Sunday, October 26, 2014

ADUN Tahan Dianugerah SIMP Sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang



ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak bersama mantan ADUN Tahan YH Dato' Ahmad bin Jaafar.


Sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang yang ke 84, ADUN Tahan telah dianugerah oleh Tuanku Sultan Pahang Darjah Bintang Kebesaran SIMP (Sri Indera Mahkota Pahang) di Balairung Sri Istana Abu Bakar Pekan.

Ini adalah Darjah Kebesaran Peringkat Pertama yang membawa gelaran Dato' adalah dicadangkan bagi kurniaan sebagai satu kehormatan yang teristimewa terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah,  Negeri Pahang Darulmakmur dan rakyat keseluruhannya.

Satu-satunya seorang ADUN Pahang yang diberi anugerah untuk dikalongkan oleh Tuanku Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang ke 84.

ADUN Tahan telah membawa masuk peruntukan lebih RM1 bilion ke DUN Tahan sebuah DUN yang paling besar dan paling mundur di Semenanjung Malaysia. Rakyat DUN Tahan menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku di atas pengurniaan anugerah ini.

Diharap ADUN Tahan lebih kuat bekerja lagi untuk DUN Tahan. 

Patik bersama penduduk DUN Tahan dan Parlimen Jerantut merafak sembah menadah tangan memohon doa kehadrat Ilahi Jalla Jalaluh diatas kesejahteraan KDYMM Tuanku. Semuga Negeri Pahang dan rakyat Tuanku terus aman makmur sejahtera. Setinggi-setinggi sembah tahniah dari kami Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

Selamat menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah, Sultan dan Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur.

2 comments:

Anonymous said...

Dato Seri Diraja Wan Mizan

ustaz roslankama said...

memang layak pun selain dato nan!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024