Saturday, April 30, 2011

Najib Pelawa Pas Sertai BN



KUALA TERENGGANU, 30 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

5 comments:

Antibarua said...

PAS TIDAK MUNGKIN AKAN TINGGALKAN PAKATAN, MUSTAHIL. PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI PAS LEBIH RELA DUDUK DI BAWAH KETIAK DAPIG DAN MENJILAT SETIAP PERKATAAN DAPIG. TANPA DAPIG SIAPALAH PAS KERANA MEREKA SANGAT2 MENGHARAPKAN UNDI KAUM CINA DI BEBERAPA KAWASAN (BUKIT GANTANG CONTOHNYA).

UNDI PAS BERMAKSUD UNDI DAP.. BERINGATLAH WAHAI ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. BUKTINYA PAS MENIKUS DI SELANGOR DAN PENANG DAN MENJADI BARUA DI PERAK SEHINGGA SANGGUP BERBARING DI ATAS JALAN.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Najib Pelawa Pas Sertai BN

Jadi peguambela adalah yang terbaik untuk diri sendiri, walaupun pahit untuk diterjmahkan hasil dimakan untuk sekeluarga. Begitu juga perjuangan PAS apabila meninggalkan pakatan, pemimpin mereka akan rasa tertindas ekoran peristiwa bersama BN sehingga 1986 jika kembali bersama UMNO/BN. Sekarang mereka sanggup menjadi lemah bersama pakatan dari merasakan tertindas bersama UMNO/BN. Cara terbaik memujuk mereka bukan melalui politik, tetapi ada cara yang lebih mulia lagi...

Pang5 Banir. Tahu apa yang mereka mahu...

Anonymous said...

Antibarua, mengeluarkan pendapat tanpa fikiran yang matang.

Apa bukti PAS menjilat segala kata DAP (DAPIG istilah Antibarua ) Antibarua tau tak keperluan untuk memerintah Malaysia, memerlukan undi semua kaum? UMNO memerlukan undi Cina yg diwakili oleh MCA dan Gerakan, PR memerlukan undi Cina yg diwakilkan oleh DAP.

Dulu sebelum 2008 undi Cina diberi kepada MCA @ Gerakan, tapi kini ia diberi kpd DAP, Mengapa bila diberi kepada DAP dikatakan Racist dan tidak mengenag budi? kalu bagi ke UMNO tak racist? dan kenang budi, begitu ke pada fikiran org UMNO?

Negara Malaysia mengamalkan demokrasi, setiap rakyat berhak memberi undi kepada mana-mana parti yang bertanding, jgn jadi kuno, bila rakyat tak undi parti kita, kita pun tuduh racist dan perkauman.

UMNO jika tak eksploit isu perkauaman insyaallah kalah dlm PRU 13,orang Melayu terutama di kampung dan di FELDA, manalah ada yang rajin membaca sgt, mereka bergantung pada TV dan surat kabar, mana ada yg mendapat maklumat dari lain-lain sumber, so pemikiran mere ka terhad dan cetek, sebab itu mereka boleh dieksploit...

Sebab itu orang UMNO tak nampak Yang UMNO gagal memartabatkan Melayu walaupun mereka sudah 52 tahun lebih berkuasa....Orang UMNO tak nampak yg gadai tanah rezaf Melayu ialah UMNO,Apa UMNO buat selama 52 tahun memerintah terhadap bangsanya, sehingga kini Melayu jauh ketinggalan dari semua sudut pembangunan dan ekonomi negera, kecuali Melayu menjuarai dalam bidang penagihan dadah dan pembuangan anak luar nikah...sebab itu UMNO suka tayang video sex????

afja

Anonymous said...

WZWH, DS Najib sepatutnya menyarankan semua Melayu pakat sokong PAS sebab UMNO telah terbukti gagal menyempurnakan amanah yang telah orang Melayu berikan pada mereka selama 52 tahun.

52 tahun UMNO berkuasa tetapi gagal memartabatkan Islam sebagai cara hidup...(budaya,sosial,ekonomi,politik,dan perundangan. Apa alasan UMNO nak bagi di atas kegagalan tersebut? Perlu disalahkan PAS, PKR, DAP?

52 tahun UMNO berkuasa mereka gagal memartabatkan Melayu di buminya sendiri.Orang Melayu masih majoriti dari sudut kemiskinan, Orang Melayu tetap jauh ketinggalan dalan perniagaan,ekuiti,pekerjaan profesional, Apa yang UMNO buat selama 52 tahun berkuasa? Apa kah pimpinan UMNO turut sama miskin dan ketinggalan dalam persaingan?

Apa pun jawaban dari persoalan di atas terbukti UMNO mengkhianati amanah yang diberi oleh orang Melayu kepada mereka selama 52 tahun.

Oleh itu wajar sangatlah Orang Melayu memberi kepercayaan kepada PAS untuk memartabatkan Islam dan memperkasakan Melayu. Orang Melayu perlu bersatu di bawah PAS, beri kepercayaan kpd PAS, buktinya pun ada lihat Kelantan dan Kedah masih utuh dan berdayasaing dengan lain-lain negeri yang dikuasai oleh UMNO, meski pun mereka sentiasa dianak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Renung-renungkan!

afja

anak melayu said...

afja...anda mungkin cerdik pandai yg dilahairkan dibumi bertuah ini.tertarik gua ngan statement "UMNO suka tayang vidoe sex"
dri sudut pandangan anda ternyata anda seorg penyokong PAS yg memperjuangkan ISLAM bukan spt sesetengah pemimpin PAS yg berjuang utk kepentingan peribadi&kuasa hingga sanggup menggadaaikan maruah agama sendiri.
Tahniah kpd afja,semangat yg begini begitu diperlukan oleh org2 melayu dibumi malaysia ini..ayuh anak melayu..bangkitlah dgn semangat ini......jgn hanya menuding jari kepada org lain sedangkan kita sendiri masih merangkak dlm mentadbir diri.WASSALAM

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...