Sunday, September 28, 2014

Tanjak Pahang, Bengkong, Sampin, Baju Melayu Dan Keris...




"Kita sebenarnya sudah hampir hilang identiti berpakaian. Kalau kita lihat sekarang berapa kerat sahaja generasi muda yang memiliki set persalinan pakaian Melayu yang lengkap dengan tanjak," 

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.

Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.

Pemakaian tanjak memainkan peranan yang cukup penting. Selain mempamerkan kehalusan berpakaian, tanjak juga menceritakan pelbagai kisah dan latar belakang si pemakainya.

Pada zaman dahulu, pemakaian tanjak yang juga dipanggil tengkolok atau destar merupakan simbol yang melambangkan status sosial dalam masyarakat. Lipatan dan gubahannya dianggap 'pengenalan' kepada pemakainya.

Tanjak Ketupat Makasar dan Anak Gajah Menyusu misalnya menceritakan darjat dan kedudukan seorang pembesar. Lipatan seumpama itu pula tidak sesekali dipakai oleh orang-orang kebanyakan.

Apatah lagi jika tanjak tersebut dipadankan bersama dengan set persalinan pakaian yang dianugerahkan dari istana. Kekemasan dan kehalusan tenunan diraja sahaja sudah cukup untuk menceritakan kedudukan pangkat dan kebesaran yang dimiliki.

Selain melambangkan status, bentuk gubahan hiasan kepala itu juga banyak menceritakan asal-usul si pemakai. Lipatan Ayam Patah Kepak, Lang Menyongsong Angin dan Getam Budu merupakan sebahagian daripada jenis lipatan tanjak dari Pahang.


TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG


Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas. 


PAHANG DARUL MAKMUR


TANJAK SEKELONGSONG BUNGA

Ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat di-Raja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula. 


DESTAR RAJA NAIK BERSIRAM

Destar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.

DESTAR GETAM BUDU

Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dan Orang-Orang Besar Bergelar.

DESTAR COGAN DAUN KOPI

Cogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar tersebut.


Sejarah Mula Pakai Tanjak di Tanah Melayu

Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.

Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera (termasuklah tengkolok, tanjak dan destar) dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah kecopong @ Ketopong) tetap kekal dominan.

Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan – Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.

Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.

Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya – Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.

Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.

Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).

Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.

Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.

Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari dinasti Kelantan I dan dinasti Kelantan II.

Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).

Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar

Ahli Parlimen Jerantut Menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut?



Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut RM150 juta mula dibina mengikut jadual pada tahun 2015. Sila klik sini.

Ahli parlimen Jerantut digesa tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut demi isu alam sekitar.

Ahli parlimen Jerantut suka menjadi jaguh juara isu-isu alam sekitar. NGO alam sekitar seperti MNS dan Aki Jalil Nature suka kepada kepimpinan beliau.

Ahli parlimen Jerantut boleh dikatakan Bapa Alam Sekitar Jerantut. Beliau wajar menjadi Menteri Alam Sekitar.

Majoriti rakyat Jerantut berharap ahli parlimen Jerantut tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut demi isu alam sekitar.

Baru-baru ini ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon di Kuala Tahan atas alasan isu alam sekitar.

Projek ini bernilai RM150 juta dilaksana oleh Felda di sebidang tanah hanya seluas 30 ekar di seberang kawasan Taman Negara di DUN Tahan.

Projek sturgeon telah diumumkan oleh DS Najib PM sejak tahun 2012 lagi. Dalam setiap program ECER , PM teruja dengan projek sturgeon bagi penghasilan caviar untuk meningkatkan pendapatan generasi baru peneroka dan kampung tradisional.

Ahli parlimen Jerantut telah menentang projek sturgeon di Kuala Tahan dengan mengeluarkan kenyataan akhbar sila klik Utusan Online 9 September 2014 dan sila klik Sinar Online 27 September 2014

WZWH amat berharap ahli parlimen Jerantut tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut bernilai RM150 juta hasil usaha kerja kuat ADUN Tahan ini demi pembangunan Bandar Jerantut dan pinggir Bandar Jerantut.

Janganlah ahli parlimen Jerantut mengeluarkan kenyataan menentang projek ini di akhbar perdana seperti mana beliau menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Kalau tidak rakyat Jerantut akan mengingati beliau sebagai ahli parlimen menentang semua projek kerajaan!

Saturday, September 27, 2014

Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut Mula Dibina Pada 2015



WZWH mula menulis jalan lingkaran bandar Jerantut atau flyover menghubungi suburban pinggir bandar Jerantut masuk ke DUN Tahan dan DUN Damak sejak tahun 2010 lagi.

Sila klik beberapa posting dibawah:







Alhamdulillah, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM150 juta bagi Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut dan mula dibina mengikut jadual pada 2015.

WZWH amat berharap Projek Greater Bandar Jerantut yang dijayakan oleh Syarikat Grandmas hasil usaha ADUN Damak dan ADUN Pulau Tawar boleh membina bandar baru Jerantut dan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang muda Jerantut.

Kita perlu bersikap positif dan tidak perlu berpolemik lagi. Kita perlu berterima kasih kepada ADUN Damak dan ADUN Pulau Tawar kerana memajukan bandar Jerantut.

WZWH juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tahan kerana bekerja kuat mendapatkan kelulusan peruntukan Projek Lingkaran @ Flyover bandar Jerantut.

Adalah diharap ke dua projek ini boleh membangunkan juga suburban pinggir bandar Jerantut.

Thursday, September 25, 2014

Anak Sturgeon Harapan Caviar Terbaik Dunia


Lebih panas sesuatu tempat lebih cepat matang sturgeon bertelur. Contoh di Florida US, sturgeon beluga Rusia bertelur bila berumur 18 tahun di Rusia dapat dikurangkan hingga boleh bertelur bila berumur 6 tahun.

Suhu dan panas matahari Kuala Tahan dapat mempercepatkan kematangan sturgeon bertelur dari 4 hingga 5 tahun.

Berbagai teknologi digunakan.

Sturgeon Aqua Farm Florida guna teknologi dari Ukraine/Rusia.

Sturgeon Farm di Abu Dhabi UAE guna teknologi Jerman.

Sturgeon Caviar Park Kuala Tahan guna teknologi Korea.

Kazakhstan pun baru mula projek sturgeon pada bulan Julai 2014 sila lihat utube;


"open road for people with useful ideas and open enterprises...and the government support".


WZWH bermain dengan anak sturgeon fingerling harapan caviar hutan hujan tropika Kuala Tahan Taman Negara Jerantut.

Anak sturgeon Kuala Tahan harapan caviar terbaik dunia.



















WZWH harap anak sturgeon yang mahu dibawa ke Kuala Tahan ini diberkati Allah untuk berkembang biak sihat.



















Anak sturgeon yang mendapat sentuhan dari hati yang ikhlas mahu memberi kebaikan kepada masyarakat.



















Moga anak sturgeon ini cepat membesar dan menyesuaikan diri di tempat baru nanti



















Semoga rezeki dan ekonomi orang kampung bertambah nikmat oleh kerana kamu anak sturgeon.



















"Dato' Sri buatlah projek ini...bagus untuk orang kampung...jangan dengar cakap orang"...

Anak sturgeon Kuala Tahan harapan caviar terbaik dunia.

Alizee French-Pop...

Goyang Alizee Jacotey...

Monday, September 22, 2014

7000 Hektar Tanah Terbiar Dan Paya Berpotensi Untuk Spirulina Farm Di Jerantut


Apa itu spirulina? Spirulina adalah algae (sejenis tumbuhan air tawar) yang diproses adalah makanan superfood baik untuk kesihatan. Spirulina kaya dengan protein, mineral, vitamin dan nutrisi.

Kita mahu supplement makanan spirulina kepada orang Jerantut dan Pahang menjadi lebih cerdik, tidak lembab, mengurangkan orang sakit jiwa dan orang gila di Pahang.

Jerantut bakal menjadi pengeluar utama spirulina di Malaysia bila ada cadangan dan usaha untuk   mahu memajukan tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk spirulina farm.

WZWH amat menyokong usaha ini. Dulu orang Pahang rajin bersawah. Pahang ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Tapi bila orang Pahang malas kerana tidak pandai mengusahakan tanaman padi secara economies of scale maka tanaman padi ditinggalkan.

Sepatutnya bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.

Tapi itu tidak menjadi masalah kerana spirulina farm mudah campak saja benih ke paya dan biarkan spirulina buat makanan sendiri (fotosentisis) lebih senang menjaganya.

Kawasan yang terbabit ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Syarikat GLC dipertimbangkan untuk memaju projek itu. Kita mengalu-alukan pihak swasta terlibat dalam projek spirulina farm ini.

Spirulina boleh diproses dalam bentuk serbuk, kapsul dan minuman.


Untuk itu beberapa kilang spirulina perlu dibina di Jerantut untuk memproses spirulina farm seluas 7000 hektar itu.

Projek ini bukan sahaja mendatang hasil ekonomi kepada penduduk kampung tetapi juga menghalang penghijrahan belia-belia muda ke bandar.

Sunday, September 21, 2014

Kilang Spirulina Di Naju Korea Sumber Protein Dan Mineral Untuk Sturgeon

Satu rahsia kejayaan Korea Selatan berjaya ternak ikan sturgeon adalah dengan memberi makanan spirulina sebagai sumber protein dan mineral.

Spirulina adalah algae (sejenis tumbuhan air tawar) yang diproses adalah makanan superfood baik untuk kesihatan. Sila lihat utube di bawah;


Dalam posting ini WZWH melawat sebuah kilang spirulina di Naju selatan Korea. Kilang ini mempunyai 3 paten dunia dan adalah kilang seumpama itu boleh meghasilkan spirulina dalam bentuk cairan.



















Foto WZWH bersama Dr Sun Jong Kim pemegang 3 paten dunia pemprosesan spirulina.

Beliau adalah General Manager Spirulina Research Department, Kaiross Co. LTD. Research stem cell bersama Dr Woo Suk Hwang. Researcher bersama team di Universiti Pittsburg, Reseacher di Mizmedi Hospital dan Researcher I2C Hassed.



















Dr Sun Jong Kim menyambut rombongan delegasi Kuala Tahan.



















Melawat kilang spirulina di Naju Korea.





Ada banyak boiler besar-besar.



















WZWH bukan engineer kilang. Banyak batang stainless steel macam batang ekzos berselirat bertingkat-tingkat. Itu semua untuk pemprosesan spirulina bagi menghasilkan cairan untuk diminum.



















Dr Sun Jong Kim menerangkan sesuatu teknikal kepada Encik Sharulnizam Felda Investment Officer.



















WZWH bertanya kepada Dr Sun Jong Kim boleh tidak kilang spirulina dibina di Jerantut kerana Caviar Park Kuala Tahan perlukan spirulina sebagai sumber makanan.

Dr Sun Jong Kim cakap Malaysia tidak macam Korea yang ada 4 musim. Malaysia terutama Jerantut ada 1 musim saja jadi lebih murah buat kilang spirulina di Malaysia. Dr Sun Jong Kim sanggup membantu dari segi kepakaran.

Sememangnya Dr Sun Jong Kim ada memohon paten dalam proses di Malaysia. Encik Sharin Finance Director Felda mendengar dengan penuh minat perbincangan WZWH bersama Dr Sun Jong Kim.



















Di akhir lawatan rombongan dijamu minum spirulina dan diberi beberapa kotak produk minuman spirulina oleh Kilang Spirulina Naju.

Institut Penyelidikan Perikanan Dan Maritim Gyeonggi Province



















Institut penyelidikan ikan di Gyeonggi ini bertujuan:

Aquaculture research

High added value, such as sturgeon to increase income form perch is focused on the research and development of New Varieties form.




Local fish fry stocked

Fish contributes to ecosystem maintenance and protection in the acid fish fishing fishery production increased resource composition.


Form Technology and Ecology Tour

The dissemination and publication of the systematic form training for fisheries and aquaculture technical booklet form new knowledge.


Disease Ecology and River Fisheries Management Service Operations

Precautionary measures taken by the group of fish diseases in aquaculture and the safety and conduct the Tokyo Main Stream Ecology.


Freshwater fish ecology school experience

You awaken the importance of the natural learning opportunities for our meat and freshwater ecology for growing children through school management experience.


Freshwater fish moving exhibition

You inform us of the beauty and importance of freshwater fish to more residents move through the exhibition freshwater fish.


Fisheries Technology Center

Income spread new varieties Fisheries Development (silk scallop, rock flour, etc.)
Maritime experts develop and strengthen education (nurture successors fishermen, etc.)
Maritime enhance welfare services
Fodder such support, repair shops, go fishing equipment operations, checking fishing myeonseyu map




















Foto WZWH bersama Dr Lee Dong Hoon, Pengarah Institut dan seorang saintis pakar ikan terkemuka Korea.




















Exhibition berbagai jenis ikan.



















Sebahagian display aquarium.



















Dr Lee Dong Hoon memberi taklimat tentang ikan dan kajian ikan



















Topik paling penting penternakan ikan sturgeon di Korea.



















Ikan sturgeon adalah ikan purba berumur 150 tahun sezaman dengan dinosour adalah living fossil yang masih hidup hingga hari ini.



















Display berbagai jenis ikan sturgeon. Ada 24 jenis ikan sturgeon di dunia. 4 jenis ikan ini akan di ternak di Caviar Park Kuala Tahan.



















Kolam ikan tempatan Korea.



















Kolam ikan tempatan Korea.



















Kolam anak-anak ikan sturgeon yang dipanggil fingerling.



















Kolam ikan sturgeon dewasa.



















Kolam ikan induk sturgeon.



















Lagi kolam induk sturgeon dewasa.



















Dr Lee Dong Hoon demonstrasi memberi makan kepada ikan sturgeon. Ikan sturgeon adalah bottom feed iaitu makan menyusup di dasar kolam menyedut makanan. Ini adalah batch induk pertama sturgeon yang dibawa ke Korea pada tahun 1989. 

Dari induk pertama ini telah bertelur menghasilkan jutaan ikan sturgeon di Korea sehingga hari ini. Ikan sturgeon liar boleh hidup hingga 120 tahun. Ikan sturgeon dalam kolam boleh hidup hingga 30 tahun.



















Rahsia kejayaan Korea boleh menghasilkan caviar yang bermutu tinggi bila spirulina (algae yang diproses) diberi makan kepada ikan sturgeon. Korea mempunyai banyak paten bagi kilang menghasilkan spirulina dengan teknologi tercanggih pertama di dunia.

WZWH akan posting tentang kilang spirulina ini yang pertama dunia di bandar Naju.



















Beberapa kolam terbuka lagi.



















Ini demostrasi kajian. Kolam ini adalah kolam dibawah jagaan manusia. Makanan dan spirulina diberi. Tiada ikan sturgeon mati akibat pemakanan di kolam ini.



















Ini adalah kolam yang dibiarkan secara natural dengan makanan terhasil secara natural. kajian membuktikan banyak ikan sturgeon mati kerana masalah penghadaman makan sebarangan makanan secara natural. Ini adalah bukti kukuh bahawa ikan sturgeon jika terlepaskan ke sungai secara natural ianya tidak akan survive lama.



















Lagi ikan sturgeon yang mati kerana masalah penghadaman makanan. Kolam yang diberi spirulina membolehkan ikan sturgeon ini hidup lebih lama dan boleh menghasilkan telur caviar berkualiti tinggi.



















Kolam ikan kap.



















Kolam ikan kap merah dan kuning.



















Korea Selatan berjaya mentenak ikan sturgeon bagi pengeluaran caviar sejak 1989 dengan mengkaji semua 24 jenis ikan sturgeon dunia. Saintis dan pakar ikan Korea berjaya melalui penyelidikan mereka. Teknologi terkini penghasilan spirulina bagi makanan ikan sturgeon berjaya buat Korea menternak ikan sturgeon.

Saintis dan pakar ikan sturgeon Korea berkata melalui penyelidikan mereka penternakan ikan di Kuala Tahan dengan keadaan geografi, air , tanah, angin dan pancaran matahari sepanjang tahun Kuala Tahan boleh menghasilkan ikan sturgeon yang lebih cepat bertelur di antara 4 hingga 5 tahun.

Saintis dan pakar ikan sturgeon Korea mahu membuktikan bahawa negara tropika seperti Malaysia juga mampu menghasilkan caviar berkualiti tinggi dengan cost effective.

Pada posting akan datang WZWH akan cerita mengenai lawatan ke kilang spirulina sebagai ingredient penting makanan ikan  di Naju Korea Selatan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...