tetapi pembangkang sejak PRU 12 telah memusing fakta ini dan cuba memberi gambaran persepsi bahawa  UMNO tidak jaga negara, UMNO tidak jaga rakyat, UMNO tidak jaga Melayu dan UMNO tidak jaga kaum-kaum lain.

Bertambah sedih bila sudah ada segolongan kecil  intelektual Melayu, golongan pertengahan Melayu dan orang Muda Melayu yang cuba menafikan apa yang UMNO telah perjuangkan dan kesungguhan UMNO menjaga Malaysia telah menyokong dan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Mereka kata UMNO parti yang tiada berideologi, tiada idea, tidak boleh mengharungi perubahan, tidak boleh berdepan dengan persekitaran yang sentiasa berubah dan ganas dan UMNO tidak boleh mengharungi masa depan!

Adakah betul UMNO itu parti kampung? UMNO tidak laku di bandar besar. Ya memang UMNO itu parti kampung. Hanya orang-orang tua kampung generasi lama UMNO dengan makcik-makcik Wanita yang kuat menyokong, orang muda tidak menyokong dan berminat, kata mereka.

75% dari 222 kerusi parlimen terletak di kawasan luar bandar dan di kawasan Felda. Itu fakta yang sesuai dengan UMNO imej parti kampung. Berapa ramai orang Melayu yang ramai di bandar-bandar besar kosmopolitan mengundi di bandar? Berapa ramai orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan pulang ke kampung setiap kali PRU dan PRK? WZWH tidak tahu jawapan tepat. Satu kajian menyeluruh perlu dibuat.

UMNO sebuah parti yang tiada ideologi? Hadi Awang kata PAS parti lama ada ideologi Islam. Lim Kit Siang juga kata DAP parti paling berideologi sekali di Malaysia! Anwar Ibrahim pun kata PKR parti yang punya ideologi bertaraf universal dan dunia!

UMNO memang parti yang tiada ideologi. UMNO parti kampung. Ideologi UMNO sangat mudah difahami oleh orang kampung, orang Melayu dan intelektual Melayu yang berfikir. Ideologi UMNO ialah Alif, Ba, Ta - Agama, Bangsa dan Tanahair.

Ideologi yang simple inilah buat UMNO telah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun. Ideologi mudah inilah yang boleh membina Malaysia mencapai tiga perkara yang Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton katakan:
  • demokrasi hidup subur
  • kerajaan efektif 
  • pembangunan ekonomi yang pesat
Ideologi yang simple inilah yang membolehkan UMNO memecah rekod dunia sebagai parti politik yang paling lama memerintah dalam politik dunia moden selepas perang dunia ke 2. Adakah rakyat Malaysia yang menjadi pengundi berdaftar seramai dekat 15 juta orang akan menolak UMNO dalam PRU 13? Adakah pengundi Melayu dan Bumiputera seramai 60% akan menolak parti UMNO ini?

DEB yang diketengahkan dan diarkitekkan oleh Tun Razak sejak tahun 1970 hingga 1990 dan kesinambungan dasar seumpamanya telah berjaya dalam bidang pendidikan menghantar anak-anak muda Melayu dan Bumiputera belajar di universiti-universiti dalam negeri dan luar negara. Bagi anak-anak muda Melayu dan Bumiputera yang cerdik dan bijak dihantar belajar ke England, AS, Eropah, Rusia, Australia, Jepun, Timur Tengah, India, Korea Selatan. 

Anak-anak muda ini membawa bermacam-macam pemikiran yang tidak ada dan nampak di Malaysia.  Anak-anak muda ini telah membentuk golongan pertengahan Melayu yang besar saiznya dan berpengaruh. Anak-anak muda inilah yang memimpin negara, organisasi, firma, bisnes, parti politik, industri, SME, bank,  dan keusahawanan membina negara.

UMNO yang berideologi simple dan kampungan inilah yang memulakan dan mengharapkan anak-anak muda ini. Anak-anak muda ini yang "highly educated" telah berkelamin punyai anak-anak dan cucu-cucu yang majoritinya tinggal di bandar kosmopolitan dan metropolitan di Malaysia.

Adakah generasi anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan "MENOLAK" UMNO parti yang mengharapkan sejuta harapan dan impian daripada mereka, parti yang punyai ideologi paling simple dalam dunia, parti kampungan yang menatang mereka bagai minyak yang penuh.

Maka WZWH boleh simpulkan jawapan dari anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan mencorakkan  dan mempengaruhi  masa depan politik Malaysia. Demikian juga jawapan generasi baru kaum-kaum lain pun turut menentukan masa depan politik Malaysia.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...