Friday, April 8, 2011

Bila Tokey Lim Ah Chap Dan Lawyer Eng Si Tiong Minat Baca Blog WZWH

Jerantut Hill Resort lambang kejayaan DS Lim Ah Chap. Ramai bloggers Jerantut suka berkumpul di sini.

DS Lim Ah Chap adalah tokoh korporat terkaya Jerantut. Beliau merupakan jutawan balak dan hartanah. Separuh bandar Jerantut adalah milik beliau. Boleh dikatakan beliau adalah tokoh swasta pembangunan bandar Jerantut berkat pertolongan YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail semasa menjadi EXCO Pahang.

Jika anda pergi ke Jerantut di atas sebuah bukit anda akan lihat sebuah hotel bernama Jerantut Hill Resort tersergam megah. Kebanyakan ahli politik UMNO Jerantut makan di tangan DS Lim Ah Chap. Begitu berpengaruhnya beliau hingga Dato' Halim Chap (orang kanan DS Lim Ah Chap) dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Jerantut walaupun tidak seperti yang diharapkan oleh YBM Tengku Azlan.

Lawyer Dato' Eng Si Tiong adalah rakan niaga DS Lim Ah Chap. Beliau fasih berbahasa Melayu dan punyai ramai kenalan. Beliau merupakan peguambela pembunuh jutawan Dato' Sosilawati.

WZWH telah diberitahu oleh seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bahawa sekarang ini DS Lim Ah Chap suka dan minat baca blog WZWH. DS Lim Ah Chap seorang yang buta huruf. Beliau tidak reti membaca dan menulis. Oleh kerana beberapa posting WZWH yang mengundang minat orang politik Jerantut tentang beberapa isu politik maka DS Lim Ah Chap mahu mengetahui perkembangan terkini.

Pada mulanya rakan AJK pemuda UMNO Jerantut itu mahu membacakan posting itu kepada DS Lim Ah Chap namun beliau tidak percaya bimbang cerita posting itu disalahkhabar maka beliau memanggil laywer Dato' Eng Si Tiong membacakannya.

Reaksi DS Lim Ah Chap bila baca beberapa posting blog WZWH ialah beliau marah-marah bimbang beberapa isu menyentuh YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan. "Ini Dato' Wan Amizan manyak bagus...ini Melayu bodo mahu buang Dato' Wan Amizan..orang-orang Cina Jerantut manyak suka sama Dato' Wan Amizan...manyak pandai punyai YB...lajin tulun kawasan".

Agak terperanjat juga bila DS Lim Ah Chap sayang sangat ke Dato' Wan Amizan. Apa yang WZWH tahu selama ini DS Lim Ah Chap tidak senang dengan Dato' Wan Amizan kerana banyak permohonan-permohonan tanah ditolak oleh Dato' Wan Amizan dalam mesyuarat tanah JKTP.

Dulu masa Dato' Dr Ahmad Shukri menjadi EXCO mudah sebarang permohonan-permohonan tanah oleh DS Lim Ah Chap semua diluluskan terutama di tengah-tengah bandar Jerantut. Sampai ramai orang Melayu Jerantut marah kerana pemimpin UMNO tidak menjaga kepentingan dan hak orang Melayu di bandar Jerantut.

Itu WZWH tidak mahu campur. Serahkan kepada MB Pahang untuk menyelesaikannya. WZWH tidak ada kuasa dan tidak berdaya untuk menahannya.

Lawyer Dato' Eng Si Tiong juga sama dengan bosnya DS Lim Ah Chap marah kepada WZWH. Maka WZWH terfikir mengapa? Ada jawapannya Lawyer Dato' Eng Si Tiong ini berhajat mahu menjadi calon MCA di DUN Damak pada PRU 13 nanti. DS Lim Ah Chap akan menolong beliau. 

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak sudah empat penggal. Barangkali DUN Damak perlu perubahan kepimpinan. Feedback yang WZWH dapat Dato' Lau Lee masih berminat dan rajin turun padang. Ini hal MCA, biarkan mereka sesama MCA menyelesaikannya sendiri.

Mungkin DS Lim Ah Chap dan Dato' Eng Si Tiong mahu YB Dato' Wan Amizan menyokong hasrat mereka. Agaknya patutlah sekarang sayang sangat ke ADUN Tahan ini!

6 comments:

Anonymous said...

jika tanah di bandar jerantut ini atau 3/4 dari seluruh bandar jerantut ini pun di perolehi oleh lim ah chap se kali pun tidak sama nilai dosa yang di laakukan oleh dato seri maharaja bukan di raja, adnan yaakub ddalam mempersetujui untuk mengadakan projek silang dengan syarikat lim ah chap.

cuba bayang kan berapa nilai pelaburan yang telah di keluarkan oleh tookey cina itu, dan berapa pulah jumlah tanah yang terpaksa di ggadaika untuk melunaskan hutang kerajaan, di bandar nilai tanah mahal sedikit, cuba bayangkan tanah di pinggir hutan, berapa jumlah hektar kita terpaksa beri pada beliau.

Kebanyakan tanah tanah yang di luluskan kepada beliau tidak melalui permohan di peringkat bawahan ini, ianya di lakukan diperingkat atasan, temasuk tanah yang telah di bangunkan di bandar jerantut juga tanah di batu satu di kawasan bukit yang mana dulu di peruntukan untuk pembinaan balai bomba daerah semua lepas ke tangan cina tersebut, tetai hutang kerajaan belum juga selesai.

saya tak salahkan cina tersebut, dia berniaga, pasti mahukan keuntungan berlipat kali ganda, yang salahnya ialah kepala pemerintah di peringkat negeri, semua, mungkin cina itu hutang kerajaan termasuk yang di pakai oleh ahli ahli politik jerantut dan peringkat negeri.

CINA PUN ADA CAKAP, SELAGI LEMBU BOLEH MAKAN RUMPUT TATAK SUSAH SEMUA BERES, KALAU LEMBU BUTA WARNA PUN BOLEH KASI PAKAI CERMIN MATA KACA NYA HIJAU MAA.

LU FIKIR LAH SENDIRI, DATO HALIM CHAP TAK ADA PELAJARAN TINGGI PUN YANG BERASAL DARI PENJUAL ROTI BENGGALI BOLEH JADI JUTAWAAN BERKAWAN DENGAN CINA NE, INIKAN PULA AHLI POLITIK JERANTUT, YB DAN MB LAGI BANYAK BAHAN DUIT CINA NE.

Anonymous said...

So kalau nak pilih pemimpin pilihlah pemimpin UMNO yang tidak mudah menjual semuanya kepada Cina. Kita mahu pemimpin UMNO yang sayangkan kepentingan Melayu, yang ada prinsip perjuangan. Itulah mesej yang saya rasa WZWH mahu sampaikan.Jangan nampak pemimpin itu dari luaran sahaja perhatikan tindak tanduknya dan apa jasa yang sudah dideliverkan.

Anonymous said...

Apa hal itu mesej wzwh, bos dia kaki bedal duit cina, adush

Anonymous said...

Bkn ke tanah kat jerantut tu dah kena jual ke cina?

Anonymous said...

Bila kedua-dua pemimpin cina ni berjawatan besar didalam Parti Bn.maka Exco kanan Pemuda pun kaya-raya.

Anonymous said...

tanah kat jerantut tu memang dah milik cina termasuk tukang ampu dan ahli politik.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...