Monday, April 25, 2011

Hapuskan FELDA Plantation? Beri Ladang Dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda! Universiti Felda?


WZWH melihat menarik juga tawaran Pakatan Rakyat ini. FELDA Plantation dibubar untuk beri ladang dan rumah kepada generasi ke dua dan ketiga FELDA. FELDA perlu tubuhkan Universiti FELDA bagi memajukan pendidikan generasi baru Felda.

Fakta yang diberi:
  • Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan FELDA di seluruh Negara. Keseluruhan warga FELDA hari ini sudah melebihi 1 juta orang, dan hampir 800,000 darinya adalah Generasi Baru.
  • Fakta 2: Jumlah terbesar dari Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap (sesetengahnya menganggur) dengan pendapatan bulanan yang kecil.
  • Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.
  • Fakta 4: Sejak 1990, FELDA mengujudlkan FELDA Plantation dan tidak lagi menempatkan peneroka-peneroka. Seluas 367,710 hektar tanah kerajaan-kerajaan Negeri dimajukan oleh FELDA untuk FELDA Plantation. Keluasan ini, jika dipecahkan kepada lot-lot setiap satu 5 ekar, 160,000 peneroka-peneroka baru boleh ditempatkan. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur untuk memiliki ladang dan rumah sendiri dan tidak lagi menumpang ibu-bapa masing-masing.
  • Fakta 5: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga menawarkan untuk memansuhkan FELDA Plantation dalam tempoh 100 hari PR mentadbirkan Putrajaya, dan ladang-ladang FELDA Plantation akan dipecahkan kepada lot-lot untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka baru terdiri daripada anak-anak Peneroka.
  • Fakta 6: Tanah yang masih luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak juga boleh dimajukan menjadi Rancangan FELDA untuk menempatkan anak-anak Peneroka serta lain-lain golongan yang layak menjadi Peneroka.
  • Fakta 7: Pakatan Rakyat sudah pun menyediakan Borang-Borang Permohonan untuk menjadi peneroka FELDA dari kalangan anak-anak Peneroka dan golongan lain yang layak. Di peringkat Negeri Pahang, silalah pergi ke pejabat-pejabat PKR di peringkat Cabang-Cabang untuk mengambil dan mengisi-penuhkan Borang-Borang itu dan serahkan kembali kepada Cabang-Cabang berkenaan. Mereka yang layak akan ditemuduga untuk menjadi Peneroka FELDA apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara ini selepas PRU-13 nanti.
  • Fakta 8:  Perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA. Agenda itu sudah banyak kali dibincang dengan kerajaan dan FELDA bagi menjimatkan peruntukan FELDA yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama. Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa tidak FELDA yang memiliki kemampuan untuk itu? FELDA membayar RM25 juta setiap tahun untuk bayar geran kepada Universiti Lim Kok Wing untuk program kerjasama. FELDA boleh wujudkan Universiti Teknologi Perladangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak FELDA.
Namun dari segi realitinya ini yang WZWH mahu Pakatan Rakyat fikirkan adakah logik untuk melaksanakan 8 fakta tersebut kecuali Universiti FELDA yang WZWH menyokongnya.

PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh 100 hari kalau diberi mandat memerintah negara selepas pilihan raya umum, akan datang. Berikutan itu, pembangkang akan menyerahkan ladang yang diuruskan syarikat kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. 

Memang cukup mudah membuat janji yang dilihat tidak praktikal dan lebih menjurus sebagai umpan memancing kira-kira 800,000 warga muda FELDA di seluruh negara. Ada jawapan kenapa parti pembangkang beriya-iya mahu memusnahkan antara institusi sosioekonomi Melayu terulung itu, sedangkan ia ditubuhkan hasil keprihatinan serta perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 1956. Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

BN akan mempertahankannya habis-habisan. BN akan pastikan segala masalah dan keperluan di FELDA diatasi dengan baik. Ini termasuk tanah lot tapak rumah generasi kedua.

Pembangkang membangkitkan soal tanah seluas 330,000 hektar milik FELDA Plantations yang mahu diberi kepada anak peneroka. 

Itu janji yang hendak dilakukan dalam 100 hari memerintah. Perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana tanah FELDA Plantations sekarang ini 51 peratus adalah milik peneroka melalui Koperasi Pemodalan FELDA (KPF). 

Segala yang diperoleh daripada hasil itu, FELDA kembalikan dalam bentuk pelbagai program kepada peneroka dan generasinya. Kalau FELDA bagi tanah itu kepada anak peneroka, maka tidak ada segala (faedah seperti) bonus, duit raya, khairat kematian, pendidikan, kemahiran serta faedah dan kemudahan yang FELDA beri kepada peneroka sekarang. 

Begitu juga kenapa FELDA tidak boleh beri (tanah itu) kerana 87,000 hektar daripadanya ada di Sabah. Macam mana orang Semenanjung boleh dapat tanah di Sabah? Lagipun, pemberian tanah ini atas sebab miskin tegar...anak peneroka tidak miskin. Kalau FELDA beri (tanah) kepada generasi baru FELDA, seorang akan dapat sehektar dan kedudukannya di merata-rata tempat yang sesetengahnya tiada jalan, air dan elektrik.

Hasil pendapatan FELDA Plantations juga digunakan untuk membayar gaji 23,000 kakitangan FELDA dan 40,000 pekerja ladang. 

Kalau tanah itu diambil, maka 23,000 kakitangan dan 40,000 pekerja ladang terpaksa berhenti kerja. Mereka ada keluarga dan mereka sudah lama berbakti membangunkan FELDA. Mereka banyak jasa dan tidak dapat tanah, Paling tidak, FELDA beri mereka kerja dan tidak mungkin FELDA akan buang mereka.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN.  Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

Ini sama juga dengan usaha pembangkang yang kononnya hendak memberi RM500 tambahan kepada guru sebab dia tahu guru sangat rapat dengan masyarakat. Tetapi semua itu semata-mata gimik politik. Pakatan Rakyat hanya mencetak khayalan. 


Yang akan terus membangunkan FELDA dan generasinya adalah BN. Pembangkang tidak ada saham kepada pembangunan FELDA selama ini. Percayalah DS Najib Razak, yang turut bertanggungjawab ke atas FELDA akan terus membangunkan FELDA menjadi masyarakat contoh luar bandar yang terbaik.

9 comments:

Echelon-Vedasara said...

Dan Dgn Terlaksana Strategy Ini Maka Melayu Islam Kekal Duduk Di Hutan Dgn Infra Yg Mudah & CINA MENAKLUKI Bandar Dgn Penuh Gah & Mewah..

dobit127 said...

Salam.
Tak tahu lah kawan meengenai strategi PR dan pengukuhan dan balasan oleh BN. Kawan juga anak peneroka FELDA dan juga pemegang saham dalam KPF itu..
Kita bermula dengan PR mengenai insiatif Generasi FELDA. Ia bermula apabila melihat kawasan FELDA adalah lubuk emas untuk cubaan menukar pemerintahan negara. Pada tahun 1999 dahulu, walaupun kekecohan berlaku di bandar-bandar besar tetapi orang luar bandar khususnya di FELDA pada masa itu menikmati kemakmuran akibat kenaikan harga sawit sehingga ada peneroka boleh mendapat pendapatan mencecah RM5000 sebulan. So, BN masih menang dengan majoriti 2/3 kerusi di parlimen... Tahun 2004..Zaman peralihan kuasa dari Dr. M kepada Pak Lah. Semua melihat ia sesuatu yang positif memanangkan imej Pak Lah sendiri begitu menyakinkan. Maka BN menang besar dengan golongan FELDA turut mengikut arus termasuk golongan muda.
Akan tetapi kebangkitan mendadak Khairy menguasai tingkat 4 ditambah tiada apa yang berubah sejak pimpinan baru membuatkan BN hilang mojoriti 2/3 pertama kalinya. Barisan pembangkang bersatu padu dalam satu barisan untuk menidakkan kemengan besar BN. Dengan DAP dan PKR berganding bahu untuk kuasai kawasan bandar semntara PAS dengan bantuan PKR juga terus untuk menguasai kawasan luar bandar.
Akibatnya, Pak Lah terpaksa bersara dan DS Najib naik. DS Najib sebagai orang lama berpolitik menggunakan stail popular untuk menigkatkan imejnya di kaca masyarakat. Pembebasan golongan hindraf di hari pertama perlantikannya sebagai PM meningkatkan imej beliau. Begitu juga penekanan khas beliau terhadap FELDA menyebabkan golongan berkenaan amat menyukainya.PAS bertindak balas dengan menumpukan kepada golongan muda yang dipingir dari arus pembangunan. NGO seperti ANAK dimanafaatkan sepenuhnya untuk memperjuangkan beberapa isu yang masih dianggap tidak bergerak ke mana-mana. Isu geran tanah, perahan buah sawit dan yang terkini perumahan generasi kedua.
Kenapa ANAK masih berleluasa di tanah rancangan?..
Senang sahaja. Bagi pendapat golongan muda terutamanya atas pagar, apa yang dikatakan oleh ANAK adalah betul. Tiada usaha bersungguh dari pihak BN terutamanya kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.
contohnya lot perumahan generasi kedua, sekarang ini baruah pihak kerjaan negeri agak bersungguh-sungguh untuk memberikan lot. Itupun setelah menjadi isu besar oleh ANAK.. Begitu juga dengan isu perahan. Penjelasan demi penjelasan diberikan. Malangnya penjelasan itu diberikan kepada Ketua UMNO cawangan sahaja beserta anak buah. golongan sasar iaitu peneroka sendiri dan golongan generasi kedua ternanti-nanti apa tindakan kerajaan. Mesej ada tetapi tidak sampai.
Penggunaan media arus perdana tidak mencukupi memandangkan mereka sudah dimomokkan media dikawal olen BN.. Padahal Harakah juga dikawal oleh PAS. Begitu juga DAP dan PKR. Teknologi internet dimanafaatkan sepenuhnya oleh PR untuk menangkis isu-isu yang ditimbulkan oleh BN.BN pula baru fokus kepada golongan siber bermula tahun 2010.
Berbalik kepada hal FELDA, kawan rasa golongan peneroka FELDA tetap akan menyokong BN terutamanya golongan ibu. Cuma undi akan meningkat kepada PR menerusi pertambahan pengundi baru dan
pertukaran undi daripada golongan terlibat dlam isu semasa seperti kes perahan dan tanam semula.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sakam Dobit127,
Satu pandangan, komen dan feedback dari seorang anak peneroka. Mungkin pemimpin atasan mendengar...

dobit127 said...

Kepada WZWH,
Selalunya komentar sebegini banyak kali diluahkan tetapi hasilnya tiada. Contohnya lot perumahan dan Universiti FELDA tiada lagi penceritaan yang gembira. Ia hanya berbunyi sedikit apabila hampir bebenar dengan PRU. Lepas itu, sunyi kembali.
Sebab itu, pembangkang cuba memainkan peranan yang ditinggalkan secara luas oleh BN. Golongan muda FELDA bergantung harap kepada sesiapa berjanji untuk menolong walaupun janji itu mungkin sekadar tinggal janji..
Ok ler dari tiada langsung...

budak.kg said...

untuk anak2 felda je ke?apa jadi dengan golongan anak2 muda yang duduk di kampung2...nk dipangil generasi kampung yang ke berapa pulak,jangan asyik nak tumpu kan sangat ke felda,ada perlu nye pihak kerajaan menmikirkan nasib2 anak2 muda kampung,mana hala tuju mereka,apa nasib mereka yang tiada berharta benda,dan apa pulak perancangan kerajaan untuk generasi kampung2 seperti kami ini.apa istemewa nye generasi kedua felda?dan apa kurang nye kami generasi kampung2?untuk di pingir kan oleh kerajaan pusat.

Anonymous said...

budak kg,
tu kerja yb dan penghulu la tu

Anonymous said...

bro lu snd sebut plantations urus tanah kerajaan negeri..lu bodo ke ape?lu try pegi pejabat tanah..lu mintak 1 hektar tanah kosong jd hak lu..ble dapat x?lu bengap nak tanah kerajaan yg dah ade kos utk diuruskan jadi ladang sawit tu watpe.lu baca kat mane ade kerajaan negara laen yg baik giler camtu?lu ni belajar sekolah ke tak? gua pun susah jgk tp gua xbodoh mcm lu..

Anonymous said...

pada gua la bro,lu ni jenis org yg xfhm prinsip..lu org yg xreti fikir..lua cuma tau input tp lu tak xamik tau output..gua xskong bn bro.tapi gua nk sokong pr gua xbrani sbb org mcm lu jat dlm pr byk..gua xnak ngara gua kcau..

Anonymous said...

pada gua bro kite org melayu klu nk maju bkn cara memintak2 cam gini..ni budak2 tadika bro..kita jena wat revolusi mentaliti..gua xskolah tggi mcm lu bro.tp ape g gua nmpk,mentaliti org melayu yg ketinggalan..ni smua xble pkai kaedah bese je bro..ni la yg org mcm lu patut pikir..klau stakat mintak plantations dibubar...bapak gua pn reti..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...