Monday, September 1, 2014

Bila Penyokong Projek Sturgeon Kuala Tahan Sudah Mula Bersuara...



















Projek Sturgeon Kuala Tahan bagi pengeluaran caviar telur ikan yang berpotensi menjadi sumber baru ekonomi Felda selain kelapa sawit dan getah untuk generasi baru peneroka dan kg-kg tradisional adalah pet projek PM yang diusahakan oleh Felda dengan I2C Hassed Group of Companies dari Korea Selatan.

PM mahu ekonomi berpendapatan tinggi dengan menjayakan Projek Sturgeon Kuala Tahan dengan unjuran Felda bahawa setiap peserta projek ini boleh beroleh pendapatan RM13,000 sebulan. WZWH berpendapat jika projek ini boleh berjaya mencapai 50% unjuran sasaran pendapatan itu pun sudah cukup baik.

Tapi malangnya Projek Sturgeon Kuala Tahan ilham DS Najib ini telah ditentang hebat oleh kumpulan anti sturgeon yang terdiri dari beberapa kerat penduduk Kuala Tahan ditaja dan disokong oleh Ahli Parlimen Jerantut dengan mengunakan sebuah NGO Alam Sekitar iaitu MNS.



Berbagai propaganda anti sturgeon yang telah diputarbelitkan fakta ditambah dengan macam fitnah telah dimain oleh kumpulan anti sturgeon ini. Kumpulan ini telah mengunakan FB Kami Bantah Projek Sturgeon. Bukan itu saja kumpulan anti sturgeon ini diketuai oleh Professor Maketab Mohamed telah mengadakan pertemuan dengan pihak yang berkenaan di Putrajaya memberikan maklumat yang salah dan provokasi kepada Ketua Pengarah JAS Malaysia.


Photo: Lagi gambar  di Putrajaya semalam menunjukkan kemarahan masyarakat Orang Asal Bateq terhadap penghinaan oleh ahli politik dan projek merosakkan alam sekitar berhampiran kampung mereka di Kuala Tahan.

Jom kongsi gambar ini supaya kita rakyat Malaysia bersama-sama menolak politik sempit yang menggunakan sentimen perkauman dan mencintai alam sekitar!

Tidak cukup dengan itu satu demontrasi dengan mengunakan Orang Batek @ Orang Asli memainkan sentimen rekayasa untuk menarik perhatian bagi matlamat kumpulan mereka bagi menghalang Projek Sturgeon Kuala Tahan. Tagline kumpulan anti sturgeon ini ialah SAY NO TO STURGEON...SAY NO TO ADUN TAHAN AND WZWH!


Majoriti penduduk Kuala Tahan yang merupakan silent majoriti yang pada mula mengambil pendirian berdiamkan diri telah tidak tahan dengan provokasi melampau kumpulan anti sturgeon ini akhirnya bangkit menyatakan sokongan kepada Projek Sturgeon Kuala Tahan.




















WZWH telah turun sendiri melihat pembinaan jalan sementara access road ke tapak projek. WZWH lihat Sg Tabong tidak ditimbus, ada culvert. Walau ini jalan sementara, ADUN Tahan cadangkan buat culvert lebih besar, pokok-pokok ditebang secara minimal, punca air Sg Tabong yang menyalurkan air masyarakat sebenarnya terletak di atas bukit tinggi sebelah jalanraya yang lagi satu jam perjalanan berjalan kaki. 

WZWH mengajak Presiden MNS turun sendiri lihat tapak Projek Sturgeon ini. Banyak fakta-fakta yang diputarbelitkan oleh MNS dan FB Kami Bantah Projek Sturgeon ini yang tidak memberi gambaran yang true and fair view. WZWH dan beberapa pakar alam sekitar tidak nampak isu alam sekitar yang kritikal berkenaan projek ini. Sebab itu DS Najib PM confirm akan melancarkan Projek Sturgeon Kuala Tahan pada 29 September 2014.




















Technology transfer dari Projek Sturgeon. Sturgeon liar 20 tahun baru bertelur. Sturgeon Kuala Tahan boleh bertelur bila umur 4 tahun. Kelah liar 5 tahun baru bertelur. Kelah teknologi transfer Kuala Tahan setahun 3 bulan sudah boleh bertelur.

Kepanasan pancaran matahari Kuala Tahan sepanjang tahun dan tiupan berangin, nature alam Kuala Tahan combine teknologi Korea menghasilkan sturgeon terpantas bertelur dalam dunia. Kuala Tahan tempat 1st class sturgeon dunia!

Rakyat Korea Selatan di Malaysia berjumlah 800,000 orang. Sudah ada Korea Town di Ampang. Penduduk Korea Selatan berjumlah 50 juta. Kerajaan Korea Selatan menjanjikan paling kurang 100,000 pelancong Korea Selatan akan melawat Taman Negara Kuala Tahan setahun. 

Dengan adanya Caviar Park, Hotel 5-7 bintang, dan golf course. WZWH meramalkan 120,000 pelancong Korea akan melawat Kuala Tahan setahun. Orang Korea kuat makan dan berbelanja. Fikirkan kesan ekonomi kepada Kuala Tahan.




















WZWH sungguh tertarik dengan kenyataan seorang anak muda Kuala Tahan ini:

"Saya ada juge semase melawat tapak projek semalam. Apa yg digembar gemburkan selame ni hanyalah rekaan semata mata. Empangan tabong 1 jam perjalanan lagi dari tapak projek. Tapak projek juge di bawh kwasn empangan tabong. Bermakna masalh ketiadaan air tiada kaitan langsong dgn projek ini. Projek sturgeon ini memberi peluang pkerjaan kepada jenerasi muda kuala tahan. Projek ini juge merupakan aset di kuala tahan suatu hari nanti. Projek ni perlu diteruskan. Sebagai jenerasi muda,saya dan rakan2 menyokong projek ini untk kebaikan dan kesenangan kami nanti. Jadi,jgn lah menutup peluang dan ruang yg telah disediakn untk kami." Aichu Haziem Syahmie.

Inilah generasi baru Kuala Tahan yang mahu melihat perubahan yang lebih baik memajukan Kuala Tahan dan Lembah Tembeling - ini pemimpin masa depan Lembah Tembeling.

21 comments:

Anonymous said...

Punoh...punoh

Anonymous said...

Kahkahkah punoh ranoh ....kena dgn kaki pungkor...bila ajak berdebat bermcm alasan ...bila si bodoh diampu oleh sibangang...

Anonymous said...

Goodluck!

Anonymous said...

Saya kurang pasti tentang keburukan projek ini. Apa yang saya nampak baik telh pun dihuraikan oleh pelbagai pihak.

Kenapakah yang menentang biasanya tidak dapat mempertahankan kedudukan mereka dengan hujjah2 yang bernas dan berasas agar meyakinkan pihak lain menyokong pendirian mereka?

Apa yang nampak adalah komen2 satu baris yang tidak berisi. Kata2 kesat dan mencaci tidak akan berpihak kepada pendirian mereka. Sebab itulah ramai mempercayai bahawa orang2 ini walau pun berotak sebenarnya tidak berakal.

Anonymous said...

Jangan jadi macam projek NFC sudah duit disalahguna dan hasilnya tiada yang kaya hanya kroni....mungkin salahsatu muslihat untuk mengelapkan wang negara dan rakyat..

Anonymous said...

Dah byk penentang terang tentang keburukan tapi pekak kan telinga butakan mata ....bila diajak berdebat atau berdialog bermcm alasan diberikan ....dah tak serupa taman negara dah kuala tahan tu dikerjakan oleh manusia rakus ni .....siapkan la satu persatu projek di sana baru nak buat yg baru ....

Anonymous said...

Orang beraksl kuat membelit

Anonymous said...

Yg menyokong tu hanya bdk sekolah yg x tau apa2 pun...apa lagi selama ini mrk digula2kan dgn melihat perlawanan2 bola...kesian bdk2 yg sepatutnya menumpukan pelajaran.

Anonymous said...

Mrk dah cuba mengelakkan DEIA tapi gagal kini mrk gunakan budak2 sekolah utk dapatkan sokongan.

Anonymous said...

Melihat gambar itu kumpulan minoriti yang menyokong itu terdiri dari mereka2 yang tidak mendapat kepercayaan penduduk setempat.

Anonymous said...

hahahaahahahahahahaaaaa.......yg dikatakan kumpulan majoriti ( membantah ) hanya 2 ke 3 orang yg berkejaran kehulu kehilir, yang dikatakan mendapat kepercayaan itu sudah sedikit demi sedikit hilang kepercayaan dri penduduk setempat. Mereka mereka ini sudah gabra / hilang keyakinan kerana pada hakikatnya golongan yg dikatan minoriti itu memperjuangkan kepentinga org org kampung.Golongan yang dikatakann minoriti ini lah yg sanggup bekerja dan membantu penduduk kampung tak kira siang ataupn malam, hujan ribut kerana golongan yang dikatakan minoriti ini mempunyai niat yg baik terhadap penduduk kampung,. Apakah sumbangan golongan yg dikatakan majoriti itu terhadap kampung dan orang2 kampung ? cuba huraikan ?

Anonymous said...

dah makin jelas... lagi byk cover, lagi banyak terbarai.. mari kite tgk kata2 wzwh ug membaraikan niat sebenar prjk strugeon ni... JALAN SEMENTARA, tgk gambor tu... cukup jelas... kalau takat nak buat tapak strugeon tu, kite boleh buat kat mana2kan asalkan infra cukup, betulkan? ade elektrik, jalan, bagunan dan sbgnya... tapi apsal nak buat kat tempat yg blm diterokai? bukan dah ade kawasan kat dun tahan yg dah diterokai tapi idup segan, mati tak mau? kan lagi byk kos? ini tak, saje nak pilih utan pastu nak kaw yg luas sebab nak ade parkle, hotellah.. jadi yg terokai kaw baru yg luas... nak terokai, kenalah tebang pokok kayu balak kan???? kan???? lantak pi lah dah ade ke blm laporan alam ke, prjk jalan ke idak.. asalkan boleh tebang kayu balak.. ade betol?

usin malaun said...

Sebenarnya ini majlis merdekaraya bukan majlis pencerahan ikan Sturgeon.yg datang org tua2 dan budak2 nak beraya serta untuk menerima bantuan raya untuk org2 tua.Tak payah nak memungkorla wan zuri.

Anonymous said...

citer banyok...
DEIA dah siap ke bang?

Anonymous said...

Tengok kat gambo geng no sturgeon tu atan gemok ngan aki jalil je org k.tahan nye,geng yes sturgeon tu sume org yg bese nampok di k.tahan,ailong hemley ngan ailong halil pon ade,steady la ailong..

Anonymous said...

A'kum saudara2... saya baru bertanya kepada orang PM, betul ke Dato' Najib nak ke Kuala Tahan 29 September? dia jawab setahu dia tak ada la pulak. katanya masa tu Najib di Amerika, ada PBB... tak tau le betul ke tak

usin malaun said...

ada najib ali yg datang hahaha.yang dtg majlis merdekaraya + pungkor stergon tu pun amy nor, mat deris dan faroq lebih lagi2 zuri kaki ampu dompok.

Anonymous said...

kau memang kaki kencing eh laknat WZWH, lancau lah....puki

Anonymous said...

Pemimpin yang tiada ilmu, suka membohong untuk kepentingan sendiri, berlagak baik di depan rakyat. LANJIOOOO

Anonymous said...

Tau tak ape.kaki yg menyokong di kuala tahan tu pon kaki ampu dompok.yg pertama sekali faroq,aziz,hamli sebab tu apa2 tanah semua dia dpt,amy nor kaki botol siang malam,mat deris darjah lima pon tak lulus mcm dompok..

Anonymous said...

kaki ampu dompok sume pukilancau la senang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...