Tuesday, October 21, 2014

ADUN Tahan Entourage Lawatan Kerja Ulu Tembeling Part 2 Kg Kuala Sat



















Kg Kuala Sat. Tebing pasir dan pokok kelapa melambai.



















Kg Kuala Sat kini sebuah kampung yang punya ramai belia. Mempunyai beberapa sub-kampung lagi.




















Ini sebenarnya di seberang the original Kuala Sat. Di hulu Sg Sat ada banyak kampung lama lagi dan sudah masuk dalam kawasan Taman Negara.





Kg Kuala Sat mempunyai ramai anak-anak muda. Pembukaan ladang getah oleh Yayasan Pahang dan Felcra telah memberi mereka peluang pekerjaan.

Masjid baru Kg Kuala Sat bernilai RM2.2 juta. Perhatikan jalan simen. Di Ulu Tembeling jalan ini dipanggil jalan slack. RM12 juta telah diperuntukkan untuk membina jalan ini.





















Di Masjid baru Kuala Sat.




















Selepas solat menjamu selera dengan goreng siput, pucuk paku, sayur labu, gulai rong ikan sungai.




















Bantuan kewangan kepada penduduk kampung.



ADUN Tahan santai bersama orang-orang muda Kg Kuala Sat. Perumahan baru menempatkan semua orang kampung. Diharap bila Projek Jalan Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal siap lagi 4 tahun nanti ( lebih cepat lagi dari Kg Pagi ke Kg Kuala Sat ) boleh membantu perkembangan sosio-ekonomi penduduk kampung.




















Perjalanan seterusnya ke Kg Bukit Mat Daling yang melalui dulu Kg Bantal. Kawanan kerbau yang sedang mandi manda di Sg Tembeling menjadi pemandangan yang menarik. Kerbau di Ulu Tembeling adalah kerbau yang paling bersih di dunia kerana suka mandi dalam Sg Tembeling. Berlainan spesis kerbau yang lain suka berkubang di kolam yang berlumpur.




















Ini satu pemandangan yang menjadi nostalgia kepada anak-anak Ulu Tembeling di perantauan. Bila mudik pasti hati sangat suka melihat kemunculan sebahagian pemandangan Kg Bantal kerana dulu untuk mudik dari Kuala Tembeing ke Kg Bantal mengambil masa lebih 9 jam. Kalau air sangat surut terpaksa bermalam di pasir dan di jeram. 




















Kg Bantal sudah kelihatan.



















Tebing sungai di Kg Bantal. Pokok-pokok yang rimbun. Pokok kelapa. Padang Kg Bantal.




















Jetty Istana Seri Tembeling Kg Bantal. Di atas bukit itu ada sebuah Istana Sultan Pahang.




















Bot semakin menghampiri jetty utama.



















Deretan kedai-kedai dan coffee shop di Kg Bantal. Sebelum mudik ke Kg Bukit Mat Daling elok mengetih pekena teh tarik dulu atau kopi di salah satu coffee shop di Kg Bantal.




















Welcome To Kg Bantal...kampung yang mendapat nama dari kisah legenda seekor ular yang sangat besar macam giant anaconda yang menganggu  penduduk kampung telah dibunuh. Teriakan dan jeritan penduduk kampung, "bantai...bantai...bantai..(pukul atau palu) akhirnya menamakan Kg Bantal.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024