Pemandangan Kg Pagi dari Sg Tembeling.
Kerja membaiki dan menaiktaraf Jalan Sg Retang ke Kuala Tahan sepanjang 30km sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan kos RM26 juta melebarkan jalan bagi keselesaan penduduk dan pelancong ke Taman Negara.
Kerja menyiapkan Projek Jalan Kg Tuit ke Kg Pagi sepanjang 23km juga sedang rancak berjalan. Ini projek kerajaan kos Rm120 juta bagi pembangunan sosio-ekonomi penduduk Ulu Tembeling.
Kerja-kerja menambun tanah dan meratakan bukit tinggi perlukan masa. Dijangka projek ini siap sepenuhnya pada 30 Jun 2015.
ADUN Tahan dalam ucapan beliau mahu orang Kg Pagi membuat persediaan menghadapi pembangunan. Kemudahan jalanraya sudah sampai ke Kg Pagi. Apa produk-produk yang orang kampung boleh jual terutama produk specialty orang Kg Pagi.
Tanah kelompok 400 ekar untuk kediaman baru orang kampung dan pertanian termasuk untuk belia kampung dengan padang bola dan permainan.
Projek sturgeon Sg Tabong akan menghasilkan perpindahan teknologi bagi penetasan ikan-ikan tempatan. Dari Sg Tabong hingga ke Kg Pagi dijadikan kawasan taman-taman ikan tempatan seperti kelah, patin, jelawat, temoleh dsb.
Sekolah rendah agama dan pusat tahfiz Ulu Tembeling bakal didirikan di Kg Pagi bagi melahirkan murid-murid agamawan. Tradisi khatib dan imam masyarakat Ulu Tembeling sebagai satu komuniti agama yang mengikut shariat perlu dikekalkan.
Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi - Kg Seberang Bantal RM277 juta sudah bermula pada 1 Oktober 2014. Projek ini akan siap 4 tahun lagi.
Kg Pagi melalui ECER akan mendapat pangkalan dan jetty baru RM3 juta bagi tumpuan persinggahan bot-bot yang hilir mudik dari Ulu Tembeling. Kuala Tahan akan sepi dari bot-bot yang hilir mudik seperti Pekan Kuala Tembeling.
Kg Pagi melalui ECER akan mendapat pangkalan dan jetty baru RM3 juta bagi tumpuan persinggahan bot-bot yang hilir mudik dari Ulu Tembeling. Kuala Tahan akan sepi dari bot-bot yang hilir mudik seperti Pekan Kuala Tembeling.
Penduduk Kg Pagi, Ulu Tembeling.
Penghulu baru Ulu Tembeling En. Zarizal Hamzari diberi penghormatan memberi bantuan kewangan kepada penduduk Kg Pagi.
Jamuan santai ADUN Tahan bersama penduduk Kg Pagi.
Pakrendah Liyas yang rapat dengan WZWH semasa kecil adalah seorang cicit Khatib Itam pemimpin terkenal di Kg Pagi zaman dulu.
WZWH bersama Cikgu Jamal Ketua UMNO Cawangan Kg Pagi mudik ke kampung seterusnya ke Kg Kuala Sat.
No comments:
Post a Comment