WZWH suka makan pucuk paku. Sedap bila dimasak goreng kicap. Boleh dibuat masak kerabu dan lemak. Selalu bila makan kenduri di Tembeling, WZWH pilih menu sayur pucuk paku dulu. Pucuk paku mudah dipetik sepanjang tebing Sg Tembeling.
Ada pembaca blog WZWH kata orang Jepun suka makan pucuk paku. Mereka mula menanam pucuk paku buat jeruk. Harga sekilo jeruk pucuk paku ialah 14,000 yen lebih kurang RM420!
Di Korea pucuk paku boleh dibuat kimci macam jeruk. Mungkin harga sekilo kimci pucuk paku mahal juga.
Kita perlu commercialkan sebagai sumber ekonomi baru. Cadangan untuk tanam pucuk paku berskala besar dan eksport ke Jepun dan Korea adalah baik.
Kenapa orang Jepun mahu makan pucuk paku Malaysia?
Article pasal pucuk paku dibawah menerangkan khasiat pucuk paku....
Paku sayur (Diplazium esculentum) merupakan sejenis pakis yang biasa dimakan sebagai sayuran oleh penduduk di Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik. Paku sayur ini biasanya tidak ditanam, melainkan tumbuh liar di tepi sungai, tebing-tebing yang lembab dan teduh, atau di hutan dan pegunungan.
Tumbuhan paku (paku-pakuan, Pteridophyta atau Filicophyta) merupakan kelazatan hidangan daun pakis atau daun paku terdapat komponen gizi yang mampu meningkatkan kekebalan tubuh, mempercepat proses penyembuhan luka, dan turut mencegah penyakit degeneratif. Bagaimana cara mengolah yang benar agar nutrisinya tidak terbuang?
Klorofil merupakan pigmen pemberi warna hijau pada dedaunan. Ciri khas dari pakis sayur adalah bahagian hujungnya tampak menggulung.
Bahagian pakis yang dimakan sebagai sayuran sesungguhnya adalah daun muda yang yang belum mekar secara sempurna. Kerana itu, untuk sayuran harus dipetik saat masih muda, supaya berasa enak dan bertekstur lunak.
Daun pakis dipercaya berkhasiat untuk MENYEMBUHKAN LUKA. Hal itu kerana kandungan vitamin C-nya cukup tinggi, yaitu 30 mg per 100 g. Fungsi vitamin C banyak berkaitan dengan pembentukan kolagen. Vitamin C diperlukan untuk hidroksilasi prolin dan lisln menjadi hidroksiprolin dan hidroksilisin, yang merupakan bahan penting dalam pembentukan kolagen.
Kolagen merupakan senyawa protein yang mempengaruhi integriti struktur sel di semua jaringan ikat, seperti pada tulang rawan, membran kapiler, dan kulit. Dengan demikian, vitamin C berperanan besar dalam penyembuhan luka.
Daun pakis yang berwarna hijau gelap kaya akan betakaroten. Di dalam tubuh, betakaroten akan dimetabolisme menjadi vitamin A. Kandungan betakaroten dalam daun pakis setara dengan 432 RE vitamin A.
Betakaroten ini berperanan dalam mengatur proses metabolisme di beberapa jaringan tubuh. Selain itu, betakaroten juga mengatur kerja gen-gen yang terlibat dalam sistem imuniti, sehingga dapat membantu meningkatkan KEKEBALAN TUBUH / IMUNITI terhadap berbagai penyakit, khususnya PENYAKIT INFEKSI.
Daun pakis juga dipercaya berkhasiat mencegah penyakit REUMATIK. Hal itu kerana adanya kandungan kalsium dan fosfor yang cukup tinggi, yaitu masing-masing 42 mg dan 172 mg per 100 g daun pakis.
Kalsium dan fosfor merupakan mineral makro yang diperlukan untuk pertumbuhan, pembentukan, dan pemeliharaan KESIHATAN TULANG.
Flavonoid sebagai antioksidan dapat mencegah munculnya penyakit yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Contohnya, penuaan dini, KANSER, dan berbagai penyakit degeneratif lainnya.
Sebagai ANTIBAKTERIA, flavonoid bergabung dengan protein ekstraseluler dan membentuk senyawa kompleks. Senyawa kompleks tersebut menganggu integriti membran sel dan menghambat pertumbuhan sel-sel bakteria. Peranan antibakteria tersebut dapat digunakan sebagai bahan pengawet.
4 comments:
Hahahaha...sentiasa mencari idea yang baru ya!!!...kini beralih pula pada pucuk paku dan dikaitkan dgn korea lagi....mmg dah mcm budak2 suka ke arah Kpop gamatnya ni.
Cari pucuk muda lagi best.
KPOP TAK APA LAGI,JANGAN SUKA BINI ORANG SUDAHLAH!
Mengubah mentaliti seseorang agak sukar melainkan setelah jasadnya berada di liang lahat.
Post a Comment