WZWH cuba memberi posting tentang kebangkitan dan pembangunan Kuala Lipis. Agak sentimental kerana WZWH dilahirkan di Hospital Kuala Lipis 46 tahun yang lalu. Dulu perhubungan kereta api memudahkan perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut selain jalan raya yang bengkang bengkok dari Jalan Jerantut-Benta-Kuala Lipis.
WZWH telah menulis posting Pembangunan Ekonomi Kuala Lipis yang menerima sokongan yang baik dari orang Lipis.
Posting WZWH kali ini ialah pembangunan Sosio-Ekonomi Lipis dari Kg Aur Gading ke Kg Chegar Perah.
Pembinaan jalan ini akan memberi faedah kepada 4000 orang penduduk setempat serta akan menjadi laluan alternatif pengguna jalanraya daripada Gua Musang ke Raub dan Cameron Highlands yang mana akan mengurangkan jarak perjalanan sejauh 20 km.
Pada masa ini, Pekan Chegar Perah hanya boleh dihubungi melalui jalan darat dengan menggunakan keretapi atau jalan-jalan pertanian. Dengan pembinaan jalan ini ianya dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan pembangunan kawasan masyarakat setempat.
Pembinaan jalan ini juga dapat meningkatkan perhubungan ke pusat-pusat kemudahan awam seperti klinik kesihatan, sekolah rendah dan masjid serta dapat menyediakan perhubungan yang berterusan pada musim banjir.
Penantian 4000 penduduk sejak 50 tahun lalu berakhir apabila projek jalan raya dari Kampung Bukit Kota ke Aur Gading dalam DUN Jelai dan DUN Padang Tengku sudah siap. Projek bernilai RM35 juta sejauh 11.7 km itu dibina sejak 2008 siap mengikut jadual pada 2010.
Projek fasa pertama itu telah memacu pertumbuhan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan Pahang Barat.
Fasa kedua projek itu yang menghubungkan Aur Gading ke Chegar Perah di DUN Padang Tengku disambung selepas selesai fasa pertama projek itu. Projek fasa kedua ini bernilai lebih kurang RM95 juta sejauh 16 kilometer.
Projek fasa kedua pakej 1 sejauh 5.5 km kos RM33 juta yang mula dibina pada 2011 siap pada 2013.
Projek fasa kedua pakej 2 sejauh 10.2 km kos RM61.6 juta pula akan mula pada Oktober 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi pada 2017.
Projek ini akan melengkapkan rangkaian jalan dari Raub/Kg Cheroh ke simpang tiga ke Sg Koyan/Felda Sungai Koyan-Kg Bukit Betong-Kg Aur Gading-Kg Chegar Perah sehinggga ke Felda Chegar Perah.
Bukan sahaja projek ini membangunkan Pahang Barat merangkumi kemudahan jalinan jalanraya parlimen Cameron Highland, parlimen Raub dan parlimen Lipis bahkan parlimen Gua Musang Kelantan.
Adalah lebih patut WZWH lebih fokus kepada pembangunan parlimen Jerantut terutama di DUN Tahan. Walau pun DUN Tahan itu bergunung ganang berbukit tinggi demi keutamaan keperluan penduduk Ulu Tembeling dan masa depan jalinan jalanraya Pahang-Trerengganu, projek jalanraya perlu dibuat.
Itu sebab Projek Jalanraya Ulu Tembeling fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 21 km kos RM120 juta lambat siap sebab leveling bukit yang tinggi, contour dan KSAS dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2015.
Harap penduduk Ulu Tembeling bersabar kerana memang kerja-kerja jalan Projek fasa 1 ini begitu sukar.
Tapi bagi Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 32 km kos RM277 juta yang patut dimula pada 2014 hanya menunggu clearing hutan dari Jabatan Hutan Pahang. 3 tahun lagi projek ini dijangka siap.
Peruntukan tambahan diperlukan untuk membina jalan intra kampung-kampung Ulu Tembeling dan 3 jambatan sebanyak RM150 juta lagi.
Bagi fasa seterusnya bagi Projek Jalan Pahang-Terengganu melalui Ulu Tembeling adalah terlalu awal untuk WZWH memberi ulasan. Projek ini bila siap dilaksanakan akan membuatkan bandar Jerantut lebih besar dari bandar Kuantan bila ledakan mega transformasi pembangunan sosio-ekonomi DUN Tahan mengubah ketidakseimbangan ekonomi.
No comments:
Post a Comment