Sakmongkol AK47 @ YB Dato' Mohd Ariff Sabri, ahli parlimen Raub.
Sakmongkol AK47 sungguh obsess dengan kegilaan menghentam dan menembak DS Najib PM Malaysia. Sila baca dua posting terbaru Sakmongkol AK47 di bawah:
Dendam kesumat Sakmongkol AK47 terhadap DS Najib tidak pernah padam...masih merah api menyala selepas beliau tidak disambung khidmatnya sebagai ADUN Pulau Manis pada PRU 12.
Walau ditakdir Allah beri peluang kedua menjadi ahli parlimen Raub selepas PRU 13 atas tiket DAP namun Sakmongkol tidak pernah bersyukur dan berpuas hati.
Ideologi Sakmongkol AK47 adalah "Najibbashing". Mungkin ini strategi DAP kalau mahu Pakatan Rakyat menang PRU 14 memerintah Putrajaya perlu attack DS Najib.
So simple. Mudah sangat strategi itu.
Lebih baik Sakmongkol AK47 fokus kepada pembangunan parlimen Raub dari menembak PM.
Lebih baik Sakmongkol AK47 perbaiki dan bina infrastruktur-infrastruktur dalam parlimen Raub pembangunan luar bandar terutamanya pelaburan luar bandar dan perubahan kemudahan asas bagi mempertingkatkan dan memperhebatkan produk-produk luar bandar.
Lebih baik Sakmongkol usahakan sektor pertanian berteknologi tinggi di Raub, mempertingkat dan memperkasakan industri berasaskan pertanian. Ini bagi perubahan pengurusan perubahan ekonomi menjana pendapatan rakyat Raub.
Sakmongkol AK47 tidak perlulah merayu dalam blog....
Dear Readers and Supporters.
If you like what I do and write on, please show your support by making some financial donations. These donations will help to defray some of the costs I incur as Member of Parliament for Raub. Mostly, these had to be borne personally by me. I maintain 3 staff at my service center in Raub. It is located as no 12, Jalan Tun Razak Raub infront of Raub's HSBC.
These donations will go far in financing welfare programs that I do such as distributing food hampers to the hardcore poor and extending some financial assistance to the needy. Your donations will be applied to good causes.
as you probably know, opposition MPs and ADUNs, do not get financial allocations and have to beg around getting funds.
please donate to:
AMBANK ACCOUNT: 2440070000239
Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz.
If you like what I do and write on, please show your support by making some financial donations. These donations will help to defray some of the costs I incur as Member of Parliament for Raub. Mostly, these had to be borne personally by me. I maintain 3 staff at my service center in Raub. It is located as no 12, Jalan Tun Razak Raub infront of Raub's HSBC.
These donations will go far in financing welfare programs that I do such as distributing food hampers to the hardcore poor and extending some financial assistance to the needy. Your donations will be applied to good causes.
as you probably know, opposition MPs and ADUNs, do not get financial allocations and have to beg around getting funds.
please donate to:
AMBANK ACCOUNT: 2440070000239
Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz.
Sakmongkol AK47 sebagai ahli parlimen Raub perlu sibuk buat kerja cari pelabur-pelabur yang berlebih di negeri Selangor, di negeri Pulau Pinang, dan di negeri Kelantan.
Sakmongkol AK47 mesti agresif mengadakan hubungan yang baik dengan MB Selangor, KM Pulau Pinang dan MB Kelantan membawa pelaburan-pelaburan di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini agar tempias sikit ke parlimen Raub.
Pelabur-pelabur ini samada secara usahasama atau direct investment boleh memaju, membangun dan memakmurkan ekonomi Raub.
Itulah kerja ahli parlimen bukan dengan hari-hari menembak PM atau buat demonstrasi atau berpiket menentang projek.
Orang Raub mahu lihat ahli parlimen proaktif membawa pelaburan memajukan parlimen Raub.
Kerja-kerja begini lebih berfaedah dan berguna kepada pengundi-pengundi parlimen Raub.
Lebih baik Sakmongkol AK47 fokus pembangunan Raub dari menembak PM.
Kalau hari-hari menembak PM....PM pun tawar hati mahu menolong memberi peruntukan membangun sosioekonomi Raub.
11 comments:
Wzwh patut suruh calon BN yg kalah di raub dulu buat kerja. Tarik semula sokongan. Tingkatkan usaha. Jika bernasib baik..pru 14 nanti orang raub akan undi bn semula. Selesai..
Saya banyak buat komen dalam blog nya juga. Sebenar dari cara beliau menulis tidak lain menghenyak melayu. Maka bertepuk-tepuk dan bangga sekali penyokong tegar Dap.
Jika di imbas, Ahli Parlimen Raub jika berketurunan cina, faham-faham sajalah bagaimana kaum mereka akan teruja memberi bantuan ! Tidak di nafi dari segi logistik sehingga kewangan akan di salurkan sebanyak mungkin. Oleh kerana YB mereka melayu, lihat saja, sampai merayu ! Pelik bukan ? Ada LKS dan LGE peduli ? Saya tidak bersangka buruk, tetapi ini lah realiti amalan 'double standard' parti cauvinis yang konon nya mengaku dan hebat dalam kemajmukan. Semua nya mimpi ngeri belaka.
Dalam keadaan sebegini BN perlu tampil aktif, tetapi bukan 'menggali lubang' sendiri dalam menggengam semula politik rakyat. Memang BN tidak boleh mengharap undi-undi cina buat masa ini kerana keberkesanan Kerajaan Persekutuan belum begitu ampuh di bawah Najib. Ini bukan kerana politik tetapi cara PM agak liberal sehingga pembangkang bila-bila saja boleh memijak kepala beliau terutama orang-orang kanan yang di lantik sebenar nya bukan pro-Umno atau BN.
Sebab melayu suka ditipu oleh bangsa melayu sendiri.laungan hidup melayu tu sekadar laungan kosong je
Datok..rasa nya ada baik datok wan mizan bertanding disana..kita mahu kan kemajuan
Salam WZWH, nak beri cadangan sebab nampaknya Sakmongkol ni angkuh sangat..maklumlah sekarang dah bersekongkok dengan Cina Lim Kiat Sian dan India Kara Singh Deo..boleh tak WZWH anjur kpd kerajaan negeri tukar nama Parlimen Raub kepada Parlimen Hulu Lipis..kerana 80% dari Sungai Lipis dan anak2 sungainya ada di daerah Raub ( kini ...cuma kualanya sahaja ada di daerah Lipis ( kini )..jika tidak masukkan semua mukim2 di mana Sungai Lipis mengalir di daerah Raub ke dalam Parlimen Lipis..mukim2 ini spt Mukim Sega, Dong, Ulu Gali, Ulu SUngai, Tersang dan Semantan Hulu. Biar Sangmongkol ini duduk dgn cina2 sahaja di Raub sebab kwsn Melayu dah pindah ke Parlimen Lipis...kerana asal2nya pun seluruh Sungai Lipis ( anak Sungai Jelai ) adalah jajahan takluk Orang Kaya Seri Maharaja Perba Jelai tapi dipecah kepada daerah Lipis dan Raub oleh British atas sebab mahu mengaut lambakan emas di Raub serta peristiwa pembunuhan Orang Kaya Haji Wan Muhammad yang berkuasa mengawal Sungai Lipis oleh konco2 British.
Dia ni kena tukar dari Sakmongkol tukar kepada MANGKOK je.....orang lain semua tak betul dia je la yang betul. Udah2 la tu, dah menang tu berkhidmat lah pada masyarakat setempat yang telah memberi kepercayaan dan pengharapan. Melayu nak jahanamkan Melayu. BN khususnya UMNO kena ambil peluang memberikan khidmat terbaik di kawasan ni walaupun calon kalah....ambil balik keyakinan penduduk setempat. Jangan lan bila nak PRU baru berbondong2 nak datang...klu itu berlaku orang menyampah ada la..
WZWH boleh tak cadangkan pada PM letak calun Melayu dari UMNO di Parlimen Raub dalam PRU 14..biar kalah Sangmongkol yang bersekongkol dengan politik adu domba Cina2 dan India DAP..kome orang Raub pun dah tak nok tengok muke PENGKHIANAT MELAYU ni weh..
sebenar org2 UMNO sendiri yg membuat onar membuatkan org melayu sendiri membenci UMNO.Dulu UMNO disanjung sekarang UMNO banyak cakap kosong.
pembangkang yang cakap banyak sebab tak ada kerja! umno kurang bercakap sebab banyak kerja nak diselesaikan! ini fakta!
Ya, UMNO banyak kerja membelasah harta negara sampai Cayman Island pun kenyang.Untuk makluman cayman itu buaya.Kan sama pe'el tu.
Ape yg ko merepek ni... ak47 hentam atas sebab yg diketengahkan-ape lagi patahkan hujah2 die... kalau hujah@sebab yg sakmangkol bagi tu khayalan, tipu, putar, senang jea nak patahkan.. apsal tak buat...
aku tak paham, korang tak buat pun. balik2 cite ini semua keja org cina kat belakanglah, zionist ke ape ke.. lecehlah bro. amenda yg sakmangkol salah sangat tu, bagi fakta.. gerenti checkmate.
skrg sakmangkol kata najib buat benda salah, korang kata tak tapi sakmangkol bagi sebab dan korang tak pulak bagi sebab.. macam mane tu?
pastu balik2 cite buat pembangunan.. skrg federal=bn, pahang=bn, bola kat kaki bn.. hah tunggu ape lagi, nak rembat ke, nak passing ke, nak komplein jea... kalau tak nak komplein jea.. elok sgt BN jadi pembangkang sekali skale.. baru kite tahu takat mane yg setia ke @ takat nak laba jea...
Post a Comment