Wednesday, June 17, 2015

Nasihat Ikhlas Jurulatih Palestin Kepada FAM



Oleh kerana Malaysia adalah negara yang paling banyak membantu Palestin dari segi moral dan material dalam konflik isu Israel lebih-lebih lagi DS Najib adalah pemimpin dunia pertama yang menjejakkan kaki ke Palestin walau berdepan risiko roket Isreal maka jurulatih bolasepak Palestin memberi nasihat ikhlas kepada FAM ekoran skandal kekalahan team Harimau Malaya paling memalukan dan pesta gol 6-0 dalam aksi kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, malam tadi.

Jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat menyifatkan perlawanan itu adalah kemenangan paling mudah buat pasukannya.

"Kami memang mahu menang, tetapi kami terkejut dapat kemenangan besar. Saya tak sangka Malaysia sudah berputus asa selepas ketinggalan 3-0.

"Saya rasa mereka perlu lakukan seperti Palestin dengan menukar hampir keseluruhan pemain. Saya rasa ramai pemain muda berbakat di Malaysia," kata Abdel Nasser.

WZWH fikir elok FAM terima nasihat ikhlas dari jurulatih Palestin itu dengan hati yang terbuka.

WZWH tidak tahu apa pula komen KJ dan TMJ  berkenaan kekalahan besar dan memalukan team Malaysia!

4 comments:

Anonymous said...

Main bola ni asal main je. Kalau bertaktik sangat tu yg kena bebijik bijik.

Anonymous said...

Pemain2 bolasepak negara kebanyakkan lebih nak bergaya atas padang macam pemain2 terkemuka dan terhebat dunia.....tapi skill pemain tempatan ZERO berbanding pemain2 lain.

Anonymous said...

MH 370, MH 17, 1MDB, banjir, gempabumi, human-trafficking, 6-0 kalah pada palestine. Bukan tukar pemain bolasepak saje, tukar semua bro.

Anonymous said...

Bersyukurlah musibah kecik je. Palestin tu lagi teruk. Negara pun hilang. Menang Bola 100-0 pun tak guna

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...