Tuesday, April 26, 2011

Industri Pemasangan Automatif Temin Jerantut


Tajuk posting ini hasil idea seorang pembaca blog WZWH. Beliau komen seperti berikut:

Anonymous said...

saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kiranya ahli politik dari Jerantut dapat menarik pelabur-pelabur seperti ini, ini adalah idea yang ikhlas dari saya, terima kasih kepada WZWH kerana inisiatif beliau mewujudkan blog ini supaya suara rakyat Jerantut dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pemimpin, terima kasih WZWH.

April 26, 2011 3:06 PM

Temin dipilih kerana mempunyai kawasan yang luas beribu hektar dan ditepi jalan Jerantut-Temerloh. Dulu masa WZWH kecil pada tahun 1070an sudah ada perancangan airport memudahkan kapalterbang mendarat di Jerantut namun projek itu tidak kesampaian kerana pemimpin politik Jerantut tidak cukup kreatif dan bold menjayakannya.

Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh bekas Pengerusi Syarikat Ladang LKPP yang merupakan seorang mantan ahli parlimen Jerantut kepada seorang tokey Cina. Itulah kehebatan pemimpin UMNO Jerantut berkelulusan MBA kononnya "inner circle DS Najib" tapi hanya pandai menjual kepentingan Jerantut sahaja.

WZWH tidak heran kerana mantan ahli parlimen ini bukan asal orang Jerantut. Kepentingan peribadi lebih diutamakan dari kepentingan orang Jerantut. Percayalah cakap WZWH hanya orang asal Jerantut yang jujur dan ikhlas mahu memajukan Jerantut.

Berbalik kepada tanah yang direzabkan untuk airport Jerantut di Temin seluas 700 ekar. Oleh kerana Menteri Pengangkutan adalah dari MCA maka kroni MCA diberi kelulusan tanah itu. Sayang, pemimpin UMNO Jerantut lagi sekali tidak mempertahankan tanah ini.

Lima tahun yang lepas beberapa Syarikat besar dari Eropah dan India berminat mahu melabur di Jerantut untuk memajukan industri pemasangan automatif di Temin Jerantut pada asas perbincangan. Namun oleh kerana tiada minat yang mendalam dari pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut baik kerajaan negeri dan pusat menyebabkan projek ini hanya tinggal setakat perbincangan. Akhirnya salah satu syarikat pemasangan automatif dari Eropah telah melabur di kawasan industri automatif Pekan.

WZWH berpendapat masih tidak terlambat untuk Jerantut memanggil pelabur-pelabur automatif ini kembali mengadakan rundingan dan perbincangan. WZWH sangat bersetuju Jerantut perlukan pelaburan sebegini seperti komen seorang pembaca blog WZWH di atas.

Kerajaan boleh dengan mengunakan akta tanah yang ada mengambil semula tanah Syarikat LKPP Ladang yang dijual kepada tokey Cina. Kerajaan juga boleh mengambil kembali tanah airport yang telah diluluskan kepada kroni MCA Jerantut jika industri pemasangan automatif Temin ini mahu dibangunkan  oleh kerajaan dengan serious dan bersungguh.

Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) atau Advance Technology Centres yang sudah siap pembinaannya. ADTEC Jerantut adalah salah satu dari kelapan-lapan iaitu empat ADTECs dan empat ILP yang sedang dalam pembinaan pada tahun ini. Peruntukan iaitu sejumlah RM1.44 bilion, jumlah pengambilan adalah sekitar 10,000 orang. Apabila kesemua ADTECs ini selesai nanti.

Ini yang menyebabkan pelabur automatif berminat melabur di Jerantut dan membolehkan anak-anak muda Jerantut berpeluang belajar kemahiran ilmu automatif.

Ini saja yang WZWH boleh bercakap bersuara dalam blog. WZWH tidak ada kuasa untuk melakukannya. Jika orang Jerantut mahu dan betul-betul mahu kita boleh melakukannya jika kita percaya destini kita.

2 comments:

Anonymous said...

sy sokong pendapat WZWH

dobit127 said...

Mengenai cadangan pembaca blog ini dan WZWH sekali berkenaan industri automatif di Jerantut, bagi kawan biarlah Jerantut ini terkenal dan maju sebab alam semulajadi.
Bukan tidak menyokong pembinaan kilang kereta tetapi cukuplah Pahang mempunyai Pekan bandar Automatif. Jadikan Jerantut bandar Alam Semulajadi.
'Tak majulah Jerantut kalau asyik mengharapkan faktor semulajadi' kata sesetengah pihak. Maju atau tidak bukannya begantung kepada apa yang ditawarkan tetapi bergantung kuat kepada bagaimana mencorak dan menguruskan sesuatu itu.
Dalam kes ini, sepatutnya Bandar Jerantut diuruskan dengan konsep perlancogan bertaraf dunia. Mungkin untuk lebih bersemangat, istiharkan Jerantut Bandaraya Perlancongan Semulajadi.
Dimata dunia, Jerantut terkenal dengan Taman Negara yang berusia berjuta-juta tahun. Oleh itu manafaat sepenuhnya apa yang ada dan ambil peluang untuk memajukan Jerantut ini.
Antara cadangan mungkin sebagai pemangkin kemajuan Jerantut sebagai Badaraya Semulajadi.. Mungkin boleh dibuat konvesyen antarabangsa mengenai Taman Negara. Publisiti meluas di seluruh dunia dapat menjadi faktor kedatangan lebih ramai pelancong luar negara terutamanya dari US dan Europe. Mereka tidak datang sini untuk melihat pembangunan fizikal tetapi lebih tetarik dengan keindahan semulajadi. Gunakan kuasa beli mereka yang besar untuk meraih keuntungan kepada semua pihak. Pembinaan hotel, pembesaran Bandar Jerantut dan pelbagai lagi secara tidak langsung memajukan Jerantut dan yang lebih penting penduduknya..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...