Nuffnang Ads

Pages

Saturday, September 27, 2014

Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut Mula Dibina Pada 2015



WZWH mula menulis jalan lingkaran bandar Jerantut atau flyover menghubungi suburban pinggir bandar Jerantut masuk ke DUN Tahan dan DUN Damak sejak tahun 2010 lagi.

Sila klik beberapa posting dibawah:







Alhamdulillah, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM150 juta bagi Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut dan mula dibina mengikut jadual pada 2015.

WZWH amat berharap Projek Greater Bandar Jerantut yang dijayakan oleh Syarikat Grandmas hasil usaha ADUN Damak dan ADUN Pulau Tawar boleh membina bandar baru Jerantut dan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang muda Jerantut.

Kita perlu bersikap positif dan tidak perlu berpolemik lagi. Kita perlu berterima kasih kepada ADUN Damak dan ADUN Pulau Tawar kerana memajukan bandar Jerantut.

WZWH juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tahan kerana bekerja kuat mendapatkan kelulusan peruntukan Projek Lingkaran @ Flyover bandar Jerantut.

Adalah diharap ke dua projek ini boleh membangunkan juga suburban pinggir bandar Jerantut.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah! Jerantut semakin maju dan pasti boleh mengalahkan Kuantan selepas berjaya memukul teruk pembangunan Temerloh "bandar gulap-gulita" itu! Pembangunan temerloh-Mentakab amat menyedihkan dan memalukan.. Hidup Jerantut!

Anonymous said...

Tahniah Jerantut. Lipis juga bandar gulap gulita, hidup segan mati tak mahu. Canangnya Kuala Lipis Bandar Warisan Sejarah, amat tepat banyak sungguh warisan yang dibuat oleh SU majlis