Friday, April 1, 2011

WZWH Merasmi Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Sendiri















WZWH masuk UMNO tahun 1989 beberapa bulan sebelum belajar ke United Kingdom. Hari ini WZWH merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Labu Tembeling Tengah Jerantut (cawangan sendiri) sebagai wakil UMNO Bahagian Jerantut buat pertama kali.

WZWH agak terharu juga. Kampung Labu adalah kampung nenek moyang. Kampung-kampung di Ulu Tembeling juga kampung nenek moyang. WZWH dibesarkan di Kuala Tembeling sejak kecil. Oleh itu sebatang Sungai Tembeling adalah kampung WZWH. Ini adalah base politik WZWH. Sememangnya nenek moyang WZWH memerintah Lembah Tembeling selama beratus tahun secara autonomi. Ini legasi keluarga WZWH.

Sejak bah tahun 1926 ramai orang Tembeling berpindah ke luar dari sebatang Sungai Tembeling samada berhijrah dalam Jerantut atau luar Jerantut. Bila Felda dibuka lebih ramai orang Tembeling pindah. Kini Lembah Tembeling kurang berpenghuni. Ramai anak muda berhijrah ke bandar. Oleh kerana ada dua Felda dalam Lembah Tembeling (DUN Tahan) iaitu Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol maka ada penambahan penduduk.

Jumlah pengundi berdaftar DUN Tahan hampir 10,000 orang. UMNO Cawangan Kampung Labu kecil ahlinya seramai 150. Ini kampung tradisional. Kebiasaan kampung tradisional di Pahang tidak ramai ahli UMNO.




Dalam ucapan WZWH kata kerajaan terlalu memfokuskan kebajikan dan kepentingan Felda. Banyak kenyataan dan ole-ole berita baik buat peneroka Felda dan generasi ke dua dan ke tiga Felda. Itu bagus kerajaan BN prihatin kepada orang Melayu Felda.

Namun WZWH menambah apa halnya dengan penduduk di Kampung-kampung tradisional Pahang terutama di tepi Sungai Tembeling ini. Apa berita baik untuk generasi penyambung kampung tradisional? Jika kerajaan tidak menyediakan kemudahan infrastruktur, menyediakan peluang-peluang ekonomi di kampung tradisional , terlepas pandang masyarakat Melayu anak tempatan Pahang maka bukan saja golongan muda kampung tradisional akan ramai berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan malah sokongan setia kampung tradisional akan berubah ke pembangkang.

Dalam konteks negeri Pahang banyak Felda-Felda dibuka memberi peluang kepada orang Melayu dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Johor dsb datang ramai-ramai berhijrah ke Pahang. Mereka mendapat nikmat dari pembangunan Tun Razak. Anak cucu mereka pula kini mendapat nikmat dari DS Najib Tun Razak. Betapa berganda-ganda nikmat yang mereka dapat.

Sedangkan kampung-kampung tradisional Pahang yang penduduk asal Pahang yang setia kepada UMNO dan kerajaan BN seolah-olah tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Bagaimana dengan nasib-nasib generasi muda kampung-kampung tradisional. Adakah undi generasi muda kampung-kampung tradisional ini undi mereka tidak bermakna dan tidak berkualiti jika dibandingkan dengan undi generasi ke dua dan ketiga Felda.

Jika Mazlan Aliman pelopor kepada perjuangan ANAK kononnya dan Ahmad Maslan menubuhkan BAPAK maka persoalannya kini siapa mahu memperjuangkan kepentingan kampung-kampung tradisional dan generasi pewaris kampung tradisional?

Ini adalah fakta majoriti kampung-kampung tradisional di Pahang yang begitu setia dengan UMNO dan kerajaan BN adalah mundur dari segi pembangunan, infrastruktur, kemudahan sumber ekonomi yang mana ini adalah resepi kepada pembantutan dan penyuburan kemajuan penduduk di kampung-kampung tradisional. Sedangkan di bandar-bandar yang ada macam-macam kemudahan akan menyuburkan tamadun.

Apa permasalahan yang pemimpin atasan tidak ambil tahu dan peduli dengan masalah dan kesusahan penduduk kampung tradisional seperti berikut:
  • Pemilikan tanah yang dipohon berpuluh tahun
  • Perumahan generasi muda 
  • Pembangunan sumber ekonomi 
  • Kekurangan kemudahan infrastruktur
  • Bekalan paip air
  • Tiada kemudahan broadband, WIFI
  • Tekanan inflasi barangan
  • Penyaluran bantuan-bantuan kebajikan tidak sampai.
Jika penduduk kampung tradisional Pahang memberontak dalam PRU 13 nanti apakah kesannya kepada kerajaan BN dan UMNO? Kepada siapa lagi orang Melayu kampung-kampung tradisional mahu percaya? Penduduk-penduduk kampung tradisional Pahang masih lagi percaya kepada UMNO. Masih lagi berharap kepada kepimpinan DS Najib Tun Razak akan membawa perubahan ekonomi, sosial dan politik kepada negara. 

WZWH berharap kerajaan jangan persia-siakan kepercayaan dan harapan penduduk-penduduk kampung tradisional Pahang. Jadikan segala permasalahan ini sebagai peluang untuk kerajaan menyelesaikan sebahagiannya.

5 comments:

Anonymous said...

wzwh, ong ni jadi pengikut bontot dumpok jelah....

Anonymous said...

org kampung nih budo belaka.........hahahah

dobit127 said...

salam...
Kawan suka cara memberi JK Bahagian untuk sama-sama membuat kerja kepimpinan. Merasmikan cawangan-cawangan di seluruh Jerantut.. Dari situ, sesiapa yang tak ready, kena gelaklah. Di situ boleh tengok siapa yang tidak bersedia atau tidak berbakat langsung..
Macam tahun lepas, di cawangan kawan.. Ada JK Puteri Bahagian datang merasmikan mesyuarat.. Ketua cawangan beria-ria berucap mengalu-alukan kedatangan beliau, tetapi beliau hanya berucap seminit dua sahaja itupun tentang puteri punya hal.. Aduhai, nak bertanding berkempem sana sini, bila suruh berucap seminit saja.... Xpe lah. Mungkin beliau jenis yang hanya cekap membuat kerja...

Bacaan posting ini, nampaknya WZWH ini ada tokoh bakal calon. DUN Tahan agak sukar tetapi mungkin DUN baru. Maklumlah kawasan DUN dan Parlimen akan disempadankan semula tidak lama lagi. Mungkin kita akan berpisah Parlimen rasa. Kawan DUN Tawar, WZWH Dun Tahan... Tunggu sahaja.,

Anonymous said...

semuanya salah wzwh....hal undi tk pcaya ni patutnya jgn tulis dalam blog...bole selesai sebenarnya.....ni dah jadi kusut!!!!

Anonymous said...

geng org pulau tawar tak ada bebatu pelir terutama sekali org durian hijau dah tau dah dompok bantai ketanah org tua yang ada pokok getah, datang yb adun tahan mohon tanah tu 3 bulan terus lulus,org tua tu mohon tak lulus lulus dah 20 tahun,elok nye biar je, tak buat report,report la kesultan ,antar surat ke pm n menteri besar,pertahan kan hak rakyat tok 4 durian hijau ape kerja,kalau tak tau buat keje letak jawatan biar cerdik sikit tok 4....ana setuju buat undi x percaya je biar padan ngan muke....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...