Tuesday, June 2, 2015

Tepak Sireh Perak Bangsawan Bugis Warisan Pusaka 300 Tahun...

WZWH tidak perasan ini...

Apa yang WZWH tahu WZWH berketurunan keluarga Bendahara Pahang yang berasal dari Johor. 

Walau WZWH tahu ada moyang moyet 8/9 lapis di atas pernah berkahwin dengan Puteri Bangsawan Bugis yang menghasilkan Pemerintah sekarang.

Tetapi WZWH baru tahu dari sebelah bonda kepada ayahanda WZWH adalah berketurunan Bugis. 

Bagaimana ceritanya...

Kira-kira 22 tahun dulu pada tahun 1993 sejurus WZWH kembali England selepas tamat belajar, WZWH mengambil kesempatan mengunjungi Datuk dan Nenek sebelah Ayahanda di Kg Chenih Ulu Tembeling.

Nenek WZWH ini WZWH panggil Wan. Nama beliau Som binti Imam Mat Sah. Ketika itu berumur hampir 65 tahun. 

Bila WZWH mahu pulang , Wan telah memberikan sebungkus kain yang terdapat tepak sireh berwarna kusam yang besar dan berat beralas kayu.

Pada masa itu WZWH tidak ambil kisah dan tidak mengerti apa makna dan simbolik tapak sireh itu. WZWH hanya terima kerana itu pemberian Wan.

WZWH ingat Wan cakap, " Terimalah pusaka lama ini...jagalah dengan baik...ini sebenarnya kepunyaan emak Wan ( yang WZWH panggil Wit). Wit pun dapat barang pusaka ini dari moyangnya!

Nama Wit ialah Mas Tabur binti Mat. Arwah Wit meninggal dunia ketika berumur 106 tahun pada tahun 1966. Tahun ini WZWH belum lahir lagi. WZWH lahir pada tahun 1968.

WZWH pun simpan barang pusaka ini di rumah Nenek sebelah bonda yang WZWH panggil Tok di Kg Labu Tembeling Tengah. Sejak itu WZWH tidak pernah menyentuh dan melihat barang itu.

Arwah Wan meninggal dunia 10 tahun kemudian pada tahun 2003. Sejak itu WZWH terkenang pemberian barang pusaka itu.

Hinggalah pada minggu lepas, bila WZWH balik ke Jerantut dirumah bonda WZWH terjumpa kembali barang pusaka itu.

Entah mengapa tersentuh hati WZWH mahu mengambil semula barang pusaka peninggalan Wan dan Wit untuk WZWH bawa ke Kuantan dijaga dan disimpan di rumah WZWH.

WZWH pun mahu bersihkan tepak sireh dan cembol-cembol serta kayu alas sebab sudah lama. Tepak sireh itu memang lama sudah berusia hampir 300 tahun dulu.

WZWH pun beli autosol untuk cuci dan polish cembol-cembol yang lima itu serta woodwax untuk bagi cantik urat-urat alas kayu tepak sireh itu.

Ini foto tepak sireh sebelum polish berwarna kusam kuning tembaga.










Ini foto tepak sireh selepas dipolish. Rupanya ini tepak sireh perak selepas dipolish.










Rupanya barang pusaka WZWH ini ialah tepak sireh Perak beralas kayu lama Bangsawan Bugis berusia 300 tahun dulu.

Setelah dipolish dari warna kusam kuning tembaga akhirnya menjadi putih berkilat sebenarnya tepak sireh perak. 

Sangat bernilai dari sudut sejarah, punyai nostalgia walau kacip perak sudah tiada tapi apa yang kekal seadanya tetap bernilai dan bermakna.

Tepak sireh perak Bangsawan Bugis ini akan WZWH jaga dan pelihara. WZWH mahu buat kotak cermin dan letak tepak sireh pusaka itu di dalamnya.

Kini tepak sireh perak Bangasawan Bugis sudah bersih, putih berkilat, bercahaya shine, cantik dilihat. 

Hargailah barang pusaka dan warisan peninggalan yang dikurnia kepada kita oleh nenek moyang kita. Kerana kalau tidak kita siapakah generasi baru yang mahu menjaganya.

Demikian posting tepak sireh perak Bangsawan Bugis warisan pusaka 300 tahun dulu.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...