Ini model masjid baharu Kg Ulu Cheka kos pembinaan RM3 juta.
Walaupun seorang ADUN itu kewajipannya menjaga kawasannya itu tidak bermakna ADUN itu tidak boleh menolong menjaga kawasan DUN lain.
Seorang ADUN juga boleh buat kerja ahli parlimen jika mampu...
Ini WZWH bagi contoh ADUN Tahan. Walau dikawasannya telah lulus peruntukan:
- Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM120 juta
- Projek jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM300 juta
- Lulus bajet 2015 Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu RM500 juta
- Projek Hidroelektrik Sg Tekai RM7 bilion
- Projek menaiktaraf Jalan Sg Retang-Kuala Tahan RM26 juta
- Projek Sturgeon RM150 juta
- Projek perumahan generasi baru Felda. 426 unit di Felda Padang Piol. 400 unit di Felda Sg Retang.
Banyak lagi projek-projek kecil RM10 juta kebawah...
ADUN Tahan menolong mendapatkan peruntukan di DUN lain contoh di DUN Damak:
- Lulus peruntukan Projek jalan lingkaran flyover RM150 juta
- Lulus bajet 2015 menaiktaraf jalan kereta api dari Gemas ke Jerantut
- Lulus peruntukan RM3 juta membina masjid baharu Kg Ulu Cheka
- Projek membaiki jalan masuk Jerantut RM 2 juta
ADUN Tahan juga membantu mendapatkan peruntukan perumahan generasi baru di DUN Pulau Tawar:
Projek rumah generasi baru yang melibatkan kawasan tanah seluas 218 ekar bagi membina 1872 rumah
Adalah wajar boleh dikatakan ADUN Tahan sebenarnya adalah "ahli parlimen de facto" Jerantut.
Berbalik kepada posting WZWH bahawa DS Najib meluluskan peruntukan RM3 juta bina masjid baharu Kg Ulu Cheka.
Ini sejarah masjid Kg Ulu Cheka...
Ini usaha untuk mendapatkan peruntukan membina masjid baharu Kg Ulu Cheka...
Maka ini surat lulus peruntukan membina masjid baharu Kg Ulu Cheka...
ADUN Tahan tetap berusaha keras mencari peruntukan baru di DUN Tahan ini lagi satu contoh...
2 comments:
Terdapat seorang PMO adalah Org dulu Cheka. Mungkin PM mendapat pandangan Dan pendapat beliau. Kita kongsi bersama sama sumbangan PM ini
Ulu Cheka sepatutnya masuk dalam daerah Lipis...kerana Sungai Cheka mengalir ke Sungai Jelai..semua anak2 sungai Jelai termasuk2 alurnya termasuk dalam kekuasaan Orang Kaya Seri Maharaja Perba Jelai kini daerah Lipis..org2 kampung Ulu Cheka termasuk Pawang Nong sendiri asal dari Kg. Kemahang, Mukim Budu dan Kg. Gua Bama, Kuala Lipis.
Post a Comment