Monday, June 1, 2015

Sejarah, Protokol Dan Etika Tepak Sirih Budaya Melayu Merentas Dunia



Hari ini Tepak Sirih hanya berperanan dalam adat istiadat meminang dan nikah kahwin sedangkan peranannya menjangkau komunikasi sistem sosial masyarakat Melayu.

Sejarah, protokol dan etika tepak sirih menarik untuk diketahui generasi baru. 

Apa yang generasi baru tahu tentang amalan memakan atau mengunyah daun sirih? Ini bukan saja mengenai adat Melayu yang bukan sahaja orang Melayu suka makan daun sirih malah dari India, Pakistan, Bangladesh, Nepal hingga Myanmar, Thailand dan Indocina-Vietnam, Laos, Kemboja ke China, Taiwan hingga ke seluruh kepulauan Melayu termasuk Filipina dan kepulauan Pasifik, Malenesia, Micronesia.

Ini sebenarnya budaya dunia. Tambah lagi merebak ke UAE dan Pulau Hawaii dan keseluruh dunia

Malangnya di Malaysia amalan ini semakin dilupakan.

Hampir  2000 tahun dulu mengunyah sirih merupakan satu budaya santai dan relax seperti hari ini menghisap rokok dan cerut serta paling ekstrem candu dan terkini sintetik drug bagi mengkhayalkan pengguna.

Yang menarik amalan tradisi mengunyah sirih diamalkan oleh lapisan masyarakat Melayu dari rakyat jelata hingga ke Istana.

Daun sirih, buah pinang, kapur, gambir, tembakau dan cengkih diletakkan dalam satu bekas yang dibuat dari kayu atau tembaga atau perak ini dipanggil tepak sirih.

Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan.

Semasa Kerajaan Melayu Melaka dipertengahan abad ke15, diceritakan bahawa Pahlawan lagenda Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat dalam pertarungan, sebelum merampas keris sakti bernama Taming Sari dari tangan Hang Jebat sebelum dapat membunuhnya di atas penderhakaan terhadap Sultan Melaka.

Dizaman awal Kesultanan Melayu Perak, terdapat dua buah tepak sirih yang diperbuat dari emas bernama Puan Bujur dan Puan Naga Taru telah dijadikan sebagai alat kebesaran diraja atau regalia ketika itu. Ianya masih tersimpan sebagai khazanah berharga istana Sultan Perak hingga kini

Di dalam tepak sirih terdapat cembul-cembul yang digunakan untuk menyimpan ramuan sirih pinang. Cembul-cembul ini seharusnya disusun mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh orang-orang dahulu.



Kedudukan Cembul Dalam Tepak Sirih 


Dulang tepak sirih ini dibahagikan kepada dua bahagian, di bahagian atas disusun empat cembul mengikut susunan iaitu pinang, kapur, gambir dan tembakau. Di bahagian bawah pula disusun cengkeh, sirih dan kacip. Begitu juga dengan tepak sirih yang berbentuk bulat, cembul akan disusun keliling di dalamnya mengikut aturannya. Masyarakat Melayu menamakan tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan tepak yang berbentuk empat segi bujur.

Terdapat juga daun-daun sirih ini dimasukkan kedalah bekas sirih terlebih dahulu, ianya tidak disisipkan di dalam tapak begitu sahaja, ini kelihatan lebih teratur dan kemas.

Bagi masyarakat Melayu, sirih disusun sedemikian rupa untuk menunjukkan tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebanyak lima atau enam helai dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi.

Sirih yang berlipat ini wajib dibuat kerana hendak mengelak dari terlihat ekor sirih itu. Ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu. Tepak sirih yang telah lengkap ini dihias dengan bunga dan dibungkus dengan kain songket. Tepak sirih seperti ini dinamakan tepak sirih adat.

Tepak sirih terdiri daripada komponan berikut: Bekas sirih, Cembul, Bujam Epok, Kacip, Gobek, Celepa dan Ketur. Tetapi kini budaya makan sirih jarang menggunakan lagi Bujam Epok sebagai satu peralatan lengkap.

Manakala kandungan cembul pula terdiri daripada: Daun sirih, Pinang, Gambir, Tembakau, Cengkih dan Kapur.

1 comment:

maae said...

Prof. Khoo menyatakan lagenda Tuah / Jebat dan kawan2 mereka itu satu mitos. Beliau merujuk rekod Dinasti Ming, konon catatan rekod sejarah terbaik, tiada menyebut pasal Hang Tuah dan Hang Li Po (?)

Malah ada melayu menyatakan Tuah itu keturunan cina. Beberapa pula menyatakan hanya agenda mitos pahlawan Melayu...

Bagaimana pembelajaran Sejarah Melayu dalam keadaan begini ? Melayu sekarang dalam kecenderongan menggadai tanah warisan nya dengan kenyataa terbaru mempertikaikan tidak perlu ada lagi agenda Melayu. Malah juga kebodohan membuat kenyataan seperti cauvinis, tidak perlu menjaga keistimewaan Melayu dalam negara milik sendiri !

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...