Sunday, September 21, 2014

Kilang Spirulina Di Naju Korea Sumber Protein Dan Mineral Untuk Sturgeon

Satu rahsia kejayaan Korea Selatan berjaya ternak ikan sturgeon adalah dengan memberi makanan spirulina sebagai sumber protein dan mineral.

Spirulina adalah algae (sejenis tumbuhan air tawar) yang diproses adalah makanan superfood baik untuk kesihatan. Sila lihat utube di bawah;


Dalam posting ini WZWH melawat sebuah kilang spirulina di Naju selatan Korea. Kilang ini mempunyai 3 paten dunia dan adalah kilang seumpama itu boleh meghasilkan spirulina dalam bentuk cairan.



















Foto WZWH bersama Dr Sun Jong Kim pemegang 3 paten dunia pemprosesan spirulina.

Beliau adalah General Manager Spirulina Research Department, Kaiross Co. LTD. Research stem cell bersama Dr Woo Suk Hwang. Researcher bersama team di Universiti Pittsburg, Reseacher di Mizmedi Hospital dan Researcher I2C Hassed.



















Dr Sun Jong Kim menyambut rombongan delegasi Kuala Tahan.



















Melawat kilang spirulina di Naju Korea.





Ada banyak boiler besar-besar.



















WZWH bukan engineer kilang. Banyak batang stainless steel macam batang ekzos berselirat bertingkat-tingkat. Itu semua untuk pemprosesan spirulina bagi menghasilkan cairan untuk diminum.



















Dr Sun Jong Kim menerangkan sesuatu teknikal kepada Encik Sharulnizam Felda Investment Officer.



















WZWH bertanya kepada Dr Sun Jong Kim boleh tidak kilang spirulina dibina di Jerantut kerana Caviar Park Kuala Tahan perlukan spirulina sebagai sumber makanan.

Dr Sun Jong Kim cakap Malaysia tidak macam Korea yang ada 4 musim. Malaysia terutama Jerantut ada 1 musim saja jadi lebih murah buat kilang spirulina di Malaysia. Dr Sun Jong Kim sanggup membantu dari segi kepakaran.

Sememangnya Dr Sun Jong Kim ada memohon paten dalam proses di Malaysia. Encik Sharin Finance Director Felda mendengar dengan penuh minat perbincangan WZWH bersama Dr Sun Jong Kim.



















Di akhir lawatan rombongan dijamu minum spirulina dan diberi beberapa kotak produk minuman spirulina oleh Kilang Spirulina Naju.

6 comments:

Anonymous said...

tipu punya olang wei!!!

Anonymous said...

tipu punya olang wei!!!

Anonymous said...

ini tipu punya olang wei!!!

Anonymous said...

YANG BAJU OREN KEPALA BOTAK ATAS SEKALI TU BAWAK JUGAK.DIALAH YANG BERGAMBAR PROTES STURGEON DENGAN AHLI PARLIMEN JERANTUT DULU!!!

usin malaun said...

anon atas sekali tu orang ke binatang tak reti lalu guna otak untuk berfikir secara positif!

Qarisma MA said...

Bukan semua buruk bila spesies sturgeon datang ke Malaysia. Mesti ada kebaikan yg akan datang. WZWH mgkn membuka jalan kearah yg lebih baik. Kalau semua buruk, ngapa US, Korea, Russia bela sturgeon...pasti ada kebaikan, betul tak? Allah SWT takkan mengubah nasib sesuatu kaum...Fikir2lah.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...