Wednesday, April 13, 2011

Malam Ini Meriah Di Kuala Tahan Mari Kita Memungkor Di Woodland Resort


Malam ini meriah di Kuala Tahan. Ramai orang politik dan pentadbiran negeri Pahang sudah tiba. Esok keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang mencemar duli ke Kuala Tahan.

Malam ini ada Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut di Hotel Woodland. Bermacam-macam agenda politik Jerantut dibincangkan. Diharap kedatangan AJK UMNO Bahagian penuh malam ini. Mungkin ada yang tidak berminat nak datang samada hal peribadi atau jauh sangat ke Kuala Tahan itu.

Sudah tentu Tok Empat Ali Asra sangat sibuk sangat menguruskan persiapan keberangkatan Tuanku Sultan. Biasalah sudah jadi orang tua kenalah mengembala hal-hal begini.

Selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut tentu ramai AJK UMNO Bahagian yang berborak di cafe Woodland. Oleh kerana YBM Tengku Azlan Ketua Bahagian UMNO Jerantut merangkap ahli parlimen hadir maka tentu ramai orang Kuala Tahan dan penduduk sekitarnya mahu berjumpa beliau.

WZWH turut hadir dan menginap di Hotel Woodland. Mana-mana orang Kuala Tahan yang lapang dijemput luangkan masa datang ke Hotel Woodland boleh kita minum teh dan santai sembang-sembang. Tentu banyak topik menarik untuk dibincangkan.

Malam ini meriah di Kuala Tahan mari kita memungkor di Woodland Resort.

24 comments:

Anonymous said...

ong jer hok pungkor, urg lain dok

Anonymous said...

auuuk he he he

Anonymous said...

MEMUNGKOR TABIAT YANG TIDAK ELOK. LEBIH BAIK KITA SOLAT SUBUH BERJAMAAH PAGI ESOK DI MASJID KOLE TAHAN ...

Anonymous said...

PRU 10 - PRU 11 - PRU 12 : kamilah yg pasang bendera, cari buluh, cari kayu, bersengkang mata tengah malam jaga poster, ikut sana, pergi sinun dan lain lain lagi... semua tu dulunye buat ngan hati yang rela dan setia. Tapi, kini ... bila kami nak mintak siikiiit jer... semuanye tak boleh. alasannya, kami belum kahwin la, kami keluarga yang senang lah.. padahal, pada hakikatnye.. kami selalu menderita.. hendak menyenangkan hati, lepas ni.. kami akan tinggalkan semua itu... kecewa dengan janji yang ditabur, kecewa dengan perubahan sikap ketua yg tak sedar di untung, kecewa dengan pepecahan semangat setia kawan dulu.. : salahkah kami kecewa?

Anonymous said...

tak salah naak kecewa, pasalnya kerja yang anda lakukan dulu semua nya berupah, biasa lah orang umno ne, nak suruh g dengar ceramah pun kena beri upah, nak ramai kan orang jika pemimpin pemimpin umno datang pun kena sedia kan bus serta duit saku, jika tidak tak ramai yang datang sukarela, ikiut awak lah nak berpaling tadah ke tidak?

kg padang said...

sabo-sabo sedara.sy ni darah daging kuala tahan jgak,sy tau org kotahan baik2 blake,cuma sikit kecewa je,semua tuh boleh diselesaikan dalam masa terdekat insyaallah,

anon 9;44.bykkan bersabar ,masa anda untuk dapat apa yang anda inginkan akan jdi kenyataan,jgn diungkit kerja2 lama tuh coz UMNO/BN x penah memaksa utk buat semua tuh.

anon 14 april 7.11 betul jgak kata awk tuh,semua keje berupah so fikir2kan lah sejauh mana ikhlas nya sahabat2 kita bkerja untuk parti demi masa depan bangsa.amin........

Anonymous said...

kalo keje tobeupoh, kawe nok makan amendeh, bagi kenyang puok2 gon doh mintok bajet puloh2 ribu doh tu...

Anonymous said...

tak payah g lah ong tu, buat apa nak g ambik duit haram sedang kan ong buleh buat keje potong getah atau bawak pelancung ke, hok tu rezeki halal, tu maksud kawan, jika nok bepolitik biar lah ada ke ikhlasan.

ong jangan lah dengki demaq duk mintak bajet ratus ribu pun, dema nak bahan ke demaq pun utu urusan demaq, apa ong nak masuk sekali ke di akhriat nanti?. hai anon 10:03

Anonymous said...

(bila nak mintak sikiiiittt jer) maksudnye ialah; nak mintak borang permohonan yg ade di tangan-tangan orang yg tertentu jer.... itu jer.. Bukan nak mintak tanah, duit, emas berlian. cuma..nye.. nak mintak borang jer.. pun tak bagi.. aduuhhh.. tak pe lah.... moralnye: sgl amalan baik buruk kita akan di balas olehNYA...

Anonymous said...

Soory laa nk kerja macam dulu2 untuk bn sekiranya dato wan masih menjadi calon...selagi wan mizan x memberi kenyataan bahwa blog yg ditulis oleh wzwh bukan kehendak beliau..sejarah akan berlaku di peti undi kuala tahan bn akan kecundang..kami x memikirkan peti undi lain, x nk jadi macam wzwh yg asyik menyibuk dengan cawangan lain..peti undi tempat wzwh pn entah guana gaya...heheheheh

Exco Kanan Pemuda said...

Kita menjadi Ahli UMNO adalah untuk meneruskan perjuangan nenek moyang kita.kita lah yang patut menpertahankan umno dari diganggu-gugat oleh perti lawan dan bangsa asing.tapi kalau setakat kerana blog yang ditulis oleh wzwh ni pun dah melenting,macam mana nak hadapi musuh negara.Untuk pengetahuan semua,YB.Dato Wan Amizan tak ada kena mengena dengan blog WZWH ni.Fikirlah sendiri seorang Wakil Rakyat ni sibuk dengan urusan rakyat.takde masa nak menulis blog.fikir-fikirkan lah....

Anonymous said...

zurik kata datuk wan mizan suruh...

Anonymous said...

apa yang dompok cakap dalam dewan tu semuanya mengarut...itulah yb pongkor punya cara mana tidak ,hal nuklear pun dia boleh settle...org kotahan tak bodoh..nasib2 dapat yb pongkor

orang kuat JKKK kuala tahan said...

orang kuala tahan memang bodoh pun.aku dilahirkan dikuala tahan pun bodoh juga.ada ke ikut cakap tok empat Ali.maknanya aku dgn org-org kampung kuala tahan semuanya bodoh macam kera.hehehehe

Anonymous said...

terima kasih orang kuat jkkk kuala tahan said.. apa pasal tak tulis nama saya zamri hj mat ami yang kata orang kuala tahan bodoh? pastu menyamr pulak jkkk kuala tahan? siapa yang sebenarnya bodoh? berani menyamar ya? kalau berani, keluarkan nama sebenar baru anak jantan.Yg benar zamri bin haji mat amin.

orang kuat JKKK kuala tahan said...

ong zamri bin haji mat amin jangan ek sesangat.kome tau ong lah yang buat onar di kuala tahan tu.ong dah berpakat dng Ali asra buat undi tak percaya.Aku tau ong org kuat DR Sukri pendik tu.ong terjun keair la dgn dia....ong kena ingat kita sama-sama mabuk dulu.

Anonymous said...

stakat mabuk dulu pun nak heran..saidana umar dulu, bunuk anak sendiri langsung sebelum masuk islam..pas tu taubat..zamri tu dah lama taubat..awak nak komen tapi otak macam lembu..patut la awak kat tmpat awak skarang sb tuhan dah tahu awak tak bole pegang apa jawatan pun. awak tk layak. zamri berapa banyak jawatan dia pegang n penah pegang. maknanya dia bole memimpin n pemimpin.

Anonymous said...

aku tau kau siapa anon 9.35pm,betul la zamri dah btobat,tapi awak belum lagi kan kan kan?

Anonymous said...

zamri tu bukan setakat baik dengan dr sukri, dengan mb dan pihak istana pun rapat. jangan buat main2 nak ckap je. wpun blog ni bebas tapi nak kritik pun kena ada ilmu juga dalam diri. kalau ong tahu sapa anon 9.35pm tu?

Anonymous said...

terima kasih anon.. sebagai manusia kita kena berbaik ngan semua orang.tentang tuduhan mabuk mabuk itu benar... tapi itu peristiwa dulu..tak kan kita tak nak berubah..tentang berpakat ngan tok 4 ali itu tidak benar sama sekali..siapa saya untuk menahan kehendak ahli untuk membuat undi tak percaya? itu fitnah!!! cukup cukuplah buat fitnah!! terima kasih kerana sudi memfitnah tanpa tahu keadaan sebenarnya.. semoga Allah sentiasa melindungi tuan dan keluarga dunia dan akhirat!!! zamri hj mat ami...

Anonymous said...

hehe, oii zamri, aku ni adik kepada ong, aku ni anon 9.35 tu. ong teka la aku sapa. ong jumpa aku nanti ong bgtahu aku.

exco kanan pemuda said...

Salam anom-anom semua.kita orang melayu jaga lah adab sopan dan tatasusila sebagai orang melayu.budi baik dan budi perkerti di nilai orang.lagi pun buat apa kita nak burukan orang kat ruangan ni.kita jangan fitnah kalau kita tak kenal.Untuk pengetahuan anom-anom semua,saya amat mengenali Zamri Hj.Mat Amin.Saya memanggil beliau dengan nama mesra iaitu ABG LONG.Saya sama-sama berkerja dengan beliau di MUTIARA TAMAN NEGARA sautu ketika dahulu.Abg Long Zamri ketika itu menjadi salah sorang pengurus jabatan.Kepandaian beliau memimpin pekerja-pekerja memang tiada tandingannya.Budi perkerti dan hormat beliau kepada orang-orang tua dan masyarakat kampung terbukti hebatnya.Pada masa tu saya hanya penyelia di jetty kuala tembeling dibawah jabatan beliau.ketokohan beliau memimpin memang terserlah dari awal lagi.itulah ketentuan Allah keatas dirinya.Pada Abg Long Zamri teruskan berbakti kepada masyarakat di Dun Tahan.Budi-baik abglong akan dibalas suatu masa nanti.Renungkan kata-kata ini~orang akan benci melihat kejayaan kita,maka akan timbul lah fitnah keatas diri kita~

exco kanan pemuda said...

Salam anom-anom semua.kita orang melayu jaga lah adab sopan dan tatasusila sebagai orang melayu.budi baik dan budi perkerti di nilai orang.lagi pun buat apa kita nak burukan orang kat ruangan ni.kita jangan fitnah kalau kita tak kenal.Untuk pengetahuan anom-anom semua,saya amat mengenali Zamri Hj.Mat Amin.Saya memanggil beliau dengan nama mesra iaitu ABG LONG.Saya sama-sama berkerja dengan beliau di MUTIARA TAMAN NEGARA sautu ketika dahulu.Abg Long Zamri ketika itu menjadi salah sorang pengurus jabatan.Kepandaian beliau memimpin pekerja-pekerja memang tiada tandingannya.Budi perkerti dan hormat beliau kepada orang-orang tua dan masyarakat kampung terbukti hebatnya.Pada masa tu saya hanya penyelia di jetty kuala tembeling dibawah jabatan beliau.ketokohan beliau memimpin memang terserlah dari awal lagi.itulah ketentuan Allah keatas dirinya.Pada Abg Long Zamri teruskan berbakti kepada masyarakat di Dun Tahan.Budi-baik abglong akan dibalas suatu masa nanti.Renungkan kata-kata ini~orang akan benci melihat kejayaan kita,maka akan timbul lah fitnah keatas diri kita~

Anonymous said...

salam!! semoga Allah merahmati kalian semua.. kepada yang yang memahami saya ucap terima kasih... kepada yang tidak memahami saya juga ucap terima kasih.. marilah kita bersangka baik sesama kita.. lontarkan api dalam jiwa kita sejauh jauhnya agar kita selalu tenang. Didiklah diri kita dengan iman..Asuhlah keluarga kita agar menjadi insan yang cermerlang.zamri haji mat amin..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...