Saturday, April 9, 2011

Bolehkah Barisan Konspirasi Mengulangi Kejayaan Geng 30?


Ramai ahli pemuda UMNO Jerantut bertanyakan WZWH apa itu geng 30? Mereka tidak pernah dengar kerana itu politik lama sejarah Jerantut. Memang bagi pemuda yang lahir selepas tahun 1982 mereka tidak tahu apa-apa.

Ini cerita politik WZWH ketika berumur 12 tahun pada tahun 1980. 

Geng 30 adalah satu kod politik untuk menjatuhkan pemimpin di Jerantut pada lewat 70an semasa berlaku krisis politik di Jerantut dan Pahang. WZWH cerita "Geng 30" kerana mahu mengingat nostalgia politik 1970an dan 1980an yang pada masa itu WZWH sedang bersekolah rendah.

Cerita "Geng 30" banyak mengajar ilmu politik melalui perdengaran dan pemerhatian kepada WZWH melalui kaedah Socrates dan anak muridnya Plato. Kaedah bertanya soal jawab. Politiknya ada teori dan praktikal. Cerita "geng 30" mengingat WZWH kepada arwah datuk WZWH yang banyak mengajar teori politik semasa WZWH berumur 12 tahun.

Politik Pahang pada masa itu berlaku konflik antara MB pada masa itu Dato' Rahim Bakar dan Ahli Parlimen Jerantut Dato' Syarif Ahmad berjawatan menteri penuh. Soal siapa benar tidak perlu dipersoalkan kerana kuasa sebabnya dan WZWH pun tidak tahu jawapannya sebab WZWH hanya kanak-kanak ketika itu.

Apa yang buat "Geng 30" menentang dan ingin menjatuhkan Syarif Ahmad menteri penuh? Tentu jawabnya galakan dari MB sendiri iaitu Dato' Rahim Bakar dan anak-anak tempatan yang tidak mahu Dato' Sharif Ahmad bertanding lagi menjadi Ahli Parlimen kerana Dato' Sharif Ahmad atau dipanggil "Sharif Lobo" bukan anak jati Jerantut. Beliau berasal dari Bentong.

Siapa geng 30? 30 anak tempatan yang mahu mengulingkan Dato' Sharif Lobo. WZWH tidak ingat semuanya tapi yang ingat Arwah Dato' Harun Gintong, Cikgu Saharuddin dan adiknya Ramli yang diprojek untuk menjadi bakal Ahli Parlimen, arwah bekas YB Kamariah. Dato' Hj Rosdi pun terlibat.Juga arwah datuk WZWH yang merupakan 'mastermind' gerakan kumpulan ini.

Siapa yang mempertahankan Dato' Sharif Lobo? Mestilah ramai kerana Dato' Sharif Lobo adalah Ketua Bahagian UMNO, Menteri penuh pula. Antara penyokong-penyokong setianya ialah arwah Abbas Sani, Dato' Bazain, Arwah Simen,Tuan Hj Kamaruzaman Baria, Wan Hamzah, Wan Roafza, dan kedua-dua Penghulu Tembeling iaitu arwah Engku Mohd Basri dan arwah Wan Basri. Amat menarik bila keluarga WZWH berpecah dua, ada yang sokong ada yang tidak menyokong. Inilah memeningkan kepala WZWH kerana perbezaan pendapat politik susah menentukan kebenarannya.

Apa aktiviti geng 30? Setiap malam berkumpul dirumah ahli-ahli tertentu mengadakan mesyuarat membincangkan strategi-strategi bagaimana hendak menjatuhkan Dato' Sharif Lobo. Selalulah arwah datuk WZWH diusung kehulu ke hilir balik lewat malam malah pagi. Inilah politik geng 30.

Saya bertanya kepada datuk,"kenapa mahu gulingkan Menteri Penuh?" sebabnya pernah semasa kecil WZWH pernah menghadiri program politik di Kuala Tembeling ketika itu Dato' Sharif Lobo datang. Sangat bergaya orangnya, berbush jaket, menghisap cerut, botak dan leher pendek dan pandai berucap politik-orator. Sungguh bertokoh orang ini.

Datuk WZWH cakap," Masa telah tiba untuk orang Jerantut naik kerana hanya orang Jerantut lebih tahu dan memahami kehendak rakyat Jerantut"..Kenapa biar orang luar memerintah tempat kita.." Tapi ada satu sebab yang datuk WZWH mahu gulingkan Dato' Sharif Lobo dan WZWH boleh menerima sebab itu. "Jangan biarkan puak ini menekan kita, melaga-lagakan kita...kita naikkan orang kita." Baru WZWH boleh faham kenapa datuk bekerja keras menyelia geng 30.

Ramli Shamsuddin sangat yakin menjadi bakal ahli parlimen kerana dia berkelulusan universiti dan mendapat sokongan geng 30. WZWH fikir macamana datuk nak naikkan orang "kita". Dan datang Wan Bakar (belum dapat gelaran dato' lagi pada masa itu) baru berumur lewat 20an. Wan Bakar adalah sepupu keras datuk.

Wan Bakar adalah seorang ahli politik yang pandai mencari peluang-the right place at the right time. Dia baik dengan Arwah Dato' Harun Gintong lalu ada akses dengan Dato' Rahim Bakar. Tapi bila dia tahu Ramli adalah calon favourite geng 30 dia tahu peluangnya sukar. Tetapi datuk WZWH hanya senyum sebab datuk WZWH tahu ada suis yang perlu ditekan. Suis ini yang datuk guna-"the old family secret"

Wan Bakar cerdik orangnya. Dia pergi ke Kuala Lumpur berjumpa Dato' Sharif Lobo menyatakan dia hormat kepadanya. Bila Mahathir menyatakan kepada Dato' Sharif Lobo dekat pilihanraya bahawa dia boleh bertanding tetapi tidak boleh menjawat jawatan menteri lagi maka Dato' Sharif Lobo tahu...dan dia tidak mahu bertanding.

Semasa pemilihan bakal calon Ahli Parlimen disampaikan kepada Tuanku Sultan ketika itu Baginda adalah DYMM Agong ada dua nama 1. Ramli bin Shamsuddin 2. Wan Bakar bin Wan Mohamed.

Maka Dato' Sharif Lobo merekomenkan kepada Tuanku Sultan nama Wan Bakar kerana inilah budak muda yang berjumpa dengannya dan menghormatinya..Tuanku Sultan hanya tersenyum.

Itulah cerita geng 30. WZWH tahu strategi datuk WZWH boleh diguna pakai dan berjaya dilaksanakan. Ramli selepas itu pergi ke England sambung belajar..maka Wan Bakar menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal. Kadang-kadang WZWH terfikir bolehkah modus operandi geng 30 dilaksanakan semula? Seperti Dato' Wan Amizan berkata,"Kita diibaratkan menakek batang besi, habis parang kita tumpul...silap-silap patah!"

Bolehkah Barisan Konspirasi mengulangi kejayaan geng 30? WZWH meragui kerana Barisan Konspirasi tidak ada ketahanan mental. Jentera-jenteranya adalah askar yang tidak berpandai berperang. Suka melutu satu arah tanpa ada kajian. kad-kad politiknya senang dibaca. Barisan Konspirasi tidak mempunyai semangat yang kental.

Memang Barisan Konspirasi tidak ada akses pun samaada dengan PM mahu pun dengan istana. Yang ada hanyalah semangat kuda tua seperti yang WZWH tulis dalam posting yang lepas.

25 comments:

Anonymous said...

bukan semangat kuda kuda tua yang penting, semangat pengundi pengundi di dun tahan yang kental mahu menolak kepimpinan dompok untuk pru 13 nanti.

awak kecik lagi masa tu zurik, jangan nak tipu orang ramai, semua cerita yang awak buat ini berdasarkan apa yang di ceritakan oleh dompok yang menjadi mastermaind untuk mempertahan diri dia agar nampak maseh perlukan serta maseh mempunyai sokongan akar umbi.

apa punya manusia yang menceritakan kepada umum diatas apa yang dilakukan mendapat restu sultan atau mb, curi balak, bijih besi, tanah dilakukan atas kebenaran mb dan sultan, punya lah pedaoah nya,semua jual nama orang untuk kepentingan peribadi, termasuk lah awak tu zurik sanggup menabur fitnah tak kira siapa, saudara sendiri ke semua awak aibkan demi untuk menegakkan perkara yang dah tak nak tegak dan tak benar tentang yb awak, kerana awak di tanggung tiap2 bulan ooleh dia, cukap lah drngan gaji awak tu, hentilah buat perkara perkara yang mendatangkan aib pada orang lain.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:26,
WZWH lebih tua dari ADUN Tahan. WZWH lahir pada tahun 1968. ADUN Tahan lahir pada 1972. Ketika cerita politik geng 30 berlaku WZWH berumur 12 tahun, ADUN Tahan baru berumur 8 tahun. Apa logiknya WZWH mahu dengar cerita budak umur 8 tahun. Kelebihan WZWH ialah WZWH tinggal dengan seorang sifu politik lama yang berpengalaman yang merupakan mentor politik WZWH. Anon mungkin soal WZWH yang umur 12 tahun macamana boleh minat politik? Semaklah rekod pendidikan WZWH. WZWH buat posting ini untuk memberi pengetahuan sejarah politik Jerantut kepada orang politik Jerantut yang mahu berfikir.

Anonymous said...

Bodola awk ni, apahal awk banding umur awk dgn wan amizan, komen org tua tu pointnya lain. Aku rasa hork komen tu tok sedara ong hork duduk di temerloh tu, dia dh tak tahan tengok ong memalukan keluarga dia

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:28,
Matlamat politik WZWH untuk memajukan DUN Tahan terutama Lembah tembeling. WZWH ada perancangan untuk itu. YB Dato' Wan Amizan adalah ADUN Tahan yang WZWH percaya boleh "EXECUTE" perancangan-perancangan pembangunan DUN Tahan. Siapa yang menentang tidak kira sedara baik Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar atau sesiapa keluarga WZWH akan tentang habis-habisan. Ingat WZWH adalah cucu sulung Haji Wan Mohd Hashim Tok Muda Wan Mustapa yang berjuang dalam politik sekian lama tanpa kepentingan peribadi. Kita jangan pentingkan diri sendiri. Zaman kita naik semua orang sokong. Mengapa zaman orang lain naik kita tidak sokong. Jangan berhasad dengki dan mempunyai sekeping hati yang hitam. Akur dengan qada' dan qadar Allah SWT.

Anonymous said...

Mmg wan mizan jauh hebat dari awk, walaupun pendidikan dia rendah dari awk, dia lagi muda dari awk, sbb tu awk kawin pun harap duit dia, dh ada gaji harap duit dia, awk x leh nk kalahkan dia, awk buat blog bodoh ni nk jahanamkan wan amizan dari dlm, awk pura2 sokong dia tp awk niat nk bunuh politik dia sbb semua org tau awk nk jd ahli parlimen dan tok muda, sbb kononnya awk ada mba. Igt cunning sgt la org x boleh baca? Pirah

Anonymous said...

bukan solal tua atau muda awak dengan dia, tetapi segala cerita yang awak ambik adalah dari kepala hotak dia, awak selepas itu berada di luar negara, yang menulis di atas itu dan yang ini bukan dato saudara awak yang duduk kat temerloh, saya orang asing atau sadara juga, tapi benci meligat awak yang mempunyai perangai menjatuhkan orang, menjatutkan maruah orang dengan sewenang wenangnya.

Apa langsung tak ada ke kebaikan orang lain dan tiada ke perkra yang tak betul di buat oleh dompok pasa mata awak, hatti dah busuk, hitam keras, nasib dompok kerana dapat orang yang mempertahankan dia walau pun dia ada juga melakukan kesalahan. sebab dato wan bakar tak suap awak duit, dr syukri tak suap awak duit begitu juga tengku azlan tak suap awak duit tiap2 bulan yang beri awak cukup makan ialah wan dompok yang membuatkan awak buta semuanya termasuk hati awak zurik

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon semua,
Komenlah yang relevan dengan tajuk posting WZWH ini. Hak komen peribadi WZWH buat apa. Orang Jerantut tak mahu dengar sebab tidak mengembang pemikiran politik mereka. Orang Jerantut mahu tahu bagaimana serousnya Barisan Konspirasi. Orang Jerantut mahu tahu apa dia manifesto dan matlamat Barisan Konspirasi. Kalau tidak jelas maka orang Jerantut tidak sokong hanya setakat impian kuda tua!

Anonymous said...

awak cka la ape pun bodek dompok tu,dun damak tahan n p tawar dah dah x pcaya ke dompok basa menatang gampang haramjadah.......babi awak ni..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:27,
Pengundi Jerantut sangat matang. Mereka tahu mana pemimpin intan mana peminpin kaca. Mana pemimpin yang kerja kuat untuk parti dan sanggup berkorban bukan pemimpin yang menjual banyak tanah bandar, balak,tidak menjaga kepentingan hak Melayu kerana mahu bayar hutang peribadi RM16 juta sanggup jual hak kepentingan Melayu. Kelemahan Barisan Konspirasi ialah merekrut pengikut bermasalah mental macam anon. Orang Jerantut kurang yakin dan tidak percaya.

Anonymous said...

Mmg pengundi jerantut matang, hak bodoh dan x matang awk la, hok sanggup gadai maruah sbb nk wan mizan tanggung awk

Anonymous said...

Setuju sokong WZWH. Pihak SPRM perlu masuk menyiasat penyelewengan pemimpin UMNO Jerantut yang semua orang Pahang tahu berhutang peribadi RM16 juta. Macammana mahu bayar hutang maka rasuahlah jawabnya. jual tanah strategik bandar, jual banyak tanah kepada tokey Cina, jual balak atas nama JKKK dan ladang herba kononnya. Orang UMNO dan Jerantut mesti tolak pemimpin rasuah dan bermasalah macam ini.

Anonymous said...

masuk laa sprm...harap wzwh akan jadi yb un tahan...ramai yg sukakan wzwh kerana keturunan wwh teleh memerintah lur tembling berbelas2 tahun..wzwh keturunan yg bik2 kerana ayahnya ustaz,datuknya dihormati..wzwh berpelajaran tingi..sebab blog yg itulis mendapat perhatian dan dapat menilai apa yg ditulis...

Anonymous said...

masuk laa sprm...harap wzwh akan jadi yb un tahan...ramai yg sukakan wzwh kerana keturunan wwh teleh memerintah lur tembling berbelas2 tahun..wzwh keturunan yg bik2 kerana ayahnya ustaz,datuknya dihormati..wzwh berpelajaran tingi..sebab blog yg itulis mendapat perhatian dan dapat menilai apa yg ditulis...

Anonymous said...

masuk laa sprm...harap wzwh akan jadi yb un tahan...ramai yg sukakan wzwh kerana keturunan wwh teleh memerintah lur tembling berbelas2 tahun..wzwh keturunan yg bik2 kerana ayahnya ustaz,datuknya dihormati..wzwh berpelajaran tingi..sebab blog yg itulis mendapat perhatian dan dapat menilai apa yg ditulis...

Anonymous said...

Ayh ustaz anak haram jadah buat apa, iman x boleh diwarisi, keturunan apa jadahnya, skrg dh demokrasi, feudal2 ni dh lapuk

Anonymous said...

orang dun tahan tahu sape awak dan wan mizan, berkerja, berpolitik hanya ingin mencari kekayaan, itu yang risau sangat jika nama wan mizan tak lekat lagi jadi calun pru 13 nanti, takut tanah yang di pohon di tarik balik, lombong bijih besi atas nama saudara mara atau kroni di tarik balik, atas nama anak wan safri ke, jadi itiu lah yang hendak di pertahankan jawatan adun tu, takut jika tak di calunkan lagi, sprm pulak akan masuk siasat, syarikat kroni sepert wan termizi ke atas nama bini ke yang dapat tender secara runding terus ke, ,asa ini semua kakitangan kerajaan takut lah sebab dia ada kuasa, cakap pulak buat benda benda tak tentu arah merndapat restu dari adnan yaakub serta kdymm sultan kita, apa kah jadah semua ini.

pertahankan lah zurik dompok tu, agar di maseh kekal, lau tidak selepas pru 13 nanti di akan di sprm kan.

Anonymous said...

HALAU NAK TAHU GENG 30 TU KUMPULAN PEKIDALAN BODOH JANGAN MAIN2 DGN GENG INI NANTI MASUK ICU

Anonymous said...

yang sebenarnye tiada konspirasi pun,awak aje mereka2 cerita,oleh krana awak dah tsilap pasal undi x pecaya kedompok awak masuk dalam blog,kalau awak x masuk blog pekara ni x tau oleh msyarakt,oleh krana awak dah masuk kedalam blog,yb dompok marah kat awak,awak x leh jawab ape pun ke dompok,jadi awak reka2lah cerita yang mana awak cakap ada mastermind pada awalnye,mule2 tok penglu mana entah terlibat pas 2sapa lagi entah,las2 konspirasi,awak tpaksa cakap mcm 2 sbb dompok marah kat awak awalnye,x cerdik awak 2 org jrt dah nampak,konspirasi x ujud,cuma org jrtt dah x suke pada dompok pongkor tengah sungai hanyut musim banjir,lebih2 lagi orang DUN TAHAN dah menyampah,satu ptg saya pergi kekuala tahan sebuk org becerita pasal dompok di rnr pasdec semuanye menyampah maki macam2 pekataan yang x sedap di dengar,ada satu hamba allah becerita dompok dah lama x masuk ke kuala tahan buat prgram dengan msarakat,ada sekali masuk ke sek men kuala tahan rasmi sukan org x layan je,malahan geng2 jkkk x hadir dalam majlis dia,semua cabut lari bekompol d pesona,kalau saya x betul tanye la geng2 kuat kuala tahan jangan tanye cu hamzah kalau tanye dia beres blaka,dia pun geng2kuala tahan nak labuh kesungai juge sbb kuat membodek dompok,kampung gol x tau la,tp org kuala tahan ckp mungkin habis sekampung, kalau kg merting saya tanye yang menyokong ke dompok tak sampai 15 org,yang lain semua chau bo lio,lubuk payong org pas dah ramai kat c2,mmg org dah tak sudi ke dompok ape leh buat berambus saja lah abis cerita jangan nak perbetul kepada perkara yang tak betul,jangan pertegak benang yang basah,bangun datuk nenek dari dalam kubur pun kome x akan pangkah BN kalau dompok bertanding di DUN TAHAN kata di hamba allah yg becerita pada saya di pasar malam feri mingu lepas,sambung episod akan datang lagi sedap cerita nye....

Anonymous said...

nanti kita susun la pgrm yb baik2 di kuala tahan tu, kumpul org dalam dewan pujuk balik org kampung. jgn bimbang.

Anonymous said...

anon April 10, 2011 12:08 AM,
lancau lah lu..lu bukan mengundi di DUN Tahan pun..

dobit127 said...

Ini yang malas bila bicara politik sesama kita.. Mulanya elok bebenor tetapi bila hal ehwal peribadi diwarkan, mulalah kutuk sana kutuk sini. Macam semua betul.
Sekarang ini, pembaca blog ini sedang mencari maklumat apa yang diutarakan oleh WZWH ini adakah ia betul ataupun semata bual-bual politik sahaja..
Kepada sesiapa yang ada sumber untuk menentang penyataan penulis blog, sila nyatakan di sini.. KAlau taut diambil tindakan, guna anom sahaja. Yang penting maklumat disebarkan.
Sebagai contoh, ramai berkata Dato' Shukri ada hutang berjuta-juta. Terpaksa berkompromi dengan peniaga kaya di kawasan Jerantut.. So, kepada yang ada bukti, guna platform ini untuk menyebarkannnya. Jika betul dan buktinya tepat dan sahih, kawan ataupun WZWH sendiri boleh tolong reportkan kepada pihak berkuasa.

Kawan berharap agar tulis-tulis kosong ini dikurangkan aau dihapuskan terus.

exco kanan pemuda said...

saya amat menyokong Dobit127,anda bergitu matang dalam politik di jerantut.yang lainnya hanya pandai merapu macam penyapu.

Anonymous said...

Salamsemua,
dalam blog ini saya dapat menilai tahap pemikiran anon-anon semua.ada anon yang begitu ektream tak tentu pasal.sibuk memburukkan peribadi orang lain.persoalan yang dibincangkan oleh tuan punya blog langsung tak dikupas dengan fakta.anon jenis ini langsung tiada budaya ilmu,langsung tiada kualiti dan hanya tahu menyemak saja.orang yang rasianal macam saya tak terpengaruh langsung dengan cerita anon spt ini sebab tahu sangat standard pemikirannya.kepada anon jenis pergi main jauh-jauh.siuuuuuuuuhhhhhh!
ekp dan dobit,syabas anda termasuk dalam kalangan orang yang ada kredibiliti dan intergriti dalam berhujah.kena guna istilah macam tu sebab sebab anon bengong tadi tak akan faham.dia hanya tahu merapu dan mencarut mungkin dia dari kalangan SOS jalanan dan terbuang.

Rentaka puaka:

kawan dengan tukang besi bau badan jadi busuk bau tahi besi.kawan dengan saudagar minyak wangi badan kita akan berbau wangi.tapi kalau berkawan dengan anon bengong di atas kita akan terus jadi tongong.tuuuuuuuuuuuuutttttt.

Anonymous said...

YB DUN TAHAN lah YB yang paling murni,mulia,baik hati,hormat orang tuaa,ikhlas,amanah,suci,jujur,bijaksana,sayang dan suka tolong orang susah,pandai berpidato,elok paras rupa,hensom,kacak,putih melepak,segak,wangi,harum,bergaya,penyayang,lembut hati,sayang haiwan,soleh,suka beramal,suka bertahlil,tahmid,bertakbir,suka bersedekah,solat tak tinggal,solat sunat rajin dikerjakan,solat malam selalu dilakukan,selalu sunat dhuha,tak minum,tak hisap rokok,tak hisap dadah....sekian terimakasih...
Insaf lah saudara ku...sayangi lah YB kita ini...Moga DUN TAHAN akan terus berYB kan Anugerah Kurniaan Tuhan yang amat istimewa ini untuk kita...

pemerhati politik jtut said...

anon 1.24pm.sy setuju dgn pandangan sdr.jadikn ruangan ini utk kita mbetulkn segalanya.kite berdepat pasal apa yg penulis siarkan,bukan merapu yg bukan2,masalah peribadi jgn di bawa ke sini.

kita semua di jerantut sepatutnya bsyukur kerana di anugerah TUHAN seorg pemimpin spt DWA.

kepada anon2 sekalian,mari kite semua kuarkan sape pemimpin2 kita yg berkebolehan spt DWA?huraikan satu persatu apa yg mereka lakukan utk rakyat di jtt.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...