Saturday, September 20, 2014

Felda Caviartive R&D Dan Hwacheon Satellite Farm



















Di pejabat Felda I2C dan I2C Hassed, Gangnam Seoul mendengar taklimat. Mr Steve Kim MD memberi penerangan.



















Mr Choi Wan-il CEO I2C Hassed menerangkan profail dan aktiviti syarikat.



















Sebahagian dari delegasi Kuala Tahan mendengar taklimat.



















WZWH mendengar presentation Projek Sturgeon Kuala Tahan. Perhatikan bendera Malaysia dan bendera Korea Selatan di belakang tabir. Inilah sebenarnya projek usahasama dua kerajaan di Asia yang memandang jauh kepentingan ekonomi masa depan sturgeon dunia.



















Inilah premis bangunan Felda Caviartive R&D di Chungpyung, Gyeonggi Province. Selain dari R&D, mempunyai hotel, resort dan chalet bagi pengunjung berorientasikan konsep kesihatan.



















Rombongan delegasi Kuala Tahan disambut oleh saintis dan staff .



















Beberapa panorama menarik mengenai hotel, resort dan chalet.



















Cuaca early autumn (awal musim luruh) yang baik untuk aktiviti kegiatan luar di Korea.



















Aquarium fingerling anak-anak ikan sturgeon.



















Ini sekumpulan induk ikan sturgeon dalam aquarium. lihat saiz yang kurang dari 4 kaki. Tidak besar hingga 5 meter seperti sturgeon liar. Jenis hybrid yang kecil ini mahu diternak di Kuala Tahan.



















Rombongan delegasi Kuala Tahan dijamu lunch oleh Felda Caviartive.



















Steak ikan sturgeon dihidangkan. WZWH makan dan rasa steak ikan sturgeon ini sedap.



















Ini hidangan caviar. Perhatikan sedikit caviar diletak atas biskut kecil. Caviar adalah sumber protein yang tinggi khasiatnya dan enak. Caviar harganya sangat mahal menjadi makanan orang kaya dan atasan. Caviar liar mampu membekalkan 10% dari permintaan dunia. kepupusan ikan sturgeon liar membuatkan Projek ikan sturgeon Kuala Tahan ini boleh memberi pulangan ekonomi yang tinggi.



















Mr Steve Kim memberi presentation mengenai Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan dengan mendalam dan lebih teknikal. Antara topik yang diterang; Overview Felda Caviartive R&D, Apa ikan sturgeon?, Bio-security ikan sturgeon, Eco-friendly system dan eco-tourism.

WZWH akan menulis dengan panjang lebar dalam posting akan datang.


Delegasi Kuala Tahan dibawa melihat beberapa kolam ikan sturgeon dalam makmal FC R&D.



















Fingerling anak-anak ikan sturgeon.



















Induk ikan stutgeon atau sturgeon dewasa.



















WZWH memegang seekor anak ikan sturgeon.



















Ada banyak jenis ikan sturgeon. Ini salah satu tangki.



















Saintis sedang ultra sound seekor ikan induk sturgeon bagi mengetahui saiz telor. Lebih besar saiz telor lebih baik.



















CEO I2C Hassed menerangkan imej telur pada screen komputer kepada delegasi Kuala Tahan.








Delegasi Kuala Tahan dibawa ke kolam terbuka. Chu Mezah sedang bermain dengan seekor ikan sturgeon betina.



















Abang Aziz turut mengambil peluang memegang seekor ikan sturgeon betina. Abang Aziz bekerja sebagai ranjer Perhilitan di Kuala Tahan.



Bergambar di Felda I2C Caviar Park R&D/Resort sebelum berlepas ke Hwacheon Satellite farm.

Selepas itu delegasi Kuala Tahan dibawa melawat ke Hwacheon Satellite farm iatu 2 jam perjalanan ke satu tanah tinggi lebih tinggi dari Genting Highland. Ada mempunyai sungai dari pergunungan yang cantik airnya.

Di sinilah ada beberapa kolam ikan sturgeon dan merupakan stok fingerling anak-anak ikan sturgeon untuk dihantar ke Kuala Tahan bila kompleks Caviar park siap dibina nanti.

Oleh kerana hari sudah malam dan bateri handset WZWH sudah habis kuasa maka tiada banyak foto WZWH boleh ambil.

WZWH telah meninjau semua kolam-kolam yang ada di Hwacheon Satellite Farm. WZWH telah diberitahu bahawa dari air yang dikitar semula circulate hanya 10% air sisa yang telah dirawat disalur kembali ke sungai pergunungan yang cantik itu.

Air yang dirawat dari kolam-kolam ikan sturgeon itu bersih dan selamat untuk diminum menurut pakar Korea Dr Lee Dong Hoon. Kerajaan Korea Selatan terutama DOE atau JAS Korea Selatan membenarkan sisa kolam ikan sturgeon itu yang 10% tadi dialir ke sungai.

WZWH dapati tidak ada NGO-NGO alam sekitar di Korea yang menentang projek ikan sturgeon di seluruh Semenanjung Korea walau Korea mempunyai ramai pakar-pakar ikan seperti MNS di Malaysia!



















Abang Aziz dari Perhilitan Kuala Tahan sedang membasuh muka dan minum air sisa kolam ikan sturgeon yang telah dirawat. Sumber air itu dari sebatang sungai di pergunungan yang bersih dan cantik airnya. Air sisa ini hanya 10% dari seluruh air yang dikitar semula disalur kembali ke sungai. Tiada pencemaran berlaku.



















WZWH bersama Mr Woo Bong Lee yang operate Hwacheon satellite sturgeon farm.

Beliau adalah pakar dalam sturgeon farming. Beliau adalah pakar sturgeon terkenal Korea. Pioneer atau perintis sturgeon farming di Korea. 20 tahun berpengalaman dalam penternakan ikan sturgeon di Korea. Dilatih dalam teknik aquakultur sturgeon di Rusia.

Semua stok anak ikan sturgeon yang mahu dihantar ke Kuala Tahan Caviar Park disimpan di Hwacheon satellite farm. Beliau bertanggungjawab membekalkan fingerling sturgeon berkualiti tinggi.

7 comments:

Anonymous said...

Aku tak nampak kat mana projek ikan dlm tangki boleh pupuskan ikan tempatan.. Tapi geng bantah sturgeon tetap ulang benda yg sama. Sturgeon makan ikan temapatan. Bengong tak habis.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ikan sturgeon tiada gigi, mulutnya macam pouch makan menyedut, feeding at bottom sea or river bed, mata ikan ini buta, memang ikan jenis nak diternak di kuala Tahan ini bukan jenis pemangsa.

Anonymous said...

Ada tak sesiapa yang cek air kumbahanya.adakah tidak mengandongi bahan tercemar. Kalau boleh dapatkan laporan hasil kaji selidik dari mereka

Anonymous said...

mentaliti kore memang dasyat, dulu sanggup pakai kereta sendiri yang kualitinya amat rendah tetapi sekarang dah masuk level dunia.
begitu juga telepon bimbit dan pasukan bolanya masuk kelas dunia.
agak agak kalau stugeron dibawa masuk ke ulu tembeling, pekerjaan apa yang sesuai untuk orang kita disana.

Anonymous said...

kore itu neo capitalists, monopolis,
semua caviar dlm segala sektor di Malaysia yg diambilnya, barangan jenama eletronik di dunia maju, diciplaknya. Loose change, nasi lemak, cheap food packings yg disedekahkannya sebagai CSR hahahhahhaha bodohlah. Mananya massive job creation with good wages for Malaysians ?! bila melawat ke kore, bawa maggi atau hanya makan di restoran Malaysia, sepertimana mereka buat di Malaysia. Patriotik ?? mengarut kore.

usin malaun said...

kalau ikut cakap prof mat katak,habis dah kaki ahli rombongan tu di kerkah oleh ikan sturgeon! ikan pemangsa konon! mat katak tu yang pemangsa sebenarnya!yang jadi mangsa MP jerantut kena tipu di mat katak!dah rosak imejnya di mata najib! kesian MP jerantut jadi mangsa sturgeon spesis prof mat katak!

Anonymous said...

Nama Mr Bong tak terterai dlm perintis sturgeon dunia cuma nama Prof Han saja yg ada. Tolong perjelas, apa nama branding caviar korea ni? Kerana Dr Han mengambil masa 20 tahun nak penetrate caviar market. Almas Caviar Dr Han pun cuma produce 3 ke 4 mton setahun, depa ni ada pengalaman ke nak produce 30mron setahun? Nak melabur rm150juta, ada reference plant ka? Klu setakat universiti punya research data, ada commercialisation experience ke? Ini benda hiduo, bukan produce battery.. ini cuma satu 'pilot' dan bukan nya caviar plant..
Bila masa Korea terkenal sebagai pengeluar kaviar dunia? Klu it equipment , boleh lah percaya..
Untuk business caviar dunia, yang PENTING adalah track record to deliver a project.. Korea ada pernah buat project caviar 30mton ke? Ingat sama ka nak produce 3 mton setahun dgn 30mton setahun? Group depa ni produce berapa mton setahun caviar.. lol
Jangan lah nak per BODOH kan peneroka Felda.. plant yg nak dibina di ko tahan tu pun tak tentu mendapat mengiktirafan permakanan dunia.. ini nak suruh peneroka bela ikan kat belakang rumah..
SEBELUM NAK MIMPI BERNIAGA CAVIAR... BELAJAR LAH DULU PEMIKIRAN PEMBELI PEMBELI KAVIAR DUNIA.. apa kriteria mereka..
Dah lah tak bergabung dgn pemain pasaran kaviar dunia, klu kena boikot mcm mana?
Off take agreement dgn korea? Lelucon..
Klu nak ber niaga caviar, kriteria jos bukan kah satu faktor utama kerana kita bukan beka ikan puyu.. kita bela ikan sturgeon.. jadi yg palung penting adalah sama ada rakan teknologi berpengalaman mengendaki ikan ikan asing ini dan ada 'TRACK RECORD'.. Setiap age group ikan ini ada parameter ideal living condition tersendiri.. klu tak ada track record, mcm mana nak move forward?
Oleh yang demikian, guna lah teknologi sturgeon Thailand... setengah harga teknologi Korea..
Thailand ada produce kaviar ke? Group ni ada produce caviar ke?
Nak bela sturgeon n produce caviar tapi nak ckp pasai kos... cakap lah pasai teknologi terbukti..

Mcm baru kenai apa itu ikan sturgeon.. lelucon.. penjahanam duit rakyat.. sebenar nya bodoh!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...