Sunday, September 14, 2014

Ketua Pemuda UMNO Pahang Berucap Buat Pertama kali Di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut





























Alhamdulillah...

Terungkai sudah segala persoalan
Tercipta sudah satu lembaran
Termatri sudah satu perpaduan
Termaktub sudah satu barisan
Tercapai sudah satu impian
Terlaksana sudah satu persidangan

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hari ini selesai dan selamat bermesyuarat pada 14 September 2014 selepas Mesyuarat UMNO bahagian Jerantut pada 6 September 2014.

Kalau mengikut peraturan ini salah dan tidak etika kerana belum berlaku dalam sejarah mesyuarat UMNO di mana-mana Bahagian UMNO dalam Malaysia , Pemuda bermesyuarat selepas Bahagian!

Yang penting mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetap bermesyuarat agong dalam setahun mengikut ROS. Namun pasti surat tunjuk sebab dari Pengurusan Parti dari Pusat menyusul menanya mengapa Pemuda UMNO Jerantut bermesyuarat selepas mesyuarat Bahagian.

Adakah Pemuda UMNO Jerantut lagi besar dan ego dari UMNO Bahagian Jerantut?

Dato' Kamaruzaman Baria seorang ahli politik yang ego semua orang Jerantut tahu berkata Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi ego dari beliau.

Ternyata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut lagi super ego bila mengadakan mesyuarat Pemuda selepas mesyuarat Bahagian.

Apa sebab begitu? Ini ada berkenaan dengan kes geng 11 Ketua Pemuda UMNO Pahang.

11 Ketua Pemuda UMNO Pahang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetap dan tegas dengan keputusan beliau. Malangnya Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik tidak berupaya memimpin Pemuda UMNO Pahang.

Maka berlaku protes, press conference. Ini tidak disukai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia cuba berpolitik di Pahang tapi malang beliau underestimate kekuatan politik Pahang.

Bila 2 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang digantung keahlian oleh MKT yang dipengaruhi oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka krisis ini lebih parah.

Tapi ada beberapa ahli MKT yang sedar hukuman itu keterlaluan dan tidak rasional sebab yang boleh menghukum adalah Lembaga Disiplin UMNO.

Sepatutnya 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Pahang ini perlu dipanggil, dijelas apa kesalahan, diberi peluang membela diri dan setelah semua proses itu barulah hukuman yang adil atau sebaliknya.

MKT telah memutuskan kes 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Oleh kerana Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyedari bahawa isu geng 11 ini dan kekuatan politik Pahang boleh satu hari nanti menjejaskan peluang beliau mahu bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia.

Maka akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia terpaksa tunduk kepada kehendak geng 11 ini.

Dari segi moral politik geng 11 ini sudah menang.

Maka geng 11 ini meraikan kemenangan mereka di Jerantut. Kenapa di Jerantut?

Kerana pakar-pakar strategist UMNO Pahang berpusat di Jerantut!




















Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru dilantik Saudara Mohd Sahar Abdullah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar sedang memberi ucapan pertama di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Turut hadir selain dari pemimpin UMNO Jerantut terutama Perasmi iaitu ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, beberapa Ketua Pemuda UMNO dari lain-lain bahagian turut hadir seperti Naib Ketua Pemuda UMNO Pahang iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cameron Highland.

Ketua Pemuda UMNO Pahang memulakan ucapan sulung dan pertama beliau. Beliau banyak memberi semangat dan motivasi kepada pemuda UMNO Jerantut. Sebagai ahli politik Pahang yang cultured beliau mengulas isu kes geng 11 secara penuh diplomasi dan win-win situation. Tidak mahu memberi malu dan aib kepada sesiapa.

Beliau berjanji akan memastikan semua pemuda UMNO Pahang bekerja kuat untuk memenangkan parti dalam PRU 14.

Selepas itu ADUN Tahan merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Dalam ucapan bernas beliau memberikan hala tuju Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Buat aktiviti, kerja kuat untuk parti, cari seramai keahlian yang boleh, dekati setiap pelusok masyarakat.

Pemuda UMNO Jerantut perlu mencadang dan mendesak kepada kerajaan supaya dibuat projek-projek yang memberi faedah kepada orang Jerantut.

Selama ini Pemuda UMNO Jerantut berjaya mendesak Jalan Ulu Tembeling,ADTEC, Kolej Komuniti, Hidroelektrik Sg Tekai, pengambilan guru-guru terbaik ke kawasan pendalaman, dan yang terkini penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan.

Yang penting pastikan parlimen dan 3 DUN di parlimen Jerantut UMNO dan BN sapu bersih 4-0 mesti menang PRU 14.

Penutup ucapan ADUN Tahan ialah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.




















9 comments:

Anonymous said...

kerana dengar cakap kamaruzaman barua la kerusi bnyk yg kosong.inilah sejarah umno jtut,kerana nak lawan tokeh beginilah jadinya

Anonymous said...

Semuanya mangkuk berayun terutamanya ADUN Tahan

Anonymous said...

Ramai nya kehadiran sampai keluar dewan ....

Anonymous said...

Ramai nya kehadiran sampai keluar dewan ....

Anonymous said...

ni la punca wujudnya nyah keting dalam umno..parti lawan sebenarnye xkuat mane tp org umno sndiri yg menjahanamkan umno....skrg ahli umno akar umbi boleh menilai sendiri siapa sebenarnye yang menjahanamkan dan merosakkan perpaduan sesame umno..

Anonymous said...

jangan bimbang kepimpinan tertinggi dan ahli-ahli umno peringkat akar umbi faham, kalau mereka sayangkan umno adalah seharusnya atau semestinya menyekat punca kekuasaan mereka itu....

Anonymous said...

Wat setori is dis? Jerantut umno pipel fight wif each other one? Wow Jerantut pipel very politik one, very strong fight one. Some more got sturgeon pojek to makan. I tot oni ikan patin got. Wow, Jerantut very teror onelah.

atin sayur said...

bodoh punya komen macam ucapan ketua bahagian jugak! maklumlah macai balaci KB gila! tokeh konon,tokeh tak kedekut tahi hidung masin! secawan teh pun tak merasa sbb kedekut dan kemut duit! jawab lah di akhirt nnt sebb duit rakyat tak sampai ke sasaran!

bapok tiri atin sayur said...

atin sayur ni rasanya lagi bangang dri timbalan ketua bahagian janji nak letak jwatan klau tg lan kalah tapi tak buat pun.tup tup umum nk jadi ahli parlimen la plak;aku syorkan kat bos atin sayur pergi beli cermin telek kat jtut cermin mudahan cepatlah sikit kador ke diri kah5x

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...