Beribu tahun sejak abad pertama lagi emas, timah dan besi menjadikan Pahang makmur dan kaya.
Di bawah bumi negeri Pahang ini bertaburan banyaknya emas, timah dan besi. Hikayat emas, timah dan besi menceriterakan sumbangan galian ini memakmurkan Pahang.
350 juta tahun lalu perut bumi menuntahkan isi perutnya, 260 juta tahun kemudian batu panas ini terperangkap di bawah negeri Pahang.
Tujuannya untuk Pemerintah dan pemimpin Pahang dari zaman berzaman mengunakan manfaatnya untuk membangunkan negeri.
Tujuannya untuk pelombong, pengusaha dan korporat menggunakan keuntungan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.
Bandar-bandar baru dibina. Peluang pekerjaan untuk ribuan orang. Kemudahan api, air, sekolah, hospital, perniagaan, jalinan pengangkutan jalan raya, kereta api, air dan laut.
Ekonomi berkembang. Rakyat suka dan gembira.
Bila harga getah jatuh...harga sawit jatuh...rakyat tidak gembira...rakyat (bukan semua) marah kepada kerajaan. Sebaliknya bila getah naik...harga sawit naik tidak pula rakyat memuji kerajaan.
Begitulah rakyat sekarang....sebab rakyat sudah jadi raja.
Kerajaan kena puaskan hati rakyat (yang sudah jadi raja).
Apa kerajaan buat untuk kebaikan rakyat itu rakyat sekarang anggap biasa...rakyat kata kami bayar cukai...(walaupun sebenarnya ramai mengelak cukai).
Bila rakyat susah kerajaan kena beri ufti sedikit. Rakyat sekarang sangat sensitif. Salah sikit mahu demonstrasi...ini negara demokrasi.
Kerajaan pun tidak mampu menanggung semua. Tidak tersubsidi untuk semua. Bila dikurangkan sedikit subsidi, rakyat marah walau saving subsidi itu boleh kerajaan buat benda lain.
Bila kerajaan cuba mencari sumber ekonomi baru ada rakyat yang tersangat pandai menentang tambah lagi ada pemimpin yang menyokong.
Ekonomi perlombongan emas, timah dan besi boleh membantu. Tapi ada cabarannya dan pusingan kitaran zaman kegemilangan dan zaman kemunduran.
Harga stabil dan tinggi bagus...harga jatuh dan menjunam mampus!
Pengurusan kena cekap dan berkesan. Kebajikan pekerja dijaga. Minimakan kerosakan alam sekitar.
Itu belum kira bencana alam-banjir, api kebakaran dan konflik kemanusiaan-perang, perang gerila dan wabak penyakit.
Tapi perang global kadang-kadang boleh menaikan harga yang meningkat permintaan.
Jika harga memang jatuh...tidak mengapa simpan saja dulu emas, timah, besi buat pemerintah, pemimpin dan pelombong serta korporat Pahang akan datang...buat anak cucu cicit.
Sampai masa ketikanya harga akan naik...dan meningkat naik.
WZWH banyak menulis posting tentang emas dan besi. Sila klik posting SINI yang menghimpun segala posting WZWH.
Bagi timah pula sejak 100 tahun dulu pengeluaran yang ekstensif berskala besar telah memakmurkan Daerah Kuantan hinggalah zaman kemerosotan bila harga timah jatuh menjunam. Tapi harga sekarang timah makin mahal.
Lombong timah Sg Lembing adalah lombong bawah tanah terbesar dan terdalam dalam dunia dengan kedalaman 700 meter 2 kali ganda lebih tinggi dari Menara Kembar Petronas KLCC dan bila disatukan semua terowong sepanjang 322 km.
5 comments:
WZWH...
kita bercakap atas fakta...saya juga ada kwn asal pahang dan bertugas sbg geologis dan beliau pun bercakap atas fakta juga...pahang mmg ada semua itu .. emas, bijih,minyak dan galian2 lain...
Yg kesiannya adalah para pembangkang projek2 yg dicadangkan spt stargeon tu...bercakap tiada fakta jelas....mcm sekolah setakat luluaan pmr jer... hehehehehe...alasannya tidak memberi manfaat kpd penduduk tempatan.... belum cuba belum tau.....
Pengalaman saya di jepun dulu, mcm tak percaya org jepun tanam paku tanjung...utk dibuat jeruk...sekilo jeruk paku tanjung 14,000 yen....(rm420.00)...apakah org lembah tembeling percaya cerita ini?...paku tanjung banyak tumbuh meliar di tepi sg tembeling......
TQ Anon 1:38 beri info jeruk paku tanjung RM420 sekilo di Jepun. Memang WZWH suka makan paku tanjung masak kicap. Paku tanjung tebing Sg Tembeling jauh lebih sedap dari paku di Kuantan. Kita perlu commercialkan sbg sumber ekonomi baru tanam skala besar dan eksport.
kerana hasil negri yg begitu byk sbb tu jln kat pahang ni mcm x der kerajaan
huh!!, baru kahwin orang jepun dan duduk disana sembang kencang...itu mujur la dpt kawin dgn jepun, kalau pelancong jepun tu tak datang kotahan awok tu pon msh di tahap pmr yg bocor soalannya. Dan satu lagi kenapa tak cerita soal pembalakan yg berluasa?... nak sorok2 cerita la tu.
MATA YANG BUTA DAN HATI YANG BUSUK SAJA TIDAK NAMPAK BENDA BAIK YANG KERAJAAN DAH BUAT! TAK TAHU BERSYUKUR TUNGGULAH AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH!ALLAH DAH BERI TAHU SATU PERKARA YANG SANGAT SUKA R UNTUK MANUSIA LAKUKAN IALAH BERTERIMAKASIH!
Post a Comment