Kg Bukit Mat Daling dari pandangan Sg Tembeling. Kampung ini sempena nama seorang pahlawan yang gagah berani bernama Mat Daling. Di satu bukit tempat Mat Daling mengajar ilmu persilatan kepada anak-anak muda diberi nama Bukit Mat Daling.
Bot-bot tidak boleh hilir mudik ke kampung ini kerana air cetek membuatkan pasir timbul kecuali hari sungai besar. Bot-bot perlu berhenti di pangkalan di hilir kampung.
Inilah Pengkalan Kuala Sungai Membatu nama terminal transit buat penduduk Kampung Mat Daling. Disini sudah menunggu beberapa Hilux, 4WD untuk mengangkut barang-barang dan penumpang.
Dari Pengkalan Kuala Sungai Membatu kena menaiki Hilux, 4WD ke Kampung Mat Daling sejauh 5km lagi jalan berturap batu kerikil. Ada banyak kampung-kampung kecil ditempuhi seperti Kampung Semena, Kampung Macang Perah, Kampung Kuala Belukar.
Di sebelah hulu kampung Mat Daling ada juga beberapa kampung kecil seperti Kampung Tanah Memindah, Kampung Pulau Besar, dan Kampung Bukit Kubong.
Sejak pukul 3 petang hingga 5 petang orang Kg Bukit Mat Daling dan Pegawai Pertanian Daerah Jerantut menerang dan membincangkan kisah sepohon pokok.
ADUN Tahan menambah satu jam lagi perbincangan mengenai sepohon pokok. Kini ADUN Tahan, Pegawai Pertanian dan orang kampung berdiskusi tentang sepohon pokok di depan mereka. Kira-kira 3 jam lebih hanya bincang pasal sepohon pokok.
WZWH rasa agak pelik kali ini. Biasanya orang kampung bincang politik kampung. Politik negeri atau politik negara. Hari ini ramai orang kampung hadir dari Kg Bukit Mat Daling, Kg Semena dan Kg Macam Perah baik di dalam dewan mahu pun di luar dewan tidak kira penyokong parti mana.
Mereka semua berminat dengan sepohon pokok ini!
Pegawai Pertanian Daerah Jerantut menyerahkan anak sepohon pokok kelapa matap kepada Tok Empat Kg Bukit Mat Daling Wan Maba disaksikan oleh ADUN Tahan.
Pegawai Pertanian mahu Ulu Tembeling menjadi pengeluar utama pokok kelapa matap. Pokok kelapa matap boleh mengeluarkan buah bila berumur 3 tahun dan pokoknya rendang. Kelapa matap ini boleh dikomersialkan. Sebiji kelapa matap berharga RM2. Anak sepohon pokok kelapa matap dijual RM30 sepohon.
Ini foto awal diambil pada pukul 3 petang, dua orang pegawai Agro Bank bersedia menawarkan perkhidmatan kemudahan pinjaman kepada orang kampung membeli tanah-tanah pertanian bagi tanaman kelapa matap ini.
ADUN Tahan memulakan ucapan. Beliau gembira dengan respon penduduk kampung yang berminat dengan tanaman pokok kelapa matap. ADUN Tahan mahu sediakan 1000 ekar tanah bagi tujuan ini. Buat permulaan boleh mula 300 ekar dulu lihat prestasi dan progress.
ADUN Tahan mengumumkan Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bukit Mat Daling sejauh 36km kos RM300 juta sudah bermula pada 1 Oktober 2014 dengan rasminya. Ini ambil masa 4 tahun untuk siap.
Bajet 2015 telah meluluskan peruntukan RM500 juta bagi pembinaan Projek Jalanraya Kg Bukit Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu sejauh 55km lagi.
Orang kampung kena mohon tanah dan guna tanah dengan sebaiknya. Pembukaan ladang getah oleh Yayasan Pahang dan Felcra membantu ekonomi orang kampung.
Orang kampung ceria riang dan bertepuk tangan mendengar khabar berita baik dari ADUN Tahan.
Bantuan kewangan diberi kepada orang kampung yang memerlukan.
Ini acara kemuncak dan simbolik, ADUN Tahan menanam sepohon anak pokok kelapa matap. Diharap penduduk Kg Bukit Mat Daling berjaya dengan rancangan mahu menanam pokok kelapa matap seluas 1000 ekar.
Pada sebelah malam menikmati juadah makan malam. Antara menu WZWH paling suka pekasam ikan kelah, daging rusa, daging landak, daging seladang, ikan salai dan banyak lagi. Waktu beginilah boleh berbual-bual santai bersama kawan dan sedara mara sambil mengetih dan bersembang serta memungkor sampai pukul 3 pagi.
No comments:
Post a Comment