Nuffnang Ads

Pages

Friday, September 12, 2014

Bila Ahli Parlimen Dan Kepimpinan PAS Jerantut Sehati Sejiwa Menentang Projek Sturgeon

Photo: Bila jiwa dah pas,,org pas dah peluk,,org umno bile lagi,,tp jgn pluk kakwock,,kak wock msih brgetah,,bkn muhrim..
#KWJ

Ahli parlimen Jerantut sangat percaya ahli-ahli PAS Jerantut telah menyokong beliau dalam PRU 13 dan akan membantu memenangkan beliau lagi PRU14 nanti...

WZWH tidak percaya ahli-ahli PAS Jerantut mengundi beliau...ahli-ahli PAS Jerantut tetap akan undi calon-calon mereka lebih-lebih lagi 100% calon-calon PAS anak tempatan akan bertanding dalam PRU 14.

Oleh kerana ahli parlimen Jerantut memang berjiwa PAS semasa Majlis Jamuan Hari Raya anjuran kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut dijemput pemimpin-pemimpin PAS Jerantut.

Bukan itu sahaja ahli parlimen Jerantut dan rombongan beliau telah menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran PAS Kawasan Jerantut di Pusat Perkhidmatan Parlimen (PAS Jerantut).

Bila ditegur oleh AJK UMNO Bahagian Jerantut jawab beliau, " Saya bersikap terbuka".


Ini gambar ahli parlimen Jerantut menyatakan pendiriannya secara terbuka menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Jerantut.


Ini gambar kepimpinan PAS Jerantut menyatakan pendirian menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan Jerantut.

WZWH sudah cakap ahli parlimen Jerantut dan kepimpinan PAS Jerantut sehati sejiwa menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Sebab itu bila ada ahli UMNO Jerantut kata ahli parlimen Jerantut ini clone PAS...jangan marah.

Sebab itu bila ada ahli UMNO Jerantut mendakwa ahli parlimen Jerantut ini adalah sebenarnya ahli PAS seumur hidup (walau dinafikan oleh beliau )...jangan marah.

Kalau ada ahli UMNO Jerantut kata perbuatan kita sendiri yang mirip kepada jiwa pembangkang... jangan marah.

Kepimpinan PAS Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan boleh kita faham kerana sememangnya mereka menentang semua projek-projek kerajaan yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Mudah ahli UMNO Jerantut faham sebab itu memang kerja pembangkang mengambil kesempatan dari isu-isu panas tempatan.

Tapi bila ahli parlimen Jerantut menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan itu kita ahli UMNO Jerantut persoal...mengapa mungkin pemikiran ahli parlimen Jerantut tahapnya belum sampai tahap piawai untuk memahami hasrat murni kerajaan menolong dan membantu ekonomi orang Jerantut.

YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang melalui Felda berniat ikhlas, mulia, murni mahu membantu ekonomi Jerantut terutama khasnya ekonomi orang Tembeling di DUN Tahan.

Projek Sturgeon ini bagi menghasilkan telur caviar yang sangat bernilai digemari oleh orang-orang kaya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan laporan DEIA.

Diharapkan transfer of technology dari Projek Sturgeon ini boleh membantu pembiakan ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat dan Patin dll menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

Belum apa-apa lagi ahli parlimen Jerantut sudah menentang....dibantu oleh sahabat seperjuangan iaitu kepimpinan PAS Jerantut.

Adakah 25,000 ahli UMNO Jerantut percaya yang ramai ahli-ahli PAS akan menyokong dan memberi undi kepada pemimpin UMNO yang begini pada PRU 14 nanti?

Ahli parlimen Jerantut dan kepimpinan PAS Jerantut sehati sejiwa menentang Projek Sturgeon Kuala Tahan.

21 comments:

Anonymous said...

Projek ikan sturgeon ini xtentu hala tujunya....hanya nampok keuntungan kepada pengusahanya dsn tidak kepada penduduk kampong.... usah mempertahankan sesuatu yng merosakan banyak perkara....xde ke ikan tempstan untuk diusahakan....

Anonymous said...

Jamuan hari raya pun kira aktibiti parti bukan nya tanggung jawab sosial..... Islam apa demeh ni

Anonymous said...

Politik baru ialah politik yg lebih segar yg dpt melupakan ideologi masing2 buat sementara demi kebaikkan rakyat. Chegu Lan adalah seorang drp sebilangan kecil pemimpin umno yg dilihat mengamalkan politik baru ini..Syabas chegu Lan.

Mat Periba.

Anonymous said...

Apela baghal sangat. Bukan masalah Umno ke PAS ke.Masalah pokoknya kalau guna kepala akal yang logik, projek sturgeon banyak buruk dari baik.Benda ni bukan masalah politik, benda ni masalah yang takde kaitan dengan politik langsung.

Anonymous said...

jangan musnahkan ekosistem, hutan kat tapak tu dah ditebang, camane....

Anonymous said...

Apa lah aok ni kan HJ Nazlan tu Ahli Parlimen Jerantut makna nya seluruh warga jerantut tidak terkecuali.

Anonymous said...

Bila admin menunjukkan kebodohan nya .....asal bantah je dianggap pembangkang ....belajar tinggi tapi bodohhhhhh

usin melaun said...

semua yang di atas tu bodoh! ikut ahli parlimen bodoh.najib pun menyesal pilih ahli parlimen yng menentang projek dia.sebaik-baiknya najib batalkan aje projek ni dan bawa ke sarawak yang memang hendakkan projek ini. biarlah taman negara terus begitu dengan produk pelancungan nya yang dah tak bertambah tapi terus berkurang! lama kelamaan taman negara akan kekurangan pengunjung! sekarang ni pun pelancong kurang kerana tak ada apa dah yang menariknya!yang ada pun tinggal majoriti penduduknya yang dah teruk rosak moralnya! orang luar tak datang semata-mata nak tengok penduduk taman negara yang rosak akhlak sbb di tempat mereka pun serupa!MP jerantut lebih melayan ahli2 pas! orang umno ramai dibuat musuh! penasihat dia pulak 90% kontraktor yang asyik bincang nak sapu kontrak aje bukan nak nasihatkan bos dia orang untuk program menguatkan umno!peruntukan 5 juta tu tak tahu ke mana perginya! cuma nasihat aku rakyat marhain ni janganlah balun duit peruntukan parlimen tu! itu duit untuk agihan kepada rakyat! jangan makan haram ye! cukup2lah perangai tu masa jadi ppd dulu! membesarkan anak2 dengan duit haram ni besar musibahnya! turun temurun keturunan jadi punah! aku nasihat aje sebab aku kenal betul luar dalam MP sekarang!

Anonymous said...

Kalau tak buat dikawasan hutan nak buat di mana.... Malaysia ni bukan ada padang pasir. Kalau ada senang.

Anonymous said...

Lim ah chap tu dah berpuluh tahun bedal balak dalam utan tu,dh kaye raye dh,jalan feri-k.than tu dh brape kali repair sbb lori balak die lalu,xde org bsing pon,ini baru nk bukak 50ekar dh bising,dh la untuk rkyat plak tu,kecoh rrrrr!!!!!!ni sume mp punye keje,haktuiii...

Anonymous said...

kajian harus dijalankan dahulu supaya penternakan ikan sturgeon ini tidak mengancam dan memusnahkan ekosistem ...ikan sturgeon adalah dari spesis ikan dari luar negara apakah tidak akan mengancam dan membahayakan spesis ikan tempatan yang sekarang pun semakin terancam...jangan hanya mementingkan keuntungan hingga merosakkan alam

Anonymous said...

usin malaun ni cara ulasan sebiji macam dompok .geng ni klau tak de dlm umno lgi baik samaje dgn spesis anwarinas dlm pas.merosak parti dri dlm.

Anonymous said...

Sodok hutan buat ladang sawit bepuluh ribu hektar, sumbat beribu mat indon... MP diam macam batu.

Ternak sturgeon dlm tangki. bagi peluang penduduk tempatan kerja... MP bantah.
Kih kih kih

Anonymous said...

Zurik,

Pemikiran ong tu ada betul nya bagi gerombolan ong.

Ong kena belajar lagi lah pasar ekonomi dan perikanan serta lingkungan alam.

Politik sekarang perlu tranfomasi dan berlapang dada. Itu sebab nya tempat ong dalam UMNO JERANTEK ITU BERPUAK-PUAK.

oNG ELOK TUMPU KEPADA PROFESI PERGURUAN. KALAU INGIN BERPULITIK, BERSARA DAN CEBOR SEPENOH MASA.

PADA AKU PENDEKATAN NAZ;LAN SDONGKOK TINGGI ITU BETUL.....DEKATI MEREKA DAN TAWAN HATI MEREKA.YANG PENTING PENGIKUT NYA.

CARA POLITIK ONG TU DAH KETINGGALAN JAMAN.

MANTAN KETURUNAN WAN SEBELAH IBU.

SUDAH LAH ZURIK DENGAN MERAPU ONG ITU. BECIK HAKUK KE ONG NEH...

Anonymous said...

Wzwh,

Pemikiran LAPOK dah.. bkn keja pembangkang utk halang semua benda... kalau ade isu bersama, takde masalah bersatu pendapat - ikut isulah.. mengarutlah ko ni...

contoh dlm kes gaza, semua setuju, maknanya org bn semua dah masuk pr ke semua org pr dah masuk bn? kalau ikut kata2 sempit ko, maksud die gitu!

pastu kang komplen, org melayu tak bleh bersatulah.. keluar plak bercerai roboh dah.. berbagailah.. ikut selera korang je.. kalau kene nak semua org paksa ikut.. nah sekrg kire bersatu lah ni. mcm aku kata ikut isu- MP bn sama pendapat dng org Pas.. prj strugeon adalah prjk pak man telo, byk mudarat.. so kite tak setuju, abis cite. bersatu teguh bagai - nak redah jugak ke? kite tgk pru14 [lynas ape cerita, dah cuba makan kerang kat sana?]

Anonymous said...

wzwh...ko lagi banyak cakap lagi terserlah kebodohan..

sarit bomoh jampi orang gila said...

orang yang menentang projek kerajaan untuk rakyat biasanya pembangkang! tapi yang bengongnya ada MP kerajaan jadi kepala polong hasut ketua cawangan hantu kopek tentang projek kerajaan sendiri! imej MP jerantut sudah rosak di mata najib,MB,dan ahli2 BN!

pada najib dan kepimpinan pusat MP jerantut sahlah gila! gila semasa jadi cikgu dulu sudah datang balik dan jadilah MP gila! yang sokong dia pun sama2 gila!

lebih baik letak jawatan sebagai MP BN kerana berani menentang kerajaan dia sendiri! gila babi pulak dah! kihkihkihkih! ramai anon gila dalam blog ini!

Anonymous said...

sarit bomoh jampi orang gila

ko cukup merepek... setuju dgn tidak ikut isu. amenda semua nak jadi pak turut? imej MP sgt bagus, berani kerana benar -.ader paham? org sekarang menentang ikut nas2, ikut fakta takmcam dulu2... senangnya nak atasi benda ni, yg cadang prjk tu bagilah nas2 dgn fakta2 yg lagi bagus, buatlah yg patut,cam laporan berkenaan, ader paham? abis cite, susah sgt ke? bagi jea fakta2 abis.. ikut kata2 ko, babi boleh gila -,langsung takde fakta.

Anonymous said...

ini strategi puak wan, nak jawatan dan duit. itu je

Orang Pas said...

mampohlah umngok bahagian jerantut.Kalau orang sebaik chegu lan tak diterima nak apa lagi.Kami tetap sokong bawak rebah.

Anonymous said...

Ko tu yg bodoh bahlol.. Tulisan dgn percakapan pun tak boleh nak beza.