Nuffnang Ads

Pages

Sunday, September 28, 2014

Ahli Parlimen Jerantut Menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut?



Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut RM150 juta mula dibina mengikut jadual pada tahun 2015. Sila klik sini.

Ahli parlimen Jerantut digesa tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut demi isu alam sekitar.

Ahli parlimen Jerantut suka menjadi jaguh juara isu-isu alam sekitar. NGO alam sekitar seperti MNS dan Aki Jalil Nature suka kepada kepimpinan beliau.

Ahli parlimen Jerantut boleh dikatakan Bapa Alam Sekitar Jerantut. Beliau wajar menjadi Menteri Alam Sekitar.

Majoriti rakyat Jerantut berharap ahli parlimen Jerantut tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut demi isu alam sekitar.

Baru-baru ini ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon di Kuala Tahan atas alasan isu alam sekitar.

Projek ini bernilai RM150 juta dilaksana oleh Felda di sebidang tanah hanya seluas 30 ekar di seberang kawasan Taman Negara di DUN Tahan.

Projek sturgeon telah diumumkan oleh DS Najib PM sejak tahun 2012 lagi. Dalam setiap program ECER , PM teruja dengan projek sturgeon bagi penghasilan caviar untuk meningkatkan pendapatan generasi baru peneroka dan kampung tradisional.

Ahli parlimen Jerantut telah menentang projek sturgeon di Kuala Tahan dengan mengeluarkan kenyataan akhbar sila klik Utusan Online 9 September 2014 dan sila klik Sinar Online 27 September 2014

WZWH amat berharap ahli parlimen Jerantut tidak menentang Projek Jalan Lingkaran @ Flyover Bandar Jerantut bernilai RM150 juta hasil usaha kerja kuat ADUN Tahan ini demi pembangunan Bandar Jerantut dan pinggir Bandar Jerantut.

Janganlah ahli parlimen Jerantut mengeluarkan kenyataan menentang projek ini di akhbar perdana seperti mana beliau menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Kalau tidak rakyat Jerantut akan mengingati beliau sebagai ahli parlimen menentang semua projek kerajaan!

12 comments:

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

penulisan tuan seperti kanak-kanak , sila buktikan tuan seorang yang berpelajaran.

Ahli parlimen Jerantut seorang yang berjiwa rakyat, tidak seperti tuan yang hanya fikirkan tentang poket tuan sendiri.

Semoga Allah S.W.T beri hidayah pada tuan.

Anonymous said...

penulisan tuan seperti kanak-kanak , sila buktikan tuan seorang yang berpelajaran.

Ahli parlimen Jerantut seorang yang berjiwa rakyat, tidak seperti tuan yang hanya fikirkan tentang poket tuan sendiri.

Semoga Allah S.W.T beri hidayah pada tuan.

Anonymous said...

Harap je belajar oversea,tapi...kesian..

Anonymous said...

Harap MP jerantut memancas dgn kadar segera ulat gonggok dua ekor ini sebelum sebelum ianya menjadi biawak...

Anonymous said...

pakatan rakyat bodo,,,,,,

Anonymous said...

zurik yg aku kenal nampak mcm cerdik rupanya manusia paling bangang.tak payahlah aok nk naya kat hj lan tu org jtut dh tahu permainan aok dgn dompok tu

Anonymous said...

Anon 11:57 Don't say like dat one. Pipel got study oversea some more UK must be clever one. You got UK digree? If no don't try to be genius. By the way who dompok?

aaa said...

Projek flyover ni dah berbincang dgn penduduk belum?
Kalau belum bincang eloklah wzwh nasihatkan pemaju supaya pergi berbincang.. Jangan nanti ada pihak tertentu jadikan perkara 'tak berbincang' ni sebagai alasan untuk bantah projek yg berfaedah ni.

cikgu atan pot said...

kalau bincang satu benda pun tak jadi.sbb manusia bodoh dengan sendiri akan jadi pandai terlajak bila bawak bincang benda yang dia sendiri tak faham.macam MP jerantut nilah yang sibuk tentang benda yang dia sendiri tak faham dan tak tahu! sepatutnya felda bawak MP jerantut ke korea supaya otak dia jadi cerdik sikit.taklah bodoh macam pengikutnya yang ramai sangat bodohnya! belajar oversea mestilah pandai,tu yang banyak idea bawak pembangunan ke jerantut! setakat ijazah tepi longkang satu benda pun tak boleh nak bawak ke jerantut! ijazah tepi longkang ni ramli jkr yang cakap!

Anonymous said...

Keh nak tanye 1 je..mende faedah nye ade natang flyover tu?????keh conpius ni...jln jerantut jem sokmo ke??????

Anonymous said...

PRU AKAN DTG MOGA SEMUA TUMBANG..SEMUA NAK PENUH POKET SENDIRI..SAMA UMNO PUN BERTELAGOH.
KOI AKAN UNDI PAS UTK PENGGAL YG KEDUA..MCM PROJEKNYA BYK TP LPS LIMATAHUN..AMPEH..XNAMPAK KEBENDA.