Sunday, September 7, 2014

Teguran Veteran Mahu Kepimpinan UMNO Jerantut Berubah Sikap Dan Kepimpinan Menguatkan Parti



Tidak ada yang lebih menarik dari ucapan Dato' Ahmad Kamaruzaman Baria mantan Ketua Bahagian dan  Ahli parlimen Jerantut yang merupakan seorang tokoh veteran UMNO Bahagian Jerantut yang masih lagi aktif sebagai AJK UMNO Bahagian.

Teguran Dato' Ahmad Kamaruzaman Baria dalam ucapan penanguhan menasihati Ketua UMNO Bahagian Jerantut supaya mengembalikan jawatan Pengerusi Pengurusan UMNO dan melibatkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian secara inklusif dan partisipatif boleh menguatkan parti dalam menghadapi PRU 14.

Menurut beliau lagi yang berpengalaman luas dalam mengurus UMNO Bahagian Jerantut sebagai Ketua Pemuda UMNO selama dua penggal, Sepenggal sebagai Ketua UMNO Bahagian dan banyak penggal sebagai AJK UMNO Bahagian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen MITI bahawa semasa menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerantut, beliau selalu mengambilkira kedudukan dan peranan Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian menduduki pengurusan parti yang penting.



Ketua UMNO bahagian Jerantut perlu buang sikap one man show dan perlu libatkan sumbangan buah fikiran politik Timbalan dan Naib Ketua UMNO bahagian serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian secara inklusif. Meminggirkan pemain-pemain utama politik Jerantut adalah recipe for disaster UMNO Jerantut!

Dato' Ahmad Kamaruzaman Baria menegur Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang perlu serious dan jangan alpa dengan ketidakhadiran perwakilan UMNO seramai 129 orang dari 515 orang. Kenapa terjadi demikian? Ketua UMNO Bahagian Jerantut bersama AJK perlu turun padang ke setiap DUN-DUN untuk menarik ramai perwakilan UMNO Jerantut hadir mesyuarat.

Terdahulu sebelum itu Dato Sri Sahidan Kassim Menteri JPM yang merasmi UMNO Bahagian Jerantut telah juga menegur Ketua UMNO bahagian Jerantut supaya memulih dan menguatkan jentera parti untuk menang PRU. Kenapa Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bermesyuarat pada 14 September 2014 selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada 6 September 2014?

Dato' Sri Sahidan Kassim mahu Ketua UMNO Bahagian Jerantut merapatkan diri dengan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Cari penyelesaian, kalau gagal boleh guna orang tengah atau tokoh yang lebih berpengaruh. Apa-apa pun penganalisa politik akan lebih menyalahkan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Lantaran itu seorang lagi tokoh veteran UMNO Bahagian Jerantut Dato' Shariff Shamsuddin Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut mahu dan mengadakan inisiatif supaya Ketua UMNO Bahagian Jerantut ini berdamai dan berbaik-baik dengan lawan politik bayangannya.

WZWH sebagai blogger politik Jerantut mahu Ketua UMNO Bahagian Jerantut ini untuk mencapai matlamat falsafah politik beliau iaitu "Jerantut Baru Berani Berubah" perlu diberi kritikan membina dan teguran serta nasihat supaya beliau berjiwa besar, matang dalam pengurusan politik UMNO, buang kesombongan dan ego, kurangkan guna retorik agama bagi menutup kelemahan.

Pada pandangan WZWH yang paling penting Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ahli parlimen Jerantut perlu meningkatkan prestasi KPI dalam mencari sebanyak peruntukan demi kemajuan politik pembangunan Jerantut.

14 comments:

Anonymous said...

walaupun pemuda itu sayap parti tetapi ianya seperti juga wanita, puteri punyai pentadbiran sendiri, kenapa puteri dan wanita boleh mengadakan mesyuarat tetapi pemuda tidak, mungkin kepimpinannya tidak mampu menguruskan organisasi itu?, atau tidak bermesyuarat itu bukan disebabkan oleh bahagian tetapi konon masalah prinsip sabotah yang diperjuangkan dalam kumpulan 11 iaitu pemuda jerantut merupakan pencadang utama meminta supaya pemuda-pemuda bahagian di pahang jangan mengadakan mesyuarat bagi protes perlantikan ketua pemuda pahang, tidak puas hati kepada umno bahagian itu hanyalah direka-reka bagi menambah dan menyokong ketidakpuasan hati individu tertentu terhadap ketua bahagian

Anonymous said...

Siapa yg sabotaj parlimen masa pru 13....siapa angkuh dan bongkak menolak kepimpinan ahli parlimen....sehingga sekarang segala majlis anjuran disabotaj oleh timbalan, naib ketua Dan ketua pemuda....bermacam Kata nista dilemparkan ....siapa yg perlu berubah sikap .....tepuk Dada Tanya selera kalau sesiapa yg sygkan umno jtut minta mereka semua ni hormati ketua yg dipilih rakyat jtut....jgn syok sendiri rakyat dash muak Dan bosan dgn kwpimpinan yg lama ....berundur la dgn terhormat

Anonymous said...

wzwh, saudara jangan terlalu mudah menuduh ketua bahagian menggunakan agama sebagai retorik sebab saudara tidak tahu isi hatinya, sekiranya beliau ikhlas dalam beragama anda tanggunglah dosa pertuduhan itu

Anonymous said...

Pembangkang tidak sekuat mana di Jerantut ini tetapi segelintir pemimpin dan ahli yang sentiasa tidak berpuashati yang merosakkan kekuatan umno, kegiatan mereka yang melempar batu sembunyi tanganlah penyebab utama ahli umno sudah menjadi muak dan akhirnya berdiam diri dan tidak hadir ke mesyuarat, akhir2 ini terdapat segelintir jentera upahan sanggup melanggar larangan agama mengumpat pemimpin sendiri dengan mengeluarkan kata2 yang tidak elok didengar; sakai, babi, mencarut, melebelkan dengan pelbagai kata nesta, ini satu perbuatan yang sangat memalukan bangsa melayu beragama Islam, mereka tanggunglah dosa dari perbuatan itu sehingga orang yang mereka umpat itu tidak mengampunkannya.., soal agama jangan dipermainkan

Anonymous said...

sepatutnya WZ tidak layak langsung dipilih pewakilan kerana awak la yang paling utama memecahbelahkan serta merosakkan parti.selama ini awak la racun dalam UMNO dijerantut.

Anonymous said...

Anon patut ulas apa Dato Kamaruzaman Baria, DS Sahidan, Dato Shariff kata...itu isi pokok posting ini.

Anonymous said...

Isu pokok ialah perpecahan. Jadi kalau selama ini PAS sering dituduh sebagai punca perpecahan org Melayu...hakikatnya umno sebenarnya sebagai parti yg sering berpecah belah. Bagi aku org awam...yg menumbulkan kebuntuan dlm masalah perpaduan umno jerantut adalah sikap TKB dan NKB sendiri yg masih tidak mahu menerima hakikat bahawa ahli umno jerantut secara majoritinya sukakan Chegu Lan dan pemilihan beliau sebagai MP atas persetujuan Presiden parti dan Ketua Perhubungan.

WZ sepatutnya tidak perlu mengangkat Dato Kamaruzaman secara berlebihan. Era beliau sudah belalu...dulupun semasa beliau menjadi ketua pemuda bhg, beliau tidak pun memberi sokongan kpd kepimpinan KB Dato Wan Bakar sebaliknya bersekutu dgn team Dato Bazin TKB...habis umno bhg jerantut kacau bilau...!!!

Anonymous said...

saya bersetuju dengan saranan dan pandangan anom 3:49pm, yang berlalu itu tetap berlalu dan apa yang disarankan itu adalah bersesuaian dengan zamannya, sekrang zaman YB Tuan Haji Nazlan, terserahlah kepadanya corak kepimpinan yang dikehendakinya, kalau ada pemimpin yang tidak boleh menerima dan rasa tidak sesuai dengan jiwa di era kepimpinannya Haji Nazlan minta berundur dengan ikhlas, pemimpin terdahulu pun tidak ada perubahan juga yang di bawa, sebagai contoh IKS Temin gagal malah kayu kayan dalam kawasan itu juga diambil oleh kroni mereka, jadi tak usahlah menempelak pemimpin baru setahun jagung ini yang sedang bertatih membetulkan kesilapan yang telah dilakukan pemimpin lalu, berilah peluang kepadanya mengolah corak kepimpinannya sendiri, kita yakin dengan usaha dan izin Allah Hj Nazlan akan lebih berjaya dari mereka dari segi membawa pembangunan walaupun ada yang mengatakan beliau hanya sepenggal ini sahaja...

usin malaun said...

semua ini kifarah allah! semasa dato wan bakar jadi KB,manusia yang bernama ahmad nazlan adalah antara hantu seharu-harunya mengucarkacir kan kepimpinan umno jerantut!

sehinggakan masa pilihan raya 1999 dia terlibat dalam gerakan mengerat dan sabotaj calon umno cikgu halim.cikgu halim tewas dan sampai bawak umur! tanggunglah dosa khianat tu! sbb tu bila tiba gilirannya bertanding dia sebok guna rakib atiq takut orang pulak kerat dia!!!

saksi hidup masih ada dan kalau nak nafikan buat sidang dewan dimajlis daerah!tapi masa bila dia nak bersihkan namanya?dia hanya mampu cakap saya serahkan kepada allah!nampak sangat dia takut nak jawab segala tuduhan tersebut kerana tuduhan itu memang betul dan dia tak tahu nak jawab macam mana sbb dia memang buat segala apa yang dituduh itu!

pendekatan agama cara terbaik untuk dia melindungi segala kesalahan dia!!!

skarang giliran dia pula kena kerja dek orang lain!

Anonymous said...

Hukum karma. Sbb tu jgn menganiaya org lain, bila kena batang hidung sendiri mula la puas nak bersilat. Soalan tak berjawab jugek, alih perhatian perwakilan dgn ayat al Quran. Pemimpin yg licik dan pandai bermain dgn kata2

Anonymous said...

DWanmizan ni patut letok jawatan. Buat sibuk je. Org nak ke perubahan. Biar cikgu lan tadbir dgn baik. Klu tak sebab ke cikgu lan ade can kaloh parlimen jerantut. Dah2 la wz menaikkan Yb Tahan tu. Suruh dia tukar ke bahagian di Kuala lumpor pulak. Dia bukan duduk de sini pun. Suruh dia bertanding kt kl/selangor pulok. Baru tau langit bumi.

Anonymous said...

kalau dato wan amizan bertanding di kl/selangor beliau pasti menang jgak,,biarlah beliau bangunkan dun beliau,,semakin maju dah sekarang ni,,jauh beza dgn dahulu,,

Anonymous said...

xde pendidikan nye pemimpin;-) senyum jela hidup dalam dunia kuasa politik ni.

Anonymous said...

berharap mata dan telinga SB dapat mengesan penulis-penulis dalam FB yang menempelak pemimpin-pemimpin umno di jerantut ini, mereka itulah anasir yang sedang memusnahkan nama baik umno dan kepimpinan yang ada, jangan sembunyikan mereka itu daripada pengetahuan kepimpinan atasan supaya tindakan boleh diambil segera.., cuba dapatkan dalang utama mereka itu, sepatutnya ahli umno berusaha keras menangkis isu-isu yang dibuat oleh pembangkang tetapi di jerantut ini sudah terbalik orang umno cuba menjatuhkan pemimpin dan parti sendiri

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...